Friday, 8 March 2019

QUEEN : BAB 2

BAB 2
“If you do not give right attention to the one you love, it is a kind of killing. When you are in the car together, if you are lost in your thoughts, assuming you already know everything about her, she will slowly die,” - Nhat Hanh
HANNA meletakkan dulang makanan itu di atas meja. Perlahan, dia mengatur makanan itu di atas meja.
Dia menuju ke arah walk-in-closet. Baju Qarizh dicapainya. Tiba-tiba, dia tersentak apabila lelaki itu mencapai bajunya dari belakang. Daripada tangannya. Kemudian, lelaki itu berlalu menuju ke depan cermin.
Hanna melangkah perlahan ke arah Qarizh. Dia mencapai tuala kecil lalu mengelap lembut rambut Qarizh. Sebelum, mengelap tubuh Qarizh.
“Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?” suara Qarizh memecah kesunyian.
Hanna hanya mendiamkan diri. Dia dah tahu. Walaupun macam mana pun, diri cuba merahsiakan. Dia suami, dia lebih peka.
“Abang dah tahu,” balas Hanna perlahan. Qarizh memeluk pinggang Hanna. Kemudian, dia mengangguk perlahan. Benarlah jangkaan dia selama ini.
“Dah berapa minggu?”
7 weeks,” ujar Hanna perlahan. Kemudian, dia berlalu keluar. Ke meja di mana dulang itu terhidang. Nasi dan lauk untuk Qarizh disenduk.
“Mommy,” suara kecil dari Harraz memecah keheningan.
“Ya, sayang,” dia berpaling ke arah Harraz. Harraz turun dari katil dan menghampirinya.
“Kenapa? Nak makan ke?” Harraz mengangguk perlahan. Dia merenung lauk itu. Laparlah pula. Dia mengusap lembut perutnya. Menandakan dia benar-benar lapar.
Hanna tersenyum lebar. Dia mengusap lembut kepala Harraz.
“Sekejap, mommy turun ambilkan pinggan ya?” dia bangun dari duduk.
“Tak usah. Saya share dengan Harraz. Saya suapkan dia,” suara Qarizh membantahkan keinginan Hanna.
“Nanti, abang pula yang lapar,” Hanna cuba berdiplomasi. Qarizh merenung Hanna tajam. Hanna mendiamkan diri. Enggan mempersoalkan lagi.
“Harraz, meh duduk atas riba daddy,” Harraz segera menghampiri Qarizh. Mulutnya dinganga lebar.
Hanna hanya tersenyum melihat tingkah anaknya. Nampak sangat laparnya.
“Nanti, urutkan saya,” sekali lagi arahan dikeluarkan dari bibir Qarizh. Hanna hanya mengangguk. Setiap kata lelaki itu wajib ditunaikannya. Dia tak mampu membantah. Apatah lagi bertengkar.

DIA mengurut lembut belakang lelaki itu. Jujur, dia menyukai tugasannya. Mengurut lelaki ini ketika dia penat. Sebab lelaki ini sangat sukar untuk didekati. Walaupun, diri ini bergelar isteri.
Sangat jarang bagi dirinya untuk membelai lembut isterinya. Mendekati malah mengucapkan kata sayang, jauh sekali. Jadi, dia sangat suka akan kesempatan ini. Menyentuh tubuh Qarizh yang sangat jarang untuk dibelainya.
Dia teringat tentang peristiwa tadi. Qarizh turun sendiri untuk membasuh pinggannya. Dia tersenyum tipis. Kadang-kadang, detik ketika mengandung adalah detik yang paling berharga dalam hidupnya. Kerana lelaki itu akan menjaganya ibarat kaca yang ingin pecah.
Sangat baik dan lembut. Tapi, beberapa kali dia cuba untuk melawan rasa hati. Rasa hati yang semakin lama terjatuh dengan lelaki ini. Dia hanya lembut ketika kau mengandung saja! Selepas itu, dia akan kembali ke keadaan asalnya. Dingin dan beku.
Sebab apa? Sebab anaknya di dalam kandungan kau! Dia kan amat sayang dengan anaknya. Itulah harta yang paling berharga bagi dia.
Tapi, amaran-amaran itu tidak pernah mampu untuk melawan rasa hatinya. Dia semakin sayang dengan lelaki itu. Walaupun, banyak kali hatinya menangis kerana sikap lelaki itu.
Dia masih ingat momen di saat Qarizh menyatakan bahawa dia ingin berkahwin lagi. Dia tersenyum tawar. Pahit. Setiap kali dia melihat Kira, rasa sakit itu masih di situ.
“Semua persediaan dah ada. Saya hanya perlu tandatangan awak ja,” ujar Qarizh. Beku dan dingin. Menggeletar tangan Hanna apabila  surat itu ditatapnya.
“Apa salah Hanna pada abang?” perlahan suaranya berbicara. Nama itu ditatapnya. Shakira Elissa binti Syakir. Siapa gadis ini? Apakah kehebatannya sehingga berjaya menundukkan lelaki ini?!
Sedangkan diri aku sendiri, sangat sukar untuk masuk ke dalam kehidupan lelaki itu! Apa yang hebat sangat tentang perempuan ini?!
“Just sign it, Hanna,” suara Qarizh makin keras.
“Apa kurangnya Hanna, abang? Hanna mampu berubah. Hanna akan buat apa sahaja untuk abang. Please, not this. Hanna tak mampu berkongsi, abang.
I love you, abang. Tak cukupkah kasih sayang Hanna pada abang? Hanna beri Harraz utuk abang. Hanna ikut setiap kata-kata abang. Jadi, kenapa abang?” setitis air mata jatuh di pipinya.
Kenapa dia langsung tak tahu mengenai hal ini? Qarizh tak pernah berubah. Tiada simptom langsung yang menunjukkan dia bermain dua. Jadi, kenapa perkara ini terjadi?
Dia kekal dengan sikapnya. Telefonnya tidak pernah berbunyi, kecuali panggilan daripada Dayyan. Jadi, bagaimana perkara ini boleh terjadi?
“Just do it, Hanna. Sign it. Saya tak nak paksa awak,” Qarizh bersuara sekali lagi. Menggeletar tangan Hanna dibuatnya. Dia terduduk di atas kerusi.
“I won’t divorce you. Kenapa takut sangat? Awak akan kekal jadi isteri rasmi saya. I’m just following sunnah. Saya mampu, jadi saya kahwin lagi. Simple,”
Mata Hanna dikatup rapat. Sunnah? Nabi pun hanya setia dengan Khadijah sepanjang umur Khadijah. Baginda tak pernah menduakan Khadijah.
Jadi, siapa aku? Aku isteri pertamanya!! Kalau nak kahwin lagi, tunggulah jasad ini dimamah bumi dulu. Agar hati ini tak akan sakit sebegini!
“Jangan nangis,” Hanna tersentak dari angannya. Peristiwa lalu berlalu ibarat angin. Namun, sakit itu masih ada. Tak pernah berhenti mengguris hatinya walaupun sudah dua tahun Qarizh mengahwini Kira.
Qarizh menyentuh belakangnya yang basah dengan titisan air mata Hanna. Dia bangkit dari pembaringannya dan merenung Hanna tajam. Hanna hanya menundukkan wajahnya.
“Tidur,” ujar lelaki itu sepatah. Perlahan, Hanna merebahkan dirinya di sisi Harraz. Anak kecil itu dipeluknya erat.
Qarizh merebahkan badannya. Dia medepangkan tangannya untuk memeluk Hanna, sekali gus memeluk Harraz di tengah.
Perlahan, air mata wanita itu disekanya. He won’t ask why. Because he knows. The answer is within him or Kira.
Dia tak berniat untuk memujuk. Kenapa dia perlu memujuk?

No comments:

Post a Comment