BAB 9
“I’m hiding what I’m feeling but I’m tired of holding this inside my head,”
“MAKE me pavlova,” Hanna mengangguk. Dia membetulkan baju kemeja itu. Perfect. Lastly, his coat.
Hanna berlalu ke deretan kot. This coat do looks nice. Dia mencapai kot itu lalu dipakaikan ke tubuh Riz.
“Jaga diri. Watch your steps. Saya tak ada kat rumah, saya dah masuk office. So, please. Take care,” Qarizh menggenggam erat bahu Hanna.
Berat hati ingin meninggalkan sebenarnya. Tapi, Hanna dah nampak agak kuat. So, dia pun kena pergi office. Tak akan nak berurusan semua di rumah. Baik dia tubuhkan pejabat ja kat sini.
Hanna hanya mengangguk. Dia lagi selesa sebenarnya. Tak diawasi sebegini. Almost 5 years living together, dia sudah masak dengan sikap Qarizh yang tidak ambil kisah. Jadi, bila dia ambil kisah, segalanya jadi pelik.
HANNA memukul whipping cream itu sehingga kental. Okey dah ni! Dia mengeluarkan pavlova yang sudah sejuk dari dalam oven. Perlahan, dia sapukan whipping cream itu di atas pavlova. Tiba-tiba, hujung matanya menangkap satu kelibat. Dia mendongak wajah. Kira?
“Kak Mia,” Hanna menunjukkan ke arah Shakira. Santai sahaja pakaian dia hari ini. Tak keluar ke? Hati kecilnya menebak.
“Dia tak keluar ke hari ni?” Kak Mia mengangkat bahu. Dia pun tak ambil tahu sangat dengan Puan Kira.
“Saya sentiasa tertanya-tanya, setiap hari dia keluar. Dia pergi mana? Tak akan shopping setiap hari kot? Nak kata kerja? Biar betul. Bukan Riz tak bagi kerja ke?” Hanna menimbulkan persoalan dalam mindanya. Dah tersembunyi sejak sekian lama, sebenarnya.
“Sebelum dia kahwin dengan tuan, Kira tu model sebenarnya. Tapi, setahu saya lah. Dia keluar setiap hari, kadang-kadang pergi gym. Karaoke. Shopping. Spend time dengan kawan-kawan dia.
Orang tak ada kerja lah katakan. Lagipun, kalau dia turun memasak dengan kita. Mesti kita pula yang tak selesa. Tak tahulah, kalau dia memang tak minat memasak. Atau, dia tak suka bergaul dengan kita,” ujar Kak Mia.
Hanna mengangguk. Banyak juga informasi Kak Mia ni. Mengintip ke apa?
“Mana Kak Mia tahu?” Hanna menjongket kening.
“Si Megat tu kan laki akak. Puan ni. Mencurigai saya pula. Tak ada kerja saya nak mengintai dia. Pakai baju hitam, spek mata hitam, semata-mata untuk mengintai si Kira tu,” Kak Mia berseloroh.
Hanna tersenyum. Mengintai? Baju hitam, cermin mata hitam? Dia pernah lakukan semua itu. Semata-mata untuk mengintai Riz.
Tiba-tiba, terdengar bunyi dentuman pintu. Keras. Qarizh muncul di hadapan Kira. Mukanya ketat. Penuh amarah. Sebelum pipi Kira ditamparnya kasar.
“Puan, puan. Kenapa dengan tuan, puan?”
Hanna hanya terkedu.
“Puan pergilah tolong Kira. Hentikan tuan. Tengok ja puan, confirm tuan berhenti punya,” Kak Mia menggesa Hanna. Dia menarik-narik lengan baju Hanna. Tapi, Hanna hanya kekal di situ.
“Tak nak lah saya Kak Mia. Saya tak nak mencampuri urusan mereka,” Hanna membuat muka kering. Dia menaburkan buah-buah yang dipotongnya ke atas whipping cream itu. Kemudian, dia memasukkan pavlova itu ke dalam peti ais. Done!
“Puan, kesian saya tengok Puan Kira,” Hanna tersenyum sinis.
“Last time, saya campur tangan sewaktu Riz marah. Saya dapat penampar free daripada dia. Masih berbekas lagi tamparan dia, kak. Masih terasa darah yang mengalir di bibir ni, kak. Masih terasa bengang di telinga ni, kak.
Riz tak mampu dikawal apabila dia marah. Kira sepatutnya bersyukur sebab dia perempuan. Riz tak akan belasah dia. Kalau dia lelaki?”
Hanna bersuara tenang. Kak Mia hanya diam. Dia merenung wajah Hanna lama. Apa yang tersembunyi di lubuk hatimu, puan?
“Harraz ada kat atas kan? Dia tengok televisyen ke?” Hanna bertanya. Kak Mia mengangguk perlahan.
“Syukurlah. Sekurang-kurangnya, dia tak melihat sisi baran daddy dia,” Hanna bersuara tenang. Dia mengemaskan semula bekas-bekas yang digunakan dan dibawa ke sinki untuk dibasuh.
WAJAH Qarizh berubah. Satu persatu gambar itu dibelek. Wajah Dayyan yang berada di hadapannya, dia renung tajam.
“Sejak bila dia start modelling balik?” Qarizh menghempaskan gambar-gambar itu.
“Awal bulan lepas,” jawab Dayyan. Penuh yakin.
“Awal bulan lepas? Hujung bulan ni baru aku tau? Great! Siapa yang in-charge untuk jaga Kira?” Qarizh menggetap bibir geram.
Perkara yang terjadi dahulu, kini berulang kembali. Bezanya, dia punya dua isteri. Dan bukan satu. Dan, kali ini dia yang akan menghukum. Bukan dihukum. Dan, kali ini dia tak akan hancur.
“Sofi,”
“Pecat dia,” arah Qarizh.
“Pardon?”
“Pecat dia dan ganti yang baru! Kira model tau tak? Tak akan Sofi tak dapat detect langsung yang dia terima semula tawaran. Now, apa benda gambar ni?! Lelaki mana tu?! Nasib press masih tak dapat detect semua ni, tapi kalau benda ni tersebar. Nama Hickman akan hancur, Dayyan!” Qarizh bertegas.
Hatinya membara. Kot di kerusi dicapai sebelum berlalu keluar dari pejabatnya.
PINTU dibuka lalu dihempas kasar. Langkahnya laju menuju ke arah Kira yang sedang bersenang-lenang di atas kerusi. Beberapa keping foto dilemparkan tepat di muka Kira.
“Apa ni?!” suara Qarizh berdentum kuat. Kira melihat satu persatu gambar tersebut, kemudian dia tersenyum sinis.
“Memang betul you intip I, kan?” Kira bersuara sinis.
“Siapa lelaki itu, Kira?!” tengking Qarizh kuat. Shakira bangun dari kerusi itu. Dia menggosok telinganya lembut.
“Your voice is too loud, Riz. Slow sikit boleh tak? That guy? My future boyfriend, I guess. Dia pun macam suka kat I ja,”
Pang!
Terduduk Kira di kerusi itu. Dia memegang pipinya yang berbahang. Dia terasa sesuatu yang panas di bibirnya. Darah.
“Jangan pernah cabar aku, Kira! Kau belum tengok aku bertukar jadi singa!” Qarizh bersuara keras.
“And then, just divorce me! Aku dah tak sanggup hidup dengan kau! I’m still young! Aku ada hidup aku sendiri! Bebaskan aku dan biar aku cari hidup aku balik! Hidup dengan kau buat aku terseksa! Aku rimas! Aku lemas!”
Shakira menjerit kuat. Mencabar Qarizh. Qarizh tersenyum sinis. Dia tahu perancangan Kira sekarang ni.
“So, all of this kind of story hanya untuk buat aku ceraikan kaulah? Jangan mimpi, Kira. Aku tak semudah itu. Hukuman aku untuk kau? You are grounded. Kau akan terkurung dalam rumah ni, untuk selamanya!” Qarizh bersuara sinis.
Terbuntang mata Kira. Ini bukan yang diharapkannya.
“Apa masalah kau?! Aku minta kau untuk ceraikan aku ja! Susah ke, Riz?!” Qarizh berlalu untuk duduk di kerusi.
“I’m not an easy guy. I’m above your expectation. Aku tak akan ceraikan kau. Kenapa kau terfikir aku akan ceraikan kau ? Aku bukan semudah itu. Ceraikan kau then kau bebas nak buat apa ja? That’s not me,” ujar Qarizh sinis.
Kira mendengus geram. Dia berlalu pergi dari situ. Wajah Qarizh yang sinis menyuntik amarahnya. Cara ini tak berkesan? Don’t worry. There are various method to destroy you, Riz!
No comments:
Post a Comment