ASHLEY memandang ke arah Harith tajam. Bunga yang dipegang oleh Harith dipandang sepi. Dia tak perlukan bunga itu. Dia perlukan Qarizh.
“Boleh tak jangan bazirkan duit?
Saya tak akan terima bunga awak. Saya hanya perlukan anak saya sekarang ni!”
suara Ashley keras.
Harith menjatuhkan bunga itu. Bunga
mawar 13 kuntum itu hanya dipandang sepi oleh Ashley.
“Boleh tak kalau saya minta satu
peluang daripada awak? Peluang untuk perbetulkan semua kesilapan saya sebelum
ini?” Harith bersuara. Matanya memandang ke dalam anak mata Ashley.
“Awak nak peluang apa lagi? Sewaktu
awak halau saya dari rumah besar awak, awak ada beri peluang kepada saya?! Tak!
Awak halau saya macam kucing kurap! Dan, sekarang, awak kembali. Kononnya nak
membetulkan kisah lampau?
Hebat, Harith! Hebat! Kenapa? Saya
dah tak menjadi batu penghalang kepada awak. Saya dah tak marah awak. Awak
keluarlah dengan berapa ribu orang gadis pun! Awak tidurlah dengan mereka! Saya
tak pernah kisah!”
Suara Ashley kian kuat. Harith
menundukkan wajah. Dia sedar dia yang bersalah ketika ini.
EZRA megerutkan
kening apabila mendengar suara mama meninggi. Dia turun daripada tingkat atas.
Langkahnya dibawa menuju ke pintu rumah.
“Mama?” Ashley memandang ke arahnya.
Begitu juga lelaki yang berada di hadapan Ashley. Papa.
“How
old are you, son?” Ezra memandang ke arah Harith. Ashley memandang ke arah
Ezra. Ashley menggelengkan kepalanya. Cemas.
“Ezra,
no!” Ashley berbisik keras. Ezra memandang ke arah Ashley. Seakan
membisikkan bahawa dia tak akan berdiam diri lagi. Seakan berbisik kepada
Ashley, bahawa dia memohon maaf.
“27 tahun, papa,” perkataan papa
ditekan kuat. Seakan memaklumkan kepada Harith yang dia adalah anaknya.
Harith memandang ke arah Ashley
lama. Ashley hanya menundukkan wajah.
“SO, I
have another son. Dan, saya
langsung tak mengetahuinya,” penyataan daripada Harith hanya dibalas sepi oleh
Ashley. Dia tak berniat untuk membalas.
“Nama?”
“Hauzan Ezra Hickman,” lancar
sepotong nama itu keluar dari mulutnya. Dia terlalu ingin menggunakan sepotong
nama itu. Selama 27 tahun hidupnya, nama yang digunakannya ialah...
Hauzan Ezra Gray.
“Dia ada hak ke atas Hickman,
Ashley. Kenapa awak tak bagi tahu saya?” Ashley menyandarkan tubuhnya ke sofa.
Dia memandang ke arah Harith.
“Sebab Qarizh jauh dari saya. Jadi,
kenapa saya perlu kenalkan Ezra kepada awak?” Ashley bersuara. Mencabar Harith
untuk menjawab soalannya.
“Saya akan perbetulkan semula
keadaan. Saya akan bercakap dengan Qarizh,”
“Bercakap dengan Qarizh? Itu juga
yang awak bagi tahu saya beberapa minggu lepas. Kenapa? Qarizh tak nak dengar
cakap awak?” Ashley memotong bicara Harith.
Harith menarik nafas.
“Saya belum jumpa dia lagi. He’s been busy with his company and his
son,” Harith bersuara. Ashley hanya melepaskan dengusan kecil.
“Bukan disebabkan dia tak mahu cakap
tentang perkara ini lagi?”
“Kalau dia tak mahu cakap pun, saya
peduli apa. Ezra akan dapat tempat di Hickman. Dan, awak akan pulang ke rumah
saya. Sebagai isteri saya. Keadaan akan kembali semula ke tempat asalnya seperti
27 tahun lepas,” Harith bersuara yakin.
“Siapa cakap saya nak kahwin dengan
awak?” Ashley membalas. Ezra hanya mendiamkan diri. Dalam senyap, dia
menghantar mesej kepada adiknya. Meminta Rose pulang sekarang juga.
“Saya. Awak masih sayangkan saya,
Ashley. Sebab tu, awak tak kahwin lain,” Harith tersenyum lebar. Dia merenung
ke dalam anak mata Ashley. Lama.
Ashley hanya mendiamkan diri. Dia
tak mampu bertentang mata dengan Harith lagi.
“Angah, kenapa angah..?” pintu rumah
dibuka lebar. Wajah Rose muncul di hadapan pintu rumah. Terkedu dia apabila
melihat seorang lelaki di hadapan matanya.
“Wah. Kejutan apakah ini?” Rose
segera mempercepatkan langkahnya ke arah lelaki itu. Dia merenung lelaki itu
lama.
“Papa! Seriously, ini papa! Angah!” Rose bersuara girang. Dia berpaling ke
arah angah. Angah menganggukkan kepalanya sekali.
“Papa!!” Rose segera memeluk Harith
erat.
“Kenapa papa datang sini? Papa nak
mengorat mama balik?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut becok itu. Dia
melepaskan pelukan. Wajah papa ditatapnya mesra.
Harith hanya terpaku. Dia memandang
Rose, Ezra dan Ashley.
“Ezra Roseline Hickman binti Harith
Hickman. Kami kembar,” angah bersuara. Mematikan semua sangsi yang ada di dalam
hati Harith.
“Bukan seorang, tapi dua orang yang
awak sorokkan daripada saya? Dua anak saya?” Harith bersuara. Ashley hanya
menundukkan wajah. Rose yang perasan akan ketegangan daripada suara Harith
segera mengalihkan perhatian papanya.
“Papa, adik nak minta tolong.
Rahsiakan perkara ni daripada along?” Harith memandang Rose pelik.
“Kenapa nak rahsiakan daripada
along?” Rose mengerling ke arah Ezra. Meminta bantuannya.
“Macam ni papa. Kami nak dekati
along sendiri. Biarkan along terima kami sebagai kawan dahulu, sebelum dia tahu
yang kami adik dia,” angah berusaha meyakinkan papa.
“Lagipun, sekarang adik tengah nak
rapat dengan kak long,” Harith mengerutkan kening. Dia merenung kedua-dua anak
kembarnya.
“Papa tak faham. Bukankah lagi
senang kalau papa buat family meeting
dan temukan along dengan kamu berdua,” Ezra dan Rose mengeluh lemah.
“Along tu ada masalah temper, papa. Sekarang, motif kami
adalah kak long. Kak long kena tahu semuanya dahulu. Baru along boleh tahu,”
“Reason?”
“Sebab along sayangkan kak long. Kak
long boleh tolong pujuk along untuk terima kami semua termasuk mama,” Ezra
mengeluarkan pendapatnya.
“Lagipun, sehebat mana pun seseorang
lelaki. Dia akan tunduk kepada seorang perempuan. Sekeras mana pun along, kak
long mampu untuk tundukkan dia,” Rose bersuara yakin.
“Tapi, along dengan kak long kan ada
masalah sekarang ni?”
“Sebab tu, saya kena jumpa Hanna.
Saya perlu betulkan tanggapan Hanna kepada Qarizh. Semuanya berputar di
sekeliling Hanna ketika ini,” Ashley bersuara setelah sekian lama mendiamkan
diri.
“Lagipun, kak long adalah
satu-satunya permaisuri di hati along. Dan, along adalah satu-satunya raja di
hati kak long. Adik boleh nampak kasih sayang di mata mereka. Pandangan mereka
terhadap satu sama lain berbeza. Seakan menyimpan satu perasaan yang tak mampu
terluahkan,”
Angah membaling satu bantal tepat di
muka Rose. Rose bengang.
“Apa ni?! Lempar-lempar bantal kat
orang!” Rose mencapai bantal itu lalu membaling kasar kepada Ezra. Namun, Ezra
mampu menangkap bantal itu. Dengan mudahnya.
“Jiwang sangat. Nak muntah aku
dengar,”
No comments:
Post a Comment