Saturday, 4 February 2023

QUEEN : BAB 66

 Bab 66

TERSENTAK Hanna dibuatnya apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Telefonnya dicapai. Private number.

            Hatinya bengang tiba-tiba. Inilah nombor yang selama ini mengganggu ketenteraman hatinya. Membuatkan dirinya terasa bagaikan diintip.

            Tanpa berlengah, panggilan itu diangkat.

            “Who are you?” soalan itu terus terpacul dari mulutnya. Qarizh mengangkat wajah. Buku yang dibaca tidak lagi menarik perhatiannya. Matanya difokuskan ke arah Hanna yang sedang bersuara tegas.

            “Hanna, ini mama. Maaf kalau mama menganggu Hanna,” terpaku Hanna dibuatnya. Matanya terus memandang ke arah Qarizh. Dan, nyata. Lelaki itu sedang memandang ke arahnya.

            Dia terus bangkit daripada duduk dan keluar daripada wad VIP itu.

            “Kenapa puan call saya? Puankah orang yang selalu mesej saya benda-benda pelik macam tu? Puan dah lama perhatikan sayakah? Sejak daripada 8 tahun lepas?” bertalu-talu soalan muncul dari bibirnya. Dia mempunyai terlalu banyak soalan.

            Setiap kali mesej itu diterimanya, dia jadi rungsing dan cemas. Pada awalnya, dia hanya membiarkan. Siapa yang tak mengenali Qarizh Hauzan Hickman? Tidak mustahil, nombor telefon peribadinya diketahui orang.

            Tetapi, semakin lama, mesej itu semakin pelik. Seakan pemilik mesej itu mengetahui setiap perkara yang dilaluinya. Dan, itu membuatkan dia risau. Risau dengan keselamatan anak-anaknya.

            “Maaf kalau mama mengganggu ketenteraman Hanna dengan mesej-mesej mama. Tapi, mama tak tahu macam mana lagi caranya untuk mama berhubung dengan Hanna. Mama ada terlalu banyak perkara untuk bagi tahu Hanna.

            Mama terlalu rindukan Riz. Mama harap, melalui mesej-mesej mama. Sayang mama boleh sampai kepada Riz. Mama hanya nak Riz bahagia tapi mama tak boleh dekati Riz. Mama minta maaf, sayang kalau mama buatkan Hanna takut selama ini,”

            Hanna menghela nafas. Tak percaya. Selama ini, dia sentiasa memerhatikan aku? Why? Why must me?

            “Macam mana puan boleh tahu tentang saya? Puan tak upah orang untuk intip saya kan?” mata Hanna diliarkan ke sekeliling.

            Mencari kelibat manusia yang pelik di pandangan matanya. Namun, kosong. Hanya pengawal peribadinya sahaja yang wujud di tingkat itu. Setia menjaga di hadapan bilik wad VIP Qarizh. Takut andai lelaki itu hilang lagi.

            “Tak. Mama tak upah orang untuk intip Hanna. Mama hanya ambil tahu tentang info terbaru Hanna dan Riz. Mama risaukan Riz,”

            Hanna memegang dahinya perlahan. Dia cuba untuk menganalisa segala kata-kata yang keluar daripada mulut mama Riz.

            “Siapa yang bagi tahu puan selama ini? Siapa dia? Mustahil tiada orang yang bagi tahu puan,”

            “Dayyan,”

            “Pardon?”

            Dirinya seakan tidak percaya. Dayyan tahu tentang semua ini? Dayyan tahu tentang Puan Ashley? Wah! Lelaki itu bukan sekadar personal assistant biasa.

            “Tapi, tolong jangan bagi tahu Riz tentang Dayyan. Dayyan tak nak, tapi mama yang paksa dia. Dia tolong mama pun sebab dia nak Riz bahagia semula. Please, Hanna. Mama merayu dengan Hanna,”

            Hanna mengangguk tanpa sedar. Dia faham perasaan Dayyan. Lelaki itu yang sentiasa berada di sisi Riz. Setiap duka Riz, Dayyan yang selalu ada di sisinya. Dia faham yang Dayyan mahukan yang terbaik untuk diri Riz.

            “Kenapa puan call saya? Saya rasa, saya tak ada sebarang urusan dengan puan,”

            Formal, canggung dan tegas. Dia tak tahu macam mana dia ingin berinteraksi dengan wanita itu ketika detik ini. Jujur, dia merindui seorang ibu. Tapi, dalam situasi begini. Dia jadi keliru.

            Dia tahu yang Puan Ashley tak bersalah dalam hal ini. Dan, dia tidak ingin menghukum sesiapa dalam masalah ini. Yang dia fikirkan ketika ini, adalah macam mana dengan Riz kalau dia mengetahui tentang perkara ini?

            “Anak mama sihat?”

            “He’s fine. Better than before. Anything else?”

            Dingin. Hanya itu reaksi yang mampu diberi. Dia merasakan dirinya kejam. Wanita itu tidak bersalah. Tetapi, disebabkan wanita itu juga hidup Riz diselebung duka.

            “Hanna masih marahkan mama?”

            Hanna tersenyum senget.

            “Saya ada hakkah, puan?”

            Soalan berbalas soalan. Jawapannya sudah ada dalam diri masing-masing. Tidak perlu bertanya, tidak perlu menjawab. Hanya perlu tanya pada diri sendiri.

            “Jagakan anak mama. Mama hanya mampu bergantung harap pada Hanna,”

            “Jangan risau puan. He’s living with himself for these 27 years just fine,” panggilan itu dimatikan.

            Hanna menghela nafas lemah. Pintu wad VIP itu dibuka. Matanya bertembung pandang dengan mata Qarizh.

            “Siapa?”

            Argh! Ini lagi satu masalah. Dia tak tahu macam mana ingin berterus terang dengan lelaki ini? Nak jujur? Kalau lelaki ini meradang macam mana? Dia tak nak menanggung risiko!

            “Just someone. About work. Nothing important,” Hanna hanya mampu menampal senyuman palsu.

            Qarizh tersenyum sinis.

            “You are lying,”

            Bukunya ditutup. Hanna menggetap bibir. Dia terus duduk di sisi lelaki itu.

            “Yes, I’m lying,” lelaki itu mengangkat kepala. Mungkin terkejut dengan kejujurannya. Iyalah. Siapa yang mengaku bahawa dia menipu?

            “Tapi, Hanna perlukan masa sebelum berterus terang. Keadaan abang masih..” Hanna menghentikan bicara. Dia tak tahu macam mana ingin bersuara ketika ini. Dia tak tahu macam mana ingin mengatur ayat.

            “Tak stabil?”

            Hanna mengangguk jua dalam keterpaksaan.

            “Take your time, then. I’ll be fine,” lelaki itu merebahkan tubuh. Hanna menggetap bibir. Ini yang dia tak suka ni. Perasaan bersalah sebab berahsia dengan suami sendiri.

            “Hanna janji, nanti Hanna bagi tahu abang. Tapi, bukan sekarang,” tanpa sedar. Bibirnya mengatur janji. Janji yang tidak pasti bila mampu ditunaikan.

            “Hmm..”

            Hanya itu balasan lelaki itu. Hanna menggetap bibir. I’m sorry abang.

No comments:

Post a Comment