Sunday, 26 December 2021

CERPEN : BEAUTIFUL PAIN

 “CINTA? Apa definisi cinta?” aku merenung wajah Laila tenang. Air milo ais aku hirup perlahan.

            “Cinta! Bila bicara tentang cinta. C.I.N.T.A. Konsepnya luas, persepsinya banyak. Semua bisa bicara tentang cinta. Tapi apa itu cinta?” Laila membetulkan duduknya.

            Aku renung ja wajah dia lama. Aku tanya dia, dia boleh tanya aku balik.

            “Definisi cinta bagi aku ialah satu perasaan yang tak boleh diungkapkan. Unexpressionable. Love is everything. Happiness is love. Sadness is love. Getting hurt is also love. Melihat dia bahagia tanpa kita pun cinta. Cinta adalah lumrah hidup manusia. Semua manusia punya perasaan cinta. Cinta adalah anugerah yang terindah.

            Cinta ni satu emosi. Emosi untuk menyayangi seseorang. Untuk melengkapi seseorang. Kita akan rasa macam ingin berkorban untuk mereka. Korbankan jiwa raga kita hanya untuk cinta. Cinta ni tak boleh dibeli dengan duit. You can buy anything with money, but you can’t get love with money. Bila kita jatuh cinta, apa yang ada di pandangan mata kita hanyalah dia. Kita tak akan pedulikan hati kita. Walaupun hati kita sakit, tapi asalkan dia bahagia. And, then it will be just fine,”

            Aku merenung meja itu lama. Fikiranku cuba mencerna apa yang diungkapkan oleh Laila.

            Jikalau cinta itu sakit, mengapa perlu bercinta? Kenapa mesti sakitkan jiwa kita untuk cinta? Apa itu cinta? Hati aku, bisakah ia mengenal cinta lagi?

            When it speaks about love, I see nothing. Only emptiness in my heart. Am I being loved by him? Am I being loved by her? Am I even important to both of them?

            Nothing. Nothing.

            Sometimes, I feel like ripping apart my skin and searching for a reason for why I feel this empty. Maybe my veins are tangled, or something is lodged in my ribcage. Because it feels like something inside of me is missing or broken.

 

AKU keluar dari Mercedes Benz C-Class itu dengan langkah yang lemah. Banglo mewah di hadapanku aku tatap kosong.

            Anak orang kaya. Anak Tan Sri. Dimanjakan dengan harta. Growing up surrounded by gold and silver. Hidup seperti ditatang dengan dulang emas. Harta melimpah ruah. Handbag sahaja RM15000.

            Itu kata mereka. Kata aku? Kemewahan ini hanya paparan kosong semata. Kemewahan ini menunjukkan bahawa hidup aku bukan milik aku. Sesaat waktu lagi, hidup aku akan dijual untuk memperbesarkan lagi cawangan. Like her. Just like her.

“Zira!” aku berpaling ke arah pembantu rumahku. Pembantu rumah yang setia bersamaku. Sejak daripada aku lahir di dunia ini. Setia menemani. Dan setia menyayangi.

Alfathunissa Wazirah, gadis nan lembut dan seorang menteri wanita. Nama aku. Sentiasa bermain dengan kedudukan. Just like her.

Alfathunissa Wajihah, gadis nan lembut dan orang yang berkedudukan. Her name. And, she is the eldest. My only sister.

Nama yang sentiasa bermain dengan pangkat dan kemewahan. Apa yang ada pada harta? Ia tak mampu membeli kasih sayang.

You aren’t wealthy until you have something that money can’t buy!

“Kenapa Zira duduk di luar ni? Jom masuk dalam. Mak Som masakkan makanan kegemaran Zira,” Mak Som memeluk tubuhku.

            Wanita tua ini. Tempat aku bergantung harap. Sejak mereka sudah dilucutkan jawatannya.

            “Mommy dan daddy. Mereka tak balik lagi ke?” tanya aku.

            “Puan Sri ngan Tan Sri ada kerja di luar. Tan Sri pergi outstation di London. Mommy kamu biasalah, persatuan lah tu. Jom kita, makan. Tak perlu pedulikan mereka. Taulah mereka nak jaga diri sendiri,” Mak Som menarik aku masuk ke ruang makan.

            “Kak Jihah ada datang tak, hari ni?” tanyaku.  Mak Som menggelengkan kepalanya perlahan.

            Aku menggetap bibir. Jadi apa-apa lagi lah tu. Kak Jihah akan datang setiap hari, kalau dia tak kena apa-apa.

            Aku mencapai telefon bimbit lalu menelefon Kak Jihah.

            “Hello, akak. Kenapa akak tak datang?” aku bersuara terus. Malas nak pusing sana-sini. Straight to the point cukup.

            “Akak batuk sikit hari ni. Rasa tak sedap badan pula,” balasnya. Tapi, aku tahu. Ada sesuatu yang lain daripada itu.

            “Your voice is hoarse. Are you crying? Why? Did he beat you again?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut aku. Geram dan tak puas hati.

            “Tak. We are fine. Seriously,” Kak Jihah bersuara lagi. Cuba meyakinkan aku. Mak Som mengusap bahuku lembut. Tahu yang marah aku sukar dibendung.

            “Your fine means you are not fine. Why, sis? Why? Kenapa tak tuntut fasakh ja? Kenapa nak seksa diri akak untuk seorang yang tak cintakan akak pun? Kenapa?” air mata sudah mula bertakung di kelopak mata.

            “Cinta, dik. Cinta. I love him. I love our parents. Kalau kami bercerai, mommy dan daddy akan susah, dik. Dia orang yang kuat dalam syarikat daddy, dik,” Kak Jiha bersuara lembut.

            “Why?! Why?! Kenapa akak kena berkorban untuk mereka?! Cinta?! Get lost will all those love! Boleh masuk tong sampah! Perlukah akak berkorban untuk parents yang langsung tak sayang dengan akak?! Yang langsung tak menghargai pengorbanan akak?! Perlukah?!”

            Aku membentak garang. Talian telefon aku matikan.

            Aku menolak tangan Mak Som lembut dan terus berlari masuk ke dalam bilik aku.

            Perlukah? Perlukah? Apa yang ada pada cinta itu? Mengapa perlu menyiksa diri sendiri? Sayangkah mereka dengan aku? Atau aku hanya anak pungut yang dibela?

            Dalam seminggu, boleh kira dengan jari berapa kali kami berbicara. Aku tak kisahkan harta itu. Aku tak pedulikan duit yang berlungguk dalam bank. Aku tak kisahkan jenama mahal yang aku pakai.

            Aku hanya perlukan mereka! Aku hanya perlukan mereka untuk suruh akak berhenti! Untuk suruh akak mengundur diri. Perkahwinan yang dibina atas landasan bisnes ini hanya menyiksa diri.

            Tapi, akak tak akan pernah dengarkan aku! Dia hanya akan berhenti jikalau mommy dan daddy suruh dia berhenti. Tapi, bila? Bila?! Bila mereka akan berhenti seketika dan renung wajah anak-anak mereka yang terabai ni? Bila?!

            Bila mereka akan berhenti seketika dan sedar yang bukan harta yang kami mahu? Bila?! Bila mereka akan berhenti seketika dan mendengarkan rintihan hati Kak Jihah?! Bila?!

            Melihatkan penderitaannya. Mendengarkan rintihannya. Aku terfikir. Mengapa cinta itu perlu ada walaupun hakikatnya ia bakal menyakiti diri sendiri?

            Telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon bimbit itu. Mesej dari Kak Jihah.

            “I’m not as strong as I seem. The words do hurt. The hostile notes do hurts. Everything hurts but I’ll be damned if you find out that I’m not the tough girl I have pretended to be for years,”

            Aku mencampak jauh telefon bimbit itu. Kalendar dipandang. Sekali lagi. Sepanjang 22 tahun aku hidup, mereka sekali lagi. Lupa yang hari ni birthday aku.

 

AKU turun daripada anak tangga itu. Setapak demi setapak. Dan semakin perlahan, bila tubuh mommy dan daddy berada di ruang tamu.

            Aku tahu. Teramat tahu. 22 tahun. Limit hidup aku sendiri. Tapi, maaf. Aku tak mahu menjadi boneka. Seperti Kak Jihah yang hanya menurut kata mereka.

            “Zira,” mommy berpaling ke arahku.

            “Eh, sejak bila Zira pakai tudung?” mommy bersuara terkejut. Aku tersenyum sinis. Kenapa? Salahkah perbuatan aku?

            “Dah lama mommy. Dah berbulan dah pun, tapi mommy yang tak pernah sedar. Sibuk sangat dengan kerja mommy yang tak pernah habis,” ujarku sinis.

            “Sejak bila belajar melawan cakap mommy ni?” mommy bersuara keras.

            “Dahlah tu Dian, biarkan dia. Dia dah besar dah pun, tahu menilai. Kita dah bagi pendidikan yang cukup. Dia dah bijak untuk menilai,” suara daddy bersuara.

            Aku tersenyum sinis. Pendidikan? Pendidikan apa yang mereka bagi kat aku? Bukan mereka hanya tolong daftarkan sekolah untuk aku dan tanggung perbelanjaannya ja ka?

            Yang didik aku untuk bersolat, mak Som! Yang didik aku untuk kenal pencipta aku, Mak Som! Bukan mereka!

            “Daddy berkenan dengan seorang lelaki ni. Dia doktor. Ayah dia..”

            “Kawan daddy. Ada syarikat sendiri. Salah seorang pemegang saham yang terbesar dalam syarikat daddy. Itu yang daddy nak cakap?” potongku.

            “Eh, budak ni! Menjawab pula dia. So, setuju atau tak?” tanya daddy.

            “Pernahkah daddy tanya keputusan Zira?” aku menyoal balik.

            “Bukan daddy tengah tanya Zira ke sekarang ni?” daddy merenung aku tajam.

            “Pertanyaankah itu? Atau lebih kepada Zira kena setuju? By hook or by crook? Sorry, daddy. Zira bukan Kak Jihah. Zira bukan boneka. Zira pergi dulu. Assalamualaikum,” aku terus berjalan ke arah pintu utama.

            “Alfathunissa Wazira!” langkah aku terhenti.

            “Sejak bila Zira jadi biadap sampai macam ni?! Daddy ni ayah Zira tau tak? Zira sedar tak?! Daddy tak kira! You must marry him! Even the world turn upside down!”

            “Dan, menderita macam Kak Jihah?” aku bersuara. Aku berpaling ke arah daddy dan mommy. Mata mereka tajam merenung aku.

            “Are you my real father, daddy? Are you my real mother, mommy?” aku bertanya jujur.

            “Because I don’t think you are. Both of you only think about money more than us!” aku menengking kuat.

            Pang!

            Satu tamparan melekap di pipi aku. Aku mengusap lembut pipi aku. Senyuman tipis aku hadiahkan kepada daddy.

            “Terima kasih daddy. Daddy tengah membuktikan bahawa kata-kata Zira itu betul. Kak Jihah terseksa? Mommy dan daddy tahu tak? Oh lupa, mommy dan daddy lebih kisahkan profit yang mommy dan daddy dapat, daripada air mata yang anak mommy dan daddy habiskan!” aku bersuara kuat.

            “Kenapa Zira jadi macam ni?! Mana pergi anak mommy yang mommy sayang selama ni?” tanya mommy.

            Aku tersenyum sinis.

            “Mommy sayang ke anak-anak mommy? Atau, mommy lebih sayangkan duit yang mommy boleh dapat dengan menjual kami!” suara aku bergema lagi.

            “Tak tahu diuntung punya anak! Aku bela dari kecil sampai dah besar panjang! Kalau aku tahu nak jadi macam ni, dah lama aku pijak bagi mati! Tak sedar diri!

            Semua yang kau ada, semuanya datang daripada aku! Ingat sikit siapa diri kau tu! Lusa, mak mertua kau akan datang. Nak datang tengok kau! Jangan buat perangai biadap macam ni lagi! Buat malu keturunan aku ja.

            Ingat siapa kau! Alfathunissa Wazirah! Pewaris bongsu Alfathunissa Boutique dan Alfathunissa Group! Sedar pangkat yang kau pegang! Sebab tu nama kau Wazirah! Seorang pemimpin!” ujar daddy keras dan lantang.

            Aku menggetap bibir geram. Langkah aku bawa menuju ke arah Mercedes Benz C-Class milikku. Memang benar kereta ini milikku. Tapi, duit untuk membeli kereta ini bukan milikku.

            “Stupid girl!! He’s going to make you cry! He’s going to fool you! He’s going to break your heart! He’s going to tear you into pieces! He’s going to make you miserable! Just like what he did to her!”

 

AKU melangkah keluar dewan peperiksaan itu dengan hati yang masih remuk. Entah apa yang aku jawab atas kertas exam itu pun aku tak tahu!

            Aku duduk di atas kerusi. Merenung ke arah indahnya alam. Sekarang, aku cemburu melihat burung. Hidupnya bebas ke sana sini. Tanpa ada masalah yang menyerabutkan fikirannya. Tak seperti aku.

            Yang aku tahu, masalah ini membebankan aku. Hidup tanpa kasih keluarga membebankan aku.

            Salahkah aku? Bukan aku pinta untuk lahir dalam keluarga ini. Bukan aku pinta untuk bergelar pewaris Alfathunissa. Bukan aku pinta untuk menjadi Alfathunissa Wazirah! Bukan aku pinta semua ni!

            Aku tak pernah pinta dilimpahi kemewahan yang ketara! Aku tak pernah pinta untuk dimandikan dengan emas! Yang aku pinta, hanyalah dimandikan dengan kasih sayang! Kasih sayang yang tak putus.

            Ingati aku kembali tentang erti cinta! Izinkan aku belajar apa itu cinta! Kerana apa yang aku rasa sekarang hanyalah kesakitan! Kesakitan yang sangat ketara!

            Behind my smile is a hurting heart. Behind my laugh, I’m falling apart. Look closely and you will see, the girl I am.. isn’t me..

 

AKU melangkah masuk ke dalam bangunan megah ini buat kesekian kalinya. Alfathunissa Group. Terpapar megah namanya di situ.

            Foto keluarga kami jelas terpapar di situ. Besar dan megah. Menunjukkan yang bangunan megah ini milik kami. Menunjukkan bahawa bangunan ini dimiliki oleh keluarga yang bahagia. Hakikatnya?

            Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

            Aku menekan punat ke tingkat 25. Alhamdulillah, sebab otak aku masih mengingati tingkat berapa yang daddy aku bekerja. Sedangkan, wajah dia pun aku ingin padamkan dari memori. Jangan pernah anggap aku kejam. Kerana apa yang dia lakukan kepada aku lebih kejam!

            Di sini. Tempat ini. Biarkan ia menjadi saksi. Perhitungan di antara seorang anak dan ayahnya.

            Aku ingin dia bebas daripada cengkaman deritanya itu! Aku ingin dia kembali di sisiku. Mewarnai hidupku kembali. Hanya kami berdua.

            But, in order to do that.. I must see him. Hanya dia yang boleh menghentikan semua derita. Hanya dia yang boleh mengembalikan bahagia. Detik 17 tahun lepas, masih ada di dalam ingatan. Sayangnya dia sebagai seorang ayah.

            Kasihnya dia menyayangi aku. Tapi, sekarang? Di mana kasihnya dahulu? Hilang ditenggelami kemewahan. Jikalau harta ini menariknya dari sisiku. Aku rela hilang segalanya. Asalkan kasih itu ada.

            Aku, anak yang hilang kasih sayang. Akibat harta dan kemewahan itu. Aku inginkah hak aku kembali. Sebagai seorang anak.

            Aku merenung pintu itu. Tan Sri Al-Ghazali. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Aku membuka pintu itu perlahan lalu menapak masuk.

            Terbuntang mataku. Terkedu diriku.

            “Daddy!!!” aku menjerit kuat. Cukup untuk menyentakkan pasangan yang sedang dibuai mesra itu.

            “Zi.. Zira.. Zira buat apa kat sini?” aku merenung tajam wajah daddy dan perempuan itu. Suara daddy yang menggeletar tidak aku pedulikan.

            “Zira buat apa kat sini? Daddy sendiri cakap yang Zira adalah pewaris bongsu Alfathunissa Group, jadi kenapa Zira tak boleh jejakkan kaki di sini?” tanyaku sinis.

            “Oh, lupa! Daddy simpan kekasih gelap daddy di sini, sebab tu Zira tak boleh datang. Okey, I get what you mean. Zira tak pernah sangka pun yang daddy Zira orang yang macam ni. Konon! Sibuk dengan urusan kerja! Hakikatnya?!” aku tersenyum sinis.

            Wajah perempuan di sisinya aku renung tajam. Hampir sebaya dengan aku rasanya.

            “Zira dah salah faham,” daddy bersuara.

            “Salah faham apanya?! Zira nampak sendiri yang daddy peluk perempuan tu!” aku menggetap bibir geram.

            “Boleh tak Zira dengar penjelasan daddy dulu, sebelum tuduh daddy macam-macam?!” daddy sudah meninggikan suaranya.

            “Penjelasan apa lagi yang daddy nak bagi?! Another lie?! I hate you, daddy!! Selama ni! Setiap pengorbanan yang Kak Jihah lakukan, pernahkah ia berharga di depan mata daddy?

            Kak Jihah kena pukul! Kak Jihah kena hina! Pernahkah daddy tahu?! Yang daddy tahu, hanya diri daddy dan harta daddy! Itu ja! Daddy tak pernah pedulikan kami berdua! Hati kami! Diri kami! Daddy tak pernah tahu! Malah, daddy tak pernah ambil tahu!!”

            Aku membalas kasar. Daddy hanya menundukkan wajah.

            “Dan kau, perempuan! Tahniah! Tahniah sebab dapat kasih sayang daddy yang aku tak pernah dapat pun sebelum ni!” aku bersuara keras.

            “Cik, cik Zira dah salah faham,” aku tersenyum sinis.

            “Berhenti bermuka! Sebab aku tak pernah kisah!” aku berpaling ke belakang. Menuju ke pintu bilik daddy.

            “Daddy tahu tak, kenapa Zira datang? Zira datang sebab Zira nakkan kakak Zira balik, ayah Zira balik, ibu Zira balik. They seem like so close to me but, yet, they were so far. Tetapi, nampaknya Zira dah salah perhitungan. Daddy Zira bukan jauh sebab harta ini. Daddy Zira jauh sebab hati dia bukan lagi di sini. You are my father. But, sorry. Sepanjang 17 tahun ini, Zira membesar tanpa ayah. Tanpa ibu. Mak Som ayah dan ibu Zira.

            Jadi, daddy dah tak ada hak lagi untuk Zira. Daddy dah tak ada hak lagi untuk tentukan hidup Zira. Sebab Zira dah lucutkan jawatan daddy dari menjadi ayah Zira. You are just a guardian. I am just your heirs. I am just your inheritance. You are not a father, yet, my father,”

            Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Air mata yang bertakung di kelopak mata ini jatuh jua.

 

PEDAL aku tekan selaju yang mungkin. Biar meter aku naik mencecah langit. Biar saman datang berpuluh kali. Biar bankrap harta daddy untuk membayarnya.

            Aku tak kisah! Aku tak pernah kisah!! Macam mana daddy tak pernah kisahkan aku! Aku tak pernah kisahkan dia!

            Sekecil zarah pun aku tak pernah kisah! Ish! Kenapa air mata ini masih jatuh lagi? Kenapa air mata ini masih menitis?!

            Aku tak kisah! Aku tak kisah!! Dia tinggalkan aku, tapi aku tak kisah!! Biarlah dia hidup dengan dunia dia, aku tak kisah!!

            Kenapa jatuh lagi air mata? Aku dah cakap aku tak kisah!!

            Bang!!

            Tersentak jantung aku dibuatnya. Bunyi apa tu?

            Aku memarkirkan kereta aku ke tepi. Tali pinggang aku buka laju sebelum melangkah keluar dari kereta itu.

            Terpaku diriku. Terkaku jiwaku.

            Mercedes Benz NE 320 itu remuk dilanggar kereta lain. Kereta itu? Bukan itu kereta daddy ke? Dia..? Dia kejar aku ke?

            No plat itu aku baca.. AW 123. No plat daddy. Kekal dengan AW itu.

            Terduduk aku di situ. Tidak mampu lagi berdiri.

 

AKU mundar-mandir di hadapan OR itu. Aku menggetap bibir. Aku tak suka hati aku yang macam ni. Aku tak suka hati aku risaukan dia.

            Aku tak suka hati ini paksa aku untuk kekal di sini. Aku tak sayangkan dia. Aku tak cintakan dia. Tapi, kenapa hati ini sakit sangat? Sakit apabila melihat wajahnya yang luka akibat aku.

            Luka hati ini apabila melihat kereta itu remuk. Kenapa? Kenapa air mata ini tak henti-henti mengalir? Dia kirimkan kau derita, jadi kenapa kau masih lagi berdiri di sini?

            “Zira! Zira! Daddy macam mana Zira? Dia keluar OR tak lagi?” mommy terus menyapa aku dengan soalannya.

            Aku hanya merenung wajah mommy lama. Sebelum air mata ini jatuh lagi.

            Kenapa hati ini sakit apabila memandangnya? Kenapa aku takut hatinya terluka apabila dia tahu tentang kenyataan itu? Kenapa hati ini sakit sangat?

            Aku tak sayang! Aku tak cinta! Tapi, kenapa sakitnya itu ada di sini?

            “Zira jangan buat mommy takut, sayang. Daddy macam mana?” aku diam.

            Kenapa dia panggil aku sayang? Dia tak pernah sayangkan aku! Tapi, kenapa dia panggil aku sayang? Aku tak suka! Aku benci semua ini!

            Aku benci apabila hati ini sakit kerananya. Aku benci bila dia berpura-pura menyayangi aku! Aku benci semua kepura-puraan ini!

            Dia tak sayangkan aku! Dia sayangkan harta yang mampu dia dapat dari aku!!

            “Adik, macam mana dengan daddy, dik?” wajah Kak Jihah muncul di kelopak mata. Di belakangnya aku nampak suami Kak Jihah.

            Pilihan keluarga. Kerana harta yang ada dalam diri lelaki itu. Tapi, kak Jihah tersiksa! Dia terluka!

            Hatinya sakit sebab lelaki itu!

            “Kenapa semua tanya Zira tentang daddy? Sedangkan dia tak berhak untuk dirisaukan?” aku bersuara perlahan.

            “Apa yang adik cakap ni? Kenapa adik cakap macam ni?” Kak Jihah menggoncangkan bahu aku.

            “Kenapa akak sayangkan mommy dan daddy? Zira tak faham. Kenapa masih sayang, sedangkan mereka tak pernah sayangkan kita?” tanyaku lemah.

            “Zira cakap apa ni? Bila masa mommy tak sayangkan Zira?” tanya mommy pula. Aku tersenyum kosong.

            Aku genggam lengan kak Jihah kuat.

            “Auch!” aku tersenyum sinis apabila Kak Jihah mengadu sakit.

            Aku ingin menyelak lengan Kak Jihah. Tapi, dia cuba menghalang. Tapi, aku buat tak kisah. Aku menarik kasar lengan baju Kak Jihah. Jelas kesan lebam di situ. Pandanganku merenung tajam ke arah suami Kak Jihah, Adam. Dia kekal tenang.

            Huh! Lelaki!

            “Ini bukti yang mommy tak pernah sayangkan Zira dengan Kak Jihah. Mommy lepaskan Kak Jihah kepada seorang kaki pukul!! Mommy tak pernah tahu semua tu! Mommy tak tahu kakak menangis setiap malam! Mommy tak tahu seksanya kakak! Tapi, kakak tahan!

            Sebab dia sayangkan mommy. Tapi, apa balasan mommy dekat dia?! Mommy lukakan dia dengan harta yang mommy dambakan sangat!! Sekarang mommy nak campak Zira kepada seorang doktor? Mommy yakin ke hidup Zira tak akan merana macam Kak Jihah?! Atau, harta itu yang lebih mommy pentingkan?!”

            Aku bersuara keras dan kuat.

            Aku hanya merenung apabila mommy memeriksa tubuh Kak Jihah. Mencari lagi kesan lebam yang wujud di badan Kak Jihah.

            “Kenapa Jihah tak pernah bagi tahu mommy? Kenapa Jihah pendamkan ja?” mommy mengusap lembut pipi Kak Jihah yang dibasahi air mata.

            Aku tersenyum sinis.

            “Jihah tak nak mommy tahu. Sebab mommy sayangkan dia sangat-sangat. Jihah rela terkseksa kalau itu yang membahagiakan mommy,” balas Kak Jihah.

            “Drama queen,” Adam mencebik.

            Mommy terus meluru ke arah Adam. Pandangannya tajam.

            “Drama queen? Kau cakap anak aku drama queen? Eh, kalau aku kenal siapa kau?! Aku tak akan kahwinkan anak aku dengan kau! Syarikat aku boleh hidup dengan stabilnya tanpa keluarga kau!

            Kau balik!! Mulai hari ini, kau bukan lagi menantu aku! Aku akan buat tuntutan fasakh untuk anak aku!! Balik!!” suara mommy menengking kuat.

            “I’m gladly waiting for it,” Adam tersenyum sinis. Dia terus membawa langkahnya pergi. Jelas siulan kedengaran dari bibirnya. Menunjukkan betapa bahagianya dia.

            “Kenapa Jihah dengan Zira pendamkan semua ni? Kenapa Jihah dan Zira buat macam mommy ni ibu yang tak berguna?! Yang sanggup lepaskan anak sendiri kepada buaya?!” mommy berpaling ke arah aku.

            “Bukan mommy memang ibu yang tak berguna ke?” aku bersuara keras. Tersentap muka mommy dibuatnya. Tapi, aku tak kisah. Memang itu yang aku tunggukan selama ni.

            “Adik!” Kak Jihah menegur aku keras.

            “Cuba mommy kira dengan ingatan mommy, berapa kali mommy pernah tanya apa perasaan kami? Berapa kali mommy pernah cakap yang mommy sayangkan kami? Berapa kali mommy pernah duduk di sisi kami dan dengar cerita kami?!

            Berapa kali?! Setahu Zira, kosong! Kosong! Mommy tak pernah duduk di sisi kami! Mommy tak pernah tanya kami sihat atau tak?! Mommy tak pernah wish birthday kami!! Mommy tak pernah!!

            Jadi, tidak patutkah kalau hati Zira memberontak sebab mommy?” tanyaku sinis.

            Aku terus berlalu dari situ, tapi langkahku tersekat dengan satu pegangan.

            Aku berpaling ke arah tangan itu. Seorang lelaki. Doktor.

            “Let me go!!” aku menarik tanganku dari pegangannya tapi cengkamannya lebih kuat.

            Aku tak kisahlah berlapik atau tak, yang aku tahu kenapa lelaki yang tak pernah aku kenal ni sentuh aku sesuka hati dia?!

            “Minta maaf kat mommy awak,” dia bersuara keras.

            Aku menggetap bibir geram.

            “Siapa kau?! Kau tak pernah tahu hidup aku?! Dan sekarang kau suruh aku minta maaf dengan dia?! Sebab apa?! Salah yang aku buat lebih kecil daripada apa yang dia buat kat aku!!” aku menengking lelaki itu balik.

            “Buatkan ibu menangis? Itu kesalahan kecil awak?” dia balas semua kata-kataku.

            “Selama 17 tahun aku menangis, tak ada siapa yang ambil kisah?! Kenapa baru sekali aku buat dia menangis, semua orang ambil kisah?!! Lepaskan aku!!” aku terus menarik lengan aku dari cengkamannya.

            Langkah aku bawa menuju ke taman. Tubuh aku jatuh di situ.

            Kenapa semua orang buat Zira macam ni? Kenapa semua orang tak sayang Zira? Kenapa tiada siapa yang kisah dengan hati Zira? Kenapa tak ada orang faham Zira?

            Kenapa semua orang buat macam Zira yang jahat?! Zira dah pendam lama. Kenapa bila Zira luahkan, semua orang marah Zira balik?

            Kenapa hati Zira sakit? Kenapa hati Zira luka? Kenapa hati Zira tak puas? Apa yang hati ini mahu??

            “Kenapa?! Kenapa buat Zira macam ni?! Kenapa air mata ni jatuh?! Zira tak sayang dia! Kenapa tetap jatuh? Kenapa jatuh?! Berhenti! Tolong berhenti! Hentikan air mata ni!! Kasih itu telah lama pergi! Hentikan rindu ini! Hentikan cinta ini! Tolong.. Musnahkan harapan ini! Harapan bahawa semua akan menjadi seperti biasa..”

            “Cinta itu tak pernah pergi. Rindu itu tak pernah pergi. Sebab luka itu masih ada,” kata-kata itu mengejutkan aku. Aku berpaling ke tepi. Doktor itu lagi.

            Aku menyeka kasar air mata. Aku ingin bangun tapi dia genggam erat pergelangan tangan aku.

            “Duduk,” arah dia sepatah.

            “Lepaslah,” aku menarik balik pergelangan tanganku.

            “Duduk Alfathunissa,” dia bersuara lagi. Wait, macam mana dia tahu nama aku?

            “Please stranger, let me go,”

            “I’m Aidan. You Alfathunissa. That means I’m no longer a stranger. Sit down and listen to me. I need to brainwash you,” ujar dia senada.

            Dia menarik lenganku kuat hingga membuatkan aku terduduk di sisinya.

            “Luka itu cinta. Pain is a love. Sometimes, it’s not butterflies that tell you, you are in love. But the pain,” dia bersuara.

            “I’m not in pain. Air mata ni turun saja-saja. Macam hujan,” aku membalas selamba. Cuba menutup rasa hati.

            Aidan tersenyum sinis.

            “The rain falls because sky can no longer handle its heaviness. Just like tears, it falls because hearts can no longer handle the pain,”

            Aku menggetap bibir. Sesuka hati ja buat anologi sendiri.

            “Don’t doubting it. You love them. Always and forever. Anak mana tak sayang ibu ayah? Ayah mana tak sayang anak? Ibu mana tak sayang anak? Tell me,”

            “Sebab ada ibu tak sayang anaklah, ada kes buang bayi!” aku membalas.

            Tolong fikir.

            “Kenapa? Ibu awak buang awak masuk dalam tong sampah ke dulu? Tak kan? Dia bela awak kan? Raise you up until jadi kurang ajar dengan dia macam ni!” dia membalasku kasar.

            Aku membuntangkan mata. Ish, dia ni!

            “Don’t act like you know me for decades! Hati ini tak ada sesiapa yang tahu!” aku membalasnya kembali.

            “Saya tak perlu mengenal awak bertahun untuk tahu hati awak. Kalau awak rasa macam ibu dan ayah awak tak beri kasih sayang pada awak. Tell them. Let they knew how you feel. Bukan memberontak macam ni. Awak yang pilih jalan salah! Awak yang pilih untuk memendam!

            Mereka sayangkan awak. Sebab tu mereka bekerja pagi petang siang malam! Untuk siapa? Untuk awak! Awak fikir uruskan company senang? Ayah awak ada berpuluh company dia perlu jaga! Ibu awak ada berpuluh butik yang perlu dia jaga! Kalau jadi pemilik company itu senang, saya tak akan larikan diri saya daripada realiti hidup sendiri!

            Saya tak akan jadi doktor. Saya akan uruskan company saya sendiri. But no! I don’t want. Because of what? Because I know, the company will make me busy until I cannot take care of my family. Raise them with love,”

            “Sekarang awak nak kata yang saya yang salah?” aku memandang dia tajam.

            “Memang awak salah! Awak salah ambil langkah. Ayah awak sayang awak. Ibu awak sayang awak! Sentiasa. Ibu awak menangis sebab awak. Ayah awak kejar awak sampai accident! Bukti apa lagi yang awak nak?!

            Mereka siasat latar belakang saya sampai ke asal keturunan saya untuk awak! Apa lagi yang awak nak? Awak nak something, just tell them and they will give it to you! Mereka sentiasa ingat birthday awak, Cuma kekangan waktu yang menyebabkan mereka tak mampu call awak.

            Awak hanya fikir tentang diri awak. Awak selfish! Kalau awak nak tahu, Adam tu baik orangnya. Tapi, dia berubah selepas 6 bulan mereka kahwin. Sejak dia ada perempuan lain. Sejak dia tinggalkan agamanya! Awak tahu tak, hakikat itu?

            Jangan judge orang semberono! Dekat luar sana, ada banyak lagi broken families! Ada yang ayah dia kaki mabuk, ada yang ayah dia kaki pukul! Tapi, mereka still sayangkan ayah mereka. Awak? Ayah awak bukan kaki pukul, jauh sekali. Ayah awak bukan kaki arak. Tak pernah sekali pun.

            Ayah awak hanya bekerja untuk awak. Bekerja siang malam. Cari nafkah untuk sara hidup awak! Buka hati awak. Buka minda awak. Jadi dewasa. Kalau mereka tak mampu untuk cari masa untuk spend dengan awak, awak yang kena main peranan untuk rapat dengan mereka.

            Mereka sentiasa ada. Selagi mereka masih hidup, sayangi mereka. Boleh tak, Nissa?” Aidan merenung aku lama.

            “Tapi, daddy curang!”

            “Awak yakin ke yang daddy awak curang?”

            “Dia peluk perempuan tu!” aku bersuara lagi.

            “Awak yakin ke yang dia sengaja peluk perempuan tu? Awak nampak ke macam mana cara dia peluk perempuan tu? Jangan yakin sangat Nissa. Takut awak yang merana,”

            Aku menggetap bibir.

            “Maafkan saya, cik,” tersentak aku apabila ada suara menegur aku dari belakang. Aku memandang dia.

            Perempuan tu.

            “Saya nak terjatuh tadi, jadi Tan Sri selamatkan saya. Saya minta maaf sebab buat cik salah faham,” perempuan tu bersuara perlahan.

            Aku memandang Aidan.

            “See, girl. It’s a mistake right? Don’t just jump into conclusion. Ayah awak tak salah. Sekarang, saya nak awak pergi dekat mommy awak. Awak minta maaf. Awak dah buat salah, awak tahu tak? Awak sakiti hati ibu awak.

            Then, tadi ayah awak dah keluar OR. Lepas ayah awak sedar, saya nak awak minta maaf. You are in the fault party. Dengar cakap saya. Then, keluarga awak akan jadi seperti 17 tahun lepas. Bahagia selamanya. Boleh Nissa?”

            Air mata aku jatuh perlahan.

            Benarkah aku yang bersalah? Benarkah aku yang terlalu memaksa? Benarkah bahawa aku yang tak memahami? Mereka tak pernah menyakiti. Hati ini. Bisakah ia jadi seperti dulu lagi? Keluarga yang retak ini, bisakah ia menjadi cermin kembali?

            “Tolong saya,” aku bersuara.

            “Nak tolong apa?”

            “Teman saya.” Aku renung wajah dia. Dia hanya tersenyum kemudian mengangguk perlahan.

 

“MOMMY,” aku bersuara perlahan.

            Tubuh mommy yang sedang mermerhati sayu daddy itu aku pandang. Mommy berpaling ke arah aku.

            “Sayang,” dia terus memeluk aku erat.

            “Maafkan mommy. Mommy tak tahu. Mommy tak tahu yang sayang sedih selama ni. Mommy tak tahu yang Zira terseksa selama ni. Mommy tak tahu yang anak mommy ni rindukan mommy selama ni. Maafkan mommy. Mommy akan sentiasa ada. Selepas ni, mommy akan sentiasa ada untuk Zira.

            Kalau mommy ada urusan, mommy bawa Zira sekali ya sayang. Mommy bawa Zira. Just jangan benci mommy. Jangan tinggalkan mommy, sayang. Jangan. I’ll die without you. Please Zira. No,” mommy mengusap kepalaku yang diselaputi tudung.

            Air mata jatuh dari tubir mata aku. Betapa aku rindukan pelukan ini. Betapa aku rindukan kasih ini. Benar rindu ini tak akan pernah mati. Benar cinta ini tak akan pernah pergi. Aku sayang mommy. Always and forever.

            “Mommy, Zira yang salah. Zira.. Zira,” mommy menggeleng perlahan. Dia menutup bibirku.

            “No sayang. Mommy yang salah. Mommy terlalu sibuk dengan kerja mommy, sampai mommy abaikan dua orang anak mommy ni. Maafkan mommy, sayang. Maafkan mommy. Mommy sayang anak mommy. Mommy sayang anak mommy sangat-sangat,”

            Mommy memeluk aku erat.

            “Zira minta maaf, mommy. Zira minta maaf. Zira sayang mommy. Zira sayang mommy..” aku mengogoi perlahan dalam pelukannya.

            “Zira yang sebabkan daddy accident. Semuanya sebab Zira. Kalau Zira dengar cakap daddy, benda ni tak akan jadi. Tak akan jadi. Zira yang bersalah... Zira yang salah..”

 

AKU duduk berteku di situ. Memerhatikan wajah daddy. Syukur lukanya tak parah. Fortunately, that is Mercedes. Kalau Viva, I don’t think I can see him again right now.

            Aku mengusap rambut itu. Rindu menggamit hati aku. Rindu untuk mendengar suaranya lagi. Rindu itu melihat senyumannya lagi.

            “Zira..” aku tersentak. Aku merenung daddy.

            “Zira..”

            Sah, itu suara daddy. Daddy dah sedar. Daddy dah sedar!

            “Daddy,” aku memegang lengannya.

            “Daddy. Ni Zira, daddy. Mommy! Mommy! Daddy dah sedar!!” aku tersenyum lebar melihat kelopak mata itu terbuka.

            “Sayang daddy,” daddy mengangkat tangannya perlahan. Ingin menyentuh wajah aku. Aku mencapai tangan itu lalu menekapnya di pipi.

            “Ya daddy. Zira kat sini,”

            “Daddy minta maaf. Sebab daddy tak pernah ada,” daddy bersuara perlahan.

            “Zira yang kena minta maaf. Zira buta selama ni. Zira tak tahu. Zira tak tahu yang daddy buat semua ni sebab Zira. Zira minta maaf,” aku bersuara lagi.

            “Daddy sayang Zira. Semua yang Zira nampak, hanya salah faham sayang,” aku mengangguk laju.

            “Zira tahu daddy. Zira tahu. Zira minta maaf. Zira minta maaf, daddy,” aku memeluk daddy erat.

            “Aidan. Daddy tak kisah kalau Zira tak nak kahwin dengan Aidan. Teruskan hidup Zira. Abaikan permintaan daddy,” daddy bersuara lagi.

            “Aidan? You mean, doctor Aidan?” aku mengangkat wajah. Kepelikan jelas ketara di wajahku.

            “Yes, Nissa. It’s me. Aidan Quetin. It’s okay, daddy. Biar Aidan sendiri yang tackle dia untuk kahwin dengan Aidan,” suara Aidan muncul dari belakang. Dia mengenyitkan mata ke arahku.

            Oh God! Sekarang aku tahu kenapa dia tahu nama aku. Aku memandang mommy yang seakan ingin tertawa.

            “Mommy..” aku merintih perlahan.

            Kenapa aku rasa macam diperkena ni?

            That is life. Full with memories. Sad, hurt, pain. A good story combines all of them. This is my life. Happy and hurting. But it has a good ending. A beautiful ending, I guess.

            Happy endings come after a story with lots up and down. My parents may not be perfect but they are the most precious gift God has ever given to me. Just hope for the best. Just hold on, because the pain will end.

 

#the end

 p/s: Written by 15 yeas old me. No edit.

No comments:

Post a Comment