Wednesday, 15 December 2021

QUEEN : BAB 13

 Bab 13

“I SAW it,” Hanna mengerutkan kening. Dia berpaling ke arah Qairul yang duduk di katilnya. Tangannya yang menyapu losen terhenti.

            “Nampak apa?” dia kembali menyapu losen. Tidak menghiraukan Qairul.

            “Don’t fall in love to him. Before it deepen, stop it, Hanna,” Qairul memberikan amaran. Hanna mengangkat muka.

            “Siapa? Qarizh? Hanna akui, dia handsome. Dan, Hanna akui Hanna suka dia, sikit. Tapi, perempuan macam Hanna ni, dia tak akan pandang, abang,” Hanna bersuara selamba. Dia akui, hati dia sedikit sakit memikirkan perkara itu. Dia ingin menjadi puteri dalam hidup lelaki itu.

            “Kenapa pula dia tak akan pandang? Hanna ada segalanya. You are beautiful, rich and smart. Apa lagi yang tak cukup? Hanna dilahirkan untuk jadi isteri kepada keluarga terhormat, sebab tu sikap Hanna teratur. Sesuai dibawa ke majlis kenamaan dan itulah perempuan yang dicari oleh Qarizh,” Qairul berkata tenang. Jelas menunjukkan betapa pentingnya seorang Qaireen Hanna Al-Haytham.

            “Abang puji Hanna lawa? Terima kasih..” Hanna bersuara senang. Tak dipedulikan bebelan abangnya. Kisah pula aku?

            “Suka hati Hanna lah. Tapi, ingat pesan abang. Jangan dekat dengan Qarizh,” Qairul bangun dari duduknya dan berlalu keluar.

            Hanna mencebik. Jangan dekat dengan Qarizh. Amboi! Qarizh tu kawan dia juga! Salahkah?

 

TIDURNYA terganggu apabila telefonnya berbunyi. Siapa pula yang call tengah-tengah malam buta ni?! Tak tahu ke dah tengah malam?! It’s midnight, for Godness sake!!

            “Nak apa?” dia bersuara kasar. Geram. Ingat dia tak ada kerja lain ke selain untuk menerima panggilan sewaktu tengah-tengah malam.

            “Cik Hanna ni garang sebenarnya. Baru saya tahu,” terdiam sekejap Hanna. Siapa ni? Hanna merenung telefonnya. Nombor siapa pula ni? Alahai.. Banyak betul peminat aku ni!

            “Who are you?” Hanna bersuara.

            “Qarizh,”

            Wait for a minute! Let me digest the information. Qarizh? That Qarizh Hauzan ke? Amazing! Macam mana dia boleh dapat nombor aku? Dari abang ke?

            “I have my source,”

            “Huh? Pardon?”

            “Nombor phone awak. Saya dapat daripada orang saya,” Hanna mengangguk perlahan. Biasalah tu. Anak tunggal macam dia, mestilah ada pengaruh luas. Sebab, semua harta mak bapak dia jadi milik dia.

            “Kenapa nak cari nombor saya? Saya rasa saya tak berhutang apa-apa dengan awak,” Hanna membalas. Serasa dia berada dalam mimpi. Mendengar suara Qarizh, dia berasa seperti impian jadi kenyataan.

            “Tapi, awak ada barang saya yang dah jadi milik awak,” berkerut kening Hanna dibuatnya.

            “What?”

            “Hati saya,” Hanna menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Some cheesy pick-up line. Sorrylah, saya tak main pick-up line ni. Nak mengorat saya, guna cara lain, okay?” Hanna bersuara selamba.

            “Hang up,” Dia terus mematikan panggilan. Telefonnya dipandang. Hati aku memang ada kat kau, tapi aku perempuan. So, playing hard to get is necessary, right?

            Seketika, telefonnya berbunyi.

Qarizh : I guess that doesn’t work. Another method, I’ll try. Good night. Sweet dreams. Harap-harap saya muncul dalam mimpi awak.

            Hanna mengangkat kening. Dia terus meletakkan telefonnya ke tepi. Tak berniat untuk membalas. Dia merebahkan badannya.

            Kalau begitu mudah jatuh cinta, bukankah halangannya akan lagi hebat? Jadi, baik kita jadikan percintaan ini rumit, supaya halangan di hadapan tak mencabar, kan Qarizh?

            Every love story has a twist. So, let’s make the twist first, before agreeing to date.

 

HANNA tersenyum lebar. Good morning message. Dah lama tak dapat mesej macam ni. Last times, when in high school. Cinta monyet? Nonsense semata.

            Dia mengorak langkah girang menuju ke ruang makan. Hanya ada abangnya di situ.

            “Hai, abang!” Qairul hanya menyapanya dengan tangan.

            “Mana ibu ngan ayah?” tanya Hanna apabila dia hanya melihat bayang pembantu rumahnya sahaja yang menyediakan makanan untuknya.

            “Biasalah. Nak spend masa dengan ibu, pergi butik ibu. Nak spend masa dengan ayah, pergi syarikat ayah. Macam tak biasa,” Qairul bersuara sinis. Hanna hanya merenung abangnya.

            “Itukah sebabnya?” berkerut kening Qairul.

            “Sebab tu ke abang tak bagi Hanna bercinta dengan Qarizh? Sebab tak nak Hanna terabai. Abang, Hanna dah matured lah. Dia pergi bekerja. Untuk Hanna juga. So what? Hanna pun boleh kerja juga. Dia boleh balik lambat, Hanna pun boleh. Don’t take me as a granted!” Hanna bersuara girang.

            Okay, now. Dia dah faham. Alah, setakat benda kecil macam tu? Dia dah lama lalui dari kecil lagi. Membesar tanpa parents di sisi. Hidup ja pun. Rasalah kurang kasih sayang tu, tapi abang kan ada.

            Qairul hanya mendiamkan diri. Apa lagi yang hendak dikata?

 

HANNA mengikat rambutnya tinggi. Dia merenung penampilannya sekali lagi. Perfect! Nice! Baju hitam. Jacket hitam. Spectacles dicapai. Hitam juga. Dia menolak perlahan specnya. Seems like I’m a witch kan? Dia tersenyum sinis.

            Kemudian, dia berlalu keluar dari rumah. Kereta dipandunya menuju ke shopping complex. Dia tak berniat untuk shopping. Tapi, melalui update facebook Qarizh. Dia ada di sini. Jadi, kita kenalah ke sini.

            Ala, acah-acah macam nak bertembung. Macam takdir menentukan. Padahal, diri sendiri yang sengaja untuk menjadikannya sebuah kebetulan.

            Itu dia! Dia nak pergi mana? Atau, aku yang nak pergi mana? Okay, kita buat macam ni. Qarizh suka buku. Dia suka baca. Jadi, semestinya dia akan masuk kedai buku kan? So, aku akan ada di situ. Acah-acah kebetulan.

            Hanna mencapai sebuah novel. Dia membaca sinopsis novel tersebut. Kemudian, dia menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Suka ke? Kalau suka, kita pergi bayar,” kedengaran suara lelaki di sisinya. That’s it. That guy!

            Hanna berpaling. Qarizh mencapai novel tersebut.

            “Love books and arts. Ada kuda sendiri. Cheerful person tapi boleh jadi garang kalau orang tak dikenali kacau. Ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu tentang awak? Flowers, chocolate? No? Roses?” Qarizh bertalu-talu menyuarakan soalan.

            “I’m not that typical girl. Kalau nak bagi hadiah boleh, pastikan Iphone jenama terbaru,” Hanna bersuara selamba. Novel yang berada di tangan Qarizh dicapainya. Dia meletakkannya semula sebelum mencapai novel yang lain. Masih tak ada lagi novel yang mampu menarik minatnya.

            “Amboi, nak Iphone. Boleh ja. Bila birthday? I will send you roses, chocolates and Iphone,” Qarizh bersuara tenang. Tangannya diletakkan atas rak. Well, rak ini agak pendek compare dengan ketinggian dia.

            “Birthday saya hujung tahun ni. 27/11. Boleh tunggu?” ujar Hanna selamba sebelum tersenyum lebar.

            “Kalau macam tu, baik saya kahwin dengan awak dulu. Then, just name it. Nak apa? Handbag Louis Vuitton latest collection. Baju design khas daripada Rizman Ruzaini. I can buy it all,” Qarizh tersenyum.

            “Kalau macam tu, baik tak usah kahwin. Semua yang awak sebut, saya boleh beli sendiri. Syarikat ayah saya tak bankrupt lagi. Al-Haytham masih kukuh, Encik Hickman,” Hanna tersenyum sinis sebelum berlalu ke kaunter.

            Qarizh menggenggam tangannya. She got me!

 

p/s: It's raw and unedited. It also means you are seeing 18 years old of me.😝

No comments:

Post a Comment