written in the span of 2018 until 2019
Bab 33
HANNA
terbangun daripada tidur apabila perut dan pinggangnya terasa sakit. Dia cuba
menarik nafas. Memujuk hatinya untuk bertenang. Hanya komplikasi biasa rasanya.
Dia merenung jam dinding. 5 minit. Kita cuba bertahan untuk 5 minit.
Tapi, dia tersentak apabila dia
merasakan air ketubannya pecah. Dia menutup mata. Cuba menenangkan perasaannya
yang dirasakan gemuruh ketika ini. Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi.
Hanna cuba mencapai telefonnya.
Nombor Qairul didail. Namun, hanya menemui peti suara. Come on, Qairul. Pick up the phone.
“Abang!!” dia cuba memanggil tapi
dia merasakan bahawa pinggangnya semakin sakit. Macam mana ni? Dia cuba
menghubungi Qairul lagi. Beberapa kali deringan, sebelum dia mendengar suara
Qairul di corong telefon.
“A.. Abang.. Sakit, bang,” dia dapat
merasakan yang Qairul tengah meluru ke arahnya ketika ini. Telefon dibiarkan
begitu sahaja. Dia memegang perutnya. Sakit yang semakin menjalar membuatkan
dia berpeluh.
Pintu dibuka kasar. Muncul wajah
Qairul yang cemas.
“Adik, macam mana ni dik? Abang nak
buat apa? Abang tak tahu ni, dik,” Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin.
Qairul ni tak membantu langsung.
“Sekarang ni, abang bawa Hanna pergi
hospital. Nampak tak beg kat atas sofa tu, Hanna dah sediakan semuanya. Just, bawa Hanna pergi hospital,” Qairul
memandang Hanna kemudian dia mencari beg yang disebutkan oleh Hanna. Jumpa pun.
Dia menuju ke arah Hanna.
“Hanna tak akan deliver sekarang kan? Abang
tak pandai sambut baby,” Hanna mengetap bibir. Lawak apa abang ni? Aku
tengah sakit ni.
“Kalau abang tak cepat, Hanna
beranak dalam kereta nanti,” suara Hanna mengeras.
“Okay, okay,” Qairul segera
mengangkat Hanna menuju ke arah kereta. Nasib baiklah, Hanna memang dah tidur
di bilik bawah siap-siap. Kalau tak, satu kerja pula nak mengangkat Hanna
daripada tingkat atas. Patah dulu tulang belakang aku.
HANNA
cemas. Dia sudah tidak tahu berapa lama dia berada dalam bilik ini. Tapi, dia
dapat merasakan doktor dan jururawat masuk bilik ini secara bergilir-gilir.
Yang dia tahu, dia sakit sangat
ketika ini. Dia sudah tak dapat merasakan apa-apa lagi ketika ini. Seluruh
tubuh badannya dirasakan sakit yang teramat. Dia menggenggam erat cadar. Ya
Allah, sakitnya!!
Kenapa sakit sangat ni? Lebih perit
dari sewaktu dia melahirkan Harraz dulu.
“Aaarrgghh!!!” dia menjerit kuat.
Cuba menahan perit kesakitan itu. Sakit sangat! Dia perlukan Riz ketika ini.
Mana Riz?! Tergamak dia tinggalkan aku melahirkan anak dia seorang diri!!
Seorang doktor menghampirinya.
“Puan, saya perlukan tandatangan
puan atau suami puan untuk teruskan proses bersalin dengan C-section. Degupan
bayi semakin lemah tapi, bukaan rahim terlalu kecil. Kita terpaksa keluarkan
bayi dengan kaedah C-section,”
Hanna menggigit bibir. Cuba menahan
sakit.
“Puan, jangan gigit bibir puan. Cuba
bertenang, puan,”
Dahi Hanna semakin berpeluh. Macam
mana aku nak bertenang ketika ini?! Aku sakit, for Godness sake! Nurse di sisi, mengelap peluh yang semakin kerap
mengalir.
“Awak nampak macam saya boleh
tandatangan ke sekarang ni?!!” Hanna menyoal. Geram. Cengkaman di cadar
dilepaskan.
“Argh!!” dia menggenggam besi katil.
Perit sangat sakit ini! Anak matanya mencari bayangan Qarizh. Dia memang tak
adakah?!
Seketika kemudian, pintu bilik
dibuka. Hanna cuba menarik nafas. Siapa lagi yang masuk?!
“Tuan, saya perlukan tandatangan
tuan. Kita perlu keluarkan bayi dengan kaedah C-section, kita dah tiada pilihan
lain..”
“Buat apa yang awak rasa terbaik,
Ratna. I don’t want to lose them,” suara
itu. Suara Qarizh.
Seketika, dia merasakan tangan
Qarizh menggenggam erat tangannya. Tangisan jatuh di pipinya. Dia di sini. Dia
ada.
Perlahan-lahan, dia merasakan
tubuhnya semakin penat.
“Hanna! Hanna! Open your eyes, Hanna. You
need to stay awake!!” Hanna cuba mengangkat kelopak matanya. Namun, ia
menjadi semakin berat. Genggamannya semakin lemah.
“Hanna!!”
Riz, saya minta maaf.
QARIZH menggenggam
erat tangan Hanna. Wajah pucat Hanna direnungnya lemah. Please, dear. Wake up! Stay strong!
“Doc, darah!” terbuntang mata
Qarizh. Ratna terus meghamipiri Hanna. Wajahnya cemas.
“Kenapa, Ratna?” Ratna tak menjawab
soalannya. Butang kecemasan ditekan. Satu demi satu doktor masuk ke dalam wad.
Situasi menjadi kelam-kabut. Ratna
menghampiri Qarizh.
“Kita kena operate Hanna sekarang. Dia critical,”
Saat itu, dunia Qarizh seakan
terhenti. Dia hanya mampu melihat Hanna disorong keluar menuju ke operating room. Dia sudah tak mampu
berfikir.
Kakinya pegun di situ. Perkara apa
yang terjadi ketika ini?
QARIZH mundar-mandir
di depan operating room. Andainya,
dia tak pergi ke Sabah semalam, benda ini pasti tak akan jadi. Argh!
Kenapalah aku tak terfikir untuk
tinggalkan kerja itu di tangan Dayyan sahaja? Damn it! Qarizh menumbuk dinding
kasar.
“Riz, enough! Sekarang ni, kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka,
Riz!” Qairul menarik tubuh Qarizh menjauh dari dinding tersebut. Dia memaksa
Qarizh untuk duduk. Mata lelaki itu merah.
“Salah aku, Rul. Kalau aku
tinggalkan ja projek Sabah tu ke tangan Dayyan, perkara ni tak akan berlaku
Qairul. Tak akan! Hanna tak akan collapse,
Qairul. Dia tak akan,” Qarizh meraup rambutnya kasar.
“Semua ni takdir, Riz! Cuba
bertenang! Dia akan okay! Just believe
me! Sekarang kau tidur dulu, dari semalam kau tak tidur,” Qarizh tersenyum
sinis.
“Isteri aku tengah bertarung nyawa
dalam tu, kau nak suruh aku tidur? Kau gila ke Qairul?” Qarizh bangkit dari
duduknya. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Dia sudah tidak tahu untuk buat
apa lagi ketika ini.
“Daddy!!” suara kecil itu menarik
perhatiannya. Harraz berlari laju menuju ke arah Qarizh, meninggalkan Kak Mia
di belakang. Qarizh melutut, menjadikan dirinya sama paras dengan ketinggian
Harraz kemudian dia mengangkat tubuh kecil itu.
Dia memeluk Harraz erat. Seakan
budak itulah sumber kekuatan dia ketika ini.
“Daddy, mommy akan okey kan?” Qarizh
hanya menggangguk. Dia pun tak tahu bagaimana keadaan Hanna ketika ini.
Seketika kemudian, pintu operating room dibuka. Segera, Qairul
dan Qarizh berlalu ke arah Ratna. Ratna mengangguk perlahan ke arah Qarizh.
“Alhamdulillah, baby dan ibunya
semua selamat. Tahniah tuan, baby girl,” Qarizh menghela nafas lega. Qairul dan
Dayyan menepuk bahu Qarizh.
“Harraz dapat adik perempuan. Suka
tak?” Ratna mencuit hidung Harraz.
“Ala.. Harraz nak adik lelaki. Adik
perempuan tak best!” Harraz mencemikkan bibirnya. Qarizh hanya tersenyum nipis.
Tak berniat untuk turut tertawa seperti yang lain.
QARIZH
mengambil tempat duduk di sisi Hanna. Tangan Hanna digenggam erat. Wanita itu
masih dalam lena yang panjang. Tapi, masanya di sini sudah tidak lama. Dia
perlu pergi. Jauh dari sini.
Sebaik sahaja mata wanita itu
dibuka, dia perlu menjauhkan diri. Dia akan bertolak ke Dubai. Semua sudah
diuruskan. Bagasinya semua sudah diletakkan di dalam kereta. Hanya menantinya
untuk bertolak ke Dubai sahaja.
Perlahan, dahi wanita itu
dikucupnya. Qaireen Hanna, jaga diri awak elok-elok. Qairul akan sentiasa di
sisi awak. Menjaga awak bagi pihak saya. Hanya dia tempat saya bergantung
ketika ini. Menjaga awak. Menyayangi awak. Dan, menggantikan setiap tugasan
yang perlu saya lakukan.
Saya
harap awak akan berbahagia tanpa saya di sisi awak. Lagipun, inilah perkara
yang awak tunggu-tunggu selama ini. Tiada saya di sisi. Saya sudah terlalu
banyak melukai. Tapi, awak tetap setia di sisi. Dahulu, awak cuma punya hati.
Sekarang, saya sudah berikan awak segalanya. Kejarlah apa yang awak impikan
sebelum ini. Mimpi yang dikuburkan sebaik sahaja awak melangkah ke rumah saya.
Maafkan saya, kerana menyakitkan
hati awak sebelum ini. Saya pergi dulu. Dari hidup awak dan dunia awak. Semoga
berbahagia. Tanpa saya di sisi. Saya redha.
BAYI yang
sedang lena itu dikucupnya perlahan. Inilah kali pertama dia merenung anak
perempuannya dan ini jugalah kali terakhir dia mempunyai kesempatan ini.
Sayang, jaga mommy elok-elok. Daddy
sayang anak daddy ni. Daddy minta maaf kerana daddy tak ada di sini. Daddy
minta maaf sebab tak mampu tengok sayang membesar. Maafkan daddy, sebab
libatkan sayang dan abang dalam pertelingkahan ini.
Maafkan daddy. Sebab ego daddy.
Sebab jiwa daddy yang tak sanggup menerima luka lagi sudah menjerat keluarga
kita dalam pertelingkahan tanpa noktah ini. Sebab diri daddy yang menganggap
cinta itu menyakitkan telah menghancurkan hubungan ini.
Tapi, daddy lupa. Cinta itu tidak
sakit. I keep blaming on love. But, that
is not true. Love does not hurt. Loneliness hurts. Rejection hurts. Losing
someone hurts. Envy hurts. Everyone get these things confused with love, me
also. I don’t deny it. But, in reality, I realize that love is the only thing
in this world that covers up all pain and makes someone feel wonderful again.
Love is the only thing in this world that does not hurt.
I’m
sorry, dear. Jangan nakal-nakal. Jangan susahkan mommy. Kali ini, mommy dah
tiada daddy untuk tolong jagakan sayang.
Riz mengusap lembut pipi bayi itu.
Perlahan, dia mengatur langkah keluar daripada ruangan itu.
“Kau serius ke, Riz? Hanna perlukan
kau. Harraz perlukan kau, baby tu pun perlukan daddy dia, Riz,” suara Qairul
menjengah pendengarannya. Qarizh hanya tersenyum nipis.
Dia menyandarkan tubuhnya di
dinding. Poketnya diseluk perlahan. Kepalanya tunduk merenung lantai.
Dia sudah berfikir. Dia sudah lama
berfikir. Sejak dia meninggalkan Hanna di rumah itu, dia sudah pun mula
berfikir.
“Kau boleh gantikan tempat aku,
Qairul. Mereka tak akan kurang apa-apa, Qairul. Kau jadi papa mereka. Gantikan
aku. Manjakan mereka. Sayangi mereka,”
“Tapi, aku bukan kau, Riz. Kau bapa
kandung mereka,” Riz menggelengkan kepalanya perlahan.
“Kehadiran aku di sini hanya akan
menyakiti Hanna. Dan, aku tak mahu itu. Dia sudah terlalu banyak terluka,
Qairul. Dan, semuanya disebabkan aku. Sebab ego aku. Aku berhak untuk hilang
semua ini, Qairul. Aku berhak untuk tersiksa dengan semua rindu ini.
Jagakan Hanna. Tunaikan semua
permintaan dia. Dulu, dengan aku. Dia tak mampu melangkah jauh. Aku kunci kaki
dia daripada melangkah. Kali ini, aku sudah bebaskan dia daripada kunci yang
menggari kakinya. Ijazah yang dia ada bukan untuk dijadikan perhiasan.
Hanna Mac sudah aku uruskan. Kau
hanya perlu sambung sahaja urusan yang sudah aku siapkan. Ajar Hanna untuk
uruskan Hanna Mac. Ajar dia untuk mampu hidup sendirian tanpa aku. Because, she can’t survive without me,
Qairul. She can’t,”
Qarizh menepuk bahu Qairul perlahan
sebelum berlalu pergi meninggalkan hospital itu. Meninggalkan keluarga itu.
Meninggalkan negara itu. Jauh daripada gapaian mereka.
Qairul hanya memandang rentak kaki
itu melangkah dengan penuh yakin. Seakan tiada sesalan yang akan dihadapinya
nanti. Biarlah mereka. Dia tak berhak untuk masuk campur. Dia tak berhak untuk
menasihati. Mereka sudah terlalu matang untuk menentukan masa depan mereka.
Jangan sampai bercerai-berai sudahlah. Dia tak sanggup melihat kehancuran kedua-dua
manusia itu. Kerana hati mereka sudah terikat kuat dengan cinta.
No comments:
Post a Comment