Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 55

 Bab 55

DAYYAN mencapai dokumen itu. Dia membuka isi di dalamnya. Surat permohonan cerai? Dia memandang ke arah belakang tubuh Qarizh lama.

            “Betulkah ni, tuan?” Qarizh hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

            “But, why? Bukan tuan sayangkan puankah?” persoalan yang menghantui mindanya dikeluarkan. Dia tak rela melihat rumah tangga mereka musnah.

            “Saya tak layak untuk dia,” hanya itu balasan yang keluar dari mulut Qarizh. Dayyan mengeluh perlahan. Tak layak? Kenapa pula tak layak?

            “Tuan, fikir semula tuan. Cerai ni bukan perkara main-main. Kalau, puan setuju macam mana? Tuan..”

            Dayyan cuba memujuk. Tetapi, reaksi Qarizh kekal begitu. Langsung tidak berpaling kepadanya.

            “Keluar,” hanya itu arahan yang keluar dari mulutnya. Dayyan menghela nafas perlahan. Surat itu disimpan kembali ke dalam sampulnya.

            Dia melangkah lemah keluar dari bilik peraduan Qarizh. Usai pintu itu ditutup, dia terdengar selakan pintu dari dalam.

            Dia berpaling. Tuan tak mahu diganggu. Hanya itu tebak hatinya.

 

PINTU rumah dibuka luas. Harraz menapak masuk dengan bahagia. Dia ternampak Qairul yang sedang menantinya di sofa.

            “Papa!!” laju kakinya berlari menuju ke arah papanya. Qairul segera membawa Harraz ke dalam pelukannya.

            “Dah sihat dah anak papa ni?” Harraz mengangguk laju.

            “As healthy as horse!” Harraz mengangkat kedua-dua belah tangannya. Acah macam ada muscle di situ.

            “Pandailah anak papa ni! Seronok balik sini?” Qairul merenung wajah Harraz lama.

            “Seronok. Tapi, lagi seronok kalau daddy ada sekali,” muka Harraz berubah. Qairul hanya tersenyum nipis. Dia mengusap perlahan rambut Harraz.

            “Jangan cakap macam ni depan mommy. Mommy marah nanti. Harraz tak nak mommy marah kan?” Harraz menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Tak nak. Tapi, Harraz nak daddy,” Qairul meletakkan jari telunjuknya di bibir Harraz. Mendiamkan kanak-kanak itu.

            “Dah, Harraz pergi naik tingkat atas,” dia terus mengeluarkan arahan apabila dia nampak Hanna semakin menghampiri sofa itu.

            Tanpa berlengah, Harraz terus berlari naik ke tingkat atas. Hanna hanya memerhati derapan laju Harraz. Dia mengambil tempat di hadapan Qairul.

            “Harraz cakap apa kat abang?” Qairul menggelengkan kepalanya perlahan. Tiba-tiba, dia teringatkan kata-kata Qarizh. Tentang Rose.

            “Tak. Tak ada apa-apa. Rose ada datang jumpa Hannakah?” Hanna mengangguk perlahan.

            “Haah. Dia rapat dengan Hanna. Kenapa?” Qairul mendiamkan diri. Rose rapat dengan Hanna. Kenapa? Apa motifnya?

            “No. Nothing,”

            “Abang berkenan dengan Rose kah?” Hanna menjungkit kening beberapa kali. Sudah beberapa kali, Qairul menyoalnya tentang Rose. Pandangan mata lelaki itu seakan menyembunyikan sesuatu. Siapa Rose dalam hidup Qairul? Mereka pernah berjumpakah?

            Qairul hanya mendiamkan diri. Matanya difokus kepada televisyen. Enggan menjawab soalan yang diutarakan oleh Hanna.

 

PINTU pejabatnya dibuka perlahan. Berkerut keningnya apabila melihat Rose berada dalam biliknya. Dia berlalu ke meja. Handbagnya diletakkan di atas meja.

            “Kenapa datang office akak pagi-pagi macam ni?” soalan itu diajukan kepada Rose. Dia berpaling sebentar kepada Rose sebelum mencapai satu envelope putih di atas mejanya. Envelope apa ni?

            “Saja ja. Rose ada shooting kejap lagi. So, sementara menunggu, Rose naiklah dulu. Lepak-lepak dengan akak,”

            Hanna hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Envelope itu menarik perhatiannya. Perlahan, dia membuka envelope itu. Kertas yang berada di dalam sampul itu dicapainya.

            Dia terpaku apabila dia membaca surat itu. Dia memegang meja, untuk membantunya berdiri. Dia tak boleh berfikir. Dia keliru. Qarizh nak cerai?

            Bukankah dia mencuba untuk perbetulkan keadaan? Apa erti bunga yang dia hantar? Kenapa surat ini muncul di hadapan matanya? Tak! Tak! Dia tak sanggup! Dia tak sanggup untuk melepaskan Qarizh dari hidupnya.

            Dia menutup matanya perlahan. Dia tak nak! Dia tak nak benda ini terjadi! Siapa dia dalam hidup Qarizh?! Kenapa Qarizh bermain tarik tali dengannya?! Kenapa?!!

            Aku cintakan dia. Aku rindukan dia. Kenapa? Kenapa semua jadi macam ni?? Memang dari awal perkahwinan ini, tiada langsungkah secebis cinta Qarizh untuknya. Kenapa terlalu mudah untuk Riz mengambil keputusan ini?

            Dia mencapai fail-fail yang ada di atas meja lalu dicampakkannya kuat. Why?! Why?!! Akukah yang selama ini yang melukut di tepi gantang?! Akukah yang selama ini mengharapkan kasihnya?! Akukah yang merayu kasihnya?!

            “Why?!! Kenapa awak buat saya macam ni?!” air mata laju menuruni pipinya. Dia terjelepok di situ. Tiada lagi kekuatannya untuk berdiri.

            “Saya sayangkan awak. Saya rindukan awak. Tapi, kenapa awak buat saya macam ni?! Kenapa awak bagi harapan andai awak ingin menghentikan semuanya?! Kenapa?!!” soalan demi soalan muncul di bibirnya.

            “Kak! Kak long!” Rose segera menghampiri Hanna. Hanna dibawa erat ke dalam pelukannya. Surat yang masih digenggam erat oleh Hanna dicapai. Surat pohon cerai?

            Perlahan, dia beristighfar di dalam hati.

            “Kenapa awak buat saya macam ni?!!” Hanna memeluk lututnya. Dia lemah. Dia lemah di saat ini. Kenapa Qarizh buat dia macam ni?

            Rose mengusap lembut bahu Hanna. Sekilas dia terfikir, kenapa semua boleh jadi macam ni? Setahunya. Dari pandangan mata kasarnya. Mereka berdua masih menyayangi satu sama lain. Jadi, kenapa?

No comments:

Post a Comment