Friday, 10 February 2023

QUEEN : BAB 73

 Bab 73

“HANNA, bangun,” Hanna terjaga daripada tidurnya. Di sekelilingnya sudah gelap gelita. Dia merenung jam di tangan. 10 malam.

            What?! 10 malam? Mereka kat mana ni? Dia merenung sekeliling. Tempat ini macam kenal. Tapi, kat mana ni?

            “Kita kat mana ni?” dia berpaling ke arah Qarizh.

            “Keluar,” hanya itu respon lelaki itu. Lelaki itu keluar daripada kereta mewah itu. Hanna turut mengikut rentak langkah lelaki itu.

            Langkahnya terpaku di hadapan hotel itu. Kenapa dia rasa seperti dia pernah datang hotel ini? Semuanya dirasakan begitu sama. Dia datang dengan lelaki yang sama.

            Hanna menyentuh lengan lelaki itu. Menghentikan langkah lelaki itu. Lelaki itu memandang ke arahnya.

            “Ini Terengganukah?” Hanna memandang ke arah lelaki itu.

            “Haah. Terengganu,” balas lelaki itu tenang. Langkah lelaki itu terus diatur kemas menuju ke arah receptionist meninggalkan Hanna yang sedang termangu-mangu di hadapan pintu utama hotel tersebut. Primula Beach Hotel?

            Wah! KL ke Terengganu. Without a break. Berhenti hanya sekadar untuk ke tandas. Wah! Lelaki ini manusia atau robot? Hanna hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menolak pintu utama hotel itu. Dia mengikut langkah lelaki itu yang sudah pun berjalan menuju ke lif.

            Alamak! Bagasi! Hanna menjeling ke arah Qarizh tajam. Sempoi ja lelaki itu berjalan. Tak pernah terlintaskah di fikirannya untuk menunggu aku ni? Kalau aku kena culik macam mana? Apa punya suamilah?

 

MASUK sahaja bilik itu, Hanna memandang lelaki itu yang sudah terlantar kepenatan. Baru dia tahu penat. Lain kali pandulah sampai hujung dunia terus!

            Telefon bimbit dicapai lalu nombor doktor psikologi Qarizh dihubunginya. Mendapatkan pendapat mengenai situasi yang dihadapinya ketika ini.

            Telefon di telinga, namun tangannya lingkah menyelongkar bilik itu. Mencari bathrobe atau apa-apa sahaja yang boleh dipakai untuk tidur malam ini. Bagasi yang sengaja disediakan khas dalam setiap kereta hanya mengandungi baju untuk esok hari.

            Dia tidak menyangka habit yang dibawanya sejak sebelum kahwin berguna dalam situasi sebegini. Jangan tanya, kenapa dia boleh terfikir untuk meletakkan bagasi dan pelbagai jenis kasut dalam setiap kereta yang dimilikinya. Dia hanya takut dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.

            Dan, terbukti perkara-perkara sebegitu memang berguna, terutamanya ketika hendak melarikan diri dari rumah. Tak perlu nak packing baju, masuk kereta dan terus berlalu pergi. Perangai gila waktu remaja. Punya nak perhatian.

            Difikirkan kembali, dirasakan dirinya agak manja dan tidak berfikir panjang. Dia hanya ikut kepala dia sahaja. Yang penting, permintaannya dituruti oleh papa dan mama. Dia rela berjalan kaki andai kunci keretanya disembunyikan. Wah, nakal juga aku ni dulu!

            “Abang, bangun, mandi dulu. Penat badan tu,” Hanna mencapai bathrobe yang dijumpainya lalu diletakkan di sisi Qarizh. Langkahnya dibawa ke balkoni.

            Berulang kali, nombor doktor itu dihubunginya sebelum panggilannya berangkat.

            “Doktor, phone letak kat mana?” perlian keluar dari mulutnya. Kalaulah Doktor Damien ada di hadapannya ketika ini, mahu dijelingnya tajam lelaki itu. Ketika kita perlukan, waktu tu lah dia meletakkan phone dia di merata tempat.

            “Saya kat bilik, phone di ruang tamu,”

            “Lain kali, letaklah phone itu di luar rumah. Senang. Tak usah nak angkat call,” sekali lagi dia memerli doktor itu.

            “Kenapa awak call saya? Cik abang tak marahkah?”

            Eh! Eh! Doktor ni! Dia buat macam aku ni ada skandal dengan dia pula. Ada juga Doktor Damien ni aku campak ke hujung dunia.

            “Beranikah dia marah saya?”

            Soalan berbalas soalan.

            “Okey, dia tak berani. Saya pun tak berani kalau saya ada isteri macam awak ni,”

            Hanna terlopong. Amboi, doktor ni! Menguji kesabaran hati nampak! Sabar, Hanna. Sabar. Walaupun kata-kata lelaki ni macam sedang mengundang diri untuk ditumbuk oleh Hanna.

            “Okey, macam ni doktor..”

            Perbicaraan menjadi serius. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya, dan ada sesuatu yang ingin dia ketahui.

 

SUNYI seketika. Hanya kedengaran deruan angin yang menyapa tubuh. Hanya kedengaran bunyi ombak memukul pantai. Suasana itu cukup tenang dan indah.

            Tapak kaki yang menapak di sekitar pantai itu menunjukkan kesannya. Kesan yang akan hilang andai dipukul ombak. Kaki seluarnya basah dengan sapaan ombak itu. Namun, dia selesa begitu. Tidak berniat untuk mengangkat kaki seluarnya.

            Dia sempurna begitu. Kehadiran Qarizh di sisinya menyempurnakan segala kekurangannya. Walaupun hanya lengannya yang memeluk lengan lelaki itu, dan lelaki itu lebih selesa dengan menyembunyikan tangannya ke dalam poket. Dia bahagia.

            “Does it seems like I’m pathetic in your eyes?” soalan itu keluar dari mulutnya. Hanna hanya tersenyum mendengar soalan itu.

            “Tak. Hanna hanya nampak seorang lelaki yang kuat walaupun hidupnya penuh dengan luka. Abang tahu tak, mata abang penuh dengan luka? Dan, pandangan mata itulah yang mencuri hati Hanna untuk pertama kalinya.

            Hanna tertanya-tanya. Apa yang tersembunyi di sebalik sepasang mata itu? Dan mampukah Hanna untuk menyembuhkan luka itu?”

            Jujur, hatinya terpikat dengan sepasang mata hazel itu. Mata yang cantik tetapi penuh dengan luka. Lelaki yang lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara itu menarik minatnya.

            “Sekarang Hanna dah tahu betapa sakitnya masa lalu abang,”

            “Dan, Hanna pilih untuk tetap setia di sisi lelaki itu,” dia menghentikan langkah. Memaksa tubuh Qarizh untuk berhadapan dengannya.

            “Sebelum Hanna kembali kepada abang, Hanna berfikir dahulu. Mampukah Hanna? Sanggupkah Hanna? I heard everything. About your life. About your past. About your mother. About your father. I knew everything. And, I’m in no place to judge.

            Abang yang lebih layak untuk menghukum. Papa yang tipu abang, papa yang jauhkan mama daripada abang. Dan, Hanna rasa perkara itu tak adil untuk mama. Menerima kebencian seorang anak atas fitnah seorang bapa. But, you lost them the way before those things happened.

            Hanna jadi buntu. Tapi, yang Hanna tahu. Mama dan papa. Kedua-dua mereka masih sayangkan abang. Dan, abang pun sayangkan mereka, kan?” soalan itu dibalas sepi.

            Qarizh duduk di atas pasir yang memutih. Matanya memandang ke arah laut yang membiru itu. Hanna turut duduk di sisi Qarizh.

            “Sayang saja tak cukup untuk memaafkan mereka, Hanna. Luka ini terlalu dalam,” tangan lelaki itu yang setia berada di atas lututnya itu digenggamnya.

            “Tetapi, sayang itu yang membuatkan kita memaafkan,”

            “Mereka tipu saya hidup-hidup, Hanna! 27 tahun saya hidup membenci mama, sedangkan saya perlu hidup 27 tahun itu untuk membenci papa. Saya hukum mama atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dan, hukuman itu saya lempar kepada awak.

            Saya kunci awak dalam hidup saya. Saya sakitkan awak. Saya tak benarkan diri saya bahagia dalam menyayangi seorang perempuan. Saya lukai awak, hanya disebabkan dendam saya kepada mama yang sebenarnya tak wujud.

            Penipuan papa merosakkan 33 tahun hidup saya, merosakkan 8 tahun hidup awak bersama dengan saya. Saya bencikan perempuan, saya marahkan perempuan. Hanya disebabkan mama. Dan, saya sedang menanggung kesilapan hidup saya 8 tahun terhadap awak dan Kira,”

            “Kira dan saya maafkan awak. Bukan salah awak,” Qarizh tersenyum sinis.

            “Saya rosakkan hidup dia, Hanna. Saya kunci dia dalam mahligai itu, hanya disebabkan saya nak sakitkan awak. Dia tak berhak dilukai sebegitu, Hanna. Dia tak bersalah,” mata Qarizh dipejamkan.

            Masih jelas di dalam fikirannya, wajah Shakira yang mencabar kemarahannya. Yang teguh pendiriannya. Yang tegas dalam percakapannya. Dan, wajah itu dikasarinya. Hati itu dilukainya.

            “Dia dah maafkan awak. Percayalah,” Qarizh menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Sampai sekarang, dia menyendiri Hanna. Dia serik untuk bercinta lagi, Hanna. Dan, puncanya saya,” senyuman sinis muncul di bibir lelaki itu.

            “Mungkin, dia belum berjumpa dengan lelaki yang sehebat awak?”

            “Jangan memuji saya, Hanna. Saya tak sehebat itu,”

            “Luka awak yang mengunci diri awak yang sebenar. Kita ubati luka itu sama-sama? Maafkan mereka?” kening Hanna terjungkit.

            “Easier said than done, Hanna. Kemaafan tidak semudah itu,”

            “Sekurang-kurangnya, jangan hukum adik-adik awak atas kesilapan orang lain. Mereka berdua sayangkan awak. Tentang parents awak. Awak pujuk hati awak untuk memaafkan, awak akan tenang Qarizh. Ketenangan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan harta awak.

            Dan, ketenangan itu hanya mampu muncul selepas kita ikhlas dalam memaafkan. Luka itu akan sembuh. Benci itu akan hilang. Kasih sayang itu akan muncul. Sementara mereka masih ada di dunia nyata ini, sayangi mereka. Saya tak nak awak menyesal, Riz.

            Seperti saya yang tak sempat bertemu ibu dan ayah untuk kali terakhir,” tangan kiri lelaki itu menyentuh tangannya yang erat menggenggam tangan kanan lelaki itu.

            “Maafkan mereka?”

            “Bantu saya?” soalan berbalas soalan. Hanya anggukan yang dibalas oleh Hanna. Dia tersenyum lebar.

            “Jom, duduk kat buaian. Macam best ja,” Hanna bangun dari duduknya. Punggungnya ditepuk perlahan. Membersihkan sisa-sisa pasir putih.

            Langkahnya diorak menuju ke buaian. Kadang-kadang, kakinya tenggelam perlahan ke dalam pasir yang menebal. Qarizh bangun dari duduknya. Matanya hanya memandang Hanna yang melangkah pergi dengan riang.

            Perlahan, kakinya diorak mengikut jejak langkah itu.

            The first to apologize is the bravest. The first to forgive is always the strongest. And, the first to forget is always the happiest.

No comments:

Post a Comment