Tuesday, 15 March 2022

QUEEN : BAB 25

 Bab 25

“HARRAZ,”

            Harraz berpaling ke belakang. Wajah daddynya yang menghampirinya memujuk hatinya. Tangisan diseka lalu dia berlari menuju ke arah daddynya.

            “Daddy!!” menjerit kanak-kanak itu berlari menuju ke arahnya. Qarizh segera membawa Harraz ke dalam pelukannya.

            “Kenapa anak daddy menangis ni?” Harraz dipujuknya perlahan. Qarizh memandang ke arah Dayyan.

            “I need to talk to you,” Dayyan mengangguk faham. Qarizh berpaling ke arah Harraz. Air mata di pipi kanak-kanak itu disekanya lembut.

            “Mommy.. Mommy sakit. Mommy berdarah. Harraz takut,” Harraz menyembamkan mukanya di dada Qarizh. Qarizh menepuk bahu Harraz lembut. Dia membawa dirinya untuk duduk di kerusi.

            “Mommy okay. Nanti, daddy bawa Harraz jumpa mommy. Now, Harraz kena promise dengan daddy something, boleh tak?” Harraz mengangkat mukanya. Dia mengangguk laju. Qarizh tersenyum. Tawar.

            “Daddy nak pergi outstation. Daddy pergi lama sangat. Daddy nak Harraz tolong jagakan mommy untuk daddy?”

            Dayyan merenung Qarizh lama. Matanya terkandung beribu persoalan.

            “Tuan,” kata-katanya terhenti apabila matanya bersabung pandang dengan mata Qarizh. Renungan itu tajam dan mesejnya jelas.

            “Daddy nak pergi mana?” petah kanak-kanak itu bertanya.

            “Daddy nak pergi jauh sangat. Daddy pun tak tahu daddy balik bila. Harraz kena ganti tugas daddy. Bagi mommy senyum. Bagi mommy gelak. Harraz kena behave. Kasihan mommy. Mommy kena jaga Harraz lagi, baby lagi. Tahu?” Harraz mengangguk laju.

            “Promise,” Harraz menyuakan jari kelingkingnya. Qarizh tersenyum sikit. Jari kelingking Harraz diapitnya.

            “Peluk cium mommy untuk daddy tau. Daddy sayang Harraz,” Qarizh memeluk Harraz lama. Dahi Harraz dikucupnya berulang kali.

            Dayyan hanya merenung tingkah Qarizh lama. Fikirannya seakan sudah dapat mengagak. Qarizh. Hatinya mengeluh lemah.

 

TANGANNYA menggeletar apabila fail itu diserahkan kepadanya. Matanya merenung wajah Dayyan berulang kali untuk mencapai kepastian. Inikah takdirnya? Baru 27 tahun, namun statusnya bakal bertukar menjadi janda?

            Perlahan, fail itu dibuka. Senarai harta miliknya. Dia menyelak kertas itu satu demi satu. Tiada! Surat itu tiada. Tiada surat permohonan cerai. Tanpa sedar, riak mukanya menunjukkan kelegaan. Namun, di hatinya terkandung persoalan.

            “Apa maksud awak, Dayyan? Surat apa ni?”

            Dayyan mencapai fail itu. Sekeping kad diserahkan kepadanya. Semakin berkerut dahi Hanna dibuatnya.

            “Dalam kad ni, ada wang dividen yang puan dapat daripada saham Hickman Group. Selama ni, tuan yang simpankan sekarang tuan pulangkan semula kad ini. Dan, tuan tak pernah gunakan langsung duit di dalam kad ini. Ini milik puan,”

            Kad itu dipegang Hanna. Dia memandang Dayyan pelik.

            “Saya ada saham dalam Hickman? Kenapa saya tak pernah tahu pun? Dan ini, semua kertas-kertas ni. Apa semua ni Dayyan? Sejak bila saya ada semua aset ni? Rumah, kereta, kapal layar. Wait, yatch? Apa-apa ja la,”

            “Puan ada saham 10% dalam Hickman. Puan dah peroleh saham ni sejak puan berkahwin dengan tuan. Kesemua harta ni, tuan yang belikan atas nama puan. Secara teknikalnya, harta ini milik puan,”

            Hanna terlopong. Okay, Qarizh suka buat kejutan.

            “What is the meaning of all this? Kenapa perlu bagi tahu saya semua benda ni? Saya hanya perlukan penceraian daripada dia. Bukan, harta dia. Apa maksudnya? Nak bagi tahu saya yang Qarizh tak pernah abaikan saya, begitu? Nak suruh saya tarik balik permintaan saya?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Hanna.

            “Bukankah puan lega tadi, bila puan tak jumpa surat pohon cerai?” Dayyan menyoalnya balik. Kening lelaki itu dijongket. Hanna menggetap bibir.

            “Answer my question, Dayyan,”

            “Alright. Tuan benarkan puan pergi daripada rumah dia. Lagipun, kalau puan tuntut cerai dengan dia, puan yang akan kalah dan Harraz akan jadi milik Qarizh secara automatik kerana hak hadanah puan terlucut dan ibu puan sudah meninggal. Hal ini menjadikan Qarizh sebagai penjaga kepada Harraz,” tenang Dayyan bersuara.

            “What?! Kenapa saya tak boleh jaga Harraz?! Kenapa Harraz akan jadi milik dia?” suara Hanna naik beberapa oktaf.

            “Sebab puan tak bekerja. Walaupun semua harta ni milik puan, puan tiada gaji secara bulanan. Andai Hickman Group muflis, tapi perkara tu sangat mustahil untuk terjadi. Puan tiada apa. Dividen yang puan dapat akan terhenti. Sekaligus menjadikan puan tiada pendapatan bulanan. Jadi, secara teknikalnya puan tak mampu memberikan kesenangan kepada Harraz. Lagipun, puan isteri rasmi tuan. Penceraian di antara tuan dan puan boleh menyebabkan nilai saham Hickman Group menurun kerana pengerusinya sendiri tidak mampu memimpin rumah tangganya,”

            Hanna menggetap bibir. Company? Di saat ini pun dia masih fikirkan syarikat dia tu? Siapa aku ni untuknya? Siapa aku?! Menyesal aku tak bergaduh dengan Qarizh semata-mata untuk bekerja. Betullah, tanpa dia, aku lumpuh. Dari segi emosi mahu pun fizikal, aku akan lumpuh.

            “Jadi, apa keputusan Qarizh sekarang ni? Awak bagi semua ni kepada saya, tak akan mampu mengubah pendirian saya, Dayyan,” Hanna menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dia sudah kalah dengan Qarizh.

            “Puan tinggal berasingan dengan tuan?”

            “What?!”

            Itu sahaja idea dia! Aku hanya perlukan pujukan, bukannya keputusan yang macam ni! Betullah, Qarizh memang tak kisahkan aku. Dia tak peduli pun sama ada aku hidup dengan dia atau tanpa dia. Dia hanya kisahkan kepentingan diri dia sahaja.

            Tak apalah, dia pun dah ada Kira. Kira mampu menggantikan tempat aku. Kira mampu jaga dia. Kira mampu peluk dia andai dia sakit. Kira mampu tenangkan dia apabila dia mengalami mimpi ngeri. Kira boleh jaga dia. Hanna, jangan risau. Selain kau, ada isteri lain yang boleh hidup di sisi Qarizh. Menjaganya seperti mana dia dijaga oleh kau. Tanpa sedar, hatinya sakit. Dia terasa ditolak mentah-mentah. Dia terasa diabaikan. Dia seakan dihalau pergi oleh suaminya sendiri.

            Dia hanya perlukan pujukan, dia hanya perlukan pelukan, dia hanya perlukan ucapan cinta. Dia hanya perlukan kepastian bahawa Qarizh menyayanginya dan tak mampu hidup tanpa dia. Tapi, tindakan Qarizh ketika ini jelas menunjukkan bahawa dia tak berharga dalam hidup lelaki itu.

            “Puan, jangan risau. Sebagai mana yang puan baca tadi, Kak Mia dengan Abang Megat akan stay dengan puan. Mereka akan ikut puan pindah. L2 dan bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga puan akan ikut puan. Dan, waktu puan bersalin nanti, kos rawatan puan dan anak yang dilahirkan semuanya akan ditanggung oleh tuan. Check up puan, Ratna yang akan uruskan.

            Waktu puan pantang, disebabkan Kak Mia tidak mahir dengan perkara-perkara macam tu, pembantu rumah puan yang dahulu, Mak Mah akan datang untuk menjaga puan. Persekolahan Harraz pun tuan yang akan tanggung. Ada apa-apa lagi yang puan perlukan?”

            Kata-kata Dayyan seakan angin yang membelai wajahnya. Tidak terkesan lagi di hatinya, malah kata-kata itu sudah tidak mampu difahaminya. Apalah erti semua kesenangan itu andai tiada Qarizh di sisinya?

            Dia tahu, dia yang bersalah. Tapi, kenapa Qarizh hanya mengikuti setiap permintaannya?

            “Kalau puan perlukan apa-apa, puan hanya perlu call saya sahaja. I’m available 24/7,” Hanna hanya menggangguk. Dia seakan hilang dalam khayalannya sendiri.

            Sebaik sahaja pintu ditutup, air mata jatuh di pipinya. Perasaan dibuang dan tidak dihargai menyeksa jiwa raganya. Mudahnya Qarizh membuat keputusan. Sama-sekali tidak pernah berjumpanya untuk berbincang.

            Memang aku ini tiada ertinyakah? Apakah 5 tahun hidup bersama tak mampu membenihkan rasa sayang di hatimu untuk aku? Tiada maknakah aku? Qarizh...

            Aku perlukan kau. Aku tak mampu hidup tanpa kau. Tapi, mudahnya kau melepaskan aku pergi. Cukup mudah.

No comments:

Post a Comment