Bab 21
QARIZH menunggang kudanya ke satu arah. Dia yakin arah ini yang akan membawa dia kepada Hanna. Dia sudah ingat-ingat lupa tentang arah untuk ke tempat kegemaran Hanna. Tapi, dia pasti tempat itu hanyalah di dalam kawasan ini sahaja.
Sekian lama, dia menunggang, dia dapat melihat ada kuda putih di kejauhan. Alex. Laju dia menunggang kudanya ke arah kuda putih itu. Tepat jangkaannya, gadis itu di sini. Sedang leka melukis panorama indah. Tempat dia menenangkan diri.
Dia menambat kudanya di pondok itu. Bersebelahan dengan kuda putih milik Hanna. Dia bersandar di tiang kayu itu. Merenung gadis itu daripada jauh. Kepalanya yang menggangguk perlahan mengikut rentak lagu membuatkan gadis itu nampak menarik di matanya.
Adakah hatinya sudah jujur menyayangi gadis ini? Dia pun sudah tidak tahu dengan rentak fikirannya. Hati tak akan sama dengan minda. Dan, dia tak akan biarkan hatinya menguasai perasaan.
Dia tak akan kalah dengan perasaan ini. Dia tak akan ulangi kesilapan yang sama seperti ayahnya dulu. Mencintai wanita adalah kelemahan bagi lelaki. Wanita hanya seorang perempuan yang akan melahirkan keturunannya.
I am a king of this kingdom. Hickman Group. Hickman Holding. Hickman Construction. Hickman Hospital. Hickman School. I am a king. And, I need a queen. And, she is the perfect queen. Al-Haytham.
A king needed a queen to complete his kingdom. To give birth of his prince. And let the prince to continue their legacy and to rule the world.
HANNA tersentak apabila getah rambutnya ditarik perlahan. Melepaskan rambut panjang beralunnya ditiup angin. Dia berpaling kepada si punya angkara. Tak lain tak bukan, Qarizh. Hanya dia yang tahu tempat ini.
“Qarizh, bagi balik getah rambut saya,” Hanna bersuara. Qarizh hanya membuat muka selamba lalu duduk di sisi Hanna.
“This hair looks better on you,” Hanna menggetap bibirnya perlahan. Rambutnya diselak ke belakang. Angin yang kuat menyebabkan rambutnya kembali bertebangan mengikut rentak angin.
“Bagilah balik. Rambut saya terbanglah,” Qarizh tersenyum sikit. Selendang yang dililit di tengkuk Hanna dibuka lalu diletakkan di kepala Hanna, menutup rambut itu dengan selendang lalu mengikat selendang tersebut.
“Kan lagi cantik macam ni?” Hanna menyentuh kepalanya yang berbalut dengan selendang. Kemudian, dia memandang ke arah Qarizh.
“Awak nak saya bertudung?” soalan itu terpancul di mulut Hanna. Qarizh hanya mengangkat bahu.
“Terserah. Tapi, kalau ikutkan hati, saya memang nak awak bertudung,” Qarizh memandang ke depan. Menghayati suasana indah. Nasiblah, hari ni matahari malu-malu untuk mengeluarkan sinarnya. Kalau tak, harus rentung di sini. Sia-sia, sunburn. Because cells in the skin committing mass suicide to protect us from their damaged DNA, which can cause cancer.
Hanna menyentuh hujung selendang itu dengan jarinya. Bertudung? Dia tak pernah terfikir mahu pun terdetik untuk bertudung. Dia memang tak seksi. Bajunya masih lagi menutup lengan. Betisnya tidak pernah didedahkan untuk santapan mata orang lain. Hanya kepalanya yang masih tidak bertutup.
Tak pernah diduga, hari ini tiba. Seorang lelaki meminta dia untuk bertudung. Selama ini, ayah dan abangnya tidak pernah menegur malah mereka tidak pernah kisah. Asalkan pakaian aku tidak menjolok mata mereka, mereka masih okay. Masih biasa. Tapi, dia lain. Dia memujuk dengan cara yang tersirat. Dia meminta dengan langkah yang tersembunyi.
Jadi, apa salahnya kalau aku mengikut langkahnya? Mengikut caranya? Mengikut permintaannya? Permintaan yang disuarakan dalam diamnya. Tanpa sedar, hatinya semakin terjatuh cinta dengan lelaki ini. I fell in love with him constantly, without reason, without words.
Wajah Qarizh direnungnya lama. Tampan lelaki ini menggetarkan hatinya. Sentuhan lelaki ini menggetarkan jantungnya. Mengirimkan renjatan untuk seluruh badannya. Dia menjadi hidup apabila disentuh oleh tangan itu. Senyuman lelaki ini tidak pernah penuh. Hanya sedikit dan sinis. Seakan amat payah untuk dia tersenyum. Seakan ada duka yang tersembunyi di bening matanya.
Dan, apa luka itu? Bolehkah luka itu disembuhkannya? Membalut luka itu dan mengubatinya serta merawat parut dalam hatinya? Hatinya semakin tertanya. Jiwanya memujuk diri untuk bertanya. Namun, untuk apa dia bertanya andai pertanyaannya merentung jiwa lelaki itu.
Biarlah dia berdiam diri. Sampai masanya, lelaki ini akan bercerita. Dan, dia akan berada di sisi untuk menjadi pendengar yang setia.
“Why butterfly?” Hanna tersentak. Wajahnya direnung oleh Qarizh ketika ini.
“Pardon?”
“Why butterfly?” Qarizh menunjukkan ke arah lukisan Hanna. Ada beberapa ekor rama-rama yang dilukisnya.
“Butterfly. Fly away so high, as high as hopes I pray. To come and reach for you. Rescuing your soul, the precious messed up thoughts of me and you,” perlahan ayat itu dituturkan oleh Hanna. Qarizh mengerutkan kening. Seakan tak memahami.
“Tak ada apalah. Itu lirik lagu butterfly ja. Melly Goeslow. Entah, tiba-tiba terfikir. Tak tahu nak lukis apa. Jadi, lukislah rama-rama,” Hanna mengusap perlahan lukisannya. Warna itu sudah kering dan mampu disentuhnya.
“Hanna,” Qarizh bersuara. Buku lukisan Hanna dicapai lalu diletak ke tepi. Bahu Hanna dipegang memaksa mata gadis itu memandangnya.
“Kenapa lari dari rumah?” Hanna hanya tersenyum. Melihatkan kening Qarizh yang berkerut, dia meletakkan jemarinya di situ. Cuba menghilangkan kerutan dari dahi lelaki itu.
“Kenapa? Risau?” Hanna tergelak kecil.
“Tak payah nak risau sangatlah. Saya bukan budak kecil lagi. Saya boleh jaga diri,” Hanna bersuara selamba. Wajah Qarizh semakin mengetat.
“Benda ini bukan benda lawak Hanna! Hampir putus nyawa saya cari awak tahu tak?! Kenapa awak lari rumah? Mesti ada sebab,” Qarizh bersuara.
Hanna ingin menjawab namun wajah Qarizh lebih menarik perhatiannya. Bibir Qarizh yang pecah menarik minatnya. Kenapa bibir dia pecah? Hanna menyentuh bibir Qarizh perlahan. Mengaduh Qarizh dibuatnya.
“Kenapa dengan bibir awak? Kenapa pecah? Awak kena tumbuk ke?” Hanna menarik muka Qarizh ke kiri dan ke kanan. Mencari lagi sebarang cacat cela di wajah lelaki itu. Tiada. Hanya bibirnya sahaja yang pecah.
“Kita tengah bercakap tentang awak, Hanna,” Qarizh menolak tangan Hanna perlahan.
“Dan, saya tengah bercakap tentang awak. Siapa buat awak?” Qarizh tergelak kecil. Hanna terpaku. Pertama kali sepanjang dia berkenalan dengan Qarizh, dia melihat lelaki itu tertawa. Dan, jujur lelaki itu nampak kacak sangat. Di mata dia. Di hati dia.
“Seriously, Riz. Siapa buat awak? Saya nak pergi belasah dia. Tergamak dia cacatkan muka kekasih saya,” Qarizh menggenggam perlahan tangan Hanna yang asyik bermain wajahnya.
“Kalau saya kata abang awak?” Qarizh tersenyum. Hanna terpaku.
“Abang saya? Kenapa? Dia tuduh awak buat apa lagi? Culik saya? Sembunyikan saya?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Hanna.
Qarizh hanya mendiamkan diri. Tahu sahaja dia apa yang terjadi. Dia ada mata ketigakah untuk melihat apa yang terjadi sepanjang ketiadaannya.
“Qairul memang nak kena! Siaplah dia nanti, saya belasah dia cukup-cukup,” dia merenung wajah Qarizh. Otaknya ligat berfikir. Di mana dia hendak cari first aid-kit? Di kaunter ada tak? Tak mungkin, dalam kereta Qarizh ada first aid-kit. Tak mungkin. Pelik sangat.
“Awak tengah melarikan diri daripada soalan saya, Hanna,” Qarizh bersuara. Tegas. Perkara yang berada di fikiran Hanna hilang tiba-tiba. Pecah berderai umpama kaca yang pecah.
“Kenapa awak lari rumah? Awak buatkan semua orang risau, Hanna. Menangis abang awak, Hanna,” Hanna mendiamkan diri.
Cuba mencari idea untuk menjawab soalan Qarizh. Dapat dirasakan yang Qarizh akan marah dengan sebab yang menjadi punca dia lari rumah.
“Awak percaya dengan kuasa cinta?”
“Qaireen Hanna,” Qarizh mengeluh perlahan. Hanna melarikan diri lagi daripada soalannya.
“Sebab cinta saya lari rumah, Riz. Sebab saya cintakan awak. Sayangkan awak,” Hanna merenung anak mata hazel milik Riz lama. Mungkin kerana sepasang mata ini membuatkan hati dia terjatuh. Dia tidak tahu.
“Ayah awak tak suka saya?” Qarizh menyuarakan soalan. Hanna hanya mendiamkan diri. Tidak ingin menjawab soalan Qarizh.
“Betullah tu. Hanna, hari tu awak cakap dengan saya, kalau parents awak tak setuju, jadi awak pun tak setuju. Tapi, kenapa hari ni awak melarikan diri?” Qarizh mengangkat keningnya. Mencabar Hanna untuk menjawabnya.
“Awak tak tahu apa jadi, Riz,” Hanna bersuara perlahan. Dia menarik tangannya dari genggaman Qarizh. Menunduk memandang rumput.
“Kenapa awak tak bagi tahu saya? Saya boleh jumpa dengan mereka. Kenapa awak larikan diri? Apa rancangan awak sebenarnya? Boleh saya tahu?” Hanna bermain dengan rumput itu. Ketika itu, rumput itu nampak lebih menarik berbanding mata tajam Qarizh.
“Saya nak kahwin lari dengan awak,” perlahan Hanna bersuara. Qarizh hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
“Nasiblah saya bukan sebaya awak. Kalau tak, saya bawa awak lari sekarang juga. Qaireen Hanna. Sebuah perkahwinan perlukan restu. Dan, seorang ayah tak akan menghalang anaknya untuk berkahwin kalau itu memang pilihan hatinya. Kita boleh jumpa ayah awak. Pujuk dia sama-sama.
Jangan ambil keputusan macam ni. Fikir panjang sebelum awak buat sebarang tindakan, Hanna. Jangan menyesal apabila awak dah tua nanti,” Qarizh bersuara lembut. Cuba menegur gadis yang sedang menekur rumput ini.
“Saya tahu. Saya minta maaf,” Hanna bersuara perlahan. Qarizh bangun dari duduknya.
“Jom,” Hanna mengangkat wajah.
“Nak pergi mana?”
“Jumpa ayah dan abang awak. First step, kita jumpa abang awak dulu. Dia ada di kafe sekarang,” Qarizh berlalu ke kudanya. Meninggalkan Hanna yang masih terkedu.
Hanna memandang Qarizh yang mendahuluinya. Satu soalan muncul di mindanya.
“Do you love me, Qarizh?” Qarizh terpaku seketika.
“Soalan apa tu, Hanna?” balasnya. Dia terus memanjat kudanya.
“Saya percaya dengan cinta, Riz. Saya percaya dengan kuasa cinta. Dengan adanya cinta, kita mampu menghadapi pelbagai dugaan. Kita akan lebih kuat dengan hadirnya cinta. Cinta itu indah, cinta itu megah. Cinta mengangkat martabat seorang kekasih menjadi seorang isteri.
Dengan kuasa cinta, kita akan bangkit dari kegagalan, bangkit dari kesilapan, bangkit dari kedukaan. Tanpa cinta, kita akan rapuh dan lemah. Kita akan rebah tanpa ada peluang untuk bangkit melawan. Cinta adalah segalanya. Bukan begitu?”
Qarizh hanya mendiamkan diri. Hanya senyuman diberikan sebagai balasan.
Salah, Hanna. Bagi aku, cinta itulah penyebab kelemahan. Penyebab kedukaan. Hati akan retak, hati akan hancur disebabkan kuasa cinta itu. The more you love someone, the more you will be hurt, Hanna.
Jangan terlalu mencintai saya, Hanna. Kurangkan rasa cinta itu, kerana saya tak nak melukai awak terlalu dalam.
No comments:
Post a Comment