BAB 70
EZRA menutup
fail. Dia menongkat dagu. Cuba berfikir. Bagaimana reaksinya nanti apabila
bertembung empat mata dengan alongnya?
Hai, along! This is me, angah. Your adik.
Huh, no! Simpang malaikat empat puluh empat. Ada juga aku kena tendang daripada
tingkat 25 bangunan Hickman ini.
“Ezra!” Ezra tersentak. Dia merenung
tajam Dayyan yang sedang memandangnya sambil mengangkat fail.
“Where
are your manners, Dayyan?” tanyanya.
“Aku dah ketuk pintu bilik kau,
banyak kali, tapi tiada balasan. Itu yang aku redah masuk ja. Kau buat apa?
Berangan?” Dayyan berlalu masuk ke dalam bilik itu. Dia meletakkan fail di atas
meja Ezra dan kemudian mengambil tempat di hadapan Ezra.
Ezra hanya merenung Dayyan tajam
tanpa kata. Dayyan mengeluh lemah. Perlahan, dia berlalu ke pintu lalu mengetuk
pintu semula.
“Masuk,” arahan dikeluarkan daripada
mulut Ezra. Dayyan masuk dan mengambil tempat di hadapan Ezra.
“Kau asal? Muka ketat semacam
ja,” Ezra menghela nafas perlahan.
“Aku risaulah. Macam mana aku nak
jumpa along, esok?” Dayyan tergelak kecil.
“Kau takutkan along kau? Macam pelik
ja, Ezra. Hauzan Ezra takutkan abang sendiri? Kalau kau takut, kenapa kau ambil
tindakan macam ni? Ini, fail ni. Jumlah saham kau dah hampir dengan abang kau,
tau tak?
Kau kat kerusi ni sekarang, ada
abang kau tahu? Senyap-senyap, ja kau dah ambil tempat sebagai CEO Hickman
Group ni. Sekarang, baru kau tahu erti takut? Ezra. Ezra,” Dayyan
menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Ezra membuat muka. Suka hati dia ja,
nak mengata aku.
“Aku masuk dalam Group ni, atas
arahan papa aku tau? Kau jangan pandai-pandai buat cerita, aku debik kau kang!”
Ezra mengangkat tangan. Mengugut. Matanya dibuntangkan. Namun, reaksi Dayyan
tetap biasa.
“Cakaplah macam tu dekat abang kau.
Susah apa?” Ezra menepuk dahi. Benarkah Dayyan ni kawannya selama 9 tahun ni?
Kenapa lembab sangat, otaknya bertindak?
“Cakap senang. Yang nak
menghadapnya, aku. I wish kak long
akan ada esok. Kalau tak, seram aku nak berhadapan dengan along seorang diri,”
“You
wish. Setahu aku, puan Hanna dah bengang tahap dengan kau! Dibuatnya dia
buat-buat tak kenal kau, matilah kau. I
wish you a good luck, Ezra,” Dayyan menepuk bahu Ezra perlahan.
“Ya. Wish me luck,”
“Tu, fail. Baca. Itu ada list pemegang saham Hickman. Antara
manusia-manusia yang kau kena bertembung esok. Eh, Ezra! Rose datang tak,
esok?” Ezra mencapai fail itu. Dia membuka fail itu.
Dia merenung senarai itu.
Kesemuanya, ahli keluarga Hickman. Nampak sangat syarikat ini hanya diusahakan
oleh keluarga Hickman. Sistem warisan kekeluargaan. Hanya anak sulung yang akan
berkuasa dan menguasai.
“Entah. Dia cakap dia nak kahwin,”
balas Ezra selamba,
“Pardon?!”
berkerut kening Ezra. Dia mengangkat wajah. Dah, kenapa lelaki ini?
Menjerit tak tentu pasal.
“Dia nak kahwin. Apa masalahnya?
Daripada dia jadi andalusia, baik dia kahwin sekarang,”
“Rose? Nak kahwin? Wah! Such a great news. Dengan?”
“Qairul Haizril Al-Haytham,” tenang
namanya menyebut sepotong nama itu.
“Wah, hebat permainan keluarga kau!
Adik kandung Qarizh nak berkahwin dengan abang ipar Qarizh. Agak-agak kau, apa
reaksi along kesayangan kau?”
“He
will freak out,”
ROSE ralit
melakar lukisan itu. Satu demi satu, lakaran itu dilukisnya. Dia menyusun
kertas-kertas itu. Satu persatu lukisan itu diperhatikannya.
Okay. Baju tunang? Nak pilih style mana ya? Kita kena guna concept simple ja. Sebab baru tunang.
Tak akanlah nak bermegah pula? Kalau nak bermegah-megah, kita simpan untuk
majlis perkahwinan nanti.
Rose merebahkan tubuh. Dia tersenyum
lebar. Dapat dirasakan majlis perkahwinannya kali ini amat megah dan meriah.
Aku satu-satunya anak perempuan kot! Tapi, kalau di pihak lelaki, masih
meriahkah perkahwinannya?
Sebab, ibu bapa lelaki itu sudah 7
tahun pergi meninggalkannya. Rose mencapai telefon bimbitnya. Mesej dititipkan
kepada lelaki itu.
Rose : You nak buat wedding kat pihak you ataupun tak?
Atau, kita gabung sekali ja wedding kita? You pun hanya ada you dan kak long
ja.
Qairul : Kita gabung.
Rose : Tema? Baju? You nak pakai apa? Kemeja atau baju
melayu? Waktu bertunang, you nak datang atau tak?
Qairul : Terserah. Ikut suka hati you. Tunang? I tak
datang.
Rose : Ikut suka hati I? Boleh! You jangan complaint
nanti.
Qairul : I don’t care.
Rose mencebikkan bibir. Kerek. Bajet-bejet
tak kisah. Nanti, ada ja benda yang tak kena. Itulah. Inilah. Macam aku tak
kenal.
Rose menghembuskan nafas. Di
bibirnya, terukir senyuman lebar. Dia tak pernah terfikir jodohnya dan Qairul
kuat. Dan, dia berterima kasih atas anugerah ini.
“Adik!” lamunan Rose terhenti. Dia
berpaling ke arah Ezra yang sedang bersandar di pintu.
“Angah nak apa?” dia bersuara.
Malas. Dia bangun daripada perbaringannya. Memberi ruang kepada angah untuk
duduk di sisinya.
“Adik datang tak meeting esok?” Rose mengerutkan kening.
Dia bersila. Matanya memandang ke arah mata Ezra.
“Meeting
apa?” Rose mencapai planner miliknya.
Dia mencari tarikh 03.04.2018. Mencari andai terselit mana-mana mesyuarat yang
perlu dihadadirinya. Kosong. Tiada mesyuarat.
Yang ada hanyalah, shooting untuk company kak long dan dia perlu submit
rekaan baju perkahwinannya ke butik mama. Ada apa-apa lagi yang
tertinggalkah?
“Tak ada apa-apa pun. Kita ada meeting apa esok?” planner ditutup.
“Esok ada shareholder meeting Hickman Group. Dah lupa? Bolehlah jadi nenek
tua lepas ni,” Rose membuat muka. Sesuka hati limpa abangnya sahaja
memanggilnya tua.
“Hey, rambut adik still blonde tau! Tak ada warna grey yang terselit kat mana-mana. Pleaselah, angah. Cermin diri dulu
sebelum bercakap, okay?” Rose memintal-mintal rambutnya yang panjang mencecah
pinggang.
“Banyaklah kau! Nak pergi ke tak
esok? Pergilah, eh? Temankan angah,” Ezra menggenggam tangan adiknya. Matanya
merayu dan memujuk.
“Akan difikirkan. Get lost! Apa ni, masuk bilik anak dara
orang!” Rose menolak bahu Ezra kuat. Memaksa angahnya itu untuk keluar daripada
biliknya.
“Hello.
You are my adik, okay? Tak payah nak bajet sangat!” Ezra bangkit daripada
duduknya. Langkahnya terhenti di hadapan bilik Rose.
“Datang tau meeting esok. Jangan tinggalkan angah dengan along. Along kau tu,
seram!”
“Bawalah mama. Kenapa nak bawa adik?
Tengok mama, lentur jiwa keras along tu,” Rose memegang dadanya. Acah-acah,
seperti hatinya lembut dan cair.
“Banyaklah kau! Kalau dia mengamuk
esok? Kau nak tanggung?”
Rose menggaru kepalanya. Apa
bezanya? Apa-apa ja lah. Pening kepala aku ni dibuatnya.
No comments:
Post a Comment