Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 54

 Bab 54

“MOMMY?” suara kecil itu menghentikan tangisannya. Dia mengusap air matanya. Tak membenarkan air mata itu mengalir di hadapan anaknya.

            “Daddy?” Qarizh menarik nafas perlahan. Dia mengikuti jejak langkah Hanna. Mendekati katil itu. Mendekati Harraz yang sudah sedar dari lena panjangnya.

            Hanna membawa Harraz ke dalam pelukannya. Qarizh mengenggam perlahan tangan Harraz. Dia mengucup tangan Harraz.

            “Ya, sayang. Daddy ada ni,” Harraz merenung wajah daddy dan mommynya.

            “Mommy dan daddy gaduh? Sebab Harraz?” soalan itu keluar dari mulut Harraz.

            “Tak. Tak, sayang. Mommy dan daddy tak gaduh,” Harraz mengusap perlahan wajah Hanna yang masih basah dengan air mata.

            “Mommy cry?” Hanna menggelengkan kepalanya berulang kali.

            “Tak, sayang. Mommy basuh muka tadi. Sebab tu, muka mommy basah,” alasan yang paling logik dirasakan ketika ini.

            “Tapi, kenapa mata mommy merah?” Hanna terpaku. Qarizh mengusap perlahan tangan Harraz.

            “Mommy tak cukup tidur. Dia rindukan Harraz,” Hanna mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata yang keluar dari mulut Qarizh.

            “Harraz rindukan mommy juga,” Harraz merebahkan kepalanya di dada Hanna. Dia mengusap perlahan wajah Hanna.

            Qarizh menarik nafas perlahan. Dia mengusap pipi Harraz lembut.

            “Harraz tinggal dengan mommy, ya? Kasihan mommy, rindukan Harraz. Boleh?” Qarizh cuba memujuk. Perlahan, Harraz menganggukkan kepalanya.

            “Tak bolehkah kalau daddy tinggal dengan kami juga? Kasihan mommy. Kasihan Haisya. Semua orang rindukan daddy,” Qarizh tersenyum nipis. Tapi, senyuman itu tidak sampai di matanya.

            Dia sudah bulat hati dengan perkara ini. Dia sudah tidak layak berada di sini. Harraz, Haisya dan Hanna. Mereka perlukan seseorang yang lebih layak untuk mereka. Dia tak mampu. Dia tak layak.

            Kalau dia terus-terusan pentingkan diri, mereka akan hancur disebabkan egonya. Disebabkan dia, Harraz dan Hanna menderita. Dia tak mahu perkara ini berterusan.

            “Nanti, bila dah besar. Harraz akan faham,” hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Maafkan daddy, Harraz.

 

“I THINK I had tell you clearly that my son was sick! Saya suruh awak tengokkan dia! Jaga dia! Tapi, apa yang awak buat?! Awak buat anak saya masuk hospital!!” Qarizh bersuara tegas. Dia memandang kosong dinding rumah.

            Telinga dia dibekukan daripada mendengar rintihan dan tangisan daripada nanny itu. Dayyan setia di kerusi. Hanya sekadar pemerhati setia.

            “Maafkan saya, tuan. Saya tak sengaja,”

            “Tak sengaja?! Awak bagi alasan tak sengaja? Awak tahu wife saya jumpa dia dalam keadaan apa? Awak tahu?!” Riz berpaling ke belakang. Matanya mencerlung tajam nanny itu.

            Nanny itu hanya mampu menunduk. Dia tidak mampu mengangkat muka lagi.

            “Dia cakap, baju anak saya penuh dengan muntah! Lantai penuh dengan air! Gelas pecah! Dan, apa yang awak buat?! Berjoget dalam rumah ni, kan?!! Murah sangatkah bayaran saya kat awak, sampai awak buat macam ni kepada saya?!

            Selama ni, Harraz langsung tak pernah complain tentang awak kepada saya! Tapi, hari ni!! Wife saya bagitahu saya macam-macam! Memang selama ini, awak buat macam ni kepada Harraz?! Awak tak bagi dia makan?!

            Cakaplah!!” herdikan Qarizh membuatkan bahu nanny itu terangkat.

            “Saya.. Saya bagi dia makan,”

            “Seriously? Betul? Tapi, kenapa bila saya tengok CCTV, anak saya yang pergi cari makanan sendiri!! Saya suruh awak jaga dia! Saya suruh awak tengokkan dia! Berat sangatkah tugasan tu?! Dia bukan usia 4 tahun, yang buat sepah merata!!

            Dia dah besar! Saya tak minta awak mop lantai! Saya tak minta awak bersihkan rumah ni! Tapi, kenapa?!! Kenapa benda semudah itu pun awak tak boleh buat?!!”

            Qarizh cuba menahan dirinya. Kalau diikutkan rasa hatinya, tangannya sudah sampai ke pipi perempuan itu. Tapi, ditahan dirinya.

            “Dayyan, kau bawa dia keluar! Aku tak nak tengok muka dia lagi!” Dayyan bangun dari duduknya. Dia menghampiri perempuan itu.

            “Cepat!!!” tempikan daripada Qarizh membuatkan nanny itu terus bangun dan mengikuti langkah Dayyan keluar rumah.

            Qarizh menghempaskan tubuhnya di sofa. Mukanya diraup kasar. Dia cukup bengang dengan semua perkara ini. Kalaulah, selama ini dia terdetik nak tengok CCTV. Perkara ni tak akan melarat sampai macam ni.

            Damn! Damn! Damn! Damn you, Riz!!

 

ROSE menyentuh perlahan bahu Hanna yang sedang tidur. Dia tak tergamak ingin mengejutkan wanita itu. Tapi, tak manis pula kalau dia datang melawat Harraz, tapi tak berjumpa dengan penjaganya.

            “Kak long,” Hanna tersentak. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya.

            “Rose,” Rose tersenyum mesra. Dia memandang Harraz yang membuka mata perlahan. Harraz merenung ke arahnya pelik.

            “Hai, Harraz,” dia melambaikan tangannya perlahan kemudian dia menyuakan tangannya. Mengajak Harraz untuk bersalaman.

            “Who are you?” soalan itu keluar daripada mulut Harraz. Rose tersenyum.

            “Auntie, adik mommy,” Harraz menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Mommy tak ada adik,” Hanna tersenyum.

            “Ini auntie Rose. Kawan mommy. Dah, salam,” baru Harraz menyambut huluran salam itu. Matanya masih memandang pelik kakak itu.

            “Harraz, jangan pandang macam tu,” Harraz berpaling ke arah Hanna.

            “Sorry, mommy,” Dia memandang ke arah sekeliling. Mencari kelibat daddynya. Tak ketemu.

            “Mommy, daddy mana?” Rose turut memandang sekeliling.Kemungkinan ada rezekinya, hari ini untuk bertemu dengan alongnya.

            “Daddy balik kejap, ada hal. Nanti, daddy datang balik,” Harraz menganggukkan kepalanya perlahan.

            Hanna berpaling kepada Rose.

            “Macam mana tahu akak ada kat hospital?” Rose menggaru kepalanya yang tak gatal. Informantnya bagi tahu. Mana mungkin dia jawab macam tu? Gila gamaknya.

            “Tadi, Rose pergi office, akak tak ada. Safira yang bagi tahu akak kat sini,” Hanna mengerutkan perlahan keningnya. Fira? Dia rasa, dia tak maklumkan kepada Fira hal ini. Dia ambil cuti hari ini.

            Tak apalah. Mungkin Fira tahu daripada Dayyan kot. Apa-apa sahajalah. Dia malas untuk berfikir tentang masalah remeh-temeh macam tu.

            Seketika pintu dibuka, muncul wajah Qarizh dengan beg di tangan. Nampak sangat dia balik ke rumah untuk ambil baju. Dia meletakkan beg itu di sisi katil.

            “How are you, sayang?” dia menggosok perlahan kepala Harraz. Harraz mengganggukkan kepalanya perlahan.

            “Harraz okaylah, daddy,” Qarizh mengangguk perlahan. Matanya terpandang kelibat perempuan lain di wad itu. Keningnya berkerut.

            “Kakak tu, nama dia Rose. Auntie Rose. Kawan mommy. Daddy tak kenalkah?” Qarizh menggelengkan kepalanya. Dia tak pernah tahu pula Hanna ada kawan nama Rose. Mungkin, selama 3 tahun ketiadaannya, Hanna berkawan dengan Rose. Mungkin.

            Tapi, muka gadis itu seakan familiar di matanya. Seakan dia sudah mengenali gadis itu.

            “Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?” soalan itu keluar dari mulutnya. Hanna mengerutkan kening. Dia memandang ke arah Qarizh dan Rose silih berganti.

            Kenapa dia macam nampak satu persamaan di antara mereka? Persamaan yang dia tak mampu ungkapkan? Betulkah apa yang ada di fikirannya hari itu? Tapi, mama Rose pun pure Scotland juga. Seperti Qarizh.

            “I think, kita pernah berjumpa kot. Ingat tak, you ambil Hanna kat back stage. I ada kat situ juga,” Rose menjawab perlahan. Getar juga hatinya.

            Wajahnya lebih mirip dengan wajah Ashley. Dia takut, yang Qarizh dapat mengenali siapa dirinya yang sebenar.

            Qarizh menganggukkan kepalanya berulang kali. Padanlah, dia macam pernah nampak.

            “Duduklah, Rose. Kenapa berdiri pula?” Hanna menegur. Rose seakan tersentak daripada khayalannya. Dia terus mengambil tempat duduk di sisi Hanna.

            “Daddy keluar jap,” Qarizh mengucup perlahan dahi Harraz sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Sepatah pun dia tidak bersuara kepada Hanna. Apatah lagi, mengerling ke arahnya.

            Hanna merenung belakang tubuh Qarizh yang menjauh. Dia tersentak apabila Rose menyentuhnya. Terus dia memandang ke arah Rose.

            “Rose nak kenalkan kak long kepada seseorang,” Hanna mengerutkan kening. Seseorang?

            “Siapa?”

            “Rahsia. Kan, Harraz?” Rose mencubit pipi Harraz lembut. Harraz menepis perlahan. Muka tidak senang ditunjukkan.

            Rose tersenyum lebar. Garang. Macam daddynya.

No comments:

Post a Comment