Friday, 8 March 2019

QUEEN : BAB 3

BAB 3
“Nothing hurts more than being disappointed by the person you thought would never hurt you,”
SATU pesanan dihantar ke Dayyan sebelum dia kembali merebahkan tubuhnya. Qarizh merenung jam. Sudah pukul 8 pagi.
“Abang tak kerja ke hari ni?” suara Hanna menyapa pendengarannya.
“Tak,” balasnya perlahan.
Hanna merenung baju kemeja yang sedah tersedia. Cubalah cakap dari awal. Ini tak, hanya mendiamkan diri ja.
Hanna kembali menyimpan baju itu ke tempatnya dan mengambil tempat di sisi Qarizh. Tangannya menyentuh lembut dahi Qarizh. Tak demam pun. Kenapa dia ambil cuti? Macam pelik ja.
“Abang still penat ke?” tanya Hanna. Qarizh hanya menggelengkan kepalanya perlahan sebelum kembali menutup mata.
“Hanna turun dulu. Nak tengokkan Harraz,” Hanna terus bangkit lalu menghilangkan diri di balik pintu itu. Qarizh hanya memandang langkah isterinya.
Dia tersentak apabila telefonnya berbunyi. Dia membuka mesej dari Dayyan.
Dayyan : Alright tuan. Tahniah, tuan!
Qarizh hanya tersenyum tipis. Dia dah tahu. Mesti dia korek daripada Dr Ratna. Mereka kan suami isteri.

HANNA hanya merenung Harraz. Dia mengusap lembut bibir Harraz yang comot. Tak apalah, baru 4 tahun. Masih bertatih lagi untuk makan sendiri.
“Wei, laki aku mana? Kau kurung dia kat bilik kau ke?” tersentak Hanna apabila mendengar sapaan kasar daripada Kira. Dia mengeluh lembut.
Malas dia hendak melayan. Nanti-nanti, Qarizh turunlah. Dia buat macam Qarizh tu suami dia seorang ja!
Entah mimpi apa pula, nak bangun awal? Kalau tak, pukul 10 pagi baru nampak muka. Itu pun terus keluar, hang out dengan kawan-kawan, katanya. Duit Riz habis macam tu ja, sebab dia seorang.
Tiba-tiba, muncul kelibat Riz dari balik anak tangga. Qarizh mengambil tempat.
“Nak makan apa?” tegur Hanna. Qarizh hanya menunjuk ke arah mi. Belum sempat dia hendak mencedok mi, Shakira terlebih dulu mengambil alih.
Biarlah. Dia pun tak perlu nak bersusah payah.
“Tak makan ke?” Qarizh menegur. Hanna menggeleng lembut. Dia tak boleh makan. Nanti, perutnya mula lain macam.
“Nak makanlah ni,” Kira bersuara manja. Dia terus mengambil tempat di sisi Qarizh. Apa-apa ja lah Kira.
“Mommy,” Harraz menyentuh tangan Hanna lembut. Hanna mengangkat keningnya.
“Aaahh..” Harraz menyuakan tangannya. Ingin menyuap Hanna. Hanna tersenyum sebelum mengangakan mulutnya.
Qarizh hanya tersenyum tipis.
Sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam perutnya, dia terus berasa sebu. Dia cuba menahan juga mengingatkan Harraz.
Dah, that’s it. Dia dah tak tahan. Laju dia membawa langkah menuju ke toilet di dapur. Selambak makanan yang dimakannya itu dimuntahkan.
“Uwek..” dia menggenggam sinki itu erat. Cuba menahan diri daripada rebah.

QARIZH mendiamkan diri. Dia memandang wajah Harraz yang terpinga-pinga. Wajah kanak-kanak itu seakan ingin menangis.
“Harraz, nanti Harraz pergi school dengan abang Megat. Mommy tak larat tu..” ujar Qarizh lembut. Dia bangun dari duduk dan duduk di sisi Harraz.
“Mommy sakit sebab Harraz ke?” Harraz memandangnya manja. Air mata sudah mengalir dari pipi Harraz.
“No, bukan sebab Harraz. Now, Harraz. Be a good boy. Pergi school ya. Daddy nak tengok mommy, okay sayang?” Qarizh bersuara lembut. Harraz mengangguk laju.
“Kita basuh tangan dulu. Go!” Qarizh menepuk lembut belakang Harraz. Apabila dia memandang ke hadapan, Kira merenungnya tajam.
“So, ini sebabnya you tak pergi kerja hari ni. Sebab perempuan tu!”
“Watch your mouth, Kira. She’s my wife,” Qarizh bersuara tegas. Shakira tergelak sinis. Garpu dan sudunya dihempas. Berdeting bunyinya.
Dia menjeling tajam Qarizh sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Qarizh hanya mengeluh lemah. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba mententeramkan hati yang semakin membara.
Bye, daddy. I love you. Say to mommy, Harraz love mommy. Mommy jangan sick tau,” Harraz menyentuh lembut lengan Qarizh. Menyalami lelaki itu.
Qarizh mencium lembut ubun-ubun Harraz sebelum menghantar kanak-kanak itu dengan pandangan matanya.
Kemudian, dia bangkit dari duduk dan berlalu ke toilet. Kelihatan Hanna sedang erat memegang sinki. Seketika kemudian, dia kembali memuntahkan makanan dalam perutnya. Yang tinggal hanya air.
Hanna merasakan pautan lembut di tubuhnya. Tak perlu meneka. Haruman ini sudah sebati dengan derianya.
“Okay tak ni?” Hanna hanya mengangguk perlahan.
“Harraz cakap, dia sayang awak. Dia tak nak awak sakit,” Hanna tersenyum nipis.
“Dia dah pergi taska?”
“Dah,” Hanna ingin melangkah perlahan. Namun, tubuhnya dirasakan begitu lemah. Mungkin disebabkan dia tak makan sejak dari semalam.
Serta-merta, tubuhnya terasa diangkat. Biarlah, dia pun sudah tiada daya lagi untuk bergerak.
“Kak Mia, nanti tolong buatkan bubur untuk Hanna, bawa ke bilik saya,” ujar Qarizh lembut. Memberi arahan. Kak Mia mengangguk laju.
“Puan mengandung ke, tuan? Kebelakangan ni, saya tengok dia asyik muntah-muntah ja,” Kak Mia bersuara. Berkerut keningnya.
Hanna hanya mendiamkan diri. Sudah lemah untuk bersuara. Qarizh mengangguk perlahan. Jelas di wajah Kak Mia, kebahagiaan yang tak terucap.
“Riuh lagilah rumah ni, ya tuan,” Qarizh hanya tersenyum. Dia terus membawa Hanna ke bilik.
Hanna merenung wajah lelaki itu lama. Sudah berapa lama dia tidak diangkat sebegini. Kali terakhir sewaktu dia demam. Itu pun sudah sekian lama. Dia menutup matanya perlahan. Sementara waktu ini masih ada, dia akan manfaatkan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment