Monday, 2 April 2018

Cerpen : Secret Love Story

If you wish to listen some songs, during reading this entry. You might want to choose these songs as the playlist :
1. Secret Love Song - Little Mix and Jason Derulo
2. Sarena Nur Raina - Satu Band
3. Rindu Dalam Benci - Tajul Arif dan Wany Hasrita
Now, let's move to the story..




When you hold me in the street, and you kiss me on the dancefloor. I wish that it could be like that, but why can’t it be like that, because I’m yours? – Secret Love Song, Little Mix and Jason Derulo
“SARENA NUR RAINA!!”
            Raina tersentak dari tidurnya. Dia mengesat matanya yang masih mengantuk. Apa lagi ni? Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Matanya merenung ke arah jam di dinding.
            9 pagi. Oh, okay.
            What?! 9 pagi?!
            Apa mama fikir, aku nak menjerit macam tukah? Apa-apa ja lah. Dia kembali merebahkan badannya.  Tidurnya yang indah sudah terganggu dengan jeritan nyaring mamanya.
            “Baby, wake up, will you?” Raina menutup matanya. Ini satu lagi manusia yang suka mengganggu hari-hari indahnya.
            “Baby!!” gadis itu mendekatinya. Lalu, menolak bahunya kasar. Cuba mengejutkannya. Tapi, ini dengan cara kasar.
            “Ya! Baby bangunlah ni. Akak nak apa?” Raina bangun dari pembaringannya. Matanya menjeling tajam ke arah kakaknya. Sarena Nur Riana.
            “Kau sedar tak, dah pukul berapa ni? Bangunlah,”
            “Ya. Ya,” Raina bangun.  Tuala dicapai, lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. Tanpa sedar, dia terlanggar satu kotak yang terletak cantik di atas meja soleknya.
            Ah, apa lagi ni? Raina mencapai kotak itu, dia kembali meletakkan kotak cincin itu ke atas meja solek. Cincin ni lagi. Sengaja nak meningatkan aku tentang status aku.
            Pintu bilik air dihempas kuat. Riana memegang dadanya. Baby! Dengusnya dalam hati.

Ada sesuatu di sebalik wajahmu, membuat diriku terfikir-fikirkan kamu. Tak mungkin aku terpukau olehmu. Kerana aku tak pernah mengenal cinta. – Sarena Nur Raina, Satu Band
GAMBAR itu direnungnya. Baby. Sarena Nur Raina. Dia mengetuk-ngetuk gambar itu di atas telapak tangannya. Baby dah besar. Dah cukup matang. Dah 21 tahun. Dan, inilah masanya.
            Lelaki itu tersenyum. Gambar itu ditenung kembali. Matanya hitam. Rambutnya ikal mayang. Wajahnya ayu dan lembut. Namun, tingkahnya tidak seiring wajahnya.
            Tiket kapal terbang itu dipandangnya. 15hb Mac 2018. Mungkin, inilah masanya.
            Baby. Boy akan balik semula ke Malaysia. Demi ikatan yang terikat ini. Dan, mungkin hanya Boy yang mampu mengawal tingkah laku Baby. Menjadikan Baby, seorang gadis yang pernah Boy kenal suatu ketika dahulu.
            Yang pemalu dalam setiap tingkah lakunya.

Sempurna, apakah maknanya? Mungkin sekadar, rasa yang dijanji seketika? – Esok Masih Ada, Hannah Delisha
JARI yang kosong dipandangnya. Jari jemarinya panjang. Kukunya berbentuk gelas. Figura tangan yang amat diidamkan kebanyakan gadis di dunia. Dan, dia punya semua itu. Perlukah mengatakan dia bangga dengan tubuh badannya?
            “Baby, baju apa yang Baby pakai tu? Terdedah sana-sini?” Raina mengerutkan kening. Penampilannya dipandang seketika. Apa yang tak kena?
            Baby top. Jacket. Jeans. Apa yang tak kena? Inilah pakaiannya setiap hari. Tak berubah jadi lain lagi. Mungkin, esok dia nak pakai jenis lain.
            “Biasalah ni, papa. Setiap hari Baby pakai macam ni,” balasnya bersahaja. Dia mencapai mi goreng yang terhidang di hadapan matanya. Wah, nampak sedap!
            “Kenapa awak benarkan dia beli baju-baju macam ni?” Papa menjeling ke arah mama. Raina tersenyum.
            “Take a chill, papa. Right, mama?”  Raina mengenyitkan matanya ke arah mama.
            “Biarkanlah dia. Dia nak bergaya,” Raina menjongket kening. Nampak, mama pun sokong Baby. Itu maksud pandangannya kepada papa.
            Papa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Tambahan pula, mamanya suka untuk menyokong anak. Dilebihkan anak daripada suami sendiri.
            “Boy nak balik,” tersedak Raina dibuatnya. Dia segera mengesat bibirnya. Nampaknya, selepas makan, dia kena reapply lipstick. Hilang gayanya, nanti.
            “Apa kena mengena dia dengan Baby?” dia menyoal penyataan itu. Boy! Entah apalah, nama sebenar lelaki itu. Dia pun tak ambil kisah.
            “Dia kan tunang Baby,” Raina menyengetkan bibir. Dia sudah tahu reaksi papanya. Raina mengangkat tangannya yang kosong tanpa cincin.
            “No ring. So, I’m not engaged,” balasnya sambil menampal senyuman palsu.
            “Daddy dengan mommy dia dah hantar cincin kan, 3 tahun lepas? Kenapa tak pakai? Suka nak menunjuk kata  diri tu single? You are taken, Baby. You are somebody’s fiancee. Somebody’s baby,”  
            Tiba-tiba, Riana meletakkan kotak cincin itu di atas meja makan. Raina mendengus perlahan. Dia merenung kotak cincin itu.
            “Aduh, akak! Kenapa akak bawa cincin ni turun?”
            “Untuk kamu pakailah, tak akan nak buat perhiasan kot?” Riana terus mengambil tempat di sisi Raina. Riana mencapai kotak cincin itu. Dia membuka kotak itu. Ada cincin bertatahkan berlian yang bersinar di dalamnya.
            “Pakailah cincin itu, tak akanlah nak tengok ja? Boy tak ada untuk sarung cincin tau, Baby,” mama bersuara. Raina mengeluh perlahan.
            It’s all about Boy and Boy. Again and again. Entah siapa budak Boy ni? Kali terakhir dia jumpa Boy pun berbelas tahun lepas, entah-entah tak handsome. Oh my God! Simpang empat puluh empat.
            Tak ingin dia berkahwin dengan lelaki tu. Entah-entah jongang ke? Sepet ke? Hidung senget ke? Tak nak dia!
            “One question!” Raina menghentikan setiap bicara keluarganya. Dia merenung cincin itu.
            “This Boy. Is he handsome? What is he like? Hazel eyes? Blue eyes? Is he sexy? Does he have broad shoulder? Six packs or eight packs? Number of his abs?” bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Raina. Terkedu papa dan mama dibuatnya.
            “Itu banyak soalan, Baby. That were several questions,” Riana memerli. Raina tersenyum senget.
            “Ada sesiapa yang punya jawapannya?” Raina memandang sekeliling. Namun, papa dan mama hanya mendiamkan diri.
            “Tak ada kan? Jadi, tak ada siapalah yang tahu muka Boy ni? Wah, it does seems like he is a mysterious guy. Whatever, I hope that he is handsome. And sort of tough,” Raina mengenyitkan matanya. Cincin itu dicapainya.
            “Disebabkan dia dibesarkan di London, Baby sudi pakai cincin ni. Lagipun, ini permintaan terakhir arwah, kan?” Cincin itu disarung ke jari manisnya.
            Cantik dan sesuai. Menyerikan lagi jari jemarinya yang kosong.
            Tunang? Hanya disebabkan permintaan terakhir datuk kepada Boy, dia perlu bertunang dengan lelaki ini. That sounds creepy. Tak kiralah apa pun puncanya, aku dan dia sudah pun bertunang. Hanya menanti untuk menyatu.
            Namun, pengantin lelakinya pun tak pernah nampak bayang. London. Di situ tempat dia berada. Membesar di London, dan belajar di sana. Kali terakhir dia berjumpa Boy adalah berbelas tahun yang lepas. Saat kedua-duanya masih lagi kanak-kanak riang.
            Dan, pertemuan kali ini pasti akan berbeza. Faktor usia dan status.
            Boy. I wonder, who are you?

One smile, can start a friendship. One word, can end a fight. One look, can save a relationship. And, one person, can change your life. – Tumblr Quotes.
DIA melangkah tenang. Setapak demi setapak. Cermin matanya ditanggalkan. Haruman itu dihirupnya.
            Uhuk. Uhuk.
            Ketenangan? Tak ada maknanya. Makan asaplah jawabnya.
            Uhuk. Uhuk.
            Makin teruk batuknya. Dia menahan tangannya di atas troli. Cuba untuk menstabilkan nafasnya.
            Perlahan. Dadanya kembali berorak lembut. Tenang.
            Dia berjalan keluar dari pintu itu. Matanya memandang kapal terbang yang baru berlepas. Malaysia. I’m back.
            Troli ditolak menuju ke arah lelaki tua yang sudah lama menanti kepulangannya. Dia tersenyum ke arah lelaki itu. Mengharapkan lelaki tua itu mengenalinya.
            “Uncle,” sapanya lembut. Lelaki tua itu bangkit dari duduknya. Dia memerhati figura lelaki muda yang berada di hadapan matanya.
            “Boy?” lelaki muda itu menjongket bahu.
            “Who else?” dia tersenyum senget. Lelaki tua itu menepuk bahunya beberapa kali.
            “Baby will be suprise looking at you,” cermin mata kembali disangkut ke telinganya. Menutupi mata hazelnya. Menyembunyikan pandangan matanya. Yang tersembunyi berjuta perasaan.
            “I bet,”
            Matanya memandang ke arah bagasi yang terletak elok di atas troli. Beberapa bagasi yang terletak di atas troli itu seakan memberitahunya bahawa dia tak akan kembali lagi ke kota London itu. Hidupnya kini di sini. Di Malaysia. Tanah airnya.

Akan aku hadir hanya untukmu. Akan aku lawan hanya untukmu. Akan aku rindu hanya padamu. Tak usah kau bimbang, dan tak usah tertanya. – Luar Biasa, Ismail Izzani dan Alif Sleeq
15 TAHUN LEPAS.
            Tangannya diletakkan di atas kepala kanak-kanak kecil itu. Dia tersenyum senget apabila pipi kanak-kanak perempuan itu memerah. Baby. Sangat pemalu.
            “Boy pergi dulu?” dia mendekatkan wajahnya di depan wajah Baby. Baby menjauhkan wajahnya. Baby menundukkan wajah. Tidak mahu bertentang mata dengan mata hazel milik Boy itu.
            “Tengoklah Boy, Baby. Nanti Boy tak boleh tengok Baby dah,” Baby mengangkat muka. Pandangannya bertemu sebentar dengan Boy sebelum kembali menundukkan wajahnya.
            “Perlukah Boy pergi London? Boy tak kasihankan Baby? Baby nak kawan dengan siapa nanti?” Baby bersuara perlahan.
            Dia bermain dengan jari jemarinya. Kak Riana tua 7 tahun daripadanya. Lagipun, Kak Riana sekolah asrama. Siapa yang nak kawan dengan dia? Dia akan bosan kat rumah. Papa kerja. Siapa nak main dengan dia?
            “Boy kena pergi juga. Kalau Boy duduk sini, Boy nak duduk mana?”
            “Boy tinggallah dengan Baby!” suara kecil itu meninggi sikit. Dia memandang Boy tak puas hati. Boy tergelak kecil.
            “Mana boleh macam tu. Nanti Boy rindu dengan mommy dan daddy, macam mana?” Baby mencekak pinggang.
            “Habis Baby macam mana? Tak kesiankan Baby?” Boy hanya tersenyum kecil.
            “Boy!!” Boy mengangkat muka. Dia memandang ke arah mommy dan daddy yang sudah memanggil namanya.
            “Yes, mommy!!” Boy melaungkan suaranya.
            “Boy pergi dulu tau. Bye, Soniya,” Boy berlari laju ke arah mommy dan daddynya. Dia melambai ceria ke arah Baby.
            Baby menghentakkan kakinya. Mukanya masam. Matanya berkaca. Air matanya mengalir laju ketika ini.
            “Mama.. Baby nak Boy,” tangisannya bergema. Mama segera membawa Baby ke dalam pelukannya.
            “Shh.. Baby, janganlah nangis,” pujuk mama lembut.
            Boy hanya tersenyum. Nanti Boy balik, Baby. Boy akan kembali ke dalam pelukan Baby. Because you are my Soniya.

I’m tired of being what you want me to be. Feeling so faithless loss under the surface. All I want to do is become more like me. And be less like you – Numb, Linkin Park
RAINA segera mencapai air. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Dahlah pedas maggie kuah yang mama masak. Boleh pula tersedak. Dia segera mencapai tisu. Perlahan, dia mengelap hidungnya.
            Pagi-pagi, sudah ada bala yang menimpa. Siapa pula yang mengata aku pagi-pagi ni? Kalau nak mengatapun, mengatalah. Aku tak pernah kisah. Tapi, janganlah waktu aku tengah makan. Seksa tau perasaan kalau tersedak. Dahlah pedas pula tu.
            Tak berhati perut betullah siapa yang mengata tu. Raina mencapai milo panas. Dia menghirup milo itu. Alamak! Alamak! Panas! Panas! Melecurlah lidah aku ni gamaknya. Dahlah, maggie tu pedas. Milo pula panas. Mama ni memang nak bunuh aku ke apa, pagi-pagi macam ni?
            Raina segera mengibas lidahnya. Panas campur pedas. Gabungan yang tidak menarik di matanya. Gabungan yang sangat menduga sistem sarafnya.
            Matanya memandang ke arah jam. Sudah pukul 9 pagi. Kelasnya pukul 11 pagi. Tapi, kenapa dia tak nampak bayang papa lagi?
            “Mama, papa mana?” soalnya. Pelik juga kalau papa tak muncul lagi waktu sekarang. Aku bangun lambatkah? Setahu aku, ini adalah waktu biasa untuk papa muncul.
            “Papa ada kerja,” Raina mengerutkan kening. Kerja? Kerja apa? Apa-apa sahajalah. Dia tak mahu mensesakkan kepalanya pagi-pagi begini. Buat semak kepala ja. Hidup kita ni kena chill and relax ja.
            “Alright, mama. Baby pergi kelas dulu. Bye, mama. Love you,” Raina terus berlalu ke arah keretanya. Tangannya menekan remote pagar. Perlahan, pagar itu terbuka.
            Dia masuk ke dalam keretanya. Satu butang kemeja dibukanya. Lipstiknya kembali dioleskan di bibirnya. Merah garang. Rambutnya diperbetulkan. Dia tersenyum sinis. Now, I’m more like a queen.
            Gear dimasukkan ke gear reverse. Perlahan, keretanya diundur keluar dari perkarangan rumah itu. Kereta itu berlalu pergi daripada taman perumahan itu.
            Seketika kemudian, ada kereta yang masuk ke dalam ruangan kosong itu. Lelaki muda itu keluar daripada kereta itu. Cermin matanya ditanggal.
            Baby.

Dalam hilangku cari, setiaku berjanji. Jiwa kita bersama, kasihku dikau sedarlah. Mengertilah. Kasih kita sempurna. – Esok Masih Ada, Hannah Delisha
LANGKAHNYA dibawa penuh yakin. Rata-rata, mata memandang ke arahnya. Dia tahu, tetapi dia sengaja memilih untuk buat tidak tahu.
            Dia melangkah ke arah dua gadis yang sudah menati hadirnya. Kerusi ditarik lalu dia duduk di hadapan dua gadis itu.
            “Hey, girls,” dia bersuara. Cermin mata hitamnya diletakkan di atas meja itu. Belum sempat dia meletakkan beg tangannya ke tepi, sudah ada seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia menghela nafas. Lemah. Apa lagi ni?
            “Yes?” dia tersenyum. Bibirnya diukir lebar.
            Lelaki itu menolak-nolak cermin matanya yang besar. Cuba untuk menyusun kata. Tangannya terketar.
            “Saya.. Saya..”
            Raina menarik nafas. Dia paling lemah dengan spesies orang yang sebegini. Tapi, dia tidak bersuara. Dibiarkan lelaki ini mengatur ayatnya.
            “Saya suka awak. Boleh saya keluar dengan awak?” laju ayat itu keluar daripada mulut lelaki itu. Raina menghela nafas. Sudah diagak.
            “I don’t do dates. Now, will you excuse me?” Raina terus bangun daripada kerusinya. Matanya memberi isyarat supaya kedua-dua kawannya itu mengikut langkahnya. Kawan-kawannya tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Mereka menepuk bahu lelaki itu perlahan.
            “Next time. Suruh hati tu pilih dulu, dengan siapa dia nak sandarkan perasaan,” bisik Syatilla ke telinga lelaki itu. Dibiarkan lelaki itu bersendirian. Langkahnya segera dikejar mengikut langkah laju Raina.
            Cermin mata hitamnya disimpan ke dalam beg tangan.
            “Raina,” Raina mengangkat wajah. Dia memandang suara yang memanggilnya. Lelaki itu lagi.
            “Jom tengok wayang. My treat,” Raina tersenyum lebar.
            “Tell me how it was,” nadanya bersahaja. Tidak teruja mahu pun memerli. Tiada perasaan. Dia terus berlalu pergi menuju ke arah luar kafe. Pintu kafe itu dibuka.
            Lelaki itu hanya mampu melihat langkah Raina berlalu. Sampai ke sudah, gadis pujaan ramai itu tidak akan jadi miliknya. Reaksi dinginnya. Jikalau ada lelaki yang mampu mencairkan hati  beku milik Raina, lelaki itu memang bertuah.
            Pintu kafe itu ditutup. Langkahnya dibawa ke arah bangunan akademik. Too bad, tiada jalan yang berbumbung untuk menuju ke arah bangunan akademik. Kalau ada pun, makin jauh jarak perjalanannya. Malas dia untuk berjoging pagi-pagi begini.
            “Raina!” langkah kaki itu terhenti. Dia berpaling ke arah dua kawannya yang sedang mengejar langkahnya. Dengan kasut tumit tingginya. Raina memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah Syatilla dan Rysa yang menghampirinya.
            “Boleh jalan laju sikit kot?” perlinya. Syatilla dan Rysa berhenti di hadapannya.
            “You yang jalan laju. Mentang-mentang, pakai but hari ni. Nak perli kita orang pula,” Rysa mengomel perlahan.
            “Entah you ni,” Syatilla mengiakan. Raina menghembus nafasnya.
            “Kalau I pakai stilleto pun, I still laju tau,”
            “Apa-apa ja lah. You saja yang menang. Eh, Raina,” Raina menjongket kening. Matanya memandang ke arah Syatilla yang sedang mengatur kata.
            “You memang tak berminat ke dengan Roy. Dia lelaki paling famous kat kolej tau. Ramai perempuan nak keluar dengan dia, tapi dia ajak you keluar. You tak rasa macam terlepas sesuatu yang berhargakah?” Raina hanya tersenyum sinis.
            “Tak. Tak langsung!” dia bersuara. Dia memalingkan tubuh hanya untuk melihat kereta meluncur laju di hadapannya. Betul-betul dekat dengannya.
            Raina menggetap bibir. Sikit ja lagi. Sikit ja lagi untuk dia dilanggar oleh kereta itu. Dadanya berombak. Marah.
            Matanya merenung tajam ke arah kereta yang berhenti beberapa meter jauh daripadanya. Pintu kereta itu dibuka. Lelaki muda muncul di hadapan matanya.
            “Hey you! You buta ke? You tak nampak I kat sini? You boleh langgar I tau tak!” suaranya memekik. Hilang sudah gayanya yang tenang dan bergaya.
            “You yang berhenti tengah jalan. Lagipun, you okay kan? Ciao!” lelaki itu terus masuk ke dalam keretanya. Kereta itu berdesup laju meninggalkan mereka berdua.
            Raina tersentak. Matanya memandang ke arah kereta itu tak percaya. Dia layan aku macam tu? He’s something. Dia tak macam orang lain, yang merenungnya lama dengan mata yang penuh dengan perasaan. Dia tak macam orang lain, yang memandangnya tidak berkelip. Dia tak macam orang lain, yang terpaku dan cair di hadapannya.
            Dengan hanya kerlingan matanya, dia sudah mencairkan banyak hati. Jadi, kenapa? Kenapa lelaki ini langsung tidak terusik dengannya?
            “He’s deadly handsome! Look at his body. His muscle. Raina. He’s your taste, right? His eyes. His body. Those muscles. Garang pun garang. Jual mahal tu,” Rysa menolak perlahan bahu Raina.
            Raina tersentak. Dan, dia akui. Lelaki itu memang cita rasanya. Lelaki yang tidak memandang kepada kecantikan wajahnya. Lelaki yang tidak cair dengan kerlingan matanya.
            “You are mine,” bisiknya. Janji sudah terpateri. Dia akan miliki lelaki itu.

We keep behind closed doors. Everytime, I see you, I die a little more. Stolen moments that we steal as the curtain falls, it’ll never be enough. – Secret Love Song, Little Mix and Jason Derulo
BARANGNYA disimpan di dalam beg. Langkahnya terus melaju keluar dari kelas itu. Tiba-tiba, langkahnya terpaku. Dia nak pergi mana?
            Dia perlu kejar lelaki itu. Dia perlu tahu nama lelaki itu. Lelaki itu mencabarnya. Mencabar hati dan jiwanya. Menyentakkan jantungnya. Membuatkan, jiwanya bergetar. Cinta pandang pertama? Tak. Tak mungkin. Dia perlu tahu perasaan apa yang menghuni jiwanya ketika ini. Dan, untuk tahu semua itu, dia perlu berjumpa dengan lelaki itu.
            Dia berharap ini adalah satu perasaan yang akan hilang dan pudar, bersama dengan masa yang berlalu. Seperti detik di mana, dia terpaku dengan kekacakan polis yang menjaga road block di jalan pada watu tengah malam. Sama seperti detik, di mana dia terpaut dengan kekacakan lelaki yang bertembung dengannya di jalan.
            Dan, untuk itu. Dia perlu melihat wajah lelaki itu sekali lagi. Sekali lagi. Dia perlu tahu siapa lelaki itu? Adakah lelaki itu sama dengan lelaki lain? Yang terpaut dengan kecantikanya. Yang terpukau dengan mata hitamnya. Dan, adakah dia sama dengan wanita lain, yang terpaut dengan kecantikan mata hazelnya.
            Tapi, dia ingin ke mana? Siapa lelaki itu? Student? Lecturer? Dia tak tahu. Dia tak nampak kad pelajar lelaki itu? Atau kad pensyarah? Ah! Dia tak tahu.
            “You nak pergi mana? Rushing macam ni?” Rania mengangkat wajah. Matanya merenung ke arah Syatilla dan Rysa yang memandangnya pelik.
            “I kena jumpa lelaki tu,”
            “Seriously? You nak pergi jumpa lelaki tu. Lelaki tadi. Lelaki yang nak langgar you tu? This is not you. You tak akan kejar lelaki. Lelaki yang kejar you. What happened to Raina? Don’t say, lelaki tu dah capture hati you,” Syatilla mengerutkan kening. Raina tak macam ni.
            “I need to know. Who is he? Someone yang hanya pandang I sebelah mata ja. I rasa tercabar,” Raina terus melangkah pergi, tetapi Rysa menahan tangannya.
            “I pun nak tahu. Who is he? He’s like an angel. So handsome and so charming. So,  I will follow you,” Raina mengangkat jari telunjuknya. Menunjuk ke arah wajah Rysa.
            “But, he’s mine,” Raina tersenyum sinis. Memberi amaran. Tak boleh kira Rysa ni.
            “No worries. I tak pernah tengok you bercinta, so I tak akan potong line,” Rysa mengangkat tangan. Bersumpah.
            Raina tersenyum senget. Langkahnya dibawa menuju ke arah perpustakaan. Matanya liar mencari lelaki itu. Mencari di seluruh pelosok universiti. Yeah. They called me crazy.
            Selesai di perpustakaan, langkahnya diorak menuju ke arah bilik pensyarah. Kot-kotlah, pensyarah barukah? Kita mana tahu. Kemungkinan itu ada, kan? Pensyarah yang pegang PhD di usia yang muda?
            Kosong. Tak berjumpa. Kat mana dia ni? Turun daripada bangunan itu, langkahnya dibawa menuju ke kafe. Lelaki itu tak balik rumah lagi, kan? Kalau tak, tunggu esoklah baru dia boleh jumpa dengan lelaki itu. Itupun, kalau berjumpa. Kalau tak? Kita biarkan, masa yang menentukan gerak hatinya.
            Matanya diliarkan di sekitar kafe. Berjumpa! Lelaki itu sedang menghabiskan sisa-sisa makanannya. Kenapalah, aku tak terfikir kafe daripada detik awal lagi? Kalau tak, boleh makan dengan dia. Alamak! Raina dah jadi gatallah!
            Tak. Tak boleh. Dia kena mengekalkan imej seksi, dan menarik dia. Biar lelaki itu tertarik dengan dia, dan bukan sebaliknya. Dia nak pegang hati lelaki itu, bukannya hati dia yang dipegang oleh lelaki itu. Dia kena mengawal dan bukannya dikawal.
            Lelaki itu bangun dari duduknya. Segera, Raina berlalu ke hadapan lelaki itu. Dia memeluk tubuh. Dia tahu banyak mata sedang memandangnya. Dia ataupun lelaki ini?
            Lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Atas ke bawah, kemudian berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Raina terpaku sendiri. Raina menggetap bibir. Sungguh, dia rasa tercabar.
            “How dare he?!”
            Raina melajukan langkah mengejar langkah lelaki itu. Dia segera berhenti di hadapan lelaki itu. Lelaki itu sedikit tersentak. Namun, dia hanya memandang Raina dengan pandangan kosong. Perlahan, kot yang dipakai ditanggalkan. Berkerut juga kening Raina dibuatnya. Lelaki ni nak buat apa? Nak menunjuk jenama kemeja yang dipakai?
            “Who are you?!” soalan itu. Keras dan tepat. Menuju ke arah lelaki itu. Khas untuknya. Rysa dan Syatilla yang berada di sisinya, hanya mengangguk. Mengiakan soalan yang dikemukakan oleh Raina.
            Sebenarnya, soalan itu lebih dari itu. Siapa kau? Macam mana kau boleh masuk dalam ingatan aku? Kenapa aku rasa sesuatu apabila berjumpa dengan kau? Macam mana kau boleh berlalu begitu sahaja sedangkan aku di hadapan mata kau? Lelaki lain berebut untuk keluar dengan aku, kenapa kau hanya pandang aku sebelah mata? Siapa kau yang sebenarnya? Kenapa aku tak pernah perasan kehadiran kau selama ini? Siapa dan siapa?
            Pelbagai soalan ada di fikirannya ketika ini. Tapi, dia tak mampu luahkannya. Nanti, lelaki itu fikir dia berminat pula dengan lelaki itu.
            Tapi, alangkah bengangnya hati dia apabila lelaki itu melemparkan kotnya ke arahnya. Apa ni?! Raina membuat muka. Dia memegang kot yang berwarna silver itu. Pandangannya tajam ke arah lelaki itu. Dia nak suruh aku buat apa? Seterikakan untuk dia? Basuh?
            “Butang itu untuk dipakai, cik,” lelaki itu menjeling tajam ke arah Raina sebelum meloloskan diri di sebalik pintu kafe itu.
            Muka Raina memerah. Dia merenung bajunya. Memang benar, ada dua butang yang sengaja tidak dibutangkan. Tapi, untuk lelaki itu menegur sebegitu rupa. He does have a nerve.
            Rysa dan Syatilla memandang ke arah Raina lama. Raina menggenggam erat penumbuknya. Lelaki ini memang nak kena. Tapi, dia menarik. Macam mana ni?
            Raina terus menolak kasar pintu kafe itu. Langkahnya dilajukan menuju ke arah lelaki yang sedang berjalan sendirian di koridor itu. Rentaknya biasa. Tangannya merenung telefon. Di telinganya terpasang earphone. Cukup selamba. Tapi, itu juga yang menarik hati kecilnya.
            Dia cuba mengawal emosinya. Dicuba untuk menyabarkan hatinya yang terbakar. Dia menghentikan langkah lelaki itu. Lelaki itu merenungnya tidak puas hati.
            “Apa yang you nak dari I sebenarnya?” lelaki itu bersuara. Raina cuba menarik nafas. Cuba mengawal nafasnya yang semput. Tangannya menyuruh lelaki itu membuang earphone. Lelaki itu menghela nafas perlahan sebelum membuang earphone itu.
            Raina membetulkan gayanya. Berdiri dengan tegak. Senyuman jelas terpapar di bibirnya. Tangannya disuakan ke arah lelaki itu.
            “Nama I Sarena Nur Raina. Boleh kita berkawan?” lelaki itu merenungnya dari atas ke bawah. Earphone kembali dipasang di telinga.
            “I’ll think about it, sooner or later,” dingin jawapannya. Langkahnya kembali dibawa menuju ke arah kereta yang dipandunya. Dia membuka pintu kereta itu lalu masuk ke dalam kereta itu. Perlahan, kereta itu berlalu daripada pandangan mata Raina.
            Raina tersenyum sinis. Dia fikir dia boleh lepas daripada genggaman tangan aku? Dia menjongket kening. Untuk pertama kali, dia bertembung mata dengan lelaki yang tidak terpikat dengan kecantikannya. Dan, dia tak akan lepaskan lelaki itu. Mungkin lelaki itu jodohnya? Dan, bukan Boy. Memikirkan Boy, I wonder. Macam mana rupa dia? Macam mana sikap dia?

When a man learns to love, he must bear the risk of hatred. – Uchicha Itachi, Naruto Shippuden
MATANYA merenung gambar itu. Sungguh kau berbeza. Daripada kali terakhir aku tinggalkan kau. Masa  mengubah segalanya. Yang tersurat mahu pun yang tersirat.
            Gambar itu ditatapnya. Wajah itu diusapnya. Sarena Nur Raina. Walaupun bagaimana pun Baby, hati Boy tetap untuk Baby. Boy janji, Baby. Janji yang terpateri dahulu, akan Boy bawa sampai ke liang lahad.

Pada dia yang setia, kita telah melafazkan janji. Menjadi pasangan bahagia. Bersamanya untuk selamanya.. – Rindu Dalam Benci, Tajul Arif dan Wany Hasrita
15 TAHUN LEPAS.
            Boy mengatur langkahnya ke arah taman permainan itu. Daripada jauh, dia dapat melihat Baby di gelongsor. Rambutnya yang ikal mayang itu diikat tocang satu. Matanya yang hitam bersinar apabila kornea mata itu mengesan kehadiran Boy.
            “Boy!!” tangan itu melambai laju. Ceria. Baby segera meluncur laju di atas gelongsor itu. Laju langkahnya ingin berlari ke arah Boy. Seketika, langkahnya terpasung dan jatuh di atas kepingan-kepingan tar hitam itu. Dia merenung lututnya yang tercalar. Beberapa garisan calar itu memedihkannya. Tanpa sedar, air matanya menitis.
            Terkejut Boy dibuatnya. Segera, kanak-kanak lelaki itu melangkah laju ke arah kanak-kanak wanita itu. Dia terus melutut di sisi Baby. Lutut Baby yang luka dicapainya. Perlahan, dia meniup lembut lutut Baby yang luka.
            “Boy, sakit..” Boy mengusap lembut pipi Baby. Air mata itu diusapnya.
            “Dah, tak sakit dah. Boy dah tiup, Boy dah letak ubat,” ucapnya. Mulutnya masih meniup lembut ke atas luka Baby. Tangisan Baby berhenti. Dia memandang ke arah Boy.
            “Sakit lagi..” manja suaranya bersuara.
            “Tak. Kan Boy dah letak ubat, Boy dah letak kasih sayang Boy. Tak sakit dah,” Boy mengusap lembut luka Baby. Sempat dikerling, wajah Baby yang berkerut menahan sakit.
            “Baby, janji dengan Boy,”  Baby mengangkat wajah. Dia memandang ke arah Boy.
            “Nanti, bila Boy tak ada. Baby, jangan menangis macam ni. Baby jaga diri Baby elok-elok, sebab Boy dah tak ada untuk lindungi Baby,” berkerut kening Baby dibuatnya.
            “Boy nak pergi mana?” Boy tersenyum nipis.
            “Boy kena ikut mommy dan daddy pergi London,” wajah Baby berubah. Dia seakan ingin menangis.
            “Boy, jangan tinggalkan Baby!” Baby menolak-nolak perlahan lengan Boy. Air matanya jatuh lagi.
            “Boy...” rintihnya.
            “Boy, janji dengan Baby. Nanti Boy balik untuk Baby. Lepas tu, Boy tak akan pergi mana-mana. Boy akan setia di sisi Baby, Boy akan jaga Baby. Sampai Baby tua,” laju mulut Boy mengatur janji. Jari kelingkingnya dikeluarkan. Tanda janjinya.
            “Boy janji?” Baby menyoal. Matanya memandang lama Boy.
            “Boy janji,” perlahan Baby mengangkat jari kelingkingnya, menyatukannya dengan jari kelingking milik Boy.

Rendah dirimu, lembut suaramu. Seakan kau wanita dalam mimpi tidurku. Adakah aku telah jatuh cinta? Sungguh aku tak menyangka kau denganku. – Sarena Nur Raina, Satu Band
LELAKI itu merebahkan badannya. Matanya ditutup perlahan.
            “Boy dah janji dengan Baby. Sampai bila-bila pun, Baby hanya milik Boy. Dulu, sekarang dan selamanya,” matanya terbuka. Jelas dan tajam.
            Dia memandang ke arah kanan. Ada beberapa keping gambar yang terletak di atas katilnya. Gambar yang baru diperolehnya petang tadi.
            Dia tersenyum sinis. Ternyata, ada kumbang yang ingin menyunting bunganya.

It’s obvious you’re meant for me. Every piece of you it just fits perfectly. Every second, every thought I’m in so deep. But, I’ll never show it on my face. – Secret Love Song, Little Mix and Jason Derulo
LANGKAH Raina dibawa tanpa arah tujuan. Dia hanya berjalan mengikut firasat kakinya. Tanpa tujuan. Tanpa arah. Sweater yang berada di tubuh, diturunkan zipnya. Kini sweater itu hanya membaluti tubuhnya, tapi tidak menutup bajunya. Dia senang begitu.
            Joging yang baru mengambil masa beberapa puluh minit ini sudah pun memenatkannya. Matanya terpandang ke arah taman permainan. Taman permainan yang pernah menjadi tempat mainnya ketika kecil dahulu.
            Seakan terbayang di mindanya, imej kecilnya sedang berlari anak sendirian di taman permainan itu. Dirinya yang sedang tersenyum manja ke arah seseorang.
            “Boy!!”
            Dia tersentak. Ada imej kanak-kanak lelaki yang muncul di mindanya. Serentak dengan itu, kepalanya sakit. Dia menyentuh dahinya. Aneh. Sakit kepala yang sudah lama hilang, kini muncul lagi. Mungkin, disebabkan dia terlalu memaksa memorinya untuk kembali.
            Dia merenung buaian yang kosong itu. Buaian itu bergoyang sendiri ditiup angin yang menderu. Langkah Raina dibawa ke menuju ke arah buaian itu. Dia terpandang satu buaian yang berada di sisi buaian itu. Dua buaian. Satu untuk dewasa, dan satu lagi untuk bayi.
            Taman permainan itu kosong. Mungkin kerana waktu sekarang masih lagi pagi. Ibu bapa sibuk di tempat kerjanya. Lagipun, taman permainan selalunya penuh pada waktu petang. Namun, sekarang ini zaman millenium. Kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet berbanding bermain di taman permainan.
            Dan, ibu bapa sendiri suka memanjakan anak mereka dengan gajet. Sekalipun tak ambil peduli tentang anak, hanya inginkan mereka senyap dan duduk diam. Tak ambil tahu, tentang apa laman web yang anak mereka layari. Manusia, manusia.
            Raina mengambil tempat duduk di buaian. Kakinya menolak perlahan lantai yang berbalut kepingan hitam itu. Agar buaian itu bergerak, dan rambutnya yang ikal mayang beralun mengikut rentak angin.
            Segar dan indah. Suasana pagi itu sangat nyaman. Dia menutup mata. Membiarkan angin itu bermain dengan rambutnya. Perlahan, matanya kembali dibuka. Masih permandangan yang sama. Gelongsor kuning di hadapannya tak berubah menjadi warna hijau pun.
            Tiba-tiba, matanya menangkap kelibat manusia di sebalik gelongsor itu. Figura itu sedang duduk berseorangan di tangga taman permainan itu. Raina menghentikan ayunan buaiannya. Dia bangun daripada buaian itu. Entah mengapa, kakinya seakan tertarik untuk melihat wajah figura itu. Figura yang bertopi hitam berlambang Adidas itu.
            Lelaki. Dan, gaya itu seakan dikenalinya. Tanpa sedar, kaki Raina dibawa ke arah tangga itu. Dia memandang lelaki yang sedang menunduk itu. Wajah lelaki itu dilindungi oleh topi hitamnya itu. Dia merenung sekilas penampilan lelaki itu. Kemas. Seperti kriteria lelaki pilihannya.
            Tiba-tiba, lelaki itu mengangkat wajah. Mungkin pandangan matanya sudah bertembung dengan bayangan hitam milik Raina. Mata hitamnya bertembung dengan mata hazel milik lelaki itu.
            “You?!” suara Raina naik beberapa oktaf. Terkedu dia, apabila kornea matanya menangkap wajah lelaki yang ingin melanggarnya beberapa hari lalu. Panggilan jodohkah ini?
            “Apalah malang sangat nasib aku?” bisik lelaki itu perlahan. Telinga Raina cuba menangkap butir bicara yang keluar daripada mulut lelaki itu, tetapi tidak dapat ditangkapnya. Ianya seolah omelan yang tidak diniatkan untuk menjengah telinga sesiapa.
            Raina segera membetulkan postur tubuhnya. Lelaki yang mencabarnya sekarang sudah ada di depan matanya. Dia perlu menawan lelaki ini.
            “You tak rasa macam kita berjodohkah? Dalam banyak-banyak tempat, kat taman perumahan I juga kita bertemu,” Raina tersenyum lebar. Sedaya upaya dipikat lelaki ini dengan rupa parasnya.
            “You tak pernah tengok peta dunia ke?” terkebil-kebil mata Raina dibuatnnya. Soalan apakah ini?
            “Pernah,”
            “Jadi, you mesti tahu yang semenanjung ni kecil ja,” perlinya. Raina menggetap bibir. Akui ja lah yang kita berjodoh, cik abang. Tak perlu nak keluarkan teori peta dunia, semata-mata untuk buktikan bahawa Malaysia ini terlalu kecil sehingga kita boleh bertemu lagi.
            “Tapi, andai tidak ditakdirkan, kita tak akan bertembung di jalanan. Setiap pertemuan, setiap perkenalan, semuanya ada maksud dan tujuannya. Tidak begitu, encik..?” dia meleretkan nadanya. Seakan, memaksa lelaki itu untuk mengisi tempat kosong. Namun, hampa. Lelaki itu tidak berniat untuk memberitahu namanya.
            “You salah beli bajukah, Cik Raina?” berkerut kening Raina. Apa lagi dia ni? Raina merenung baju Baby T-nya yang dipakai di sebalik sweater pink miliknya.
            “Betullah, saiz saya. Jenis T-shirt, ni Baby T, okay?” Lelaki itu tersenyum sinis.
            “Kalau dah nama pun baby T, you tak rasakah baby yang patut pakai baju tu? You terlalu besar untuk baju tu. Tak sedar dirikah?” ternganga Raina dibuatnya. Lelaki ni. Lelaki ni. Lelaki ni memang nak kena!!
            “Hey, kat rumah, family I panggil I Baby tau! Salahkah kalau I pakai baju ni?” senyuman sinis masih belum hilang dari raut wajah pemuda itu.
            “Sebab family panggil Baby, you rasa you masih seorang bayi?” lelaki itu bangun daripada duduknya. Punggungnya ditepuk perlahan. Menghilangkan habuk-habuk yang mungkin melekat di bajunya.
            Raina menggetap bibir. Dia ni memang nak kena! Adakah patut dia perli aku?! Apa masalah dia dengan baju aku?! Semua tentang aku, dia komen!
            “Grow up, Raina. You dah besar,” lelaki itu berlalu melepasinya. Raina menggetap bibir. Dia menyentuh lengan lelaki itu. Menghalang lelaki itu daripada melangkah.
            “I think, I like you,” dapat dirasakan tubuh lelaki itu mengeras. Raina tersenyum sinis. Dia berlalu ke hadapan lelaki itu. Matanya memandang lama wajah lelaki itu.
            “You, satu-satunya lelaki yang boleh ceroboh kawalan rapi hati I ni. Shall  I congratulate you? Tapi, I masih tak tahu nama you. Boleh you bagi tahu I?” matanya tidak lepas memandang mata hazel itu. Membuatkan jantungnya berdegup laju. Dia seakan hilang dalam renungan lelaki itu. Dapat dirasakan, rama-rama sedang berkepak di perutnya. Adakah ini maksudnya?
            Lelaki itu menarik kasar tangannya. Matanya merenung tajam mata hitam milik Raina. Raina tersenyum manja. Tanpa teragak, dia terus mencapai dompet lelaki itu yang tersimpan di poketnya.
            “Woi!” lelaki itu menjerit kuat. Raina tersenyum sinis. Tangannya menunjuk dompet lelaki itu yang sudah berada di tangannya. Dia terus membuka dompet itu. Laju tangannya mengeluarkan kad pengenalan milik lelaki itu.
            “Izdiyad Altaf. Sedap nama. Beruntung anak-anak saya kan? Berbinkan nama you?” kad pengenalan dan dompet itu dirampas kembali oleh tuannya. Raina hanya membiarkan. Motifnya sudah tercapai. Nama lelaki itu sudah diketahuinya.
            “Siapa yang nak kahwin dengan you?” Raina memeluk tubuh.
            “I akan buat you kahwin dengan I. Paksa atau rela. Tapi, lebih senang rela lah? Kan? Tak perlu I kejarkan you lagi,” Izdiyad memandang Raina lama. Matanya terpandang cincin yang tersarung di jari manis gadis itu.
            “You are somebody’s fiancee. Somebody’s baby. Dan, you nak jadikan I suami you? Grow up, Raina,” Izdiyad tersenyum sinis.
            Raina memandang cincin yang tersarung di jari manisnya. Cincin yang bersinar apabila disimbah cahaya itu dipandangnya. Mengingatkan dia kepada satu nama. Boy.
            Dia beranikan dirinya. Lembut dia membawa wajahnya ke sisi telinga Izdiyad. Lelaki itu tersentak. Terkaku dengan perbuatannya.
            “Tapi, I sentiasa dapat apa yang I nak. Termasuk hati you,” dia menepuk perlahan bahu Izdiyad sebelum berlalu pergi daripada taman permainan itu.
            Dadanya dipegang. Jantungnya berombak kasar. Masih terbau haruman wangi daripada tubuh lelaki itu. Bikin tubuhnya lemah. Lelaki itu terlalu bijak menceroboh kawalan ketat hatinya. Entah, jampi serapah apa yang dia pakai, membuatkan diri ini ingin mengejar. Dan, bukan lagi dikejar.
            Izdiyad Altaf? I’ll make sure that you will be mine, Babe.

Sarena Nur Raina, hitam matamu. Terpesona jiwaku memandang kamu. Ku janji padamu, bahagiakanmu. Sampai syurga kurindu. – Sarena Nur Raina, Satu Band
DIA tersenyum sendiri. She’s so different. Different from before, of course. But, I love it. I love the way she are. That accident really changed her. I admit it.
            “Boy?” dia berpaling apabila suara itu memanggil namanya. Kelihatan wanita yang seiras dengan Raina di hadapannya. Riana.
            “Hey, kak! How are you?” dia tersenyum lebar. Riana mengambil tempat di hadapannya. Beg tangan itu diletakkan di kerusi di sisinya.
            “Bila balik?” soal Riana. Boy mengangkat jari jemarinya. Seakan menghitung jumlah hari dia berada di Malaysia.
            “Adalah dalam dua minggu. No worries, papa tahu,” dia mencapai gelas itu. Minuman itu diminumnya. Sejuk.
            “Baby?” terhenti perbuatannya. Gelas itu kembali diletakkan ke atas meja. Dia memandang ke arah Riana.
            “Dia tahu atau mungkin tak tahu? Entahlah, Boy pun tak tahu,” Riana mengerutkan kening. Dia memandang lama wajah Boy. Wajah yang sama tetapi kematangan tetap terserlah di sebalik wajah itu. Satu-satunya lelaki yang mampu mengubah kembali Baby ketika ini.
            “Dah jumpa dia?” angguk sekali.
            “Jadi, dah tahu?” angguk dua kali.
            “Dia dah lain daripada kali terakhir Boy jumpa dia. Boy pun tahu, kan?” angguk untuk kali ketiga. Dia tahu. Dia tahu semuanya. Segalanya dalam genggamannya. Dia sentiasa tahu. Gadis itu tunangnya. Gadis itu kawan baiknya. Gadis itu segalanya. Dan, gadis itu juga suri hatinya. The one that will give home to him.
            “Boleh tak Boy ubah dia balik? Tolonglah, Boy pun tahu liarnya dia tu macam mana, kan?” jemarinya mengetuk perlahan meja itu.
            “Jangan guna perkataan liar. Dia bukan bohsia,” senada suaranya.
            “Okey, sorry. Dia adik akak, tapi akak sendiri tak tahu macam mana nak ubah dia. Dia bukan lagi Baby yang pemalu, Baby yang ayu. Baby yang sopan. Dia dah lain. Dia dah bukan diri dia sendiri,” kening Riana jelas kerutannya. Namun, wajah lelaki itu kekal tenang.
            “Jadi, terima dia seadanya,” Riana mengangkat wajah.
            “Seperti mana Boy terima dia,” sambung lelaki itu.
            “Boy, tapi dia..”
            “Dia jaga diri dia akak. Dia tak biarkan diri dia dipergadai oleh lelaki lain. Dia bukan seorang wanita yang mengejar semua lelaki. For me, it is enough. I don’t expect her to be an angel. Setiap orang ada kelemahannya, akak.
            Boy tak mungkin boleh ubah dia. Perubahan sikap dia adalah kerana diri dia sendiri. Dia memang bukan Baby yang dulu, tetapi dia tetap orang yang sama. Dia mungkin berubah sepanjang 15 tahun Boy tinggalkan dia. Tetapi, dia tetap orang yang sama. Dia tak kenal Boy pun. Dia lupakan Boy sepenuhnya. Dan, Boy tak berniat untuk mengubah dia. Kalau dia sayangkan Boy, dia akan berubah,”
            Riana hanya mampu menghela nafas lemah. Dia memandang Boy lama. Wajah itu langsung tiada gentar dengan kata-kata sendiri.
            “Boy yakin dengan diri Boy?”
            “Boy hanya perlu yakin dengan Baby, akak,” tenang, dia menutur kata. Langsung tiada gentar. Topi hitam berlambang Adidas itu dicapai dan disarungkan ke kepala.
            “Boy pergi dulu,”

Did you know, that you have a very adorable uniqueness? That fills me up with courage to battle the coldness of winter. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
RAINA meletakkan beberapa album di atas katil itu. Satu persatu album itu dibeleknya. Matanya terpaku kepada seorang budak lelaki yang berada di setiap gambar itu. Boy ke ni? Dia menyelak lagi setiap halaman album itu. Setiap gambar dia pasti ada Boy. Cuma hanya beberapa keping sahaja gambarnya tanpa Boy.
            Dan, selepas dia membesar, budak lelaki itu terus hilang. Mungkin di atara waktu itu, dia pergi ke London. Raina merenung setiap keping gambarnya. Dia berfikir sendiri. Dahulu, dia bukan Raina versi ini, dia terlalu malu untuk berbicara. Tapi, hidup perlukan perubahan, kan? Sampai bila dia perlu berlindung di sebalik seseorang. Dia kena berani. Disebabkan itu, dia memilih untuk berubah.
            Dia merenung dirinya di dalam gambar itu. Di mana ni? Kenapa dia langsung tak mengingati semua ini?
            Auch! Raina menyentuh kepalanya. Dia jadi lagi. Sakit kepala ini memang menyakitkan jiwanya. Bengang dia dibuatnya. Mungkin, dia perlu berhenti berfikir.
            Dia menutup kesemua album yang sedang terbuka itu. Dia merebahkan dirinya. Cincin di tangan direnung lama.
“You are somebody’s fiancee. Somebody’s baby. Dan, you nak jadikan I suami you? Grow up, Raina,”
            Kata-kata Izdiyad seakan bermain-main di fikirannya. Somebody’s baby? Somebody’s fiacee? Tapi, apa ertinya kalau si Boy ni tak pernah wujud di hadapan matanya? Tak perlu cakap pasal kahwin. Muka sesama sendiri pun tak pernah nampak.
            Macam mana kalau wajah dia ada parut? Gigi dia jongang? Mata dia sepet? Ah, tak nak! Tak nak! Kurus keding pula tu? Tak nak!! Aku nak lelaki yang tough! Sado! Macam Izdiyad! Baru smart. Waktu tu, baru lah aku akan fikir balik untuk jadi tunang dia. Now, cincin ini aku letak kat sini dulu. Untuk apa aku nak ikat hubungan dengan lelaki yang tak pernah aku nampak. Betul! Betul! Cincin ini kita kena letak balik ke dalam kotak dia. Ha! Baru perfect!
            Sekarang ni, aku kena jadikan Izdiyad milik aku. Selepas tu, this fiancee or this boy ni boleh masuk tong sampah! Mama mesti akan sokong aku. Yalah, siapa yang masih nak terkurung dalam perkahwinan paksa ini?
            Dia bangun dari katil. Langkahnya dibawa menuju ke arah meja solek. Cincin itu terus diletakkan ke dalam kotak dan disimpan semula ke dalam laci. Laci itu ditutup.
            Now, my Mr fiancee. Kau boleh blah! Tengoklah, aku akan jadikan Izdiyad milik aku, dan aku akan campak encik tunang ni ke dalam tong sampah.

There’s no need to wait for you to say ‘I love you’ first. Before that, I would like to tell you ‘I do’. You don’t need to ask, neither do you need to wait. Just this moment, is worth loving till eternity. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
RALIT matanya memandang ke arah handphone miliknya. Tangannya laju menolak skrin, memerhati Twitter yang menjadi santapan matanya. Tak ada yang menarik pun. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.
            Kot yang tersarung di tubuh dikemaskan. Rambutnya yang ditocang tinggi membuatkan dia tampak lagi berkeyakinan.
            “Raina!!” dia mengerutkan keningnya. Entah apalah manusia dua orang ni nak pagi-pagi ni?
            “Hey, control your charm, okay? Be beautiful, be elegant. Jalan biar ibarat puteri. Jangan lari-lari macam kanak-kanak. Tak cantik,” Raina bersuara. Dia merenung wajah Rysa dan Syatilla. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
            Sampai mekap pun cair. Apalah yang nak berlari sangat ni? Kita kena maintain elegant. Baru kita akan jadi cantik ibarat puteri.
            “Your boy!” badan Raina membeku.
            “Kenapa dengan dia? You jangan cakap, dia ada perempuan lain. I cincang-cincang perempuan tu!”
            Sekarang, siapa yang sudah hilang rentak bergayanya? Ah, itu lain  cerita! Yang penting, Encik Izdiyad Altaf ni mesti jadi suami aku!
            “Dia datang kolej hari ni bawa Ducati! Handsome sangat-sangat! Cair tau,” Rysa bersuara teruja.
            Raina menghela nafas perlahan. Itu ja?
            “Kalau dia bawa motor kapcai pun, I tak kisah, Babe,” balas Raina selamba. Jalannya dibawa menuju ke kelas. Dia mengambil tempat yang berhampiran dengan cermin. Matanya memandang ke luar. Dapat dilihat beberapa mata liar gadis yang memandang ke arah lelaki idamannya itu.
            Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Perempuan. Kalau tak jatuh hati dengan kekacakan, tak sah? Sama seperti lelaki. Hanya ada seorang sahaja yang mampu mengubah persepsinya. Izdiyad.

When you’re with him, do you call his name? Like you do when you’re with me, does it feel the same? – Secret Love Song, Little Mix and Jason Derulo
LANGKAH Raina dibawa menuju ke arah meja itu. Terdapat beberapa buah buku yang berada di atas meja itu. Tak akanlah nak baca semua buku, cik abang. Logiklah sikit. Ambil satu buku pun, tak habis baca. Ni nak ambil sampai berpuluh buah buku.
            Raina mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu, dan dia tahu lelaki itu tidak perasan dengan kehadirannya. Iyalah, kalau sumbat earphone kat telinga, siapa-siapa pun dia dah tak perasan. Telinganya hanya mampu mendengar irama lagu yang berkumandang di telinga.
            Tanpa berlengah, tangan Raina segera mencapai earphone itu lalu ditanggalkan daripada telinga lelaki itu. Terpana lelaki itu. Dia mengangkat wajah, matanya bertembung dengan mata Raina. Raina memarkan senyuman paling lebar yang dia ada.
            “You nak apa lagi ni?” tak puas hati nadanya. Raina menongkat dagu.
            “You,” lelaki itu menggelengkan kepalanya perlahan. Tangannya ingin mencapai earphone itu kembali tetapi tangan Raina lebih pantas bertindak. Segera dia menyimpan telefon bimbit itu ke dalam beg tangan. Selesai. Tak adalah dia rasa seperti bercakap dengan lelaki yang pekak.
            “You memang suka buat kerja ikut suka hati you, kan? Sesuka hati ja simpan handphone I,” tiba-tiba, seakan ada mentol pula yang muncul daripada kepala Raina.
            “Haah, kan? Kenapa I perlu simpan phone you, ja? I perlu check phone you,” terbuntang mata Izdiyad. Tambah-tambah, apabila dia melihat tangan Raina yang sudah mencapai telefon bimbitnya.
            Baru sahaja Raina ingin tersenyum lebar, akhirnya senyumannya pudar. Dia memandang ke arah Izdiyad. Dia menunjukkan skrin telefon itu. Touch ID to open Whatsapp.
            Izdiyad menghela nafas lega. Mujurlah, dia tergerak hati untuk meletakkan fingerprint access kepada phonenya. Kalau tidak, mahu phonenya itu digeledah oleh Raina.
            Raina mengecilkan tubir matanya. Di matanya, jelas terpancar riak tak puas hati. Dia segera berpindah tempat ke sisi Izdiyad.
            “Ada apa dalam phone you? Kenapa you letak touch ID? Passcode sahaja tak bolehkah? Yang jelasnya, kenapa you kena letak password untuk masuk ke dalam phone you? You ada rahsiakah? Kenapa, you ada banyak perempuan? You buat semua ni, untuk elak girlfriend you untuk selongkar phone you? Bagitahu I, berapa ramai awek yang you ada?”
            “You nak buat apa?” tersenyum kecil Izdiyad dibuatnya. So possesive.
            “I nak bunuh semua awek you. Berapa? You ada berapa orang spare part. 3 atau 4? You ada niat untuk penuhkan kuota you kah? Atau, you sebenarnya dah ada isteri, itu yang you tak layan I. Tapi, you tak macam ada isteri. Jujur dengan I, you single kan? You tak kahwin, kan?”
            Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Raina. Tangannya menunjuk ke arah Izdiyad. Matanya memberi amaran.
            “It goes back to you, senorita. Berapa ramai lelaki yang you tackle? Lagipun, you pun dah ada tunang. Kenapa you nak kejar I lagi? You ada niat nak kahwin ramai? Setahu I, you tak ada kuota pun yang perlu dipenuhkan?” Izdiyad tersenyum senget. Tetapi, hati Raina sudah ingin terbang ke kayangan.
            Dia panggil aku senorita. Dia panggil aku senorita. Wah, nak terbang! Nak terbang ke kayangan!
            “Hey! You dengar ke tak?” tiba-tiba sahaja, Izdiyad melayangkan tangannya di hadapan wajah Raina.
            “Apa?” baru sahaja dia ingin sampai ke bulan, dia sudah kembali terheret ke bumi. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.
            “You yang ada tunang, tak sedar diri nak mengorat lelaki lain,”
            Okay. Dia baru faham.
            “Kiranya, kalau I tak ada tunang, you nak kahwin dengan I lah?” dia tersenyum lebar. Matanya dikerdipkan beberapa kali.
            “Berangan lah you ni,”
            Tetapi, dapat dikesan senyuman yang muncul di bibir lelaki itu. Membuatkan Raina makin bahagia. Tangan kirinya diletakkan di atas meja, menampung kepalanya. Matanya memandang lama ke arah Izdiyad yang sedang membaca buku. Dapat dirasakan, yang lelaki itu sudah tidak fokus dengan bacaannya.
            Dia meletakkan tangan kanannya di atas halaman buku yang dibaca oleh Izdiyad. Berkerut tangan lelaki tu.
            “I nak baca bukulah,” lelaki itu memprotes.
            “You tak perasankah, ada sesuatu yang lain?” Izdiyad memandang ke arah Raina. Dia merenung Raina atas bawah.
            “Tak ada yang berbeza. Kot tu memang tak ada butangkah? Kenapa tak beli brooch untuk cover tutup kot tu? Lebih senang kalau tak payah pakai kot tu, pakai ja baju lain,”
            Tidak berkelip mata Raina dibuatnya. Dia komen pakaian aku? Setiap kali aku jumpa dia, pasti ada ja benda yang tak kena. Sekejap complaint, tentang kemeja aku. Sekejap complaint, tentang T-shirt aku. Hari ni, complaint pasal kot aku pula?
            “Ini namanya fashion, Encik Izdiyad. Habis tu, you nak I buka kot? Let me warn you, I pakai baju sleeveless,” Raina bersuara. Matanya melirik manja. Tangannya dibuat seakan mengacah untuk menanggalkan kot yang tersarung di tubuhnya.
            “No! No! You, jangan mengada! Eh, you ni memanglah! You tak fahamkah, dari segi point-point yang I bagi kat you selama ni? Pakaian you ni, bukan taste I lah, Raina,”
            Raina menjongket kening. Oh ya? Dia merenung pakaiannya. Bukan taste Izdiyad?
            “Tapi, I tak pernah merancang untuk tukar style I sebab you,”
            “Dah agak,”
            “Tapi, I merancang untuk putus tunang sebab you,”
            “No! Jangan!” berkerut kening Raina. Kenapa pula jangan?
            “You kata, you tak nak I sebab I dah bertunang. Jadi, I cadang nak putus tunang ja lah. Baru you dengan I boleh bersama-sama. Tak begitu, Encik Izdiyad?” Raina memeluk tubuh.
            “Tak langsung!” Izdiyad menutup bukunya. Buku itu diletakkan ke atas beberapa buku lain. Raina memegang lengan Izdiyad. Izdiyad terkaku.
            “So, you want us to be a secret couple? And I cannot walk in the street while holding into your hand. And, I cannot even say to the world that I love you? Do you want us to become like that when I’m yours?” Izdiyad kembali duduk di kerusi. Dia memandang ke arah Raina.
            “You never mine, Raina,”
            “But, I’m declaring that I’m yours, Diyad. And, I know, you love me too. I can see it in your eyes. Eyes will never lie, Diyad,” Izdiyad menolak perlahan lengan Raina.
            “And, we got a love that is hopeless and homeless, Raina,”
            Izdiyad bangun dari kerusinya. Langkahnya dibawa berlalu keluar perpustakaan itu. Meninggalkan Raina sendiri, di kerusi itu. Raina menggenggam perlahan jari jemarinya.
Kalau kau tak muncul dalam hidup aku, Boy. Aku mesti dah dapat dia.

Would you leave, if I was ready to settle down? Or, would you play it safe and stay? Girl, you know this, we got a love that is hopeless. – Secret Love Song, Little Mix and Jason Derulo
MATANYA ditutup. Jacket silver yang pernah dilempar oleh lelaki itu berada di dalam genggamannya.
“And, we got a love that is hopeless and homeless, Raina,”
Matanya dibuka perlahan. Cinta itu ada. Kasih itu setia. Tapi, ia terlarang untuk menyatu. Kerana aku berada dalam ikatan yang tak mampu aku leraikan. Matanya memandang jari jemari yang kosong tanpa cincin.
Biarpun, cincin itu bukan pengikat tapi cincin itu adalah petanda. Petanda yang sudah ada lelaki yang melamarnya untuk djadikan isteri. Dan, kerana lelaki itu, Izdiyad membawa diri jauh daripadanya.
“Raina!”
Apa lagi dia ni?
Mata Raina memandang ke arah Riana tak puas hati. Ada saja wanita ini di mana-mana. Selalu mengganggu tidur lenanya.
“Akak nak apa?” matanya jelas menunjukkan riak tidak puas hati.
“Mak mentua kau nak balik dah,” mata Raina kembali ditutup.
Tepat pada masanya. Saat ini juga kau nak muncul kan, Boy?
“Bila?” soalnya.
“Esok,”
Raina bangun daripada katilnya. Dia merenung perlahan bajunya. Izdiyad tak akan suka kalau dia keluar macam ni. Dia membuka pintu almarinya. Cardigan dicapai dan disarungkan ke tubuh. Rambutnya diikat sanggul. Kunci kereta dicapai.
“Kau nak pergi mana? Aku cakap, mak mentua kau nak balik! Kau dah boleh jumpa Boy yang kau anggap misteri sangat tu!”
Pintu bilik ditutup. Dia terus melajukan langkahnya untuk masuk ke dalam kereta. Kereta dibawa menuju ke arah tasik. Dia perlu ketenangan sebelum ribut menimpa.

Ku masih terbayang-bayang, lepaskan saja usah dikenang. Tak usah melayan rindu, kerana kita milik orang. – Rindu Dalam Benci, Tajul Arif dan Wany Hasrita
DIA memeluk tubuh. Angin menampar perlahan tubuhnya. Rambutnya yang disanggul tanpa getah itu terlerai. Perlahan rambut itu beralun dibawa angin. Dia menyelak perlahan rambutnya dan dibawa ke tepi telinga.
            Air tasik itu dipandangnya. Walaupun tidak sebiru air pantai di Pulau Simpadan, tetapi cukuplah warna ini untuk mendamaikan hatinya.
            Dia menutup mata. Menghayati tamparan lembut angin itu di tubuhnya. Dia rindu. Sungguh, dia rindu dengan Izdiyad.
            Pertemuan yang tidak seberapa. Tetapi, mampu menyemaikan kasih di hatinya. Mampu menyemaikan rindu di hatinya. Perlahan, air mata mengalir lembut dari tubir mata kirinya. Kenangan-kenangannya dengan Izdiyad seakan bermain di mindanya.
            Daripada pertemuan pertama. Kesombongannya. Keangkuhannya. Dan, dirinya yang bodoh mengejar. Andai, dia tidak mengejar waktu itu, mungkin cinta ini tidak menggenggam hatinya ketika ini. Jika dia hanya membiarkan lelaki itu berlalu, seperti polis yang ditemuinya di roadblock sewaktu tengah malam. Seperti lelaki yang ditemuinya ketika di jalanan. Hatinya tak akan membuahkan rasa cinta. Perasaan itu akan berlalu seperti kekagumannya terhadap ciptaan-Nya yang pernah ditemuinya.
            Kita terlarang untuk menyatu. Kerana, aku sudah terikat dengan janji suci yang terikrar. Aku sudah terikat dengan ikatan yang tak mampu aku leraikan. Aku sudah menjadi milik orang.
            Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefon itu. Mesej itu dibukanya.
Awak pernah berjanji yang awak tak akan menangis jika saya jauh daripada awak. Awak berjanji yang awak akan jaga diri awak elok-elok sebab saya jauh daripada awak. Awak dah berjanji akan setia di sisi saya. Sudahkah awak lupa, Baby? – Boy
            Boy? Raina memandang di sekelilingnya. Kanan. Kiri. Depan. Belakang. Di mana dia? Siapa dia? Satu lagi mesej masuk.
Sarena Nur Raina. Kaulah nyawaku. Degup laju jantungku memandang kamu. Hingga kuterleka memikirkanmu. Ku janji padamu, bahagiakanmu. Sampai syurga aku rindu. – Boy
            Mana dia? Tiba-tiba, matanya terpaku dengan tubuh lelaki yang sedang berjalan menjauhi dirinya. Lelaki itu bertopi putih. Dia hanya mampu memandang lelaki itu berlalu ke dalam kereta dan kereta itu berlalu dari situ.
            Boy?

How can I let you understand that I love you? After that, you nod and say ‘I do’. I want to take care of you and protect you. At this moment, I just want to hold you tightly. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
“PENATNYA menunggu,” dia mengeluh perlahan. Kenapalah dia boleh tercair dengan permintaan mama untuk menemaninya menyambut kepulangan Si Boy ni? Akhirnya, dia tersandai seorang diri di sini menunggu flight yang tak sampai-sampai.
            “Flight delay ke apa ni mama? Kenapa tak sampai-sampai pun?” omelnya. Dia menggeliat perlahan.
            “Haah. Delay kot,” Raina mengeluh perlahan apabila mendengar jawapan mama. Kenapalah kita datang awal sangat? Kan lagi bagus, kalau mereka dah jejakkan kaki di Malaysia, baru kita pergi ambil. Eh, tapi macam jahatlah pula! Seolah-olah kepulangan yang tidak dinanti. Memang aku tak tunggu pun!
            “Baby pergi beli kopi kat Starbuck dululah,” Raina bangun daripada tempat duduknya. Handbag dicapai.
            “Eloklah tu, belikan untuk mama dan papa, Mocha dua,” Raina menadah tangan.
            “Duit?”
            “Eh, kamu belilah pakai duit kamu dulu!” papa membantah.
            “Oh, tak ada makna. Satu kopi pun dah mahal tau! Tak kira, Baby nak duit juga. Baby tak akan sanggup menggunakan duit Baby yang hidup segan, mati tak mahu ni,”
            “Oh, kalau duit mama, beli mahal-mahal pun tak apalah?”
            “Itu semestinya,” Raina tersengih lebar. Tambah-tambah pula, apabila mama sudah mengeluarkan duit daripada dompetnya.
“See, mama sayang Baby,” Raina menjelirkan lidahnya ke arah papa. Langkahnya terus dibawa ke arah kedai kopi itu.

Although, ‘forever’ does not seem possible without you. A miracle will happen upon two right people. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
DIA mengetuk perlahan kaunter tersebut. Minumannya sudah diorder.
            “Adik, Venti Ice Caffe Americano satu, letak atas nama budak sebelah ni. Baby,”
            Tersentak perlahan Raina dibuatnya. Dia merenung lelaki yang berada di sebelahnya. Baru sahaja nak marah, dia yang terpaku. Izdiyad Altaf?
            “Apa yang you buat kat sini?” Raina merenung Izdiyad dari atas ke bawah. Topi hitam lelaki itu pelengkap gayanya. Tak pernah berenggang dengan topi itu. Kecuali, sewaktu dia di kolej.
            “You bayar tau,” Raina membuntangkan mata.
            “Tak ada maknanya, you yang order, you bayarlah!” tangan Izdiyad ditarik. Mendekatkan telinga lelaki itu dengan mulutnya.
            “Lagipun, air kat sini mahal. Daripada I belanja you air kat sini, lebih baik I belanja you makan kat restoran,” dia berbisik perlahan. Takut didengari oleh cashier tersebut.
            “So, that’s a deal. I’m waiting for your treat,” Raina menepuk dahinya perlahan. Tak pasal-pasal, dah jadi sebuah perjanjian. Tetapi, bagus juga kan? Kiranya, dia ada peluang lagilah untuk bersua muka dengan Izdiyad.
            Wah! I’m so excited!
            “Here’s your order, miss,” belum sempat dia mengeluarkan duit, lelaki itu sudah menghulurkan sekeping not ungu kepada lelaki itu.
            “Kira sekali ya?” Raina membuntangkan mata. Tak pasal-pasal sudah berhutang dengan lelaki ini. Tapi, kalau dia bayar pun tak apa. Tak perlu dia bazirkan sekeping not 50 yang mama bagi kepada dia. Boleh simpan buat belanja hari esok.
            Tak jadi diri dia ingin membentak. Laju tangannya mencapai kopi-kopi itu. Dia meletakkan kopi-kopi itu di atas meja. Satu kopi milik Izdiyad disuakan kepada lelaki itu.
            “Nah, kopi you,” berkerut kening Raina apabila lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah. Apa lagi dia ni?
            “You look different. Macam tersopan pula hari ni, you bangun salah bantal ke apa?” komen Izdiyad. Dia mencapai kopi yang disuakan oleh Raina.
            “You ni kan? Setiap kali jumpa you, mesti you akan komen pasal baju I, kan? Ikut suka hati I lah, I nak sopan ke seksikah? Tak ada kaitan dengan you,” Raina menjulingkan matanya ke atas.
            “Atau you nak jumpa bakal mentua you hari ini? Sebab tu you pakai macam ni, tak nak tunjuk imej nakal you tu?” berkerut kening Raina.
            “Macam mana you tahu, I nak jumpa mentua I?”
            “Betullah tekaan I? Okay, kalau macam tu, I nak jumpa mentua you,”
            “Pardon?!” ternaik beberapa oktaf suaranya. Membuatkan beberapa mata memandang ke arahnya. Raina menundukkan wajahnya. Lelaki ini memang nak kena lah! Saja buat aku malu, depan khalayak ramai ni.
            “You tak boleh jumpa mentua I!” perlahan tapi keras suara itu. Izdiyad memeluk tubuh.
            “Kenapa pula tak boleh? You yang cakap you nak break dengan tunang you. Biarlah I yang cakap, sekaligus bagitahu mereka yang you dah ada pilihan lain. Tak macam tu, senorita?”
            Dia panggil aku senorita lagi. Eh, Raina! Ini bukan masanya untuk kau cair dengan kata-kata lelaki ini. Dia nak pergi jumpa mentua kau, tahu tak? Nanti mentua kau ingat kau, perempuan tak setia! Sesuka hati kau ja nak menduakan anak mereka. Boleh jatuh imej kau, tahu tak?
            “Nantilah I uruskan tentang benda tu. Tapi, kan?” Raina merenung Izdiyad atas bawah. Berkerut kening Izdiyad dibuatnya. Macam pelik ja perempuan ni.
            “You dah setuju lah, kan? Untuk jadikan I isteri you?” Raina menjongket keningnya beberapa kali. Izdiyad berdehem perlahan.
            “I pergi dulu,” terus lelaki itu berlalu daripada Starbuck itu.
            Raina tersenyum lebar. Senang ja rupanya untuk menundukkan si Izdiyad ni?

There’s nothing much I can do, but I have more sincerity than everyone else. I brew a cup of bitter tea, and accompany you until the wee hours of the morning. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
AKHIRNYA!!
            Dia menjerit kuat di dalam hati. Akhirnya, muncul juga kepulangan yang dinanti! Walaupun aku tak pernah menanti, tapi tak apalah! Buat-buat ja excited!
            Dia memandang mama dan papa yang sedang menghampiri dua orang manusia yang seakan seusia mereka. Tapi, kan? Kenapa dua orang ja? Bukan patutnya ada 3 orangkah? Mana si Boy ni?
            “Baby!” Raina tersentak apabila papa dan mama memanggilnya. Dua orang lagi warga asing itu memandangnya dengan senyuman yang lebar. Ini yang buat saya kekok ni. Janganlah pandang saya macam tu.
            Raina menghampiri mama dan papanya. Tangan dihulur untuk bersalaman, tanpa diduga dirinya dibawa ke dalam pelukan. Okay, dia tahu kedua-dua ini mengenalinya. Namun, apabila diri langsung tiada memori tentang keduanya. Dia jadi kekok.
            “Ingat mommy dan daddy tak?” wanita itu memegang lembut pipinya. Namun, dia hanya mampu memberikan pandangan kosong. Dia sama sekali tidak ingat tentang kewujudan dua manusia ini. Apatah lagi pernah mengenali wajahnya.
            “Tak apalah, kita pun tak boleh paksa Baby untuk ingat kita,” lelaki tua itu memegang lembut bahu wanita yang menggelarkan dirinya mommy itu. Raina hanya mampu memberikan senyuman palsu.
            Sejak kemalangan 6 tahun lepas, dia tak pernah berniat untuk mencari kepingan memorinya yang sudah berkecai. Dia hanya meneruskan hidup seperti biasa. Keluarganya ada dengannya. Dia tak perlu mencari sesiapa. Jadi, kenapa dia perlu mencari kenangan itu? Sedangkan, dia mampu mencari ingatan baru. Dan, mencipta memori baru.
            Dirinya seperti kanvas putih. Yang kembali dicorakkan warnanya. Dan, dia gembira dengan hidupnya. Tiada sebab bagi dia untuk mencari kepingan memori yang hilang. Dia bukanlah isteri orang untuk mencari momen percintaan mereka. Dia bukan sesiapa. Dia hanya anak kepada kedua ibu bapanya. Dia hanya ada mereka.
            “Dah jumpa Boy?”
            Soalan apakah itu? Jumpa Boy? Aku ada kat sini daripada tadi, tak nampak pun bayang-bayang lelaki muda yang ada kat sini. Jadi, apa ertinya jumpa Boy?
            “Here I am,” suara itu. Suara itu seakan pernah dikenalinya. Raina segera berpaling ke belakang. Wajah Izdiyad menyapa pandangannya. Dia terkaku. Diyad?
            Lelaki itu hanya memaparkan senyuman. Dia mengangguk perlahan kepada papa. Seakan memberi isyarat. Isyarat apakah?
            Raina memandang sekeliling. Mama, papa serta mommy dan daddy sudah pun meninggalkan mereka. Raina memandang ke arah Diyad. Boy?
“Sarena Nur Raina. Kaulah nyawaku. Degup laju jantungku memandang kamu. Hingga kuterleka memikirkanmu. Ku janji padamu, bahagiakanmu. Sampai syurga aku rindu,”
Raina pegun di tempatnya. Matanya hanya mampu memandang lelaki itu mendekatinya. Lelaki itu menghulurkan tangannya.
“Nama I Boy. Boleh kita berkawan?” Raina memandang huluran tangan itu. Dibiarkan huluran itu tidak bersambut.
“I’ll think about it, sooner or later?” Raina tersenyum sinis. Langkahnya dibawa berlalu meninggalkan lelaki itu sendiri.
Terjongket kening Izdiyad. Hukum karma. Apa yang aku cakap, kena kat aku balik? Clever girl. I’m glad that you are my fiancee.

What must I do to be perfect like real men? Drink a cup of bitter tea, to warm your body temperature. – Bitter Sweet, Lollipop and Hey Girl
DIA berlari-lari anak perlahan, mengejar langkah Raina yang semakin laju. Tangan kiri Raina digenggam perlahan. Raina menjelingnya tajam sebelum melepaskan genggaman tangannya.
            Wah! Garang nampak.
            Izdiyad memandang langkah Raina. Diharapkan langkah gadis itu aakan berhenti di hadapan orang tua mereka yang sudah menanti di kereta. Tetapi, tidak! Gadis itu melangkah laju melepasi kereta itu. Berkerut kening Izdiyad.
            Dia nak pergi mana pula tu? Bukan dia datang dengan parents dia?
            Izdiyad segera mengikut derap langkah Rania.
            “Boy, Baby nak pergi mana tu?” mommy bersuara.
            “Baby dengan Boy okay tak lagi?” suara daddy pula. Izdiyad menggaru keningnya. Dia pun tak tahu jawapan bagi soalan tersebut.
            “She’s getting revenge,” hanya itu jawapannya. Langkahnya terus dibawa mengejar langkah Raina. Tangan Raina dikuncinya.
            Raina berpaling. Matanya memandang Izdiyad tajam. Pegangan tangan itu cuba dilepaskan namun tidak berjaya. Itu yang membuatkan hatinya tambah panas.
            “Ikut I,” Izdiyad terus menarik lengan Raina untuk mengikut langkahnya.
            “Eh, nak pergi mana?!” Raina cuba melepaskan genggaman tangannya, tetapi tidak berjaya. Dia hanya mampu mendengus kasar, kakinya cuba untuk memberhentikan langkah. Tidak mahu mengikut langkah Izdiyad.
            “Sarena Nur Raina!” tegas. Nama penuhnya dipanggil oleh lelaki itu. Kerana terpaksa, dia relakan juga kakinya mengikut langkah lelaki itu.
            Izdiyad membuka pintu keretanya, dia memberi arahan untuk Raina masuk ke dalam kereta itu. Tanpa berkata, dia terus meluru ke arah tempat pemandu. Laju kereta itu meluncur ke jalan.
            Raina memeluk tubuh. Malas melayan Izdiyad. Hati dia betul-betul terasa.
Sesuka hati dia ja nak mainkan jiwa dan perasaan hati yang suci ini. Aku tak pernah kenal cinta, tau tak? Dia dah buatkan aku terkejar-kejar dia. Dia dah buatkan aku menangis sebab tak dapat dia. Balas-balas, dia ialah Boy? Padanlah, bila sebut pasal putus tunang, lelaki itu bertegas tak mahu. Rupa-rupanya, dialah encik tunang tu.
Dia fikir benda ni lawak? Eh, aku tak sukalah April Fool ni! Mana boleh sambut! Sesuka hati dia ja nak perbodohkan aku.
“Jangan mengutuk I dalam hati. Sia-sia ja dapat dosa kering,”
Raina terus memberikan jelingan tajam kepada Izdiyad. Izdiyad tersenyum kecil. Tahu, tekaannya mengena.

Aku dan kamu, tak terbatas ruang waktu. Tak terlarang untuk menyatu. Kerna aku dan dirimu dalam ikatan. – Kisah Yang Kuinginkan, Judika dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza
“BAGI TAHU I satu sebab, kenapa kita datang sini?”
            Raina merenung sekeliling. Dalam fikiran, bolehlah fikir yang lelaki itu akan bawa dia ke tempat special. Panjat bukitkah? Tepi pantaikah? Walaupun, pantai tak wujud di Putrajaya. Tapi, tempat ni?
            Taman permainan? Apa dia fikir, aku ni kanak-kanak riang yang akan seronok tengok taman permainan? Hello, aku dah besar panjang, okay?
            “Sebab, ini tempat kita main waktu kecil dulu?” Izdiyad menyembunyikan tangannya ke dalam poket. Matanya memandang ke arah Raina.
            Raina menghela nafas perlahan. Perlahan, langkahnya dibawa menuju ke buaian. Dia melabuhkan punggungnya di buaian itu. Menghayunkan buaian itu lembut dengan menggunakan kakinya. Membiarkan angin menyapa rambutnya yang terlepas bebas.
            Izdiyad mengikut langkah Raina. Dia turut melabuhkan punggung di buaian yang berada di sebelah Raina. Dia turut menghayunkan buaian itu. Kakinya menolak lembut tanah. Membiarkan buaian itu bergerak dengan kadar yang perlahan sahaja.
            “Kita pernah berjanji kat sini. Berjanji yang Baby akan jaga diri Baby elok-elok sewaktu Boy jauh. Baby janji yang Baby tak akan menangis kalau Boy jauh. Dan, Boy janji Boy akan kembali di sisi Baby. Untuk jaga Baby sampai Baby tua,” dia menghentikan bicaranya. Izdiyad memerhati pandangan Raina yang kosong.
            “Dan, Baby lupa dengan semua janji itu,” dia tersenyum hambar. Dia menarik nafas perlahan. Dia tak boleh menyalahkan Raina. Semua yang terjadi, bukan kehendaknya. Tapi, kadang-kadang dia terfikir, andai Raina tidak pernah hilang ingatan. Adakah gadis itu akan melupakan janji mereka?
            “Tak apa. Boy tak kisah. Apa yang ada pada masa lalu? Yang penting, adalah masa sekarang dan masa depan,” Izdiyad cuba menenangkan hatinya.
            “Tanpa masa lalu, tiada masa sekarang, Diyad,” Raina menghentikan gerak langkah kakinya. Membiarkan buaian itu terhenti sendiri.
            “Tapi, salah Boy juga, kan? Waktu Boy dapat tahu Baby accident, Boy tak balik. Atau, lebih kepada Boy tak boleh balik. Boy ada exam. Bila Baby dah okay, Boy fikir yang tak apalah. Tak apalah, kalau kali ini Boy tak balik. Kali ini ja. Nanti bila sampai waktunya, Boy akan balik dan terus ada di sisi Baby. Boy tak akan jauh lagi.
            Tapi, tak sangka pula yang Baby lost memory. Bila Boy sampai Malaysia hari tu, baru uncle bagi tahu Boy. Dan, selepas itu. Baby pun tahu. I pretend to be somebody else. You never know my real name. You only know me as Boy. So..”
            “Jadi, you menyamar? Nak uji I? Nak tengok I setia ke tak dengan you? You memang sengaja, kan?” Raina terus menyampuk. Dia menampar kuat belakang Izdiyad.
            “Nasib baik I jatuh hati dengan you, kalau I suka lelaki yang entah siapa. Apa yang you nak buat?! Kalau I betul-betul minta putus dengan you, macam mana? You nak buat apa?!” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Raina.
            “I tackle you balik,”
            “Senang ja kan, you bercakap. Macam hati I ni bola, yang you boleh lempar sesuka hati. Semalam you Izdiyad, hari ni you Boy. Esok, you nak jadi apa pula?”
            “Altaf?”
            “Main-main! Main-main!” bertalu-talu, pukulan yang dilepaskan oleh Raina. Izdiyad hanya tersenyum lebar.
            “At least, I tak tipu nama I, tau?”
            “Yalah tu! Kalau I tak grab dompet you, you mesti dah tipu nama you!” jari telunjuk Raina menuding tajam ke arah Boy. Memberi amaran.
            “Good idea. I tak terfikir pula sampai macam tu,”
            “Izdiyad Altaf!!” naik beberapa oktaf suara Raina. Izdiyad hanya tertawa kecil. Terhibur dia dengan wajah Raina yang cemberut.

You know that I will give you what you want. Just so you know, you’re second to none. – Luar Biasa, Ismail Izzani and Alif Sleeq
“KENAPA you boleh ada di kolej I? You tua 3 tahun dari I. You sepatutnya dah kerja, jadi kenapa you datang kolej?” tangan Raina memeluk tubuh. Dia memandang Izdiyad yang sedang berjalan disisinya.
            Tangan lelaki itu menyeluk poket. Topi hitamnya masih setia di kepala. Jangan tanya, kenapa? Mungkin dia addicted dengan topi. Hanya beberapa kali sahaja, topi itu berenggang daripada kepalanya.
            “I ambil Master sambil kerja. So, kelas Master I waktu weekend ja. Lagipun, tunang I study kat situ. So, I ambil ja lah Master kat situ. Dalam masa yang sama, siasat tunang sendiri? Bolehlah,”
            Raina memandang lelaki itu tidak puas hati. Ada ke patut nak siasat tunang sendiri? Nampak sangat tak percaya dengan aku?
            “Don’t worry. I behave, okay. I tak keluar dengan lelaki. Hidup I hanya dengan girls I ja. And then, I tak stuck dengan sesiapa. You ja satu-satunya lelaki yang I crush,” Raina mengangkat tangan. Bersumpah.
            “Seriously?” Raina mengangguk yakin.
            “Serious. Sebab hanya you ja yang buat tak tahu dengan I. Kalau orang lain, hantar mesejlah. Hantar bungalah. Ajak keluar date lah. Tengok wayang lah. Tapi, you tak. You lain sikit,”
            “Lain sikit ja?”
            “Tak. Lain banyak,” Raina menggeleng perlahan. Tak, dia tak lain sikit. Dia lain banyak. Lelaki yang sangat lain daripada yang lain.
            “Lagipun, buat apa I nak ajak you date kalau I boleh ajak you kahwin?” terhenti pergerakan Raina. Dia memandang belakang tubuh Izdiyad yang masih berjalan. Izdiyad yang tersedar menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke arah Raina.
            “Kenapa?”
            “You nak ajak I kahwin?” Raina menyoal lagi sekali.
            “Boleh ja. You nak kahwin bila?”
            Wah! Raina seakan-akan ingin terbang ke bulan. Izdiyad ajak dia kahwin. Wah! Tak boleh dibayangkan betapa gembiranya hati dia ketika ini.
            “Bukan I yang nak jawab akad. You yang nak terima akad. Youlah yang tentukan tarikhnya,” tenang Raina menjawab. Buat-buat tenang sebenarnya. Sebab hati dah meloncat ke awan.
            “It is set, then,” Izdiyad kembali berpaling. Dia membuka langkah. Meneruskan motifnya ke tasik ini. Untuk melihat keindahan tasik ini hanya dengan berjalan kaki.
            Raina tersengih seorang diri. Aku dah nak kahwin! Dia memandang ke arah topi yang berada di kepala Izdiyad. Dia berjalan menghampiri Izdiyad lalu mencapai topi itu. Topi itu disarungkan ke kepalanya.
            Izdiyad tidak bereaksi. Hanya tangannya sahaja yang membetulkan rambutnya yang kusut.
            “Kenapa you suka pakai topi? Ada yang istimewa dengan topi inikah?” topi itu dibawa ke hadapan mata. Apa yang istimewanya topi ini? Hanya sekadar topi yang berjenama. Nak beli topi pun kena berjenamakah? Satu pembaziran.
            “You cakap I lebih handsome kalau pakai topi,” Raina mengerutkan kening. Bila? Soalan itu muncul di benaknya. Tapi, untuk seketika cuma, dia sudah punyai jawapan untuk soalan itu.
            Waktu mereka masih kecil dahulu. Besar juga kesannya kepada Izdiyad. Untuk dia mengingati setiap apa yang dilontarkan dengan jelas.
            “You nak I dapatkan balik memori I, ke?” soalan yang diutarakan membuatkan langkah Izdiyad terhenti. Raina memandang lama ke arah Izdiyad.
            “I dah cakap, yang I tak kisah, kan?”
            “Tapi, setiap perbuatan you mesti ada kaitan dengan kita yang dulu? Tapi, I langsung tak ingat apa-apa. Betulkah yang you tak terasa?” Izdiyad menghela nafas perlahan.
            “Yang penting bagi I. You sihat. You bahagia. You tertawa. I tak kisah dengan memori lampau yang hilang. Yang penting, I ada di sisi you untuk mencipta memori baru. Boleh kalau macam tu?” Izdiyad memandang mata hitam itu lama. Mata yang menarik hatinya itu.
            “Betul, you tak kisah?” Izdiyad menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Tapi, I kisah dengan pakaian you. Boleh tak you bersopan sikit? Kalau you tak tergerak hati, nak pakai tudung lagi pun. At least, baju tu boleh longgar sikit kot?”
            Raina membuntangkan mata. Dia komen tentang baju aku lagi? Tak pernah berhenti kan dia ni?
            “I tak kira, lepas I kahwin dengan you. Wardrobe you tu, I bakar. I belikan baju baru untuk you. Full stop!”
            Izdiyad segera melangkah laju ke hadapan. Meninggalkan Raina yang terlopong sendiri. Dia nak bakar almari aku?
            “I tak nak kahwin lah macam ni!!” Raina menjerit kuat.
            “You kata, I yang jawab akad. Jadi, semua keputusan you tu ada di tangan I,”
            “I nak bagi tau tok kadi, yang I tak setuju nak kahwin dengan you!”
            “Soniya, you tak akan buat I malu, kan?”
            Berdesup jantung Raina. Alamak, dia buat ayat cair lagi. Ini yang I lemah ni! Raina segera berlari-lari anak untuk menghampiri Izdiyad. Dia cuba untuk memeluk lengan Izdiyad tetapi tubuhnya ditolak.
            “Kita tak kahwin lagi. Faham tu?”
            Raina menghentakkan kakinya perlahan. Izdiyad Altaf ni memang! Suka menguji kawalan hatinya yang lemah ini!
THE END

By Ayas NMS :
Kalau dia sudah berpunya, tak perlu dihampiri lagi. Tak perlu dilayan setiap kemahuannya. Tak perlu mencuba untuk mendekatinya. Hukum karma itu pasti. Takut diri sendiri yang terkena nanti.

No comments:

Post a Comment