Bab 20
DIA
duduk bersandar di atas kerusi. Dahi yang berpeluh dilap perlahan sebelum air
mineralnya diteguk rakus. Penat, ya dia memang penat! Tapi, minat itu lebih
daripada segalanya.
Qarizh bangun dari kerusi, dia
berlalu ke arah punching bag lalu
menumbuk-numbuk punching bag
tersebut. Boxing adalah minatnya.
Salah satu caranya untuk mengekalkan kecergasannya. Mengekalkan tubuh badannya
menjadi sasa.
“Qarizh!!!” tumbukannya terhenti
apabila dia mendengar tempikan seseorang. Jelas memanggil namanya. Dia
berpaling ke belakang sebelum terjelepok ke lantai.
Cecair panas mengalir dari bibirnya.
Dia mengesat darah yang keluar dari bibirnya yang pecah. Lelaki yang
menumbuknya tadi dipandang. Qairul. Wajah lelaki itu merah dirasuk amarah.
“Kau kenapa?! Datang tak bagi salam,
lepas tu tumbuk aku. Kalau gian nak tumbuk sangat, tu punching bag ada,” Qarizh bersuara geram.
“Mana adik aku?! Mana adik aku?! Kau
sorok adik aku kat mana?!” berkerut kening Qarizh dibuatnya. Adik dia, tanya
aku pula.
“Manalah aku tau adik kau kat mana,”
Buk! Satu lagi penumbuk diterimanya.
Dia mendesis geram. Body guardnya
sudah menghampiri namun dia mengangkat tangan. Menghalang body guardnya daripada menghalau Qairul keluar.
“Bagi tahu aku! Adik aku kat mana?!”
“Kau kenapa?! Aku cakap, aku tak
tahu, aku tak tahulah!!! Nak ulang berapa kali langsung?!” tempik Qarizh. Habis
lebam mukanya.
“Kau tak tahu adik aku kat mana?
Hanna, mana kau? Jangan buat abang macam ni, sayang,” Qairul mengusap
rambutnya. Dia kusut! Serabut!
Qarizh merenung Qairul pelik. Dia
kenapa? Hanna lari rumahkah? Biar betul? Melihatkan wajah Qairul ketika ini,
dia dapat merasakan perkara itu betul. Dia menggetap bibir geram. Badannya
terasa panas. Hatinya menggelegak ketika ini.
“Mana Hanna?” sepatah suara dia
bertanya. Qairul menggelengkan kepalanya perlahan.
“Aku tak tahu. Dia lari rumah. Aku
tak tahu.. Mana adik aku?” rintihan Qairul membuatkan hati Qarizh semakin
membara. Dia mencekak kolar baju Qairul.
“Kau buat apa kat dia?! Kau buat
apa?!!” Qairul hanya menggelengkan kepalanya.
“Habis, kenapa dia lari?! Dia tak
akan lari dari rumah, kalau kau tak buat apa-apa kat dia!! Bagi tahu aku! Kau
buat apa dengan dia?!!” Qarizh menjerkah Qairul kuat. Dia menghempaskan Qairul
ke lantai. Mukanya ketat.
“Kalau apa-apa jadi kat dia, kau
orang pertama yang aku cari, Qairul!” dengan kata-kata itu Qarizh mencapai
bajunya dan berlalu dari situ.
Qairul menumbuk lantai. Geram! Air
mata jatuh dari pipinya. Mana adiknya? Mana Hanna? Kenapa Hanna buat abang
macam ni? Pulanglah Hanna. Abang sayang Hanna...
“Argh!!!”
Jeritannya memekik kuat. Bergema gym itu dengan jeritan lukanya. Rambutnya
diramas kasar. Kusut. Serabut. Risau. Marah. Pelbagai emosi menghantui
mindanya. Dan, ketika ini dia takut. Dia takut untuk kehilangan Hanna.
Hilangnya Hanna seperti merentap
separuh jiwanya pergi. Dia tak mampu hidup tanpa Hanna. Mana Hanna, sayang?
Kenapa Hanna buat abang macam ni? Kenapa?
QARIZH
memarkirkan keretanya ke tepi. Stereng dihentaknya kuat. Fikir Qarizh, fikir.
Mana Hanna? Tempat mana yang dia boleh lari? Ke mana tempat yang dia mungkin
akan pergi? Fikir Qarizh, fikir!
Nombor Hanna cuba didailnya namun
hanya kedengaran operator yang menjawab
panggilannya. Dia mengerling ke arah jam. 12 tengah hari? Dalam waktu macam ni,
ke mana dia boleh bawa diri? Banyak. Banyak sangat tempat yang dia boleh pergi.
Tapi, ke mana hatinya akan membawanya pergi?
Dia cuba menggeledah semua kotak
memorinya. Mencari simbolik atau tempat di mana dirasakan bermakna bagi Hanna.
Namun, kosong semata. Masih sikit memorinya dengan Hanna. Pertemuan yang hanya
berlaku beberapa kali menyebabkan dia hilang punca.
Ke mana yang Hanna mampu berlari
membawa diri? Studio? Kuda? Mall? Biar
betul, tak akanlah orang yang lari dari rumah pergi ke mall. Impossible. Jadi, ke mana dia membawa diri? Terengganu?
HANNA
mengusap kuda putih itu lembut. Dia mencapai Iphonenya. Masih lagi dimatikan
olehnya. Jam tangan dilihatnya. 12.20 tengah hari. Sekarang, semua orang tengah
mencarinya. Dia tahu. Dhia mesti dah laporkan kepada abangnya. Dan, sekarang
semua body guardnya sudah berpecah
untuk mengesan langkahnya.
“Hanna!”
Kus semangat! Hanna mengusap
perlahan dadanya. Terkejut dia apabila mendengar namanya dipanggil sebegitu.
Dia berpaling ke belakang. Wajah Kak Wazirah mengisi kornea matanya.
Aku fikirkan Dhia tadi. Hati aku.
Jantung aku. Masih tak bersedia lagi untuk menerima amarah daripada ayah.
“Hanna buat apa kat sini?” Hanna hanya
menampal senyuman palsu. Kalau aku ada kat tempat kuda, mestilah aku nak naik
kuda, tak akanlah nak memancing kot? Soalan. Nak kata bodoh, marah. Tapi,
memang soalan tu bodoh pun.
“Kuda. Hanna nak naik kuda,” Hanna
terus memanjat ke atas Alex. Dia menunggang Alex untuk menghampiri Kak Wazirah.
“I
saw the news,” berkerut kening Hanna. Berita apa ni? Kenapa dia baca, dan
bukan dia dengar? Aku hilang dah masuk dalam gosip terbaru ke? Hebat! Baru
hilang tak sampai 24 jam, tak akanlah reporter
dah detect.
“About
you and Qarizh,”
Oh.. Hanna menganggukkan kepalanya
perlahan. So, dah masuk dalam ruangan gosip. Dah jadi headline artikel lah. As
expected, muncul di hadapan public
sebagai kekasih Qarizh memang menjadi satu gosip yang terhebat dan menjadi
bualan semua.
“I’m
giving you an advice, Hanna. Qarizh bukan lelaki yang terbaik untuk dipilih
sebagai suami,” Hanna tercengang. Apa kaitannya dia dengan aku untuk bagi
nasihat macam tu? Perlukah dia untuk menilai Qarizh sebegitu?
“Ramai lagi lelaki yang ada di luar
sana, pilihlah seorang tapi bukan Qarizh,” muka Kak Wazirah serius. Aku pun
boleh serius juga.
“Memang ramai lelaki yang ada, tapi
mereka tak sama dengan Qarizh. Saya yang pilih dia, tapi kenapa akak yang
risau? Saya yang buat keputusan untuk berkahwin dengan dia, bukan saya paksa
akak untuk kahwin dengan dia. Jadi, kenapa akak buat saya macam ni?
He
is a king of my heart, body and soul. Kalau saya mati dan hidup kembali,
saya tetap akan pilih Qarizh sebagai suami,” ujar Hanna tenang. Kak Wazirah
mengangkat bahu. Tidak berniat untuk membantah atau bertengkar dengan Hanna.
“Ikut suka hati Hanna lah, akak dah
bersuara, jadi bahagian akak dah selesai. Apa-apa jadi kat Hanna, jangan
salahkan akak. Akak dah bagi nasihat, tapi Hanna yang tak nak dengar,” ujar Kak
Wazirah.
Hanna hanya menggelengkan kepala.
Kudanya dibawa menuju ke tempat rahsianya. Satu-satunya tempat untuk dia
menenangkan diri. Tempat kegemarannya. Tempat yang hanya dia yang tahu. Tak.
Bukan dia seorang, dah ada orang yang tertambah dalam senarai. Qarizh.
Qarizh. Qarizh Hauzan Hickman. Apa
yang ada pada awak? Apa yang tersembunyi di sebalik personaliti awak? Kenapa
semua orang memberikan nasihat yang sama kepada saya? Apa yang awak dah tunjuk
kepada mereka? Salah apa yang awak buat sehingga semua orang tidak mempercayai
awak lagi?
Kenapa semua orang paksa saya untuk
lupakan awak? Untuk tinggalkan awak? Awak tak layak untuk saya? Jadi, layakkah
saya untuk awak? Saya tak nak menghukum awak, sebelum saya kenal siapa awak.
Dan, saya dah putuskan untuk lebih mengenali awak melalui perkahwinan ini.
Mungkin awak tidak seperti yang
mereka sangka. Lagipun, semua orang hanya nampak apa yang mereka nampak. Mereka
hanya percaya dengan apa yang mereka hendak percaya. Tapi, mereka tak pernah
tahu tentang hakikat yang sebenarnya. Kita tak layak menghukum. Mereka tak
layak menghukum. Jadi, saya tak akan hukum awak.
Saya percayakan awak. Dengan hati
dan cinta yang saya ada, saya percayakan awak. Tiada siapa yang dapat memberi
rasa cinta ini kepada saya, selain awak. Saya percayakan awak dan saya
sayangkan awak, Qarizh. Sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment