Bab 36
HARRAZ
mencapai kad itu. Dia merenung kad itu lama. Majlis pelancaran produk keluaran
terbaru Hanna Mac, Be Mine. Perasmi Dato’ Qarizh Hauzan Hickman.
Oh, daddy perasmi! 27 Januari 2018.
Hari Sabtu. Yeay! Harraz tak sekolah. Jadi, Harraz kena buat apa sahaja cara
sekali pun untuk ikut mommy pergi majlis ni. Harraz kena jumpa daddy. Harraz
rindu daddy.
Harraz berlalu menuju ke dapur. Dari
jauh dia dapat melihat Aunty Mia sedang berjoget sambil menari lagu Hindustan.
Harraz tersengih jahat.
“Aunty!!” dia menjerit kuat.
“Opocot! Kabhi Kushi Kabhi Gam! Kuch
Kuch Hota Hai! Kajol nak kahwin dengan Shah Rukh Khan! Hey! Apa aku merapu ni?
Harraz..!” meleret panjang dia
menyebut nama Harraz. Dia mencekak pinggang. Harraz! Dari kecil sampai ke
besar! Nakal ja kerjanya!
Namun, hatinya lembut sendiri
apabila melihat Harraz ketawa bahagia. Wajah Harraz memang menenangkan hatinya.
“Sorry,
aunty! Aunty buat apa?” Harraz memanjat kerusi untuk melihat kandungan di dalam
bekas yang diuli oleh Aunty Mia. Doh?
“Aunty nak buat karipap. Harraz
suka?” Harraz tersengih.
“Harraz suka! Harraz suka! Buat inti
ubi tau!” Aunty Mia mengangguk perlahan. Harraz memerhati lama cara Aunty Mia
membuat kerja.
“Kenapa Harraz datang sini? Bukan
Harraz kena buat homework ka? Petang nanti cikgu nak datang kan? Nak ajar main
piano,” Harraz mengeluh perlahan.
“Aunty Mia ni spoilt lah. Harraz baru nak seronok-seronok. Aunty sebut pasal
belajar. Aduh, aunty ni!” Harraz menepuk dahinya perlahan. Jelas kerutan di
dahi kanak-kanak itu.
“Harraz kenalah belajar
pandai-pandai. Nanti Harraz nak ganti daddy dalam syarikat,” Harraz menongkat
dagu.
“Aunty..” meleret panjang Harraz
menyebutnya.
“Ya, sayang,”
“Daddy dah balik,” terhenti tangan
Aunty Mia dibuatnya. Terkejut dia dengan penyataan yang dikeluarkan oleh
Harraz.
“Harraz nak jumpa daddy. Aunty Mia
tolong Harraz boleh?” Harraz mengerdipkan matanya sekali. Cuba memujuk aunty
Mia.
“Nak aunty tolong apa?”
“Yes!” Harraz bersorak riang.
“MACAM ni
kawan! Dah balik beberapa hari, call
pun tak?” suara Qairul memecah keheningan gym itu. Qarizh hanya mendiamkan
diri. Matanya hanya fokus dengan dumbell di
tangan.
Qairul menuju ke arah Qarizh lalu
duduk di atas stack home. Matanya
mengerling ke arah Qarizh. Menantikan respon lelaki itu.
“Bukan adik kau tahukah yang aku
balik?” dumbell di tangan diletak
perlahan di tempatnya. Dia memandang Qairul.
“Adik kau sihat?” terhenti gerakan
Qairul dibuatnya. Dia memandang Qarizh.
“Adik kau? Kenapa tak guna perkataan
isteri aku? Kau masih suami dia kan?” Qairul tersenyum sinis. Qarizh mencapai
tuala lalu dilapkan perlahan ke seluruh tubuhnya.
“I’m
planning to settle down. Dah 3 tahun, ini masanya untuk buat keputusan,”
Qairul memandang Qarizh pelik.
“Maksud kau?”
“It’s
either let her go or make her mine,” Qarizh bangun dari duduknya lalu
berlalu ke tingkap. Pemandangan KL diperhatikan. Hanya 3 tahun dia berlalu
pergi, pembangunan sudah rancak membangun sebegini.
Qairul mengikut jejak langkah
Qarizh. Qarizh dirasakan amat pelik ketika ini. Adakah 3 tahun berjauhan sudah
mengubah hatinya? Dia dah jumpa perempuan lainkah?
“Kau jangan kata kau dah jumpa
perempuan lain! Aku cepuk kau sampai China nanti!” Qarizh tersenyum sinis.
“Perempuan lain? Aku cari Hanna 25
tahun, tak akanlah dalam masa 3 tahun, aku dah jumpa orang lain?” Qairul
menghela nafas lega. Tangannya mengusap perlahan dadanya. Relax, Qairul.
“Jadi, kenapa? If it’s either make she’s yours or let her go, then make she’s yours.
As simple as that,”
Qarizh menggelengkan kepalanya
perlahan. Semua ini terlalu complicated.
“Aku dah terlalu banyak melukai,”
“Tapi, dia masih sayangkan kau Riz.
Aku jamin tu. Kalau tak, tak akanlah setiap lelaki yang nak dekat dengan dia,
dia tolak. Aku masih ingat lagi ayat dia. I’m
a woman with two children. Every guy, Riz. Setiap lelaki. Dalam masa 3
tahun,”
Qarizh hanya tersenyum nipis.
“A
woman with two children, not a wife. She’s protecting herself from being hurt
again and not claiming her status to everyone. Aku berani jamin semua orang
di office tak tahu dia isteri aku, Rul,”
Qairul mencepuk dahi. Macam ni pula
gaya pemikiran dia!
“Then,
make everyone knows about it. Kau suami dia, dia isteri kau. Susahkah?”
Qarizh hanya mendiamkan diri. Cuba
berfikir. Tentang segala keputusan. Dia takut dia tersalah langkah.
“Kau tak rindu anak-anak kau? Haisya
membesar tanpa kau, kau dah ketinggalan 3 tahun usia dia. Kau tak tengok dia
membesar. Kau tak tengok dia belajar meniarap, belajar merangkak. Kau tak tahu
perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. Kau tak rindu semua tu?” Qarizh
menghela nafas perlahan. Dia menutup matanya lama.
“Binatang pun sayangkan anak,
Qairul. Apatah lagi aku,”
“Dah tahu macam tu! Ikat Hanna
balik, dapatkan balik hak kau yang kau lepaskan dulu,” Qairul bertegas.
“Dia yang minta aku pergi, Qairul.
Bukan, aku yang tinggalkan dia,”
“Dia tak berniat, Riz. Tolong, Riz.
Fikir dalam-dalam tentang perkara ni. Kau sayang dia, dia sayang kau. Jadi,
kenapa perlu berpisah kalau perkara ni hanya menyakiti dua-dua belah pihak?”
Qairul menepuk bahu Riz perlahan.
“Gambar anak-anak kau, aku dah send via whatsapp. Kau still pakai nombor yang sama, kan?” Qarizh mengangguk perlahan.
“Bukannya aku tak nak hantar sebelum
ni, tapi aku rasa dia akan membuatkan kau lagi rindu,”
Qairul melangkah pergi dari ruangan
itu. Motifnya ke sini, hanya untuk menasihati. Biar Qarizh yang membuat
keputusan. Dia hanya insan yang ditugaskan untuk memastikan bahawa pilihan dia
tak salah.
Masih mencintai dan dicintai. Kenapa
perlu berpisah?
QARIZH membuka
gambar itu satu demi satu. Gambar Haisya meniarap. Gambar Harraz bermain.
Gambar Haisya tertawa. Air matanya seakan ingin menitis. Anak ini. Anak yang
tidak dikenalinya ini. Anak yang ditinggalkannya sebaik sahaja dilahirkan ke
dunia.
Dia rindu. Dia sangat rindu. Keletah
Harraz. Manja Harraz. Dia sangat rindu. Qarizh mengetap bibir. Cuba menahan air
mata itu daripada jatuh menitis di pipinya.
Harraz, Haisya. Daddy rindu
sangat-sangat. Bila kita boleh jumpa lagi? I
miss you and I need you to be here.
No comments:
Post a Comment