Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 42

 KEPINGAN-KEPINGAN imej itu cuba dicantumkannya. Dia mencuba untuk berfikir tentang kaitan Qairul dan Hanna. Apabila along tarik kak long, Qairul hanya mendiamkan diri. Marah pun tidak. Hanya tersenyum.

            Jadi, Qairul bukan kekasih kak long. Jadi, siapa Qairul?! Pening kepala otak ini dibuatnya.

            “Macam mana hari ni?” Rose berpaling ke arah Ezra yang memasuki biliknya. Dia bangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila berhadapan dengan angahnya.

            “Angah, adik jumpa Qairul,” Rose membuka cerita. Tetapi, ceritanya terhenti apabila angah menjentik kuat dahinya.

            “Apa ni, angah?! Sakit tau, tak?!” Rose mengusap dahinya yang merah.

            “Orang suruh jumpa kak long. Bukan Qairul!” Rose mendengus kuat.

            “Adik jumpa kak longlah! Tapi, Qairul dengan kak long ada kaitan. Mereka macam belangkas. Di mana ada kak long, di situ ada Qairul,”

            Aduh!

            Sekali lagi dahinya dijentik oleh Ezra. Dia membuat muka. Geram dengan abangnya.

            “Memanglah! Dah, Qairul dengan Kak Long adik beradik,” terbuntang mata Rose mendengar penjelasan yang keluar dari mulut angah.

            “Seriously?!” Ezra mengangguk sekali.

            Rose menghempaskan tubuhnya ke katil. Kenapa? Kenapa? Kenapa?!

            “Macam mana dengan kak long?” Rose hanya mampu mengangkat ibu jari kanannya. Mengatakan bahawa semuanya baik-baik sahaja.

            “Baguslah. Jumpa along tak?” soalan Ezra membuatkan Rose bangun mendadak daripada pembaringannya.

            “Along garang. Tapi, handsome. Lagi handsome dari angah,” Ezra membuat muka. Rose, Rose. Aku suruh usyar benda lain, dia buat benda lain.

            Hailah adik. Dia mengusap kasar kepala adiknya sebelum melangkah keluar dari bilik adiknya.

            “Angah! Janganlah! Adik ambil masa tau tak, untuk buat rambut ni?!!” Rose menjerit kuat. Tapi, hanya dibalas sepi oleh angahnya.

No comments:

Post a Comment