Friday, 4 February 2022

QUEEN : BAB 19

 Bab 19

“HAI!” Hanna tersenyum lebar. Wajah Dhia yang terlopong hanya dipandang dengan senyuman yang melebar. Dhia merenung Hanna dari atas ke bawah. Melihatkan sebuah bagasi di sisi Hanna, membuatkan dia kembali memandang Hanna.

            “Wah, Qaireen Hanna! Lari rumah? Seriously? Are you sure that you won’t go home exactly at 9 p.m.?” Dhia merenung jam. Jarum jam menunjukkan nombor 6.

            “Kali ini aku tak akan balik rumah. Biar abang aku pula yang cari aku,” Hanna mengangkat beg untuk masuk ke dalam rumah Dhia. Dhia sepupunya. Jadi, tabiat biasa dia apabila lari rumah ialah datang dan spend masa di rumah Dhia. It will be, girls’ day out.

            “Yalah tu. Kau jangan datang ke bilik aku hanya untuk merayu suruh aku call abang kau. Aku tak akan buat macam tu lagi. Dan, kali ini apa sebabnya? Gaduh tentang apa? Ayah kau suruh kau balik rumah sebab dia nak buat kerja di office? Kau rosakkan pasu kesayangan ibu kau, then dia marah kau? Kau gaduh dengan abang kau sebab dia tak layan kau?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Dhia.

            Hanna mencebikkan mulut. Dhia buatkan dia rasa macam kanak-kanak yang memberontak sebab perlukan kasih sayang.

            “Itu lain. Itu aku merajuk. Sekarang ni, pelan aku nak lari rumah. Kau buat aku rasa macam aku ni kanak-kanak yang kekurangan kasih sayang, tahu tak?” Hanna terus mengheret bagasinya ke bilik Dhia. Dhia terus mengikut langkah Hanna.

            Disebabkan terlalu biasa dengan rumah itu, Hanna tak perlu untuk bertanya Dhia di manakan tempat tidurnya. Sebab dia tahu, dia akan tidur di bilik yang berhadapan dengan bilik Dhia. Itulah tempatnya setiap kali dia terasa hati dengan keluarganya. Sounds like a girl who used to rebel kan? Tak adalah, tapi dengan cara itu sahaja dia dapat merasa risaunya seorang ayah. Rindunya seorang ibu dan sayangnya seorang abang. Called me anything, but I want to have their attention.

            “Mana Mazda kau? Aku tak nampak kereta pun. Kau naik apa? Mers? BMW? Ferrari?” Hanna memberhentikan langkah. Dia berpaling ke arah Dhia.

            “Kau pernah nampak orang lari rumah naik kereta? Handphone aku pun, aku off tau,” Dhia memeluk tubuh.

            “Habis, kau jalan kaki datang rumah aku? Orang lari rumah, jalan kaki tau,” Hanna membuat muka. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Aku tak akan biarkan kaki kesayangan aku ni bekerja teruk. Untuk joging, mungkin aku jalan kaki. Tapi, nak jalan kaki daripada Damansara ke Putrajaya? Kau buat lawak? Putus dulu kaki aku. Aku naik teksi, aku tinggalkan Mazda aku kat tepi jalan,” Hanna terus membuka pintu bilik.

            Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Oh, rindunya aku dengan katil ni. Walaupun ni bukan bilik aku, tapi inilah port aku selama ini.

            “Seriously? Kau tak risau Mazda kesayangan kau hilang?” Dhia melabuhkan punggung di sisi Hanna. Seriously, dia ni. Tahulah harta belambak pun, tapi Mazda kot noh.

            “Dhia Syarafana Al-Haytham. Tak ada hilangnya Mazda aku tu. Within a few minutes, L2 akan ambil kereta aku bawa balik. Dia kan body guard setia aku. Dan, sekarang ni mesti dia mencuba untuk call aku berkali-kali. Then, dia akan call kau,”

            Tidak semena-mena, Iphone milik Dhia berbunyi. Hanna menjongket kening. Kan aku dah cakap.

            “Jangan angkat call tu. Kau bagi tahu dia kat mana aku, aku lari sampai ke ceruk dunia. Kau tengoklah,” Hanna memberikan amaran. Dhia hanya merenung telefonnya berbunyi. Sorrylah L2. Cik muda kau memang macam ni.

            “So, kali ini kau merajuk sebab apa? Pelan kau untuk lari rumah berapa jam? 3 jam? 5 jam? 10 jam?” Dhia bersuara sinis.

            Hanna membuat muka. Apa kelas nak lari rumah untuk beberapa jam?

            “Ayah dan abang aku tak bagi aku kahwin dengan Qarizh,” Hanna bersuara. Dia merenung siling. Kekadang, dia terfikir. Kenapa prejudis abangnya kepada Qarizh sampai begitu sekali? Tapi, dia menepiskan semua segala jenis prasangka. Sikap Qarizh yang tenang memikat hatinya. Menjadikan Qarizh raja di hatinya.

            “Baguslah tu!” suara girang Dhia membuatkan Hanna merenung Dhia tajam. Perlukah dia masuk dengan pakatan abang aku tu?

            “Kau memang nak aku lari dari rumah kaukah?” Dhia terus mematikan senyumannya. Bukan boleh kira dengan Qaireen Hanna Al-Haytham. Dia lari betul dari rumah ni, jadi satu kerja pula nak mencarinya.

            “Okay, so kau nak lari rumah sampai bila?”

            “Sampai esok,” tenang Hanna menjawab. Terbuntang mata Dhia. Esok ja? Baik tak usah lari rumah! Membazir tenaga body guard lah dia ni.

            Hanna hanya membiarkan Dhia sebegitu. Di kepalanya sudah ada beberapa pelan yang tersembunyi. Dhia tak perlu tahu. Kalau Dhia tahu tentang rancangannya, abangnya akan tahu. Dan, rancangannya akan gagal.

 

“HANNA!” Dhia menjerit daripada bawah. Mana dia ni? Breakfast dah sedia. Tak bangun lagikah? Dah pukul 10 pagi ni. Tak akanlah tak bangun lagi? Selalunya, waktu-waktu macam ni, dia dah bangun tidur.

            “Hanna!” sekali lagi Dhia menjerit. Keningnya berkerut. Macam pelik ja. Dhia melangkah naik ke tingkat atas dan berlalu ke bilik Hanna.

            Dia mengetuk pintu perlahan namun tiada jawapan. Jangan kata.. Dia dah betul-betul lari dari rumah ni! Dhia membuka pintu kasar. Kosong. Bilik itu kosong!

            Dhia mencari bagasi milik Hanna. Tiada. Dhia menggetap bibir. Mampuslah aku macam ni! Hanna pergi mana?!

            Dhia terus berlari anak ke biliknya. Iphone dicapai lalu dia menghubungi Qairul. Tolonglah angkat. Please. Seketika kemudian, kedengaran suara Qairul di hujung talian.

            “Abang, Hanna lari rumah!” Dhia bersuara panik.

            “Memanglah dia lari rumah. Dia ada kat rumah Dhia kan?” Dhia menggeleng laju. Alamak, lupa pula pak cik ni tak nampak.

            “No! Semalam Hanna ada kat rumah Dhia, tapi hari ni dia hilang. Dhia tak tahu Hanna pergi mana. Dia tak bagitau Dhia apa-apa pun,” Dhia mundar-mandir. Gentar pun turut ada di hatinya. Macam mana kalau Qairul marahkan dia? Ah, dia tak sanggup menerima amarah dari crushnya.

            “Seriously? Dah try call dia?”

            “Belum. Hanna off phone dia. Dari semalam. Dia cakap dia nak balik rumah hari ni, tapi dia dah hilang. Dhia tak tahu dia kat mana. Abang, macam mana ni? Hanna macam lain ja,” Dhia duduk di kerusi. Dahinya dipicit perlahan. Aduhai Hanna, kau pergi mana ni?

            “Kenapa Dhia tak beritahu abang dari semalam?” Dhia terdiam. Kalau dia bagi tahu, Qairul datang ke?

            “Tak apalah. Abang try cari dia. Assalamualaikum,” panggilan itu dimatikan. Dhia mengusap rambutnya. Hanna, mana kau??

 

QAIRUL menghempaskan telefon itu ke lantai. Hanna hilang! Dia menggetap bibir geram. Pasti lelaki itu ada kena mengena dalam hal ini! Qairul mencapai kunci keretanya lalu berlalu ke pintu keluar.

            “Qairul nak pergi mana? Nak ambil Hanna ke? Dia dah call?” suara ibu mematikan langkahnya. Macam mana dia nak bagi tahu ibu yang Hanna dah lari dari rumah Dhia? Tapi, macam mana pun ibu kena tahu juga. Adoyai, Qaireen Hanna. Kau buat aku sakit kepala!

            “Atau, Hanna lari lagi? Pandang muka ibu, Qairul!” perlahan Qairul memalingkan badan. Berhadapan dengan ibunya.

            “Hanna lari lagi kan? Hanna tak ada di rumah Dhia kan?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut ibu. Bisu Qairul menjawab persoalannya.

            “Ibu dah cakap dari semalam, kejar dia. Bawa dia balik. Tapi, apa Qairul balas kat ibu? Hanna akan balik. Dia akan balik semalam. Tapi, tak kan? Semalam, ibu paksa Qairul pergi cari Hanna, sebab dah nak dekat pukul 12 tengah malam, Hanna still tak balik. Tapi, Qairul cakap Hanna dengan Dhia. Qairul tak bagi ibu risau. Tapi, sekarang?! Mana Hanna, Qairul?! Mana Hanna?!”

            Tempikan ibu bergema. Qairul hanya menutup mata. Dia tahu itu silapnya. Dia terlalu yakin yang adiknya tak akan seberani itu. Tapi, apa yang dihadapinya sekarang memang tak terjangka. Cinta itu buta! Dan adiknya sudah dibutakan dengan cinta!

            “Don’t worry, ibu. Qairul dengan body guard akan cari Hanna. Kalau kita tak dapat juga, kita report polis. Dia tak mungkin pergi jauh. Hanna tak seyakin itu. Dia takut untuk pergi luar negara, jadi dia tak akan berani untuk pergi jauh,” Qairul bersuara yakin tapi dibalas dengan senyuman sinis ibu.

            “Hanna tak berani Qairul cakap? Hanna berani, Qairul! Kenapa Hanna tak pergi luar negara? Kenapa dia tak pergi further study kat luar negara? Itu semua sebab ibu! Ibu yang tak benarkan dia pergi. Dia lebih dari berani, Qairul. Dia berani!

Sekarang, Qairul call administration, blacklist Hanna dari pergi luar negara. Matikan semua kad kredit dia. Bekukan akaun dia. Jangan bagi dia keluar Malaysia. Cari dia sampai dapat!” ibu mengeluarkan arahan.

Qairul menganggukkan kepalanya. Tanda memahami. Dia terus berlalu keluar dari rumah. Sasaran utamanya kini hanya seorang lelaki. Dan, dia yakin lelaki itu ada kaitan dengan semua kekecohan ini!

No comments:

Post a Comment