written in the span of 2018 until 2019
QARIZH memarkirkan keretanya ke tepi taska itu. Cermin mata hitam dipakainya. Perlahan, dia menapak keluar dari kereta miliknya. Kereta yang sentiasa dipandu oleh abang Megat tidak dilihat di mana-mana.
“Aku cover line kat rumah, kau spend
masa elok-elok dengan anak kau,” kata-kata Qairul terngiang-ngiang di mindanya.
Dia menyandarkan tubuhnya di kereta.
Menati kehadiran Harraz. Sepatutnya sekarang Harraz dah balik.
“Daddy!!” Qarizh berpaling ke arah
suara kecil itu. Harraz berlari anak ke arah daddynya. Qarizh segera mendukung
tubuh kecil itu.
“Hai, sayang,” Harraz mengucup
lembut pipi Qarizh kemudian menyembamkan mukanya ke leher lelaki itu.
“Harraz rindu daddy,” Qarizh hanya
tersenyum nipis. Dia mengusap perlahan rambut Harraz.
“Tapi, perlukah merajuk dengan mommy
sampai macam tu?” soal Qarizh. Harraz memandang wajah Qarizh.
“Mommy bagi tahu daddy ke?” Qarizh menganggukkan kepalanya. White lie, Qarizh.
“Harraz nak jumpa daddy ja,” Harraz
mencebikkan bibir. Takut jika dimarahi oleh daddynya.
“Harraz, kadang-kadang bukan daddy
tak nak jumpa Harraz, tapi daddy sibuk. Buat sementara waktu ni, Harraz duduk
dengan mommy. Jaga mommy elok-elok. Nanti sampai masanya, daddy balik. Boleh?”
Harraz mengangguk perlahan. Akur dengan arahan daddynya.
Qarizh merenung wajah Harraz lama.
Dia pun tidak tahu bila lagi mereka akan bertemu kembali. Dia perlu menjauhkan
diri walaupun dalam hatinya tersiksa menahan rindu. Itulah hukuman yang paling
sesuai untuknya, kerana dia tak menghargai seseorang yang berada di depan mata.
HANNA merenung
jam di dinding. Selalunya Harraz dah balik waktu-waktu macam ni. Hanna membawa
dirinya berlalu ke bilik Harraz. Kosong. Tiada tanda-tanda yang dia dah balik.
Pelik ni.
“Harraz! Harraz!!” dia
memanggil-manggil nama Harraz. Namun, tiada jawapan yang diterimanya. Mana
Harraz ni? Tak balik lagikah? Biar betul?
Hanna berlalu ke arah lif. Butang
yang menuju ke ruang tamu ditekan. Dia sudah tak mampu untuk naik turun tangga.
Rumah yang bertingkat-tingkat ini terlalu besar untuk dia bergerak dengan
menggunakan tangga.
Hanna berlalu ke luar rumah. Dia
mencari kereta yang selalu Abang Megat gunakan untuk mengambil Harraz. Ada
sahaja. Kereta yang lain dilihat. Semuanya cukup, hanya kereta yang digunakan
oleh Qairul sahaja yang tak ada.
L2 yang melihat kelibatnya segera
menghampirinya.
“Kenapa, puan?”
“Panggilkan Abang Megat,” L2 segera
berlalu. Hanna menggetap bibir. Selalunya Harraz dah ada waktu-waktu macam ni.
Mengganggunya di bilik. Merajuk tak habis lagi ke?
Seketika kemudian, muncul wajah
Abang Megat di kornea matanya.
“Mana Harraz?” berkerut kening Abang
Megat dibuatnya. Risau Hanna dibuatnya. Harraz dah balik ke?
“Bukan tuan Qairul bagi tahu yang
dia nak ambil Harraz ke?” penyataan yang dikeluarkan dari Abang Megat
membuatkan Hanna terkedu. Qairul? Biar betul?
Dia terus menghubungi Qairul.
Seketika kemudian, suara Qairul muncul di corong telefon.
“Mana Harraz? Sekarang dah pukul
2.30 petang. Abang bawa dia pergi office ke? Atau, abang lupa ambil dia? Dia
keluar pukul 12.30 tadi lagi,” Hanna mengambil tempat duduk di buaian. Perut
yang semakin membesar membuatkan dia tidak mampu untuk berdiri lama lagi.
“Harraz? Haah, Harraz ada dengan
abang. Jap, abang hantar dia balik,” panggilan itu terus putus. Berkerut kening
Hanna dibuatnya. Betulkah Harraz ada dengan dia ni?
“Macam mana, puan? Harraz ada dengan
Tuan Qairul ka?” Hanna hanya mengangguk untuk menjawab soalan daripada Abang
Megat. Abang Megat menghela nafas lega. Hanna hanya memberikan senyuman nipis.
Separuh hatinya masih sangsi dengan
kata-kata Qairul. Betulkah Harraz ada dengan Qairul?
Munculnya sebuah Mercedes berwarna
hitam gelap seakan menjawab teka tekinya. Plat yang tertulis QRZ 2010 semakin
menguatkan gerak nalurinya. Qarizh.
Hanna bangkit dari duduknya.
Tepatlah jangkaannya ini. Harraz keluar dari kerusi penumpang dan berlari ke
arahnya.
“Mommy!!” Harraz memeluknya erat.
“Harraz minta maaf,” namun, sekarang
ini ayat yang dituturkan oleh Harraz seakan biasan angin di wajahnya. Dia sudah
tidak dapat menumpukan perhatian. Matanya hanya tertumpu kepada Qarizh yang
sedang keluar dari keretanya. Cermin mata yang terletak elok di wajahnya
menambahkan lagi karisma pada lelaki itu.
“Harraz, naik atas. Mommy nak cakap
dengan daddy,” kata-katanya mungkin untuk Harraz tapi matanya tidak lekang dari
memandang lelaki itu yang berjalan mendekatinya. Rindunya dia kepada lelaki itu
seakan tiada hentinya.
“Okey! Daddy, bye!” Harraz mengucup
pipi Qarizh sekilas sebelum berlari masuk ke dalam rumah.
“L2,” panggil Hanna. L2 segera
menuju ke arah Hanna. Seketika mata Hanna berpaling ke arah L2.
“Lepas ni, letak bodyguard di sekitar tadika Harraz.
Jangan biarkan Harraz terlepas daripada pandangan mereka. Dan, halang Qarizh
daripada berjumpa Harraz. Bagi tahu guard
yang jaga pagar. Jangan lepaskan Qarizh masuk lagi ke dalam perkarangan rumah
ini,” arah Hanna tepat di hadapan mata Qarizh.
Biar Qarizh tahu bahawa dia sudah
mengunci lelaki itu di luar perkarangan hatinya. Jauh dari gapaiannya. Namun,
wajah lelaki itu hanya beriak biasa. Tak terlintaskah apa-apa di hati lelaki
ini? Teringin sekali untuk dia selami hati lelaki itu.
“Tinggalkan kami bersendirian,” arah
Hanna kepada L2 dan Abang Megat yang sentiasa di sisi mereka.
“An
explanation, please?” Hanna memeluk tubuh. Matanya memandang tajam ke arah
mata Qarizh. Namun, dia tak tahu pandangan mata lelaki itu macam mana. Matanya
terlindung dengan kaca mata hitam yang dipakainya.
Belum sempat lelaki itu membuka
mulut, kereta milik Qairul meluncur laju ke perkarangan rumah. Hanna mengeluh
lemah.
“Partner
in crime awak datang dah,” ujar Hanna perlahan. Qairul melangkah keluar
daripada keretanya dan melangkah laju ke arah Hanna.
“Harraz mana? Sorry lah, Hanna. Abang terlupa ambil Harraz tadi, jadi abang
suruhlah Qarizh ambil, sebab office
dia kan lagi dekat dengan tadika Harraz,” Hanna tersenyum sinis. Dia fikir aku
budak kecil kot. Nak tertipu dengan penipuan sebegini.
“Lately,
Hanna semakin confuse. Abang Hanna
yang berada di hadapan Hanna ketika ini, adalah sebagai abang Hanna atau kawan
baik Qarizh?”
“Mestilah abang Hanna,” Qairul
memeluk erat bahu Hanna. Eh, budak ni! Main peluk-peluk pula. Hati aku tengah
panas ni.
“Jadi, kenapa abang bersekongkol
dengan dia ni, untuk ambil Harraz daripada Hanna?! Abang tahu kan, yang Hanna
tak boleh hilang Harraz!” Qairul terus mengangkat tangannya. Kantoi sudah.
“Tak lah. Harraz rindukan daddy dia.
Jadi, abang..”
“Abang apa?!” Hanna terus memotong
kata-kata Qairul. Dia menjeling Qairul tajam. Matanya kembali mencerlung tajam
ke arah Qarizh.
“Sekali lagi saya nampak awak dekat
dengan Harraz, you will be sorry,”
Hanna menunding satu jari tepat di dada Qarizh. Menolak lelaki itu menjauhinya
dalam masa yang sama memberikan satu amaran tegas buat lelaki itu.
Qarizh menarik jemari Hanna lalu
memaksa Hanna menyalaminya. Terkedu Hanna dibuatnya dengan gerak langkah Qarizh
yang kasar namun lembut itu.
“I’m
going to Dubai. Jangan risau, bukan setakat orang, bayangnya pun tak akan
dekat dengan awak lagi. Saya jumpa Harraz untuk kali terakhir. Dia dah tahu,
jadi tak perlu menipu dia lagi,”
Usai sahaja kata-kata itu dihambur
keluar dari mulutnya, Qarizh terus berlalu ke arah keretanya dan memecut laju
meninggalkan perkarangan rumah itu. Meninggalkan Hanna dan Qairul
terkulat-kulat sendirian.
“Dia nak pergi Dubai? Seriously, tak bagi tahu aku pun,”
Qairul terus berlalu ke keretanya. Hala tujunya dibawa untuk mengejar kereta Qarizh.
Dia perlukan penjelasan. Dia tak pernah dengar apa-apa tentang Qarizh hendak
pergi ke luar negara. Jadi, kenapa tiba-tiba?
Hanna terkedu di situ. Dia nak pergi
Dubai. Sedangkan, aku ingin melahirkan anaknya tak lama lagi? Dia tak nak
iqamatkan anak diakah? Dia tak nak tengok wajah anak diakah? Hanna menahan
tubuhnya yang seakan ingin rebah ke dinding.
Dia memang tak ada hati! Tergamak
dia buat aku macam ni!
“KAU
nekad dengan keputusan kau ke Qarizh?” Qairul menyandarkan tubuhnya di dinding
bilik tidur Qarizh. Gambar perkahwinan mereka masih menghiasi bilik itu.
“Kau nampak macam aku main-mainkah,
Qairul?” Qarizh mengeluarkan satu bagasi besar. Bagasi itu diletakkan ke atas
katil.
“Seriously?
Hanna dah nak due, Riz. Kau tak
nak tengok baby kaukah, Riz?” Qairul
cuba berdiplomasi. Cuba memujuk lelaki itu daripada berlalu ketika ini.
“Siapa kata aku nak pergi sekarang?”
terbuntang mata Qairul dibuatnya. Dia terus meluru ke arah Qarizh.
“Habis tu? Semua ni? Bagasi ni?
Kata-kata kau kepada Hanna? Harraz?” Qarizh tersenyum sinis. Beberapa helai
baju dikeluarkan daripada walk-in
closetnya.
“Aku akan pergi. Lepas Hanna
bersalin nanti. Dan, aku tak rasa aku boleh jumpa Harraz lagi. Hanna dah letak bodyguard di sekeliling Harraz,” Qarizh
melipat baju itu. Dia tersentak apabila bajunya dirampas oleh Qairul.
“Jangan kemas lagi, kau buat aku
rasa macam kau nak pergi esok,” Qarizh hanya menggelengkan kepala. Baju lain
dicapainya.
“Dah, keluar dari bilik aku. Kau
buat aku rasa pelik. Berdua dengan lelaki dalam satu bilik, bilik tidur pula
tu. Kau pula tak kahwin lagi,” Qairul membuntangkan mata.
“Apa kaitan status aku dengan
situasi ni?” Qarizh memandang Qairul lama. Pandangannya tanpa perasaan. Qairul
mengangkat tangan.
“Okay, okay. Aku keluar. Nanti,
waktu Hanna bersalin, aku call kau. Datang tau! Aku tak nak iqamatkan anak
kau,” kata-kata Qairul membuatkan tingkah laku Qarizh terhenti. Iqamat?
“Perempuan?” Qairul mengangguk
perlahan. Qarizh tersenyum lebar. Terkedu pula Qairul melihatnya. Sudah lama
dia tak melihat senyuman yang sebegitu indah terbit di bibir Qarizh.
“Qaireen Haisya,” kening Qairul
terjongket.
“Pardon?”
“Bagi nama tu. Cakap daripada pihak
kau,” Qairul mengangguk perlahan. Laju ja nama anak keluar dari mulut dia ni.
Atau, memang dia dah rancang.
“Nama tu memang kami pilih dulu.
Qarizh Harraz atau Qaireen Haisya,” Qairul mencebikkan bibir. Padanlah senang
sangat nama anak keluar dari bibir dia. Dah memang dalam otak rupanya.
“Aku balik dulu,” Qairul berlalu
keluar dari bilik Qarizh. Namun, langkahnya terhenti seketika apabila suara
Qarizh menjengah pendengaran telinganya.
“Jaga dia untukku,”
No comments:
Post a Comment