Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 35

 MATANYA merenung ke arah lelaki berjubah putih yang berada di hadapannya. Qarizh menyandarkan tubuhnya.

Matanya kosong.

“Do you still love her?”

Soalan itu. Cinta? Sayang?

“I still love her,” pendek balasannya. Jarinya memegang cincin yang menghiasi jari manisnya. Matanya memandang ke arah cincin itu.

Doktor Taufiq memandang lama ke arah gerak tubuh Qarizh. Lelaki itu masih tidak ingin untuk menyuarakan kerisauannya. Sudah bertahun, dia mencuba untuk menyelongkar perasaan yang tersembunyi di sebalik lelaki itu.

“Do you miss her?”

Qarizh mengangkat wajah. Memandang ke arah Doktor Taufiq.

“Every second, I long for her,”

Jawapan itu tidak pernah berubah. Sehingga detik ini, hatinya masih sakit akibat merindui. Hanna. Hanya sepotong nama itu, sudah mampu menyesakkan seluruh pernafasannya. Dia perlukan wanita itu untuk terus hidup.

Hatinya sesak. Jiwanya penuh dengan luka. Wanita itu harapannya untuk kekal bernafas. Untuk kekal bernyawa. Untuk memegang hidupnya supaya nyawa ini kekal bersamanya.

“You miss her. You love her. Why did you leave?”

“I want her to be happy,”

Qarizh memegang pergelangan tangannya. Tempat di mana nadi itu kekal hidup. Dup dap. Dup dap. Nadi itu terasa jelas di jari telunjuknya.

“If I’m gone, will she be happy?”

Doktor Taufiq merenung jari Qarizh yang memegang pergelangan tangan itu. Terdapat beberapa parut yang tercoret di lengan itu.

Bukan sekali. Bukan dua kali. Qarizh datang ke hospital dalam keadaan nyawa yang sudah di hujung tanduk.

“She will not. Dia tak akan bahagia kalau awak mati untuk dia,” sekali lagi, dibisikkan ayat itu di telinga Qarizh.

“But, she despise me. Dia tak nak tengok muka saya lagi. Haisya. Harraz. They will be better off without me, right?”

Qarizh menutup matanya. Wajah merah kecil itu. Haisya. Wajah girang yang sering menyapanya dengan senyuman. Harraz.

Jika dia pulang, adakah senyuman itu akan hilang?

“Tiada siapa yang ingin tengok orang yang dia sayang pergi daripada hidup mereka. Having a father that stay abroad is better than don’t have a father. You need to stay alive. At least for Harraz and Haisya,”

Qarizh mengukir senyuman. Sinis.

“Apa erti hidup, jika yang ada hanya jasad kosong?”

Doktor Taufiq menghela nafasnya perlahan. Matanya memandang ke arah wajah Qarizh yang kosong. Bibir lelaki itu yang pucat. Dan, badan lelaki itu yang jelas sudah susut.


3 TAHUN KEMUDIAN...

            Fail yang teratur cantik di hadapannya dipandang lemah. Alahai, penat aku melihatnya. Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Sekarang, dia perlu fokus dengan majlis yang akan diadakan beberapa minggu lagi.

            Hanna menekan butang interkom.

            “Fira, awak panggilkan semua orang yang ada kaitan dengan pelancaran Be Mine, saya nak jumpa,”

            Hanna mencapai fail yang tertulis dengan Launching of Be Mine. Dia berlalu di sofa dan menunggu ketibaan beberapa orang pekerja lain. Fail itu dibukanya. Terdapat beberapa agenda yang masih tiada kata putusnya lagi.

            Seketika kemudian, beberapa orang manusia memenuhi ruangan biliknya. Dia menutup failnya. Wajah manusia-manusia itu dipandangnya.

            “Dah ada kata putus tentang perasmi yang dipilih? Dah ada short-list? Atau, nama yang dah diputuskan?” soalnya.

            “Dah. Dato’ Qarizh Hauzan Hickman. Pengerusi Hickman Group. Lagipun, Hanna Mac ada kaitan dengan Hickman. Kebetulan pula, Dato’ Qarizh akan pulang ke Malaysia tak lama lagi. Menurut khabar angin, kemungkinan hari ni atau esok, Dato’ Qarizh akan sampai ke Malaysia. Kalau kita pilih Dato’ Qarizh, event kita merupakan event pertama yang Dato’ akan hadiri,”

            Kata-kata itu membuatkan Hanna tersentak. Dato’? Qarizh sudah menjadi Dato’? Tanpa dia sedari dia sudah pun bergelar Datin Qaireen Hanna Hickman? Wah, pencapaian yang hebat!

            Tapi, Qarizh balik Malaysia? Tanpa disedari, seluruh tubuhnya menggeletar. Pulang ke Malaysia bererti dia akan berjumpa kembali dengan lelaki itu setelah sekian lama.

            Relax, Hanna. Semua orang di sini tak tahu bahawa dia suami kau. Chill, relax. Tenangkan jiwa, tenangkan segala jenis emosi yang bercampur baur di kepala.

            “Selain Qarizh? I mean, selain Dato’ Qarizh? Tiada calon lain yang layak?” sekilas tangan pekerja itu menyemak senarai-senarai perasmi yang disenaraikan.

            “Qairul Haizril Al-Haytham. Pengerusi Al-Haytham Group. Dia pun turut ada..”

            “Itu abang saya. Tak akanlah nak suruh abang saya sendiri yang rasmikan majlis saya kot?” potong Hanna laju. Adakah patut Qairul? I mean, memanglah Qairul tu usahawan yang berjaya, tetapi abang sendiri kot? Entah apa pula kata orang.

            Lagipun, Qairul sentiasa berada di sisinya. Menguruskan segala produknya. Membantunya andai dia tidak tahu.

            “Maaf puan, saya tak tahu pula yang Encik Qairul tu abang puan. Selain daripada itu, semuanya tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan. Yang ada pun, semuanya jadual mereka tak sesuai dengan tarikh yang kita pilih,”

            Hanna menghela nafas panjang. Apa yang special sangat dengan tarikh 27 Januari 2018 itu? Sampai semua orang sibuk sangat? Argh, why must Qarizh?

            Relax, Hanna. Be professional. Semua orang tak tahu kaitan kau dengan Qarizh. Oh, God! Dugaan apakah ini? Memang tarikh ini telah diputuskan untuk mempertemukan dia semula dengan Qarizh atau apa?

            Tarikh ini, 8 tahun lepas. Juga pertemuan semula antara dia dengan Qarizh setelah dia pulang untuk cuti semesternya.

            “Then, Qarizhlah. I mean, Dato’ Qarizh. Dialah yang akan menjadi perasmi kita nanti. Next agenda,”

 

TROLI itu ditolak perlahan. Kaca mata hitam setia di wajahnya. Matanya liar memerhati sekeliling. Mencari figura lelaki yang diarahkan untuk mengambilnya.

            Dia melangkah perlahan menuju ke luar KLIA 2 itu. Matanya memerhati tajam wajah Dayyan yang sedang tersengih-sengih kepadanya. Tangan lelaki itu diangkat beberapa kali memohon maaf atas kelewatannya. Qarizh menurunkan cermin mata hitamnya lalu disisipkan di poketnya.

            “Maaf tuan. Traffic jammed,”

            “Kalau dah tahu jammed, keluarlah awal,” balas Qarizh selamba sebelum berlalu masuk ke dalam kereta yang sudah menantinya. Dayyan menjongket keningnya. Setahun tak berjumpa selepas penganugerahan title Dato’, itu sapaan pertamanya. Qarizh tetap Qarizh.

            Dayyan masuk ke tempat di sisi pemandu. Dia merenung Qarizh daripada cermin pandang belakang. Lelaki itu tidak bereaksi. Hanya merenung ke arah permandangan luar. Tiada langsung riak bahagia setelah bertahun dia merantau dan pulang semula ke tanah air.

            Dayyan berdehem perlahan. Kad jemputan yang diterimanya pagi tadi dihulurkan kepada Qarizh. Majlis pelancaran produk terbaru daripada Hanna Mac, Be Mine. Dia tak tahu reaksi apa yang bakal diterimanya nanti, apabila Qarizh mengetahui bahawa dia yang akan merasmikan majlis itu. Qarizh tak dapat ditebak.

            Qarizh mencapai kad jemputan tersebut. Majlis pelancaran produk terbaru Hanna Mac, Be Mine. Dia merenung kad itu lama dan dia melihat namanya di situ. Perasmi kepada produk tersebut. Perasmi? Apa mimpi Hanna ni? Dia nak membuktikan dengan mata dia sendirikah yang aku sudah pulang ke Malaysia?

            Tarikh diperhatikan. 27 Januari 2018. Adakah ini tarikhnya? Tarikh yang ditentukan untuk kita bertemu kembali?

            Dayyan mengerutkan kening apabila tiada reaksi daripada Qarizh yang diterimanya. Lelaki itu hanya melihat kad itu hanya seperti dia melihat kad jemputan kahwin sahaja.

            “Tuan tak kisahkah? Kalau tuan tak nak, saya boleh maklumkan kepada pihak Hanna Mac,” Dayyan bersuara perlahan.

            “Personal and business, dua perkara yang berbeza Dayyan,” Qarizh menutup matanya perlahan. Merehatkan minda daripada tekanan kerja yang akan menghimpitnya bermula daripada detik ini. Merehatkan hati daripada mengarahkan pemandunya untuk ke rumah Hanna sekarang ini hanya demi untuk menatap wajah putera dan puterinya yang dirinduinya. Merehatkan jiwa yang sedang resah dalam rindu ketika ini.

            Dia memang tak boleh pulang ke Malaysia. Apabila jarak itu mendekat, hatinya semakin menggesanya untuk melunaskan perasaan rindu itu. Tapi, untuk menjauh 3 tahun lagi, hatinya sudah tidak mampu. Sudah bertahun dia memberikan ruang, sepatutnya mereka sudah jumpa jalan penghujung masalah ini.

 

“SERIOUSLY, Qaireen Hanna? Qarizh?” Hanna memejamkan mata. Berhadapan dengan Qairul ketika ini amat mencabar keseluruhan sistem sarafnya.

            “Ya, Qarizh. Tak nampakkah nama dia di situ!” Qairul tergelak besar. Hanna mengetap  bibir. Gelak pula dia ni.

            “Tak ada orang lainkah? Atau, ini memang sebuah konspirasi. Pelan untuk menemukan kembali seorang isteri yang sudah lama berjauhan dengan suaminya,” Hanna menjeling tajam. Wajah Qairul yang ceria apabila memandang kad jemputan itu menyebabkan amarahnya naik ke tahap tertinggi.

            “Dah, itu persetujuan bersama. Hanna nak buat apa? Tak akanlah Hanna nak halang pula, nanti apa pula soalan yang mereka ajukan. Hanna tak nak melayan gosip-gosip mak cik bawang,”

            Hanna memfokuskan matanya untuk merenung drama yang terpapar di TV. Dia cuba mengabaikan Qairul yang sedang mencari bahan untuk memperkenanya.

            “Tak perlu jawab soalan Hanna. Just mengaku ja yang awak tu Datin Qaireen Hanna Hickman. Isteri kepada Qarizh Hauzan Hickman. Kan, senang?” Qairul mencapai remote lalu menukar channel lain.

            Terbuntang mata Hanna dibuatnya. Perlukah dia mengambil haknya sebegitu. Aku yang buka TV ni dulu, okay? Hanna mencapai remote tersebut lalu kembali menukar siaran.

            “Apa yang abang expect? Tiba-tiba Hanna buat announcement. Assalamualaikum, semua. Di hadapan anda ketika ini, yang sedang berucap ketika ini ialah Datin Qaireen Hanna Hickman, isteri kepada Dato’ Qarizh Hauzan Hickman. Jadi, cadangan anda untuk menjadikan Dato’ Qarizh sebagai perasmi itu ditolak sama sekali kerana masalah peribadi.

            Macam tu? Nanti berderet soalan ditanya, kenapa Hanna tak ikut Qarizh pergi Dubai? Kenapa Hanna tak pernah mention Hanna ada  suami? Kenapa itu? Kenapa ini? Eh, rimaslah Hanna.

            Lagipun, majalah yang memaparkan gambar Hanna dengan Qarizh sudah bertahun lamanya. Waktu Hanna mula-mula kahwin dulu. Sekarang ni semua majalah sedang tumpukan perhatian dengan naik turun perkembangan syarikat Hickman, kalau ada gambar Qarizh pun, hanya dia seorang ja. Mereka dah tak tanya tentang kehidupan peribadi Dato’ Qarizh.

            Jadi, abang rasa logik tak bagi Hanna, berdiri di hadapan orang ramai dan membuat pengumuman macam tu? Buktinya mana? Nak suruh mereka geledah majalah Business 8 tahun lepas? Macam tu?”

            Hanna berceloteh panjang. Ingin membuktikan betapa mengarutnya cadangan Qairul tu tadi.

            “Abang tak suruh Hanna buat macam tu. Hanna just perlu letak gambar perkahwinan Hanna sahaja di office..”

            “Dan, berdepan dengan pelbagai soalan yang tiada jawapannya? Abang..” Hanna mengerutkan keningnya.

            Qairul mengangkat tangan.

            “Okey, okey. Abang mengalah. Tapi, jangan sampai Qarizh yang buat pengumuman. Lelaki tu bukan boleh kira. Main buat ikut suka hati dia ja,”

            “Abang, warninglah dia. Bagi tahu dia, semua orang tahu yang Hanna dah kahwin, tapi semua orang tak tahu suami Hanna siapa. Jadi, jangan sesuka hati menggelar Hanna sebagai isteri dia nanti,”

            Qairul menggelengkan kepalanya laju. Kenapa dia pula yang ingin menjadi orang perantara? Tak nak dia.

            “Apa kata Hanna bagi tahu dia sendiri? Lagi senang, maksud pun sampai dengan mudah. Komunikasi dua hala lebih berkesan daripada gunakan orang ketiga. Nanti, maksud tak sampai. Lagi susah kalau maksudnya bertukar,” Qairul mencapai remote lalu kembali menukar channel televisyen.

            “Hanna tak nak cakap dengan dia!” tegas Hanna bersuara.

            “Jadi, biarlah apa yang Qarizh nak cakap waktu majlis nanti. Dia peluk Hanna depan orang ramai pun tak apa,” Hanna meraupkan rambutnya kasar. Abang ni, sengaja!

            “Argh! Biarlah nak jadi apa pun. Hanna malas nak kisah! Now, bak remote TV. Hanna nak tengok cerita lainlah. Hanna tak nak tengok cerita Super Hero!”

            Qairul menyembunyikan remote di belakangnya. Biar Hanna tak dapat mengambilnya. Dia menjelirkan lidahnya kepada Hanna.

            “Abang, Hanna tak nak tengok cerita ni!!”

            “Biarlah, abang nak tengok!” Hanna bangun daripada tempatnya. Dia menghentakkan kakinya kasar.

            “Hanna pergi tengok dalam bilik lagi senang. Tak payah ada orang kacau!” Hanna terus berlalu pergi meninggalkan Qairul yang tersenyum kemenangan.

            Di satu sudut, ada seorang kanak-kanak kecil yang bersandar di dinding. Telinganya menangkap semua butir perbualan yang diutarakan oleh mommy dan papanya.

            Daddy dah balik.

No comments:

Post a Comment