Bab 68
“KENAPA
kita ada kat sini?” Qarizh turun daripada kuda hitam miliknya. Kuda itu diikat
di pokok di sisi kuda putih milik Hanna.
“Sengaja. Nak imbau kenangan lama.
Kenapa, tak boleh?” Hanna berpaling ke arah Qarizh. Namun, langkahnya dibawa ke
belakang. Menuju ke tempat persembunyian miliknya 8 tahun lepas.
Tempat persembunyian yang tak lagi
menjadi rahsia selepas Qarizh dalam diam mengikuti jejak langkah kuda putih
miliknya. Tempat di mana pertama kali mereka berbual mesra. Tempat di mana dia
membawa diri tatkala pilihannya tak diterima. Tempat di mana lelaki itu
memujuknya untuk kembali kepada keluarganya.
“It
feels weird. Dah lama saya..”
“Aipp!” suara Hanna lantang menegur.
Walaupun jarak mereka agak jauh, dia dapat mendengar lelaki itu membahasakan
dirinya saya. Susah sangat ke nak tune lidah tu?
“It’s
been forever, since the last time I went here,” terjongket kening Hanna.
Punya nak melarikan diri daripada sebut abang. Speaking english pun sanggup kau! Aku rasa kalau dia tahu bahasa French, mahu dia cakap French daripada bahasakan diri abang.
“Kan? And, it’s been forever since the last time I drew,” Hanna duduk di
atas rumput.
Pemandangan indah itu
mengasyikkannya. Dia mengeluarkan buku lukisannya. Pensil cuba digoreskan.
Mencuba dengan sesuatu yang menjadi minatnya dahulu. Butterfly.
Oh
God! Dah makin susah. Hanna merenung lukisannya, sudah tak secantik dahulu.
Perkahwinan ini memang mengubah segalanya. Tanpa sedar, dia tersenyum tawar.
Dia telah berubah tanpa relanya. Mencuba menjadi lebih matang untuk berdiri di
samping Qarizh Hauzan yang beku.
Tanpa sedar, dia melepaskan minatnya
pergi. Tanpa sedar, tangannya tidak lagi menconteng kanvas. Tanpa sedar,
separuh dari dirinya pergi. Tiada lagi Hanna yang nakal dan riang. Yang tinggal
hanya Hanna yang matang dan diam.
Dia tersentak apabila Qarizh
mengambil tempat di sisinya.
“Menyesal?” Hanna mengangkat muka.
“Maksud?”
“Me,
coming into your life?” mata Hanna bertembung dengan mata Qarizh. Dalam
riak mata lelaki itu, ada sejuta perasaan yang tak mampu diluahkan dengan kata.
“You
lost a part of you. Just because of me. Just because you want to stay by my
side. Dah sedar tentang kesilapan tu?” Hanna menundukkan wajah. Dia
mengukirkan senyuman paksa.
“Hanna tak menyesal sebab masuk
dalam kehidupan abang. Tapi, Hanna menyesal sebab Hanna biarkan diri Hanna
berubah mengikut keadaan. Kalau dari dahulu, Hanna kekal dengan sikap Hanna
yang nakal. Yang buat kerja suka ikut kepala sendiri, mesti abang tak akan jadi
macam ni.
Abang akan berubah menjadi seorang
yang ceria dan mampu untuk berterus terang dengan perasaan sendiri. Bukan,
bersembunyi di sebalik riak muka yang kosong,” Hanna mengangkat mukanya. Dia
memandang muka Qarizh lama.
“Let’s
take all the things happen in a positive way. Not a negative way. Kita tahu
yang kita sama-sama bersalah. Daripada menyesali dan menyalahi, kenapa kita tak
tukar perjalanan hidup kita untuk menjadi lebih indah?” Hanna tersenyum.
“Bukankah sekarang masa itu lebih
sesuai? Hidup kita ada aturannya, ada penjaganya. Mungkin 8 tahun yang terbuang
selama ini, lebih baik dibiarkan begitu? Sebab kalau perkara yang sama jadi
sewaktu 8 tahun lepas, Hanna tak rasa kita masih mampu duduk bersebelahan macam
ni.
Masa itu mengajar dan masa itu
mematangkan. Masa itu mengubati dan masa itu merawat,”
“Tetapi, ada luka yang tak mampu
dirawat dengan masa,” Qarizh memotong bicara Hanna. Hanna tersenyum lebar. Dia
menyentuh dada Qarizh lembut.
“Kerana, hati tak mencuba untuk
memaafkan,” tenang dia bersuara. Qarizh tersenyum sinis.
“How
can I forgive her? The one who let me alone by myself?” Hanna hanya
mendengar. Dia sudah mula meluahkan. Inilah perkara yang dia nantikan selama
ini. Menanti lelaki itu membuka mulut, bukan melalui paksaannya.
Cukuplah sekali dia memaksa, dan
akhirnya hampir mengorbankan diri dan nyawa lelaki itu.
“Who?
Your mama?” dia masih ingat dengan jelas ayat lelaki itu. Ayat yang
mengunci dirinya daripada menghampiri.
“Everyone have a secret that you can’t tell anyone. And,
I will not tell you,”
“Yes. Mama. Apa perasaan awak, di saat semua orang ada mama, saya tak ada
mama? Di saat semua orang balik ke dalam pangkuan ibu masing-masing, saya balik
dalam pangkuan pemandu? Apa perasaan awak, andai awak ingin menceritakan
tentang hari awak kepada mama, dan dia menolak awak hanya kerana perasaannya?
Apa perasaan awak, andai awak pulang
ke rumah hanya untuk melihat mama awak mabuk dengan arak? I was just 6 years old! I can’t think. I only need her. I only want
her. Tapi, dia tinggalkan saya dan papa macam tu ja!
Hanya disebabkan lelaki lain! She’s a selfish!”
Nada Qarizh semakin keras. Dadanya
semakin berombak kencang. Matanya kian berkaca. Dia masih belum mampu
melupakan. Dia masih belum sembuh daripada luka itu.
Hanna menggenggam perlahan tangan
Qarizh. Memberikan sokongan daripada pegangannya.
“And,
I can’t think. I was just 7 years old, when I tried to committed suicide, for
the first time. I felt like. Better
aku mati, kalau aku hidup pun untuk apa? Aku tak ada mama. Papa pula hanya
sibuk dengan kerja. I was left alone.
Don’t
you think, I’m crazy? I desperately needed their love, but they don’t even there.
Awak tahu, lepas saya kelar leher sendiri dengan kaca. Saya berfikir, mama akan
datang kembali kepada saya. Saya fikir, mama akan datang dan pujuk saya. Tapi,
kosong.
Saya bangun daripada lena yang
panjang. Tapi, kosong. Tiada langsung orang dalam wad itu. I was left alone. Macam saya hidup dalam dunia saya sendiri. Tiada
yang ambil kisah. Tiada yang ambil peduli.
Saya kuatkan diri juga. Saya cuba
untuk survive. 27 tahun, Hanna. 27
tahun! Saya tunggu mama datang kembali dalam hidup saya. Saya menunggu dan
menunggu. Macam orang bodoh. Saya tak nak mencari, dia yang pergi daripada
hidup saya. Jadi, kenapa saya perlu mencari?
Saya marahkan papa, sebab papa nak
cari mama. Tapi, dalam hati saya, saya pun nak cari mama. Tapi, saya tak tahu.
Masih sudi lagikah mama tengok muka saya?”
Air mata jatuh di pipi lelaki itu.
Perlahan, Hanna menarik tubuh lelaki itu ke dalam pelukannya. Dia mengusap
lembut belakang tubuh lelaki itu.
“Awak tahu tak? Setiap kali mama
mabuk, dia tak akan kenal saya. She keeps
on questioning me. Who are you? Kau anak akukah? Dia tak kenal saya
langsung. Saya anak dia, tapi dia tak kenal saya. Apa perasaan awak?
Apa perasaan awak, kalau awak jadi
saya? Apa perasaan awak? Starting from
that day, I hate women. Kenapa saya perlu sayangkan seorang wanita, andai
mereka hanya mampu menyakiti saya? I’ve
been hurt so much.
Until
I met you. I don’t know what kind of force that you apply on me. I tried
hitting on you. I tried to make you mine. Tapi, saya bersumpah dengan hati
saya. Saya tak akan biarkan diri saya terluka lagi. So, instead of loving you. I’m hurting you,”
Hanna menahan rasa. Apabila cerita
tentang dirinya dibuka, dia jadi lemah. Dia mencuba untuk kuatkan diri. Menahan
rasa.
“Awak tahu tak, bila saya dapat tahu
parents awak meninggal, saya teringin
sangat untuk balik. Bahkan, saya dah balik dah pun. Tapi, saya tak munculkan
diri. Saya tak nak. Saya tak nak jadi lemah. Saya tak nak pujuk awak menangis.
Saya tak nak tenangkan awak yang menangis.
Sebab kalau saya pujuk awak, jaga
awak. Saya akan makin jatuh kepada awak. Sedangkan, saya sudah berjanji dengan
diri sendiri untuk tidak jatuh hati dengan mana-mana wanita. Saya bencikan diri
sendiri sebab menyakiti awak. Saya bencikan diri sendiri sebab mencintai awak. I just hate myself.
Saya bencikan diri sendiri yang tak
sempurna untuk awak. Saya bencikan diri sendiri sebab saya tak mampu beri awak
kasih sayang yang awak perlukan. I just
hate myself. Tapi, saya lagi bencikan diri sendiri sebab awak masih kembali
kepada saya.
Kenapa Hanna? Apa yang ada pada saya
sampai awak cintakan saya sampai macam ni sekali? Apa yang ada pada saya yang
mengikat awak dengan saya? Apa yang istimewanya saya, sampai awak maafkan saya
sedangkan berulang kali saya menyakiti awak? Apa yang ada pada saya?”
Qarizh memegang bahu Hanna. Memaksa
mata Hanna memandangnya. Mata itu berkaca. Mata itu menjatuhkan airnya,
menangisi bicara lelaki itu.
“Abang telus dalam setiap perbuatan.
Apa yang abang rasa terbaik, itulah pilihan yang abang ambil. Hanna tak akan
salahkan abang atas setiap perkara yang abang buat. Because you are just protecting yourself. And in the same time, you
tried to protect me.
Setiap perkara yang abang buat,
semuanya untuk Hanna. Untuk kebaikan Hanna. Abang beri waktu untuk Hanna
bersendiri, abang tunaikan semua permintaan Hanna. Abang tak pernah berselindung.
Kalau abang nak sakiti Hanna, abang
sakitkan Hanna secara berdepan. Abang tak pernah sorok Shakira daripada Hanna.
Abang tayang dia depan-depan Hanna. Tanpa sebarang perasaan bersalah.
Waktu abang jaga Hanna, setiap
perkara yang abang lakukan lahir daripada hati abang yang telus. Abang tak
pernah berpura-pura. Jadi, macam mana Hanna tak sayangkan seorang lelaki yang
bernama Qarizh Hauzan ni?
Abang merupakan seorang lelaki yang
berani. Selamba ja berdepan dengan arwah parents Hanna sebab nak kahwin. I inspire that. Tak ramai lelaki yang
mampu buat macam tu. Kebanyakan lelaki hanya nak bercinta dalam diam. Tak
komited. Dan, tak serius.
Hanna tak tahu bila hati Hanna ni
berdegup hanya kerana nama abang. Daripada pertemuan pertama kita? Tak. Tak. Tak
mungkin. Entah sejak bila, hati Hanna ini dah sepenuhnya dimiliki oleh abang.
Apa yang ada pada abang? Abang ada
hati yang telus mencintai, biarpun tersakiti,” Hanna tersenyum lebar. Air mata
yang berada di pipi, diusapnya lembut. Habis make-up I! Nasib water
resistant. Kalau tak! Mahu hitam pipi dibuatnya disebabkan maskara.
“Betul Hanna tak menyesal sebab
berjumpa dengan abang?”
Hanna menggeleng laju.
“Kenapa perlu menyesal? Kalau abang
yang mengajar Hanna erti kematangan dan mengajar Hanna untuk berdikari? Just look at the bright side. Jangan
asyik terpengaruh dengan hitam yang gelap. Putih itu lebih suci,”
Sejenak Hanna tersedar. Dia
memandang ke arah Qarizh. Abang? Dia bahasakan diri dia abang?
Wah!
“Kenapa pandang abang macam tu?”
Betul! Aku tak bermimpi. Dia memang
bahasakan diri dia abang. Wah, it such a
great improvement.
“Abang baru ja bahasakan diri abang
sebagai abang,”
“Kenapa? Tak suka. Kalau tak suka,
abang..”
“No!
No! Jangan!” Hanna segera menutup mulut Qarizh daripada menuturkan sebarang
perkataan.
“Bahasakan diri abang. Jangan tukar
dah. I love the way you call my name.
Hanna. It sounds special and I feel
special,”
Hanna tersengih lebar. Qarizh hanya
menggelengkan kepalanya. Setahunya, semua orang panggil Hanna dengan panggilan
Hanna. Apa yang specialnya? Tak faham
dia. Perempuan. Semuanya complicated.
No comments:
Post a Comment