Wednesday, 1 May 2019

QUEEN : BAB 7

BAB 7
“Always smile and never let them know about your troubles because no one really cares,”
KATA-KATA Qarizh terhenti apabila Harraz menarik-narik seluarnya. Dia memandang ke arah Harraz. Harraz menunjukkan lukisannya.
“Cantik tak? Ini daddy, mommy ngan Harraz,” Harraz menunjukkan setiap seorang karakter yang dia lukis.
“Yang itu siapa?” Qarizh menunjukkan seorang perempuan yang dilukis tetapi agak jauh dari yang lain.
“Ini? Ini ibu. Harraz tak suka ibu, so ibu kena duduk jauh-jauh,” balas Harraz selamba. Qarizh terdiam. Dayyan menahan gelak.
Polos ja budak ni. Hanna mengetap bibir dari belakang Harraz. Beraninya kau budak! Dia mencuit bahu Harraz lembut. Harraz berpaling.
“Mommy, tengok ni Harraz lukis,” Harraz mencapai kertas lukisan itu lalu ditunjukkan kepada mommynya.
“Cantik anak mommy lukis. Nak ikut mommy tak?” Hanna mengusap lembut pipi Harraz.
“Nak. Nak pergi mana?” Harraz bertanya.
“Naik atas, jom. Kita tengok Didi and Friends,” Hanna cuba memancing. Tolonglah ikut mommy, Harraz.
“Tapi, Harraz lapar,” Harraz memegang perutnya. Matanya dikedipkan sekali. Hanna terpana. Lapar? Tadi, punya bahagia dia mengacau daddy dia.
“Jom, kita makan kat atas. Nanti kita suruh aunty Mia hantar makanan. Nak?” Hanna cuba memujuk lagi.
“Nak! Mommy, nak dukung!!” Terbuntang mata Hanna. Nak dukung? Naik tingkat atas? Bukannya dekat sayang oi. Awak pun bukannya ringan mana.
Qarizh terus menutup failnya.
“Kita break dulu. Jemput makan. Makanan ada di dapur,” Qarizh bersuara. Pekerja-pekerjanya mengangguk lalu menutup fail masing-masing.
“Jom, Harraz. Daddy dukung,” Qarizh terus mengangkat Harraz. Dia memberikan isyarat mata kepada Hanna.
Hanna terus mengikut langkah Qarizh. Mampuslah aku nanti.

“KENAPA turun?” Qarizh memandang tajam wajah Hanna. Hanna memandang Harraz. Harraz memandang televisyen. Fokus sangat dengan Didi and Friends dia. Tak sedar mommy dia ni nak kena marah.
“Hanna, look at me,” Hanna menghela nafas perlahan.
“This is my second pregnancy, abang. Hanna boleh jaga diri sendiri. Jangan overprotective,”
Because, it makes me feel loved. And, it makes me harder to let you go. Tanpa Hanna sedar, yang perkara ini hanyalah sementara. Jangan biarkan Hanna tamak dengan kasih sayang ini. Kerana Hanna tahu, kasih sayang ini akan pudar dan menghilang apabila bayi ini dilahirkan.
“Still, you are pregnant, Hanna. I can’t bear to lose this baby,”
Hanna menggetap bibir. This baby? Not me? Okay, aku faham.
I’m just fine. I’m okay. Abang turunlah, tetamu abang kat bawah. Pergi makan dengan mereka,” Hanna menghalau dalam diam. Air mata yang ditahannya sudah hampir tumpah.
“Mommy?” Harraz bersuara. Hanna berpaling ke arah Harraz.
“Dalam perut mommy ada baby?” Harraz menyentuh perut Hanna. Hanna mengangguk perlahan.
“Ya, sayang. Ada adik Harraz,” Hanna bersuara girang. Cuba menyembunyikan resah di hati. Harraz mengangguk perlahan.
“Jangan turun bawah. Langsung. Anything, call me. I can free my time for you,” Qarizh bersuara. Memberikan amaran. Sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.
Hanna memeluk tubuh Harraz erat. Air mata yang selama ini ditahan tumpah akhirnya.
Sakit! Sakit sangat hati ini! Aku ini isteri! Isteri! Kenapa dia tak pernah menyayangi aku?! Kenapa hanya dengan hadirnya bayi ini, baru dia berbuat baik?! Aku ini isteri, bukannya seorang yang hanya ditugaskan untuk melahirkan anaknya!
Kenapa awak buat saya macam ni, Qarizh? Saya sayang awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya menyesal, Riz. Saya menyesal sangat-sangat. Kenapalah saya terkejar-kejarkan awak dulu?
Kenapalah saya tak ikut kata-kata abang saya? Why I thought that you are my everything? That, there are no man other than you. Why I am such a foolish?!
Ramai menghalang. Tapi, kenapa saya bertegas? Kenapalah saya korbankan segala masa muda saya hanya untuk berkahwin dengan awak? I’m just 22. When I’m marrying you. Just a fresh graduate.
I don’t work. Waktu tu, mata saya hanya nampak awak. He’s charming. He’s perfect. Tanpa saya sangka, perbuatan saya untuk mengahwini awak menjerat saya dalam kehidupan ini.
And, right now. I still regretting my decision, Riz. I thought my love towards you can overcome this feeling. But, I was wrong. I was wrong.

No comments:

Post a Comment