Friday, 10 February 2023

QUEEN : BAB 79

 Bab 79

HANNA berterusan menanti. Dia memeluk tubuh. Menanti lelaki itu untuk bercerita. Namun, tidak pernah terluah dengan kata-kata.

            Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia terus duduk di sisi lelaki itu. Yang sedang ralit dengan kerja-kerjanya.

            “Apa?” hanya itu soalan yang dikemukakan oleh Qarizh. Perasan, yang dirinya sedang diperhatikan lama oleh isterinya.

            Hanna mendiamkan diri. Tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Qarizh. Lelaki itu perlu tahu. Apa yang dia ingin tahu.

            “Shakira?” dia menyoal.

            “Ya lah!” Hanna memeluk tubuh. Qarizh tersenyum nipis.

            “Are you jealous?” Hanna menjeling tajam ke arah Qarizh.

            “So, you do know how to jealous,” Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Qarizh ni. Bermain pula dengan kata-katanya.

            “Abang!” Hanna menaikkan suaranya sedikit. Memaksa lelaki itu lebih serius dengan kata-katanya.

            Qarizh menghela nafas lemah.

            “Kira suruh abang tarik balik semua bodyguard abang. Semua keperluan yang abang bagi kepada dia, dia tak benarkan abang masuk campur lagi dalam urusan dia,”

            “Sebab?” Hanna mengerutkan kening.

            Dia memang maklum yang selama ini Qarizh yang menjaga Shakira. Daripada jauh, dari segi kewangan dan keselamatan.

            “Because of this,” Qarizh mengangkat kad kahwin di hadapan Hanna. Kad itu dihulurkan kepada Hanna. Hanna mencapainya.

            “Kira nak kahwin?” dia tersenyum lebar. Jujur, hatinya bahagia ketika ini.

            “Jadi, tak perlulah nak cemburu sangat dengan Shakira ya?” perli Qarizh. Hanna buat tidak peduli. Dia membuka kad itu. Sangat cantik dan kemas. Dapat dibayangkan betapa meriahnya perkahwinan Shakira nanti.

            Qarizh memandang ke arah Hanna. Namun, ada sesuatu yang menarik pandangan matanya. Kilauan yang bersinar di tangan Hanna.

            “You wear it,” Hanna mengerutkan kening. Kemudian, dia memandang ke arah tangannya yang menjadi santapan mata Qarizh. Dia mengangkat jari jemarinya. Cincin perkahwinan yang sudah lama disimpannya kini menghiasi semula jari manisnya.

            “Yes, I wear it. Lagipun, cincin itu tanda kesetiaan kan?” Hanna tersenyum lebar. Cincin itu dibeleknya semula. Cincin yang cantik dan masih bersinar. Seperti cintanya.

            “Thanks, Hanna,” Hanna hanya menjeling sekilas ke arah Qarizh. Dia dapat melihat riak kelegaan di wajah lelaki itu. Nampaknya lelaki itu sudah lama meninginkan cincin ini kembali menghiasi jarinya, namun lelaki itu tidak pernah bersuara.

            Dan, lelaki itu tidak ingin memaksa. Tapi, Hanna tahu. Dia sentiasa tahu. Dia sangat memahami bahasa tubuh lelaki tu.

            “Lagipun, buat apa nak simpan cincin ini dalam kotak, kan? Baik pakai. Mahal ni,” Hanna berseloroh.

            Qarizh hanya tersenyum. Melihat cincin itu kembali menghiasi jari jemari Hanna. Dia lega dan dia bahagia.

            Betul kata Shakira. Bahagia itu masih miliknya. Dan, Hanna adalah bahagianya.

 

KERETANYA diparkir di halaman rumah itu. Rumah yang megah, namun tiada penghuninya. Hanya ada papa dan pembantu rumah sahaja.

            Qarizh melangkah keluar daripada kereta miliknya. Cermin mata hitamnya ditanggal dan disimpan ke dalam kotnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

            Hanya sunyi yang menjengah pendengarannya. Kelihatan, beberapa orang pembantu di ruang tamu sedang  membersihkan habuk-habuk di sofa.

            Langkah mereka terpaku apabila mendengar deheman Qarizh. Mereka mengangkat muka. Berkerut kening mereka seketika sebelum pandangan mereka berlalu ke arah gambar keluarga di ruang tamu. Lelaki ini anak sulung Tan Sri Harith.

            “Papa saya ada?” soalan itu terpacul di mulut Qarizh.

            “Tuan ada di dalam bilik bacaan,” Qarizh segera berlalu ke bilik bacaan. Tidak dipedulikan pandangan pembantu rumah yang sedang melekap di belakang badannya.

            Pintu bilik bacaan itu dibukanya. Kelihatan, lelaki tua itu sedang duduk di atas sebuah sofa. Matanya ralit membaca satu buah buku.

            “Papa,” sapanya perlahan. Lelaki tua itu berpaling ke arahnya. Cermin mata yang melekap di wajah tua itu dibuka lalu diletakkan di atas meja.

            “Qarizh,” Qarizh melangkah merapati papa. Dia duduk di atas sofa. Berhadapan dengan papa.

            “Riz datang seorang? Hanna tak ikut?” soalan itu keluar dari mulut lelaki tua itu. Berkerut keningnya apabila melihat anak sulungnya ini.

            “Hanna ada di office,” hanya itu balasannya. Suasana itu senyap seketika. Kedua-duanya memilih untuk mendiamkan diri. Membiarkan selakan buku meriuhkan suasana.

            “Riz dah maafkan papa,” Riz bersuara. Dia menarik nafas lega. Akhirnya, terkeluar juga perkataan yang disimpannya. Papa terpaku. Dia menutup bukunya.

            “Betul, Riz dah maafkan papa? Tapi, papa dah banyak lukakan Riz. Papa dah seksa Riz tanpa papa sedari. Papa dah menyakiti hati Riz. Masihkah ada lagi ruang kemaafan itu untuk papa?” Qarizh tersenyum nipis. Tangan papa digenggamnya.

            “Somebody teach me, that person who forgive is the stongest. And, person who forget is the happiest. I want to be happy, papa. Bahagia itu masih milik Riz. And, I choose to be happy. Kita mulakan hidup baru?” Papa membalas genggaman tangan itu. Air mata jatuh di kelopak matanya.

            “Hanna?”

            “Both of them, papa. Hanna and Kira. They teach me. They made me the strongest person alive. They made me feel like I’m the greatest person alive. They adore me, even I hurt them papa. Mereka ajar Riz erti memaafkan dan dimaafkan. Mereka ajar Riz erti melupakan dan hidup bahagia,” papa menggelengkan kepalanya perlahan.

            “No, Riz. Jangan balik semula dengan Kira. Jangan lukai Hanna lagi,” Qarizh menggelengkan kepalanya.

            “Kenapa Riz nak balik kepada Kira, andai Kira sudah ada pilihan hatinya sendiri? It’s okay, papa. Riz tak berniat untuk menduakan Hanna buat kali kedua. Riz tak berniat untuk melukakan hati Hanna untuk kali kedua. Dia terlalu berharga untuk Riz.

            I found a girl that is beautiful and sweet. I fall in love with her without knowing what is the meaning of love. She shared me her home. And, I promise her to give her happiness. Eventhough, it used to be destroyed. But, I can make it up? Right?

 She is perfect for me, and I don’t deserve it. I found a woman that is the strongest than all I’ve ever known. She made me as her dream. She believes in my love. She become my girl. And, I’ll be her man. One and only,”

            Papa mengusap rambut Qarizh. Dia tersenyum lebar. Anak sulungnya sudah menjumpai erti bahagia. Bahagia yang bukan miliknya dulu, sudah berada di dalam genggamannya. Luka yang dihiris dahulu sudah disembuhkan oleh wanita itu.

            Terima kasih, Hanna.

No comments:

Post a Comment