Sunday, 26 December 2021

QUEEN : BAB 15

 Bab 15

MUZIK Boom Boom Pow bergema kuat dalam studio itu. Rentak diayunkan untuk menyamai rentak lagu itu. Berpandukan muzik, aku menghanyunkan gerak tubuh mengikut lagi. It’s alive. My body. My soul.

            Rentak aku terhenti apabila aku ternampak bayang lelaki dalam cermin itu. Hanna mencapai tuala lalu dilapkan ke lehernya. Dia terus menghayunkan langkahnya ke radio untuk menutup lagu itu.

            “Kenapa datang sini?” Hanna melepaskan ikatan rambutnya sebelum mengikatnya kembali. Dia memandang ke arah Qarizh pelik. Macam mana lelaki ini boleh tahu dia kat sini?

            “Awak tak reply message saya,” Hanna terus berlalu ke handbagnya. Handphone dicapai. 2 unread message.

            Dia terus membukanya.

            Qarizh : Awak kat mana?

            Qarizh : Awak kat studio, kan?

            Dia terus menutup telefonnya. Tahu ja dia ada di mana. Pasang pengintip ke apa?

            “You can dance very well,” Hanna mengambil tempat duduk. Air diteguknya. Menggantikan semula air yang keluar dari tubuhnya dalam bentuk peluh.

            “That’s zumba. Dah berapa lama awak kat situ?” Qarizh duduk di hadapannya. Bersila di hadapan Hanna. Studio itu diperhatikan. Agak besar dan cantik. Milik Hanna ke?

            “Ada dalam 10 minit. Ini studio awak ke?” terbuntang mata Hanna dibuatnya. Dah 10 minit? Baru nak bagitahu sekarang?

            “It’s not really mine. Tapi, saya dah berzumba kat sini since I’m 17. So, dah macam milik sayalah. Kenapa awak nak jumpa saya?”

            “Rindu,”

            Hanna mendiamkan diri. Ditenung wajah Qarizh lama. Benarkah kata rindu itu? Atau, dia hanya berpura. Tapi, mata itu seakan ikhlas untuk mengatakan rindu.

            “Hanna, I think that you’ve really captured my heart,”

            Terpaku Hanna di situ. Kata-kata itu seakan bermain di mindanya. Masuk ke telinganya dan melekap terus di hatinya.

 

HANNA menghempaskan tubuhnya ke katil. Wajah Qarizh bermain di mindanya. Benarkah apa kata-kata lelaki itu? Jikalau benar, dia adalah perempuan yang paling bertuah dalam muka bumi ini.

            Dia merenung gambar yang ditangkap bersama Qarizh tadi. He’s sweet. He’s charming. Tiba-tiba, nama Qarizh muncul di skrin. Hanna menggetap bibir. Nak angkat ke tak? Tunggu lama sikitlah, tak nak tunjuk kata excited sangat.

            Seketika kemudian, baru dia mengangkat panggilan lelaki itu.

            “Hey, baby,”

            “Don’t call me baby. Just call me by name, Hanna,” meremang bulu roma Hanna dibuatnya. Ada ke panggil baby?

            “Nak jadi special pun tak boleh. Awak nak balik Terengganu bila?” Hanna mencapai kalendar. Minggu depan, hari Ahad. Tapi, hari ni pun dah hari Jumaat.

            “Dua hari lagi. Hari Ahad nanti saya balik Terengganu,” Qarizh menghela nafas perlahan.

            “Kenapa tak bagi tahu dari awal?” Hanna mengerutkan kening.

            “Pardon?”

            “Kalau tak boleh saya bawa awak ke mana-mana dulu. Esok, jom keluar,” Hanna menggelengkan kepalanya. Ops, lelaki tu mana boleh nampak.

            “Tak nak. Saya nak spend time masa kat rumah ja esok,” Qarizh mengeluh perlahan.

            “Tak apalah kalau macam tu. Lusa, awak balik naik apa?” Hanna menarik bantal peluknya. Lalu dipeluknya perlahan.

            Suara sayu Qarizh seakan melembutkan hatinya. Tapi, dia kena bertegas. Esok, dia kena spend masa kat rumah ja. Hanna, you need to be strong. Tak akanlah dah rindu. Petang tadi, baru ja nampak muka dia.

            “Naik flight, then driver datang ambil dari airport ke rumah sewa,”

            Diam menyeliputi suasana. Hanya helaan nafas yang kedengaran.

            “Hanna, I’ll miss you,” suara Qarizh memecah suasana sebelum dia mematikan panggilan telefonnya.

            Hanna meletakkan telefonnya di tepi. Dia menutup matanya perlahan. I’ll miss you too.

 

DIA mengetuk-ngetuk pen ke buku. Tumpuan dia sudah hilang ke mana. Dia merenung telefonnya. Dah 3 bulan Qarizh menyepikan diri. Tanpa sebarang mesej dan call. Mana dia ni? Tak akanlah aku pula yang nak mesej dia.

            Kalau nak mesej, nak mesej apa? Reasons please? Make me an excuse. I need an excuse right now. I do miss him. So much!

            Tiba-tiba, telefonnya bergegar. Menandakan ada mesej masuk. Dia memegang phone itu lama. Please, be Qarizh! Tolonglah. Qarizh. Qarizh.

            Dia membuka mesej itu perlahan. Yes! Qarizh! Rasa macam nak menjerit ni! Seriously, Qarizh!!

            Qarizh : Free tak malam ni?

            Berkerut kening Hanna dibuatnya. Malam ni? Nak buat apa? Tak apalah, kita tengok jadual dulu. Malam ni, tak ada kuiz. So, dia bebas malam ni.

            Hanna : Free ja. Kenapa?

            Qarizh :  Saya nak bawa awak pergi occassion. Dress nicely.

            Terbuntang mata Hanna. Seriously? Nak bawa aku pergi majlis. Hanna, Hanna. Calm down. Ini bukan kali pertama kau pergi majlis, please relax. Tapi, ini kali pertama aku pergi berdua!

            Okay, it is shopping time. Mana Dhia? Dia kena teman aku. Nasib sekarang baru pukul 12 tengah hari. Kelas petang tak ada. Bagus!

 

SATU persatu kedai diterjahnya. Hanya untuk mencari dress, purse dan kasut. Barang perhiasan, tak usah. Dia dah ada satu set kat rumah sewa. Make up, dia boleh make up sendiri. Rambut pun, dia boleh buat sendiri.

            Relax, benda-benda simple macam tu, dia tak perlu pergi kedai or minta make up artist buatkan. Dia jenis simple ja. Hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja baru orang yang make up kan dia.

            Matanya terpaku kepada satu dress. Gold and beautiful. Dia memegang kain itu. Nice. Dengan batu permatanya. This dress is so beautiful.

            “Cantik, Hanna. Pergi lah try,”

            Okay, baju dah dapat. Tinggal kasut dan purse. Dan semuanya mestilah satu tema dengan baju dia. Ini Hanna okay. Bab-bab ni cukup terror!

 

TEPAT pukul 8.30 malam, hon dibunyikan dari luar. Hanna merenung penampilannya buat kali terakhir. Beautiful and perfect. Rambutnya dibetulkan sebelum dia melangkah keluar dari rumah tersebut.

            Kelibat Qarizh yang sedang bersandar di Mercedes miliknya dipandang. Perfect! Nasib baik lelaki ni pakai hitam. So, tak adalah kontra dengan gaun yang dipakainya. Malah sesuai. Dah macam pasangan yang made in heaven pula, kan?

            “Ehem..” Hanna berdehem perlahan. Cuba menarik perhatian Qarizh.

Qarizh berpaling. Pegun lelaki itu sebentar melihat Hanna. Dia berdehem. Menghilangkan perasaan yang berombak di dadanya.

“You look.. beautiful,” Hanna menyembunyikan senyumannya. You need to be confident and elegant. That is a must!

“Well, Hanna kan?” dia menjongket kening. Tak mahu nampak seperti dia terkesan dengan pujian daripada Qarizh.

Tapi, awak handsomelah hari ni Qarizh. Extra handsome!

Qarizh terus membuka pintu kereta untuk Hanna. Hanna hanya tersenyum dan melangkah masuk ke dalam Mercedes hitam itu. Another mercedes. Bukan mercedes yang selalu dia pakai. Ada pemandu di hadapan. Wah, dia tengah menunjuk kekayaan dia ke sekarang ni?

p/s: written by 18 years old me. No edit

No comments:

Post a Comment