BAB 11
“Smiles in front of those who hates you. It kills them,”
“HANNA, wake up Hanna! Kita dah nak sampai hospital,” hanya kedengaran suara itu di telinganya. Qairul, I miss you damn much. Kenapa kita berjumpa semula dalam keadaan sebegini? Di saat aku lemah sebegini?
Tangannya diangkat lemah. Cuba menyentuh wajah lelaki itu. You’ve become more handsome than the last time I met you. Perlahan, tangan itu terjatuh. Kudratnya tidak kuat lagi. Dia lemah.
“No, jangan tutup mata! Hanna!” perlahan mata itu ditutup perlahan.
“Mommy!!” hanya suara itu sempat menjengah telinganya sebelum segalanya kelam. Dia masih ingat detik itu. Pertama kali dia bertemu lelaki itu. Segala kenangan itu seakan berputar kembali di mindanya.
Seakan satu peringatan kepadanya. Agar tidak membiarkan hati itu hancur lagi.
INDAH cahaya matahari itu menyinari bumi ini. Menyinari sekeping hati yang berbunga. Yang masih muda. Beautiful, young and free. That’s who I am.
Kertas itu diconteng perlahan. Dia melukis gelas yang berada di hadapannya. Kebosanan menjelma dalam diri. Mana lah si Dhia ni?
Di akhir lukisan itu dia mencoret namanya. Qaireen Hanna Al-Haytham. 17/12/2009.
“Sorry, dear. Aku lambat,” Dhia terus mengambil tempat di hadapannya. Jus oren Hanna diminumnya tanpa izin. Hanna hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
“Aku balik rumah tau, cuti ni. Nak ikut aku balik tak?” tanya Hanna. Nasi di hadapannya diusik.
“Tak kot. Weyh, abang saudara kesayangan aku tu study mana?” Terhenti suapan Hanna. Dia mengerutkan kening.
“Kenapa tanya pasal abang aku?” Dhia tersenyum lebar.
“Yalah, teringin juga nak tahu pak we kesayangan aku tu study mana sekarang. Aku kan kakak ipar kau. Lupa ke?” Hanna hanya melemparkan senyuman tak ikhlas.
“Tak payah berangan! Dia tak pandang perempuan,” ujar Hanna selamba.
Ada ke hati nak kat Qairul? Aku tak akan benarkan kawan aku kahwin dengan abang aku. Kakak iparku, sepupuku, kawanku. Oh my God! Oh my God! I hate the idea to respect her. Calling her sister, sedangkan sama umur. Please lah!
APABILA kereta itu memasuki perkarangan rumah, Hanna tersenyum lebar. Dia keluar daripada kereta itu. Come back home. Home is the sweetest place alive.
“Ibu!!! Hanna dah balik!!!” Hanna menjerit kuat. Dia berlari masuk ke dalam rumahnya. Dibiarkan bagasi di luar. Nanti dia akan kerahkan abangnya untuk angkat. Yelah? Tak akan nak biarkan Pak Seman yang dah berumur tu? Mahu patah riuk orang tua tu!
“Ibu, where are you?!!” Hanna merenung ruang tamu yang kosong. Hanya beberapa laptop terbuka dan some files. Berkerut kening Hanna dibuatnya. Tak apalah, let it be. Now, where is my mom?
Hanna terus berlalu ke ruang makan. Alangkah terperanjatnya dia, apabila melihat sekumpulan lelaki dan perempuan tengah makan di ruang makan rumah dia. Terkedu dia di situ. Aku salah masuk rumah ke?
“Bisinglah budak!”
Adoi! Hanna mendengus kasar. Dia menggosok kepalanya yang sakit. Dia memandang Qairul tak puas hati. Perlu ke dia ketuk kepala aku?
“Orang tak cari abanglah. Ibu kat mana?” Qairul menunjukkan ke arah dapur. Okey, sebelum dia berlalu ke dapur, dia menarik lengan abangnya untuk ke satu penjuru.
“Siapa tu?” Hanna terus menunjuk ke arah sekumpulan lelaki tadi.
“Kawan abang. Kenapa, berkenan?” Hanna mencebik. Nak berkenan apanya kalau tengok muka pun belum. Sabaq sat! Nanti cheq usyar sekor-sekor nah!
Hanna terus berlalu ke dapur.
“Ibu..” kata-katanya tersangkut apabila seorang lelaki berpaling ke arahnya. Terkedu dia. Kata-kata yang ingin terluah seakan hilang dari kotak mindanya.
Fikirannya kosong. Matanya hanya nampak dia. Lelaki itu. He’s such a beautiful human being. Dia makhluk berkromosom XY yang paling kacak yang pernah ditemuinya. Betulkah dia adalah Homo sapiens? Atau malaikat yang menjelmakan diri sebagai manusia?
“Adik Qairul?”
Hah? Otaknya cuba untuk mentafsir maklumat itu. Namun, cerebrumnya seakan tidak berfungsi lagi.
“Haah. Ini adik Qairul yang bongsu, Hanna,” dia tersentak apabila ibunya memeluk tubuhnya dari tepi. Dia berpaling ke arah ibunya kemudian dia merenung kembali ke arah lelaki tadi.
Lelaki tadi hanya memberikan dia senyuman nipis sebelum berlalu ke ruang makan. Matanya menyoroti gerak langkah lelaki tadi sebelum tangannya ditepuk kasar oleh ibunya.
“Apa tengok anak teruna orang sampai macam tu?” ibu mengeraskan suara. Hanna buat tidak peduli.
“Ibu, Hanna rasa hati Hanna dah jatuh dekat dia. Ibu, handsomenya dia. Ibu!!! Ibu!!!” ibu hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Apa-apa ajalah, Hanna.
HANNA menutup mukanya dengan bantal. Dia tersenyum sendirian. Wajah lelaki itu kian bermain di mindanya.
Siapa lelaki itu? Arh! He catchs my heart! Kenapa dia handsome sangat?!
Hanna bangkit dari perbaringannya. Ini tak boleh jadi! Dia kena siasat tentang lelaki itu! Nama pun tak tahu ni! Mana boleh macam ni? Kita kena tahu nama dia, baru boleh minat dia.
Hanna terus keluar dari biliknya. Hala tujunya terus ke bilik abangnya. Eh, kosong? Mana abang dia pergi? Dia berlalu ke studio milik abangnya. Khas untuk dia.
Ya! There he is. Muzik dimain beralun lembut. Hanna terus duduk di sisi abangnya. Piano itu ditekan kasar. Cuba menghancurkan alunan yang dimainkan oleh abangnya.
“Nak apa?” Qairul bersuara. Hanna tersenyum lebar. Tahu aja abang ni. That’s why I love you!
“Nak korek maklumat,” Hanna bersuara ceria. Dia mengedipkan matanya beberapa kali. Tolonglah termakan dengan puppy eyes ni.
“Tentang?”
“A guy. A handsome guy. Lelaki yang adik terserempak dekat dapur tadi,” wajah Qairul berubah. Dia berdehem perlahan.
“Kenapa dengan dia?”
“Hanna rasa Hanna suka dialah abang,” terus terang Hanna bersuara. Qairul terbatuk kuat. Suka? Baru jumpa tadi, tak sampai beberapa minit. Suka?
“Oh, salah! Hanna rasa Hanna jatuh cinta dengan dia lah abang!” dengan yakinnya Hanna bersuara. Qairul mengusap lembut kepala adiknya.
“Kau ni makan ubat batuk terlupa goncang ke? Macam tak betul ja,” Qairul bersuara selamba. Hanna terus menarik tangan Qairul yang menggosok kepalanya.
“Tak apalah, tak nak bagi tak apa! Hanna cari sendiri!” Hanna bangkit dari duduk namun tangannya ditarik lembut oleh Qairul. Memaksanya untuk duduk kembali.
Yes! Yes! Dia dah nak bagi ni! Great job, Hanna!
“Nama ja tau,” Hanna mengangguk lebar. Nama ja. Itu pun dah cukup, yang lain dia boleh korek sendiri.
“Qarizh Hauzan Hickman,”
No comments:
Post a Comment