Bab 76
MATANYA ralit
memandang satu persatu foto di dalam album itu. Selakan itu terhenti. Dia
merenung lama gambar-gambar itu. Gambar-gambarnya. Hanna. Harraz. Haisya.
“Dayyan. He was the source,” Qarizh mengangkat wajah. Dia memandang Ezra
yang masih lengkap berkemeja. Hanya tali leher sahaja yang hilang daripada
dirinya.
“What
is your relationship with him?” Ezra mengambil tempat di hadapan Qarizh.
Dia menghela nafas lega.
“Kawan? Accomplice? Angah tak tahu macam mana nak define relationship between me and him. But, I knew him before he knew
you. And, from him angah minta tolong. Tengok-tengokkan along dan bagi kami
info tentang along. As simple as that.
But, of course he knew everything about us. Our past and everything,”
Qarizh menyandarkan tubuhnya.
Jarinya perlahan-lahan mengetuk sofa. Matanya memandang Ezra yang sedang tenang
memandang ke arahnya.
“I
see,”
Sunyi seketika. Tiada suara mahu pun
bisikan. Hanya suara televisyen yang menyelubungi suasana. Ya! You can see the awkwardness.
“Angah naik atas dulu,” bahu Qarizh
ditepuk perlahan. Perlahan, langkahnya dibawa menuju ke tangga. Mata Ezra
memandang ke arah Puan Ashley yang hanya berdiri di hujung tangga itu.
Matanya memberi isyarat. It’s okay. He’s okay. Definitely, he will
forgive you. Perlahan, langkahnya menapak beberapa langkah ke tingkat atas.
Puan Ashley melangkah perlahan
menuju ke arah Qarizh. Qarizh hanya membatu di situ. Puan Ashley tahu. Qarizh
tidak mengetahui kehadirannya. Lelaki itu terlalu ralit memandang ke hadapan.
“Qarizh,” perlahan dia menyebut nama
lelaki itu. Lelaki itu seakan tersentak. Bahunya mengeras. Namun, tubuh itu
kekal di situ. Mendiamkan diri.
Puan Ashley menarik nafas sedalam
yang mungkin. Dia menguatkan dirinya untuk duduk di sisi Qarizh. Tangan Qarizh
dibawa ke atas ribaannya.
“Mama tahu mama salah. Mama banyak
berdosa dengan Riz. Mama.. Mama,”
“Ma..” terhenti kata-kata Puan
Ashley. Qarizh menyatukan tangan kanannya ke atas tangan Puan Ashley.
Menggenggam tangan itu erat.
“Boleh kita lupakan? Derita itu.
Sakit itu. Pedih itu. Perit itu. Can we
forget about all those things? I just want to create a perfect family for
Harraz and Haisya. They deserve it.
Riz
tak nak, disebabkan ego Riz. Riz curi kasih yang mama nak bagi untuk Hanna. Riz
tak nak, disebabkan hormatkan Riz. Hanna hilang segala harapan yang baru muncul
di jiwanya.
She is very determined. She is very fierce. After all,
she’s my wife. Dia serahkan
semua tentang dia kepada Riz. Dia gadaikan semua tentang dia untuk Riz. From the first moment, I lay my eyes to her.
In that house. In front of her mom. And, until this day. I found differences in
her. She’s not the same woman that I met 9 years ago. Exactly, in December
2009.
Jadi,
hari ini Riz nak pulangkan sesuatu kepada dia. Riz nak pulangkan kasih mama
yang Riz curi daripada dia. Be a good
mother to her. Love her as if she is your daughter. Jadi, ibu terbaik untuk
dia. Gantikan kembali kasih yang hilang itu. Hanya itu permintaan Riz. Boleh?”
Puan
Ashley mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Pipi Qarizh diusapnya perlahan.
Mata itu dipandangnya lama. Mata yang persis seperti matanya.
“You really love her, don’t you?”
“She’s my life. Tanpa dia, langkah ini rapuh, mama. She’s the only queen for me. And, I have promised to myself to be her
king and protect her with my life,”
Dahi
bertemu dahi. Air mata mengalir laju di pipi wajah tua itu. Mata Puan Ashley
dipejam rapat. Qarizh ditarik ke dalam rangkulannya.
“Mama
janji, Riz. Mama akan jadi yang terbaik untuk dia. Mama akan sayang dia macam
anak mama sendiri,”
Bibir
untuk laju mengukir janji. Kata-kata itu memateri janji. Janji untuk menyayangi
dan mencintai.
DIA bangun
daripada pembaringannya. Kakinya dipeluk. Wajah Qarizh yang tenang dalam
lenanya dipandang. Lelaki itu nyenyak di dalam lenanya. Seakan dia merehatkan
tubuhnya yang penat.
Hanna bangun daripada katil itu lalu
berlalu ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur. Wajah mama yang ceria
dipandangnya. Rambut blonde milik mama disanggul tinggi. Mama ralit di dapur. Ralit
memasak untuk anak sulungnya.
“Morning,
mama,” Hanna menarik kerusi di meja. Dia mengambil tempat di hadapan mama.
“Morning,
Hanna. Kenapa tak tidur lama sikit? Badan tu penat lagi,” mama bersuara
mesra. Langsung tak kekok menggunakan bahasa Melayu. Kemungkinan dia sudah
terbiasa. Jikalau tidak, mana mungkin Rose dan Ezra mampu berbicara bahasa
Melayu.
“Tak apalah mama. Bukannya penat
sangat pun. Nak Hanna tolong mamakah?” tangan Hanna lincah mencapai pisau namun
suara mama mematikan langkahnya.
“Mama dah biasa buat seorang diri,
Hanna. Lagipun, mama nak masak untuk Riz. Dah lama, dia tak makan masakan mama.
Hanna pun, mesti dah lama tak makan masakan ibu sendiri kan?” pisau yang berada
di tangan Hanna dicapai semula.
Hanna meletakkan tangannya di meja.
Memangku dagunya. Memandang lama wajah mama. Kasih yang sudah lama dirinduinya.
Matanya berkaca. Memandang mama seakan memandang ibunya sendiri. Dia cuba
menahan air matanya daripada jatuh. Dia segera menukar topik.
“Rose tak tolong mamakah?” mama
mencebik.
“Rose? Tak ada maknanya. Dia tu
lebih suka berlingkar di atas katil daripada tolong mama,” Hanna tersenyum.
Dia pun seperti ini. Anak bongsu.
Senang dimanjakan sebegitu.
“Hah! Mengutuk anak sendiri. Tak
baik tau!” tiba-tiba, suara Rose menjengah dapur. Langkah gadis itu dibawa dan
mengambil tempat di sisi Hanna.
“Ini apa mimpi pula bangun awal? Nak
tunjuk baik depan kak longkah?” mama bersuara sinis.
Rose memegang jantungnya. Gayanya
seperti terasa dengan kata-kata mamanya yang tajam menghiris belatinya.
“Mana adalah. Buat apa Rose nak
tunjuk baik depan kak long? Lama-lama, dia tahu juga. Rose bangun awal sebab...
Mungkin dah tiba masanya Rose belajar masak? Well, you know.. I’m getting married right?” Rose bersuara perlahan
di hujung ayatnya.
Hanna terus berpaling ke arah Rose.
“Rose nak kahwin?” suaranya ceria.
Khabar ini langsung tak terduga olehnya.
“Tak akanlah Hanna tak tahu?” Hanna
memandang ke arah mama. Berkerut keningnya.
“Tahu apa?”
“Iyalah, Rose kan nak kahwin dengan
abang kamu,”
“What?!”
suaranya naik beberapa oktaf. Matanya terbuntang. Dia memandang mama dengan
pandangan yang tak percaya.
“Hanna tahu yang abang nak kahwin,
tapi with you..? I didn’t expect it. How
can that be? Woah! I’m suprised. I can’t think,” Hanna memegang kepalanya.
Khabar ini seakan terlalu baru dalam
otaknya. Seakan tidak sempat diproses oleh otaknya.
“Qairul tak bagi tahu kamukah?”
“No!
Not even a word! This guy! Siaplah dia nanti, bila bertembung dengan
Hanna!” Hanna menggenggam penumbuk. Ada juga kena tumbuk abang aku ni!
Dia biarkan aku tahu dalam keadaan
yang macam ni? Padanlah, bukan main berahsia tentang bakal isteri dia.
Rupa-rupanya, adik kawan baik dia sendiri.
But,
I wonder. Macam mana mereka boleh berjumpa dan bercinta ini? Apa-apa ja
lah. Yang penting, lelaki yang hampir bergelar status bujang terlajak tu dah
tergerak hati untuk berumah tangga.
“No
worries. Pukul 11 pagi nanti dia datang, nak keluar beli barang hantaran,”
Rose bersuara selamba. Tangannya lincah memotong bawang.
Hanna hanya merenung tindakan Rose.
Gaya dia macam potong bawang ni, tak ada gaya macam baru belajar ja. Macam dah
terbiasa.
Mungkin, dia hanya malas memasak
kot. Tapi, dia sudah mahir. Apa-apa ja lah, kenapa aku perlu fikirkan Rose dan
skill memasaknya?
“Along tahu tak?” soalnya.
“Haah. Speaking about along. Rose tak bagi tahu dia lagilah. Agak-agak,
apa reaksi along ya? I wonder,”
KERING. Beku.
“Along, do you even hear me?” Rose bersuara. Frustration surround her.
Namun, Qarizh kekal begitu. Ralit
menikmati makanan yang disediakan. Sekejapan, dia menghirup air milo panas.
“Along!!” Rose menjerit kuat. Harraz
menutup telinga. Matanya menjeling tajam ke arah Rose.
“Mak cik, boleh diam tak? Orang nak
makan, bukan nak dengar mak cik menjerit,” Harraz bersuara geram. Rose
menjeling Harraz tajam. Eh, budak ni! Tak lama kot dengan aku!
Ezra hanya tersenyum. Tenang riak
wajahnya. Situasi sebegini sudah selalu terjadi di hadapan matanya.
“You,
boy! Shut up! And, don’t ever call me mak cik. It’s aunty. Aunty Rose!” Rose menjegilkan mata ke arah Harraz.
Budak kecil ini memang mencabar darahnya.
“And,
soon to be your mama, Harraz,” Hanna mencelah. Harraz merenung ke arah
Hanna. Tangannya menunjuk tepat ke arah Rose.
“She?
My mama? Papa tak boleh pilih orang lainkah? Mak cik ni juga,” Harraz
mengetuk dahinya perlahan. Papa, papa.
“Harraz,
don’t point your hand to someone’s face. It’s rude,” Qarizh bersuara tegas.
Harraz menjatuhkan tangannya ke bawah. Mukanya dimasamkan.
“Sorry,
daddy,” perlahan budak itu bersuara.
Rose tersenyum kemenangan. Takut
dengan daddy rupanya budak ni.
“Along, along dengar tak? Rose nak
kahwin dengan kawan along,” Rose menggoncangkan lengan along berulang kali. Mencuba
untuk menarik perhatian Qarizh.
“Ya, along dengar. So, what is the occassion? He’s not someone
else that I need to investigate about,” tenang Qarizh bersuara.
“Protective
enough, don’t you?” Ezra mengangkat wajah. Memandang ke arah Qarizh. Qarizh
hanya tersenyum nipis.
“You
are a brother. You surely know,” Ezra menganggukkan kepalanya beberapa
kali. Dia faham. Dan, dia tahu perasaannya. The
only man in the family. Dia menanggungnya selama 28 tahun hidupnya.
Dialah ayah. Dialah abang. Dialah
anak. Semua tanggungjawab di bahunya. Dan, semuanya membuatkan dia lebih
melindungi. Dan lebih menyayangi.
“Wah! Kak long, I’m surely just having another one bodyguard,” Rose berpaling ke
arah Hanna. Hanna hanya tersenyum.
“You
wish,”
“But,
right now I’m thinking. Macam manalah Haisya nak kahwin nanti?” Rose
merenung ke arah Haisya yang sedang duduk di tempatnya. Di sisi Hanna. Wajah
yang ceria itu dipandangnya.
Girl,
you surely have a very protective father.
“ABANG!!!” Hanna menjerit kuat. Tangannya mencekak pinggang. Matanya merenung tajam
wajah Qairul yang muncul di muka pintu.
“Jangan tunjuk muka terperanjat
depan Hanna. It’s a no, no,” Hanna
melayangkan jari telunjuknya di hadapan wajah Qairul.
“Wah, Hanna. My dearest sister. Apa yang Hanna buat kat sini?” Qairul tersenyum.
Menukarkan riak wajah terkejutnya kepada bahagia.
“Ini rumah mak mentua Hanna, abang. In case kalau abang terlupa. Rose tu
adik ipar Hanna,” Hanna memeluk tubuh.
“Soon,
to be kakak ipar,” Qairul bersuara.
“Abang, sejak bila pula..”
“Qairul, aku nak cakap dengan kau,”
kata-kata Hanna terhenti. Dia berpaling memandang Qarizh yang berada di
sisinya. Mata lelaki itu tajam memandang ke arah Qairul.
Hanna memandang ke arah Qarizh
kemudian memandang ke arah Qairul. Qairul seakan faham. Dia hanya menganggukkan
kepala ke arah Qarizh. Mereka berdua menghilangkan diri ke taman.
Hanna hanya mampu memandang langkah
mereka berlalu pergi. Yeah, right. Aku
rasa, aku yang nak meletus tadi? Kenapa Qarizh pula yang bawa Qairul pergi?
“Abang kak long mana?” Hanna
berpaling ke arah Rose di sisinya.
“Along Rose culik dia,” hanya itu
balasannya.
“Along? Oh my God. Is he going to lecture Qairul? My boy! Macam mana kalau
along ugut Qairul, tak bagi kami kahwin? Macam mana kak long?”
Hanna memandang ke arah Rose pelik.
“Banyak tengok dramalah kau ni,”
balas Hanna lalu berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Rose yang terpinga-pinga
sendiri.
No comments:
Post a Comment