Friday, 10 February 2023

QUEEN : BAB 78

 Bab 78

LANGKAHNYA dibawa dengan penuh keyakinan. Kot di badan dibuang lalu diletakkan kemas di tangannya. Cermin mata hitam kekal di wajahnya. Kemas rentak gayanya.

            Yakin dan tenang.

            Dia berjalan menuju ke arah kereta hitam yang sudah menanti kehadirannya. Bodyguard di belakang setia mengejar rentak langkahnya. Troli yang penuh dengan bagasinya melambatkan rentak mereka, namun mereka masih mampu menyamai rentak wanita muda ini.

            Langkahnya terhenti di hadapan kereta hitam itu. Pintu kereta itu sudah terbuka untuknya.

            “Silakan, puan,” dia membuka cermin mata hitamnya.

            Matanya memandang sekeliling. Time really does change everything.

            “Shakira. Puan Shakira,”

            Dia masuk ke dalam kereta hitam itu. Telefon bimbitnya diaktifkan. Matanya mencari nombor yang ingin dihubunginya. Jumpa.

            Dia tertanya sendiri. Perlukah dia sampaikan berita tentang keberadaannya di sini?

            Telefon diketuk perlahan ke pahanya. Cuba berfikir. Selang sejenak, telefon bimbit itu kembali disimpan ke dalam beg tangannya.

            Belum masanya lagi.

 

“GOOD morning, along,” sapa satu suara. Lembut Rose mengucup pipi alongnya, sebelum mengambil tempat di hadapan Qarizh.

            “Buat apa datang sini pagi-pagi?” soalnya. Roti yang berada di tangan disumbat ke dalam mulutnya, matanya masih memandang ke arah Rose.

            “Saja. Nak ajak along pergi berkuda. Kak long nak ikut tak?” Rose berpaling ke arah Hanna yang sedang menuang air milo ke dalam cawan. Cawan itu diserahkan kepada Rose.

            “Tak kot. Malas,” jawabnya. Rose membuat muka.

            “Malas? Kak long nak gemukkah? Nanti berkepal-kepal lemak tu kat badan. Dah tak cun dah,” Rose menjawab.

            “Hey, I still slim, okay? Besides, I’m not like you,” Hanna mengambil tempat di sisi kanan Qarizh.

            “Lagipun, puan Hanna ni tak cepat gemuk,” Kak Mia menyampuk. Rose membuat muka. Tambahan pula, apabila melihat senyuman mengejek Hanna.

            “So, kita pergi berdua tau along. Kita pergi date,” Qarizh hanya mengangguk. Rose tersenyum kemenangan.

            “Mana boleh! Daddy tak boleh pergi date dengan mak cik! Harraz tak benarkan!” Rose menggetap bibir. Dia merenung tajam Harraz yang sedang berada di muka ruang makan.

            “Ada ja budak ni? Kau memang suka cari gaduh dengan akukan? Asal nampak muka aku ja, kau mesti cari pasal kan?” Rose bersuara geram. Lagi menaikkan darahnya, apabila Harraz memeluk tubuh ke arahnya.

            Wah, budak ni!

            “Dah, mak cik yang suka tackle daddy! Harraz marahlah! Harraz tak nak mama baru. Harraz nak mommy dengan ibu ja!” Harraz berjalan ke arah Rose. Dia merenung mata Rose tajam.

            “Berapa kali aku cakap, aku adik daddy kau! Along, anak along memang pelik macam ni eh?” Rose berpaling ke arah Qarizh. Namun, muka Qarizh kekal tenang. Seakan tak mengambil tahu apa yang terjadi di sekitarnya. Rose menggetap bibir sendiri. Along pun sama ja, dengan anak dia. Cuma versi lain.

            “See! Daddy pun malas nak layan mak cik!” Harraz bersuara lagi. Rose menjeling tajam ke arah Harraz.

            Serius. Budak ni tak lama dengan aku.

 

RENTAK lagu berirama kuat di dalam bilik itu. Rambutnya disanggul tinggi. Badannya sudah berpeluh kepenatan. Irama nafasnya sudah tidak sekata. Staminanya makin kurang.

            Dia sudah semakin cepat penat. Disebabkan faktor usia? Tak, dia baru 30 tahun. Masih muda untuk bergerak lincah. Mungkin, kerana hobi yang satu ini sudah lama ditinggalkannya.

            Menguruskan Hanna Mac, Harraz dan Haisya dalam satu masa yang sama amat sukar baginya. Dia tiada masa untuk dirinya sendiri. Sekarang, apabila Hanna Mac sudah utuh tanpa pantauannya. Dia sudah punya ruang waktu untuk berehat.

            Untuk menghabiskan masa dengan keluarga. Keluarga yang sudah lama diabaikannya. Menyayangi dan memberikan kasih sayang kepada kedua-dua buah hatinya.

            Rentaknya semakin perlahan. Dan, dia berhenti. Deru nafasnya sudah tidak sekata. Tangannya laju mencapai botol air. Dia meletakkan tangannya ke dinding yang ditampal cermin itu. Merehatkan tubuhnya. Sambil, mulutnya rakus menerima air.

            “So, inilah sebabnya kenapa Riz buat studio dalam rumah?” Hanna mengangkat muka. Dia memandang satu wajah di muka pintu. Shakira.

            “Shakira,” satu nama itu terluah di mulutnya.

            “Hai, Hanna!” satu tangan dilambaikan di udara. Shakira bersandar di muka pintu. Dia tersenyum lebar.

            “You look different,” Hanna merenung penampilan Shakira dari atas ke bawah. Dia nampak lain.

            “Makin matang, kan?” Shakira tersenyum.

            “Jangan cakap makin tua. I cekik you nanti,” Hanna melepaskan tawa kecil. Tuala yang dilemparkan oleh Shakira disambut. Dia mengelap lembut leher dan tangannya yang basah dengan peluh.

            “So, what is the occassion?”

            “I want to see Qarizh,”

            “You!”

            Shakira tergelak besar melihatkan wajah cuak Hanna.

            “Afraid enough, don’t you? Tapi, kenapa I tak pernah nampak wajah cuak itu 5 tahun lepas? Sebelum ini, wajah yang I nampak hanya wajah yang pasrah dan tenang. Membuatkan hati I makin geram,”

            Hanna menghembuskan nafas lega. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu menghadapi sakit diduakan buat kali kedua. Dia takut andai Qarizh terperangkap dengan perasaan bersalahnya dan kembali menerima wanita ini untuk menjadi isterinya.

            “I’m jealous,” Hanna mengangkat muka. Pandangannya tajam memandang ke arah Shakira. Menanti kata-kata yang akan keluar daripada mulut wanita itu.

            “Qarizh utamakan you lebih daripada segalanya. This house was design for you, right? All this spaces. This studio. That music room. All of that suits you, but not me.

            I was foolish. Tapi, tak apalah. I love tennis. So, tak mungkinlah dia akan buat gelanggang tenis belakang rumah, right?” Shakira melangkah masuk ke dalam studio itu.

            Dia merasa kagum. Ruang yang difikirkan sia-sia rupanya ada tuannya.

            “Kenapa you tak pernah guna studio ini selama ini? Kenapa baru sekarang?” Hanna melabuhkan punggung di lantai. Diperhatikan Shakira yang sedang asyik merenung persekitaran studio itu.

            “Sebab, Hanna yang you pernah jumpa dulu adalah Hanna yang sudah hilang semua tentang dia,” Shakira merenung ke arah Hanna. Dia turut duduk di hadapan Hanna.

            “So, this is the real you? Wah, it do takes several years to know someone deep enough. I’m speechless. 3 years do change a lot of things,”

            Hanna bangkit dari duduknya.

            “Jom, I’’ll make you something,”

 

“SENYAP sahaja rumah, Harraz mana?” Shakira mengambil tempat di kaunter. Dia merenung sekeliling. Langsung tak nampak bayang Harraz di mana-mana.

            “Harraz ikut daddy dia pergi berkuda,” Hanna menuangkan air putih sejuk ke dalam gelas Shakira.

            “I see. Harraz macam daddy dia. Sebijik,” Shakira menghirup perlahan air sejuk itu. Lega. Tekaknya yang kering itu sudah dibasahi semula.

            “Haah. He’s fierce, you know,” Hanna meletakkan mi goreng di hadapan Shakira. Shakira tersenyum lebar.

            “Wah, my favourite. Thanks, Hanna,” tanpa berlengah, dia terus mencapai sudu.

            “Eh, budak! Aku tolong kau dah cukup baik tau! Kerek ja kau ni, kan?” suara Rose kedengaran kuat. Hanna tersenyum. Mereka dah balik.

            Shakira terpaku. Sudu diletak tepi.

            “Harraz tak minta mak cik tolong pun!” kuat suara Harraz membalas balik. Hanna menggelengkan kepalanya perlahan. Kalau berjumpa, tak pernah langsung nak berbaik.

            “Berapa kali aku cakap, jangan panggil aku mak cik. Nampak tualah! Panggil aku mama! Mama!”

            Shakira bangun dari duduknya. Laju langkahnya melangkah ke arah ruang tamu. Hanna mengangkat wajah. Kenapa?

            Mata Shakira terpaku kepada Harraz dan seorang perempuan muda. Qarizh di belakang mereka berdua.

            “Harraz tak akan panggil mak cik, mama! Tak akan!” Harraz menjegilkan mata.

            “Mama?” Shakira bersuara. Kata-kata Harraz terhenti. Dia berpaling ke arah suara itu.

            “Ibu!!” Harraz berlari laju ke arah Shakira. Memeluk erat kaki ibunya.

            “You would not, Qarizh,” mata Shakira tajam merenung ke arah Qarizh. Pandangan mata mereka bertemu. Namun, mata hazel itu tiada reaksi.

            “Ibu, Harraz jatuh dari kuda. Lutut Harraz luka,” Harraz bersuara manja. Namun, mata Shakira masih tajam merenung ke arah Qarizh. Tidak dipedulikan rantapan manja daripada Harraz. Matanya berubah pandangan. Fokus memandang ke arah perempuan muda itu.

            “Kau?!” langkah Shakira laju dibawa ke arah perempuan muda itu. Rambut koko gelap milik perempuan itu digenggam kuat ke dalam genggamannya.

            Kuat dia menarik rambut perempuan muda itu. Berkerut wajah perempuan itu.

            “Argh! Sakitlah! Lepaskanlah!!” Rose menjerit kuat. Sakit di rambutnya tak dapat ditanggung lagi. Rosak rambutnya kalau terus ditarik begini.

            “Kau yang siapa?! Tergamak kau hancurkan hati Hanna lagi kan?! Perempuan apa kau ni?! Kenapa kau nak cari suami orang, banyak lagi anak teruna kat luar sana?! Suami orang juga kau nak rembat, kan?!” kuat suara Shakira berdentum.

            Hanna mengerutkan kening. Kenapa pula tu? Hanna terus berlalu ke arah ruang tamu. Dia menelan liur apabila melihat rambut Rose dicengkam kuat oleh tangan Shakira. She’s just short tempered. Like always.

            “Eh, lepaskanlah bodoh!!” Rose menjerit kuat. Matanya terpejam. Cuba menahan sakit yang mencengkam kuat kulit kepalanya ini.

            “Sakit?! Kau tau sakit?! Sakit hati perempuan tu siapa nak ubat?!” Shakira menunjuk tepat ke arah Hanna. Hanna menepuk dahi. Oh my God!

            Qarizh menarik nafas lemah.

            “Kira, enough,” Shakira berpaling ke arah Qarizh.

            “You are next!” hanya itu balasan Shakira. Qarizh menelan liur. Apa pula salahnya kali ini?

            “Kira, enough. Rose tak salah,” Hanna berjalan ke arah Shakira. Tangan Shakira cuba dicapainya.

            “You stay away from this, Hanna. Biar I uruskan perempuan perampas ni!” Harraz menepuk dahi. Ibu..

            “Ibu, mama bukan isteri daddy lah!” Shakira terpaku. Dia menghentikan tarikannya. Namun, tangannya masih mencengkam rambut Rose.

            “Rose adik Qarizh,” Shakira merenung Hanna, kemudian dia memandang ke arah Qarizh.

            “Bukan dia anak tunggalkah?” soalan itu dilemparkan oleh Shakira.

            “A lots of things happened, Kira. Now, let her go. She’s my baby sister,” Shakira melepaskan rambut Rose. Dia merenung ke arah Rose lama.

            “Apa?! Nak tarik rambut I lagi?” Rose menyoal kasar. Dia terus berlalu ke arah Qarizh. Lengan Qarizh dipeluk erat. Bersembunyi di sebalik tubuh Qarizh.

            “Your ex-wife is terrifying,” bisiknya. Qarizh hanya tersenyum nipis.

            “Kenapa Harraz panggil dia mama?” Harraz berlalu ke arah Shakira. Sambil dia berjalan, dia menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Dia bakal isteri papa. And, that makes her mama,” Shakira memeluk tubuh. Papa? Qairul, huh?

            “I see. Riz, I need to talk to you,” Shakira berpaling ke arah Qarizh. Terjongket kening Qarizh. Untuk apa?

            Shakira kembali memandang ke arah Harraz. Tangan Harraz digenggamnya.

            “Hanna, where is your baby girl? I nak tengok,” Shakira berlalu ke tingkat atas. Di genggamannya, terselit tangan Harraz.

            Qarizh hanya melihat. Sejak bila pula mereka boleh rapat sampai macam tu sekali?

            Rose mencebik geram ke arah Shakira. Dia memang tak nak minta maaf dengan akukah? Rose mengusap kepalanya yang pedih.

            Memang sesuailah Harrraz jadi anak Shakira. Kedua-duanya sama sahaja. Suka tarik rambut aku yang beralun lembut ni? Cemburu ke apa?

            Tapi, difikirkan balik. Sekarang, aku tahu daripada siapa Harraz belajar untuk tarik rambut orang. Daripada ibu dia rupanya.

 

“WHO is Rose?” soalan itu keluar daripada mulut Shakira. Hanna mengangkat muka memandang Shakira yang sedang asyik mengagah Haisya.

            “Adik Qarizh,” Shakira mendukung Haisya ke dalam pelukannya.

            “I mean how.. Since when? He’s the only son, didn’t he?” Hanna melepaskan nafas lemah.

            “It was such a very long story,”

            “Tak apalah. I pun tak merancang nak pergi mana-mana. Cerita ja lah,” Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Ceritanya dimulakan.

            Pelbagai reaksi wujud di muka Shakira. Marah, geram, bahagia. Tetapi, sedaya upaya Hanna cuba menutup hakikat di mana dirinya dan Qarizh tidak hidup sebumbung selama 3 tahun. Dia tak nak, Kira merasakan tindakannya untuk berlalu pergi merupakan satu perkara yang sia-sia.

            “Wah! I tak pernah sangka. Jadi, itulah adik kembar Riz. Riz dengan papa dia macam mana? Okay?” Hanna hanya menjongket bahu.

            “Riz tak pernah cakap apa-apa,”

            “It was so him. Jadi, apa perancangan you. You nak rapatkan Riz dengan papa dia? Atau, you nak biarkan ja semua ni?” Hanna bermain dengan jari-jemarinya.

            Jujur, dia tak punya jawapan untuk semua persoalan itu.

 

QARIZH duduk di atas kerusi. Suasana gelap di luar mendamaikan jiwanya. Shakira turut duduk di sisinya. Dia menyilangkan kakinya. Menjadikan paha kanannya bertidih di atas paha kirinya. Pandangannya dilemparkan ke luar.

            “You kata you ada benda nak cakap dengan I? Cakaplah,”

            “I nak kahwin,” Qarizh berpaling ke arah Shakira.

            “Great. Dengan siapa?”

            “Dengan you,” muka Qarizh berubah. Matanya memandang lama wajah Kira yang serius.

            “No, Kira. I don’t want,” tiba-tiba, Shakira tergelak besar. Lucu hatinya apabila melihat wajah cuak Qarizh. Takut rupanya. Ingatkan pernah berpoligami, sudi untuk berpoligami lagi.

            “Kira!”

            “Sorry, sorry,” Kira cuba untuk menarik nafasnya. Perutnya sudah senak kerana terlalu banyak ketawa.

            “I didn’t meant to. But, your face.. God! Macam tak pernah berpoligami, cuak ja. Takut isteri ka?” Shakira menjongket kening.

            “Bukan takut isteri, tapi isteri yang tak takut dengan I,” Qarizh menarik nafas lega. Shakira ni. Sengaja menguji kekuatan jantungnya.

            Typical answer. Bisik Shakira dalam hati. Tapi, dia lega dengan perubahan itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi wanita yang terperangkap dalam kehidupan perkahwinan tanpa cinta yang dialaminya dahulu. Kerana lelaki ini hanya mampu mencintai seorang wanita sahaja, dan wanita itu sudah pun menjadi miliknya.

            Shakira mengeluarkan kad kahwinnya. Kad yang berwarna silver itu disuakan kepada Qarizh. Qarizh menerimanya. Dia membuka kad itu.

            “So, I harap you faham maksud I,” Qarizh mengangkat muka. Memandang Shakira.

            “You tak perlu jaga I lagi. You tak perlu nak letak bodyguard sekeliling I. You tak perlu bagi duit kepada I setiap bulan. You tak perlu uruskan bil rumah I. I dah nak kahwin. Biar suami I yang uruskan segalanya untuk I,”

            Qarizh menghela nafas berat. Dia memandang ke arah Shakira.

            “Tak bolehkah kalau I kekal letak bodyguard di sisi you, walaupun lepas you kahwin nanti? I dah banyak buat salah kepada you, Kira,”

            Shakira menggelengkan kepalanya. Dia hanya memandang wajah Qarizh.

            “Dah banyak benda yang you buat untuk I, Riz. You tak pernah abaikan I. Itu pun, sudah cukup bagi I. Sekarang, bagi I peluang untuk mulakan hidup baru dengan bakal suami I. You are a great man, Riz. Lucky Hanna to have you,” Qarizh tersenyum sinis. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

            “Jangan cakap I hebat, Kira. I dah banyak berdosa. Kepada you dan Hanna. I hanya manusia biasa, yang tak terlepas daripada kesilapan,”

            Shakira tersenyum.

            “Betul kata Hanna. You terlampau fikirkan kesalahan yang you lakukan. You terlalu merendah diri,” Shakira membawa dirinya berhadapan dengan Qarizh. Mata Riz dipandangnya.

            “You tak bersalah. Keadaan yang mengubah you. You tak salah. Dah berapa kali you minta maaf dengan I, dan dah lama I maafkan you. I faham situasi you. I redha dengan takdir hidup I.

            Dan, bagi I, you sudah tebus semua kesilapan. You jaga I, walaupun I ni bukan lagi isteri you. You kirimkan duit untuk I, you pastikan I ada rumah. Makan pakai I terjaga. Lelaki lain tak buat macam tu, Riz. Lelaki lain hanya biarkan bekas isteri dia terkontang-kanting tanpa penjagaan.

            Tapi, you lain. Dan, berhenti rasa diri you tu pesalah. I maafkan you. Hanna maafkan you. Sekarang, hanya tinggal diri you. Lupakan semuanya. Biarkan kenangan hidup kita beberapa tahun lepas berlalu pergi.

            Pegang hidup kita yang sekarang dan ke hadapan. Janji dengan I, you tak akan sakitkan hati Hanna lagi. You tak akan lukai dia lagi. You akan sayangi dia. Lebih telus dari diri you yang sebelum ini. Jaga anak you elok-elok. Boleh?”

            Shakira memandang mata hazel itu lama. Mata hazel ini yang mencairkan hatinya suatu ketika dahulu. Dan, sekarang mata hazel ini sudah tidak mampu lagi membuatkan hatinya berdebar. Sudah ada manusia lain, yang menyunting hatinya. Yang menjadikan hati ini miliknya.

            “Lupakan?”

            “Yes, because those who forget is the happiest person alive,” Shakira tersenyum lebar. Mengangguk sekali. Meyakinkan Qarizh tentang bahagianya.

            “You bahagia?”

            “Yes. Mungkin I pernah terluka, mungkin I pernah kecewa. Tapi, I belajar untuk melupakan. You pun sama. You kena belajar melupakan. You berhak untuk bahagia. Bahagia itu milik you,”

            Qarizh merenung Shakira lama. Cuba berfikir.

            “Dan, papa you pun berhak untuk bahagia. Bahagia bersama dengan anak-anaknya,” terbuntang sedikit mata Qarizh.

            “Hanna, she told me. Guess what? I thought that your wife is the greatest woman alive. Sangat penyabar untuk berhadapan dengan lelaki macam you ni. Lelaki yang tak pandai bercinta. Lelaki yang tak pernah ucap I love you.

            I kenal you, Riz. The way you shows your love is the way you act. But, women are not like that, Riz. They need words. They need you to say that you love them.

            Mungkin you nampak, Hanna tak kisah. But believe me, she waits for you. She is waiting for the miracle words,” Qarizh menarik nafas perlahan.

            “Thanks, Shakira,” Shakira menjongket bahu.

            “And, I think that is the function of friends. Don’t you think so?” Shakira menjongket keningnya. Qarizh hanya tersenyum nipis.

No comments:

Post a Comment