Saturday, 26 February 2022

QUEEN : BAB 23

 Bab 23

DIA merenung tangannya yang kemerahan. Inai di jari. Cincin di jari. Semuanya menjadi indah ketika ini. Hasratnya tercapai. Impiannya dikabulkan. Qarizh menjadi miliknya. Menjadi seorang raja bagi dirinya. Dan, dia akan pastikan yang dia satu-satunya permaisuri di hati lelaki itu.

            Tersentak dia apabila Iphonenya berbunyi. Menandakan ada satu mesej yang masuk. Dia membuka mesej tersebut.

Unknown : Congratulations on your marriage. Take care of him. Love him like he is the last breathe that you have. He deserves to be with you. Love him until death do you apart. Don’t hurt him. He’s too fragile to be hurt. He deserves the best. And you are the best for him.

            Hanna mengerutkan kening. Mesej apa pula ni? Dahlah private number. Nak prank ke apa ni? Mana dia tahu aku kahwin hari ni? Adoyai, aku tak berminatlah untuk jadi penyiasat tak bertauliah.

            Dia terkejut apabila pintu biliknya dibuka. Kenapa semua orang nak buat kejutan kat aku hari ni? Tapi, biliknya juga bilik lelaki itu. Yang paling tepat, mereka sekarang berada di rumah lelaki itu.

            Menggeletar tangannya tapi dalam masa yang sama dia menyembunyikan senyumannya. Mesti Qarizh akan puji penampilannya. Semenjak dia bernikah dengan Qarizh, dia sudah putuskan untuk mengenakan hijab di kepalanya. Tapi, dari saat tangan itu menggenggam tangan ayah. Masih tiada pujian yang keluar dari bibir lelaki itu. Mesti dia segan, sebab ada ramai orang.

            Hatinya bijak menebak. Apabila katilnya terasa dihenyak, dia semakin menundukkan kepala.

            “Let me be clear towards you, between us, there is no love. Only commitment as being a married couple,”

            Sebaik sahaja, kata-kata itu dilafazkan oleh Qarizh, dia mengerutkan kening. Cuba memahami perkataan yang baru diucapkan oleh Qarizh. Kenapa dia tak memahaminya? Sedangkan Qarizh hanya menggunakan bahasa Inggeris, bukan bahasa Itali.

            “Can you elaborate? I don’t seem to understand you. What is your meaning?” Hanna mengangkat muka. Memandang Qarizh yang hanya tegak memandang dinding. Sekali pun, mata itu tidak memandangnya.

            “Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. I need an heir. So, that’s why I married you. Sebab awak calon yang sesuai. Tapi, awak jangan risau, saya tak akan ceraikan awak. Perkahwinan kita kekal selama kita hidup,” bersahaja Qarizh menuturkan kata-katanya.

            “Pandang saya, Riz. Pandang saya. Pandang mata saya lama-lama,” Hanna menarik Qarizh untuk memandangnya. Sebaik sahaja pandangan itu bersabung dengan pandangan matanya, hatinya jadi gentar. Ketakutan menjalar di hatinya.

            Mata itu beku. Tiada perasaan. Tidak seperti dahulu, sebelum mereka berkahwin. Qarizh yang sekarang dengan Qarizh yang dulu amat berbeza.

            “Betulkah awak tak cintakan saya?” dia mencabar dirinya. Qarizh suaminya. Dia berhak untuk menagih kasih lelaki itu.

            “Tak. Saya tak pernah cintakan awak,” Hanna menggetap bibir. Suara itu amat yakin dalam menuturkan ayatnya.

            “Jadi, kenapa awak berpura-pura? Kenapa awak tunjuk kepada saya macam awak cintakan saya? Kenapa awak buat saya terbuai dalam cinta awak? Kenapa? Kenapa?!!” suara Hanna menjerit kuat. Qarizh hanya tersenyum sinis.

            “Mudah. Sebab saya perlukan pewaris,” jawapan ringkas Qarizh membuatkan hati Hanna menggelegak. Dia menumbuk dada Qarizh kasar. Melepaskan amarahnya di dada itu.

            Tapi, hanya sekejap apabila tangannya digenggam erat oleh Qarizh. Dia cuba menggerakkan tangannya namun tangannya dikunci kejap oleh lelaki itu.

            “Lepas! Lepas! Lepaskan sayalah!!!” kuat suara Hanna menjerit tapi jeritannya tidak mendatangkan gentar langsung kepada lelaki itu.

            “I’m warning you, my lady. Do not disobey me. I can be heartless. And, you will not glad to see me mad,” tangan Hanna dilepaskan lalu dia membawa diri ke bilik air.

            Hanna menggetap bibir kuat. Air matanya jatuh perlahan-lahan. Membasahi pipinya. Adakah ini balasannya? Balasan perbuatannya yang membuatkan ibunya menangis dan ayahnya terluka?

            Kenapa perlu dia diperlakukan begini? Kenapa lelaki itu memujuk rayunya selama ini, andai bukan cinta yang lelaki itu kejarkan? Adakah dia ini hanya tempat lelaki itu melampiaskan hawa nafsunya? Apa bezanya dia dengan seorang mistress? Adakah perkahwinan ini hanya untuk menghalalkan lelaki ini untuk bersamanya?

            Adakah dia hanya boneka? Boneka di dalam hidup lelaki itu? Apa salahnya? Kenapa semuanya menjadi begini? Dia juga manusia! Kenapa Qarizh buat dia begini? Kenapa?!

 

AIR mata jatuh menitis perlahan di tepi matanya. Menyedarkan dia dari tidurnya. Dia membuka matanya perlahan. Sudah lima tahun, perkara itu berlalu, tapi dia masih tidak dapat melupakan sakit itu.

            Sakit itu masih ada. Sudah lima tahun. Lima tahun! Tetapi, sikap Qarizh masih sama. Adakah aku hanya hidup untuk melahirkan anaknya? Seperti kata Shakira, dia hanyalah kilang untuk lelaki itu.

            Di hadapan semua orang, mungkin dia adalah seorang perempuan yang sangat bertuah. Nama keluarganya Hickman. Suaminya seorang pengerusi Hickman Group. Di hadapan semua, Qarizh melayannya baik. Penuh kasih sayang.

            Tapi, siapa tahu, bahawa dia hanya mengemis kasih lelaki itu? Siapa yang tahu luka hatinya? Tiada siapa.

            Dia mencari bayang lelaki itu, namun tiada. Perutnya diusap perlahan. Perutnya yang sedikit membuncit melegakan hatinya. Sekurang-kurangnya, dia masih ada anak-anaknya.

            Dan, kali ini dia sudah bertekad. Dia ingin keluar dari hidup lelaki itu. Dia tak ingin berada di bawah teduhan rumah mewah lelaki itu. Dia tak ingin! Dan, anak-anaknya akan menjadi miliknya.

            Qarizh tak akan mampu memisahkan Harraz daripadanya. Kali ini dia sudah bertekad, panggillah dia dengan gelaran apa pun. Isteri derhaka atau apa-apa sekali pun. Dia sudah tidak kisah. Jika dia terus hidup di dalam rumah lelaki itu, mungkin dia akan kehilangan anaknya pula. Dan, dia tidak mahu perkara itu berlaku!

            Anaknya adalah nyawanya. Jika dia perlu mati untuk selamatkan anak ini, dia sanggup!

 

WAJAH Qarizh menyinga apabila sampai di hadapan bilik VIP itu. Dia memandang Qairul, Kira dan Harraz yang sedang duduk di atas kerusi. Shakira hanya menundukkan wajah sebaik sahaja matanya memandang kelibat Qarizh melangkah ke mari. Dayyan setia di belakang Qarizh.

            “Apa jadi?” suaranya dingin. Matanya mencerlung. Dia sudah diberitahu apa yang berlaku, in fact, dia dah melihat rakaman CCTV pun. Cuma, sekarang dia ingin seseorang berbicara dengannya. Menceritakan semula apa yang terjadi kepada Hanna.

            “I yang salah, I yang sengaja tolak Hanna,” suaranya dikeraskan. Dia tahu ini sahaja peluang yang dia ada.

            “What do you mean by..?” kata-katanya terhenti seketika. Dia memandang ke arah Qairul.

            “Bawa Harraz pergi. Cafe or anywhere else, I don’t care,” Qairul terus menarik Harraz pergi. Namun, Harraz berkeras.

            “Tak nak! Harraz tak nak! Harraz nak mommy!!” Qarizh menarik nafas perlahan. Mencuba untuk menyabarkan hatinya. Dia menundukkan badannya. Matanya bertentang dengan mata Harraz.

            “Harraz, ikut cakap daddy. Ikut papa ya sayang?” Harraz menggeleng laju.

            “Harraz tak kenal dia. Mommy cakap Harraz tak boleh ikut orang yang Harraz tak kenal!” petah kanak-kanak itu berbicara. Tersentap juga jiwa Qairul dibuatnya. Kali terakhir dia melihat muka Harraz adalah sewaktu kanak-kanak itu lahir. Sejak dari itu, dia membawa dirinya ke Dubai.

            “Tapi, daddy kenal dia. Papa ni abang kepada mommy. Ikut papa sekejap ya, sayang?” Harraz merenung wajah Qarizh kemudian memandang wajah Qairul. Dia mengerdipkan matanya. Mencari persamaan di antara muka papa dengan mommynya.

            “Kalau macam tu, Harraz ikut uncle,” Dayyan mencelah di antara mereka. Harraz merenung wajah Dayyan sebelum menyuakan tangannya. Perlahan, Dayyan membawa Harraz ke dalam pelukannya lalu didukung. Matanya memberi klu kepada Qairul untuk sama-sama mengikut langkahnya.

            Qarizh menyeluk tangannya ke dalam poket. Dia menunggu seketika sehingga Harraz masuk ke dalam elevator dan hilang dari pandangannya.

            “Kau memang nak cabar aku kan Kira?” suara Qarizh berubah. Keras dan kasar. Penuh dengan ketegasan. Mukanya sudah memerah. Amarahnya kian meledak.

            “Yes, memang I nak cabar you. Mungkin, kalau apa-apa jadi kepada anak you, you akan ceraikan I?” Shakira bangun dari duduknya. Keningnya dijongket perlahan. Mencabar ego Qarizh.

            “Kau dah melampaui batas! Hanna tu isteri aku, anak yang dalam kandungan dia, anak aku! Tapi, kau sanggup sakitkan mereka hanya sebab aku?! Sebab nak bercerai dengan aku? Kau dah gilakah?!!” suaranya naik beberapa oktaf.

            Shakira menyimpan gentar di dalam hati. Dia tak ingin untuk berpaling lagi. Ini keputusannya.

            “Yes, memang aku gila! Aku dah tak sanggup nak hidup dengan kau! Kalau dengan buat kau hilang anak kau, kau akan ceraikan aku, aku boleh buat! Aku boleh buat apa saja! Aku boleh masuk dalam bilik dia, dan bunuh dia sekarang, kalau kau tak ceraikan aku! Lagipun, dia tengah terlantar kan sekarang ni?”

            Pang!

            Satu tamparan hinggap di muka Shakira. Mujur ruangan di situ tersembunyi, dan tidak boleh dimasuki oleh sembarangan orang. Kalau tak..

            “Tamparlah! Tamparlah lagi kalau itu yang boleh buat kau puas! Aku nak cerai dengan kau! Kau tak faham bahasakah?!!” kuat suara Shakira melantun.

            Qarizh menggetap bibir. Marahnya sudah sampai ke tahap maksima.

            “Fine! Kalau itu yang kau nak! Tapi ada harga yang perlu kau bayar,” putus Qarizh.

            Matanya mengerling ke arah pintu wad yang tertutup rapat. Demi keselamatan anaknya, dia rela lakukan apa sahaja. Termasuk melanggar prinsip yang selama ini dipegangnya utuh.

 

No comments:

Post a Comment