Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 58

 Bab 58

KERETANYA diparkir di hadapan restoran serba mewah itu. Keningnya terjongket perlahan. Wah, demand papa. Nak dinner kat bilik VIP ke apa ni?

            Dia menutup pintu keretanya lembut. Dia mengunci kereta itu. Belum sempat dia melangkah pergi, ada sebuah kereta yang diparkirkan di sisinya. Bukan kereta itu yang menghentikan langkahnya ketika itu. Tetapi, orang yang berada di bahagian pemandu kereta itu.

            Hauzan Ezra? Dia buat apa kat sini?

            Kaki Hanna hanya terpaku di situ, memerhatikan lelaki itu keluar daripada keretanya. Lelaki itu memandangnya lama.

            “Hai, kak long!” sapaan itu diterimanya. Berkerut keningnya. Kak long lagi? Hanna hanya menampalkan senyuman palsu sebelum berlalu dari situ.

            “Wah, akak! Sabarlah dulu!” Ezra segera mengunci keretanya dan berlari anak untuk berjalan di sisi Hanna.

            “Akak ada date kat sinikah? Dengan siapa? Alongkah?” kaki Hanna terhenti. Dia memandang Ezra tajam.

            “Jangan menyibuk urusan hidup saya, boleh tak? Saya hormat awak sebagai investor dalam projek saya, tapi itu tidak bermakna awak boleh masuk campur urusan peribadi saya,” Hanna bersuara tegas sebelum berlalu masuk ke dalam restoran itu.

            Terjongket kening Ezra. Wah, garang!

            “Hanna Hickman,” Hanna menyebut namanya kepada pelayan itu. Pelayan itu beralih arah kepada lelaki yang tiba-tiba berada di sisinya.

            “Dan, awak?”

            “Ezra Hickman,” kata-kata itu membuatkan Hanna memalingkan muka ke arah Ezra. Ezra Hickman?

            “Awak nak stalk saya ke apa sekarang ni?” Ezra hanya tersenyum tipis.

            “That’s my name. You can’t deny it,” Ezra terus melangkah pergi menuruti langkah pelayan itu. Hanna menggetap bibir.

            Lelaki ini memang mencabar tahap kesabarannya.

            Langkahnya terhenti apabila pelayan itu membuka pintu ke arah satu ruang. Pelayan itu tersenyum manis.

            “Have a fine dinner, Puan Hanna dan Tuan Ezra,”

            “Thank you,” Ezra ingin masuk ke dalam ruangan itu tapi tangan Hanna segera menghalang langkahnya.

            “Apa yang awak nak buat kat sini? Siapa awak?” soalan itu keluar dari mulut Hanna. Anehnya, lelaki ini hanya kelihatan tenang.

            “Saya Hauzan Ezra Hickman. Boleh panggil saya, angah,” lelaki itu menjawab selamba. Hanna menggetap bibir.

            “Last time I checked, you pronounce your name without Hickman as your family name. So, why now? Awak nak stalk saya ke?” Hanna bersuara tegas. Ezra hanya menjongket bahu.

            “Terserah kak long nak fikir apa. Sekarang ni, tak baik kalau kita biarkan orang menunggu kita. Tak macam tu, kak long?” Ezra tersenyum mesra sebelum terus berlalu masuk ke dalam ruangan itu.

            Hanna menggetap bibir. Apa masalah dia ni?

            Hanna terus melangkah masuk ke dalam ruangan makan itu. Terpaku dia apabila melihat papa bersama dengan Rose dan seorang wanita berbangsa Inggeris.

            “Hai, kak long! Hai, angah!” Rose menyapa riang. Tangannya melambai manja.

            Hanna terpaku. Apakah erti semua ini?

 

MATANYA tunak memandang wanita berbangsa Inggeris itu. Matanya tajam. Tiada senyuman yang muncul di bibirnya. Wanita itu direnungnya lama.

            Wanita yang datang dan menggelarkan dirinya sebagai mama. Wanita yang menghancurkan hati Qarizh dalam diam. Wanita yang membekukan Qarizh daripada gelak ketawa.

            Dia tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan wanita ini. Sekalipun, dia tak pernah terlintas untuk bertemu dengan wanita ini.

            Hatinya menyimpan dendam. Hatinya menyimpan barah. Setiap kali, dia melihat Qarizh menangis dalam tidurnya. Membisikkan kata-kata di sebalik mimpinya. Dalam hatinya, dia bengang! Dia marah dengan wanita yang mengganggu ketenteraman tidur suaminya.

            Dia bengang! Setiap kali, lelaki itu terjaga dengan peluh di dahinya. Dengar debaran kencang di dadanya. Dia marah! Dia tak suka dengan memori pahit lelaki itu. Dia tak suka dengan wanita yang menyebabkan lelaki itu terseksa.

            Dan, ketika ini.. Wanita yang bertanggungjawab itu sedang berada di hadapan matanya. Merenung matanya dengan penuh harapan. Dia tidak tahu saat ini akan tiba. Dia tak pernah berhasrat langsung untuk bertemu empat mata dengan wanita yang menghancurkan hati lelaki miliknya.

            Mama! Don’t leave me! Mama!

            Saban malam, dia mendengar bisikan itu keluar dari mulut suaminya. Beberapa tahun, dia mencuba untuk menghilangkan seksaan batin itu daripada jiwa suaminya. Dan, sekarang.. Wanita itu muncul lagi?

            Untuk apa? Untuk menghancurkan hati Qarizh yang sudah sedia hancur?

            “Kenapa puan tergerak hati untuk bertemu dengan saya ketika ini?” soalan itu keluar dari mulutnya. Wanita itu cuba mengenggam tangannya, namun dia terus menarik tangan itu.

            Dia tidak rela! Dia tidak mahu tangannya digenggam oleh sepasang tangan yang menggenggam hancur hati suaminya.

            “Panggil mama, sayang,” dia tersenyum sinis. Mama?

            “Saya tak berniat untuk memanggil mama kepada seorang wanita yang meninggalkan suami saya tanpa sebarang belas kasihan,” bahunya disentuh lembut oleh Rose.

            “Don’t! Don’t touch me, Rose!” Rose menarik tangannya. Dia menjatuhkan tangannya.

            Mata Hanna mencerlung tajam kepada Ezra dan Rose. Inikah sebabnya? Panggilan kak long itu?

            “Don’t call me kak long! Ever again!” suaranya keras. Memberikan amaran. Ezra dan Rose hanya mendiamkan diri.

            “Hanna, dengar dulu,” Hanna menyandarkan tubuhnya. Tangannya disilangkan.

            “Dengar apa, puan? Saya tak perlukan sebarang penjelasan. Saban malam, Riz menangis dalam tidurnya. Saban malam, Riz akan terjaga kerana mimpi ngerinya. Saban malam, puan! Setiap malam!

            Jadi, salahkah kalau saya membenci wanita yang menghenyak hancur hati suami saya?” matanya berpaling ke arah papa yang mendiamkan diri.

            “Sekarang ni, Hanna dah tahu. Hanna tahu kenapa Riz marah apabila papa cakap yang papa ingin cari seseorang itu. Dan, Hanna setuju dengan Riz. Papa tak perlu cari orang yang macam ni. Yang meninggalkan Riz dan papa,” suara Hanna keras.

            “Hanna tak tahu cerita sebenar,”

            “Yang Hanna tahu, hati suami Hanna terseksa disebabkan wanita ini! Dan, Hanna tak nak tengok Riz terseksa lagi, apabila wanita ini muncul di depan mata dia! Hanna tak nak!

            Walaupun Hanna tiada di sisi Riz, Hanna tak nak dia kecewa. Hanna tak nak dia menangis. Hanna tak nak dia terperuk lagi dalam memori dia. Hanna tak nak dia terkurung dalam memori masa lalu dia.

            Walaupun jasad Hanna tiada di sisi dia, hati Hanna masih milik dia. Jadi, sanggupkah Hanna untuk melihat orang yang Hanna sayang merintih kesakitan lagi?” suaranya jelas dan keras.

            Setiap satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya jelas dan terang. Cukup jelas untuk difahami oleh wanita itu.

            “Dan, Hanna tak nak Ezra atau Rose muncul lagi depan mata Riz. Macam mana 27 tahun, kamu berdua hidup tanpa pengetahuan Riz. Kekalkan begitu. Tak perlu muncul depan dia dan mencuba untuk mengenali dia.

            Cukup, hanya saya yang awak jadikan mainan. Mencuba untuk berkenalan dengan saya, sedangkan awak berdua sudah mengenali saya. Jangan jadikan Riz mainan. Saya tak suka.

            Kalau tiada apa-apa lagi, Hanna minta diri dulu, papa,” Hanna mencuba untuk bangun namun tangan Rose memegang lengannya erat. Memaksanya duduk.

            “Papa yang salah, Hanna. Bukan mama. Papa yang bersalah, jadi biarkan orang tua ini berterus terang,” Hanna meletakkan kembali beg tangannya di sisi.

            “Kenapa papa perlu tutup semua salah yang dilakukan oleh wanita ini? Mungkin Hanna tak tahu apa yang terjadi. Mungkin Riz terlalu menyimpan ketat rahsia hatinya. Tapi, Hanna cukup maklum yang Riz kecewa, Riz terseksa disebabkan wanita ini,” tangan Hanna naik. Tangan itu menunjuk laju kepada wanita yang sedang duduk di hadapannya ketika ini.

            “Riz tak tahu. Riz hanya percaya dengan apa yang papa bagi tahu dia dulu,”

            “Dan, apa yang papa harapkan daripada Hanna? Untuk percaya dengan kata-kata yang akan keluar dari mulut papa dan wanita ini? Untuk percaya dengan perkataan yang kononnya sebuah kebenaran?” sinis Hanna bersuara.

            “Mama tak minta Hanna untuk percaya, tapi mama minta Hanna untuk mendengar. Mama sayangkan Riz dan mama tak tinggalkan dia,”

            “Spill the words to Qarizh. Not to me,”

            “Because I can’t talk to him, I talk to you,” Hanna tersenyum sinis. Dia merenung Ezra dan Rose.

            “Jadi, puan ingin saya jadi orang tengah? Maaf puan. Saya tak berminat,” pelawaan itu ditolaknya. Dia tak berminat dalam mencapuri urusan hidup Qarizh. Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk keluar daripada kehidupan lelaki itu. Jadi, kenapa dia perlu mendengar semua penjelasan ini?

            “Mama rasa bersalah terhadap Hanna. Disebabkan mama, Qarizh jadi macam tu. Qarizh tak beku macam tu, Hanna. Dia anak yang baik dan mudah mesra. Tapi, mama! Kepergian mama yang mengubah dia seratus peratus!

            Jadi, mama rasa mama perlu bertanggungjawab kalau perkahwinan Hanna hancur tengah jalan,” Hanna hanya memandang wanita itu yang sedang mencuba untuk menarik perhatiannya. Ashley. Itu namanya.

            “Perkahwinan saya tak ada kaitan dengan puan,”

            “Tapi, punca keretakan itu disebabkan Qarizh. Sebab sikap Qarizh yang beku dan tak percaya pada cinta. Sebab lumrah hati Qarizh yang bencikan perempuan.

            Dan, sikap itu muncul disebabkan mama. Sikap itu muncul untuk melindungi hati dia daripada sakit lagi. As a protector to him. Tak bolehkah kalau Hanna dengar daripada pihak mama dan perbetulkan semula keadaan. He needs you.

            Jiwa dia hancur disebabkan mama, dan kenapa Hanna nak hancurkan lagi hati itu? Hanna patut ubati hati dia dengan kasih sayang,” Hanna hanya tersenyum sinis.

            “Ubati dengan kasih sayang? Maaf, Hanna bukan doktor,” Ashley menarik nafas lemah. Bercakap dengan Hanna rupanya lebih sukar daripada apa yang dia bayangkan.

            “There is no medicine that can treat him, only the word of love. Mama minta maaf sebab mama hancurkan dia dulu, dan minta Hanna untuk ubati dia. Tapi, tolong. Tolong, mama. Tolong sembuhkan hati Riz,”

            Hanna memandang kosong wajah wanita itu. Semua orang minta untuk dia sembuhkan hati Riz. Tapi, kenapa tiada siapa yang menyuruh Riz untuk menyembuhkan hatinya?

            Hanna tersentak apabila tangannya digenggam erat oleh papa. Dia merenung wajah tua itu.

            “Papa bersalah dalam hal ini. Listen to me, first. Sebelum Hanna buat sebarang keputusan yang bakal menghancurkan hidup Hanna. Both of you still madly in love with each other.

            Jadi, kenapa perlu menyakiti hati masing-masing dengan penceraian ini? Hanna dengar kisah kami dulu. Sebelum keputusan yang Hanna buat menjerut Hanna dalam lembah duka yang Hanna cipta sendiri,”

            Hanna diam. Kornea matanya masih fokus kepada papa. Tidak salah andai dia mendengar. Dia masih menghormati lelaki ini sebagai ayah mentuanya.

No comments:

Post a Comment