Saturday, 4 February 2023

QUEEN : BAB 62

 Bab 62

LANGKAH Hanna mundar-mandir di hadapan OR. Dia tak tahu. Dia keliru. Dia ketakutan. Masih terbayang tubuh Qarizh yang lemah di pangkuannya tadi.

            Hanna meraup muka berulang kali. No! No! This can’t be true! Semua ini mesti sebuah mimpi. Mimpi yang ngeri.

            Tetapi, walau beberapa kali, dia ingin bangun daripada mimpi ini, dia tak mampu. Semuanya adalah realiti. Qarizh mencuba untuk bunuh diri. Kenapa? Kenapa? Dia tak tahu. Tiada sebarang jawapan yang boleh menjawab persoalannya.

            “Hanna!” kepalanya dipanggung apabila dia mendengar namanya disebut. Dia hanya merenung Qairul, Dayyan dan Ratna yang menghampirinya.

            “Macam mana benda boleh jadi macam ni?” Hanna menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia tidak tahu. Dia tidak tahu. Jangan tanya sebarang soalan. Dia tak tahu. Dia buntu!

            “Great! Baru semalam aku tinggalkan dia dengan kau, hari ni dia dah masuk ER. Comitted suicide? Seriously?” Hanna merenung tajam wajah Dayyan. Dayyan seakan ingin menyalahkannya.

            “Abang! Bukan salah dia, emosi tuan memang tak stabil,” Ratna menyentuh perlahan lengan Dayyan. Cuba menenangkan lelaki itu.

            Hanna tahu. Dia faham. Dayyan yang sentiasa berada di sisi Qarizh selama ini. Di saat dukanya. Di saat bahagianya. Dia faham, perasaan Dayyan ketika ini.

            “I’m sorry kalau awak fikir semua ni salah saya. Saya langsung tak expect benda ni akan jadi begini. Kalau saya dah lama tahu, saya tak akan tinggalkan sleeping pills dia di atas almari. Saya akan sorok.

            Saya bukan Tuhan. Saya tak tahu apa yang ada di dalam hati dia. Saya tak tahu apa yang terlintas dalam fikiran dia. Kalau awak rasa, awak hebat sangat. Kenapa awak boleh biarkan dia berkurung dalam bilik sampai 2 minggu? Kenapa awak tak bawa dia keluar?

            Kenapa awak tak heret dia ke office? Kenapa?” Hanna membalas tegas. Dia merenung mata Dayyan setajam yang mungkin. Qairul menarik lembut tangan Hanna.

            “Ini bukan masa untuk kita bergaduh. Tolonglah! Riz tengah perang maut dalam tu!” Dayyan berlalu ke arah kerusi menunggu. Dia mengusap kasar rambutnya.

            Hanna hanya kaku di situ. Apabila dirasakan kakinya semakin lemah, dia duduk di kerusi. Hanya matanya sahaja yang bereaksi ketika ini.

            Hanya matanya sahaja yang menegur papa, mama dan adik kembar Riz yang melangkah laju ke arahnya ketika ini. Dia tak mampu bersuara, mahupun menghalang. Ini bukan waktu yang sesuai untuk Qarizh bertemu kembali dengan ibunya.

            Ini bukan detik yang sesuai untuk Qarizh mengetahui pembohongan yang telah dimomokkan kepadanya. Ini bukan masa itu.

            “Hanna, anak mama mana sayang?” Ashley menggenggam bahu Hanna kuat. Mata Hanna memandang lama mata hazel milik wanita itu. Sekarang, dia tahu dari mana asalnya mata cantik milik Qarizh.

            Dia hanya merenung wanita itu lama. Dia tidak bersuara. Dia tidak tahu macam mana ingin bersuara ketika ini. Qairul di sisi hanya memandang. Hanna tahu dia keliru. Tetapi, ini bukan masa yang tepat untuk memperkenalkan Qairul dengan watak-watak baharu yang muncul dalam hidupnya.

            “Hanna!!” sekali lagi suara Ashley bertegas.

            “Puan nak dengar apa daripada saya? Puan nak dengar hakikat yang anak puan cuba bunuh diri untuk sekali lagi?” lemah suaranya. Hanya pandangan kosong yang diberikan.

            Ashley terpaku. Tubuhnya hampir rebah namun sempat disambut oleh Ezra. Ezra mengeheret mamanya untuk duduk. Wajah Ashley pucat. Air mata wanita itu menitis laju.

            Apabila pintu OR dibuka, semua orang meluru ke arah doktor itu. Kecuali Hanna. Dia tak nak dengar apa-apa ketika ini. Apabila dia melihat, semua orang menghela nafas lega. Dia tahu bahawa suaminya terselamat daripada kematian yang diciptanya sendiri.

            “Hanna, doktor nak kau jumpa psychiatrist. Comitted suicide is not a simple thing, Hanna,” suara Qairul muncul di telinganya. Dia memandang Qairul yang merenungnya. Pandangan mata lelaki itu berkaca. Penuh dengan simpati.

            Hanna mengangguk lemah. Dia tahu. Dia tahu tentang hakikat itu. Tapi, boleh tak andai dia pekakkan telinganya ketika ini? Dia tak sanggup mengetahui tentang hakikat perit dalam hidup lelaki itu. Dia tak sanggup.

            Tetapi, dia perlu kuat ketika ini. Jikalau dia rebah, Qarizh akan jatuh. Dan dia tidak mahu perkara itu berlaku lagi.

 

“PUAN HANNA, silakan duduk,” Hanna mengambil tempat di hadapan doktor itu. Dia memandang sekilas nama yang tertulis di jubah doktor milik lelaki itu. Doktor Damien.

            “Qarizh Hauzan Hickman, kan? Apa kaitan puan dengan dia?” Hanna menghela nafas lemah.

            “Saya isteri dia,” Doktor itu menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Puan ada masalah dengan suami puan?” Hanna menggetapkan bibir.

            “Maaf, doktor. Kita sedang bercakap tentang suami saya, bukan masalah rumah tangga kami,” tegas dia bersuara. Dia perlu nampak kuat dan tegas ketika ini.

            “Maafkan saya, tetapi saya merasakan masalah antara puan dengan suami puan adalah punca sebenar perkara macam ni terjadi,” Hanna mendiamkan diri. Dia tiada niat untuk membalas. Kemungkinan besar, punca itu daripadanya. Daripada masalah rumah tangga yang menghantui mereka.

            “Encik Qarizh mengalami depression atau kemurungan,” Hanna mengerutkan kening. Dia menggetap bibir perlahan. Depression?

            “What do you mean by depression? I mean, his situation worsen only for the past 2 weeks. Before this, he’s okay. He’s fine,” doktor itu hanya menampal senyuman tipis.

            “And, for the past 2 weeks, what did he do?” Hanna senyap. Soalan daripada doktor itu memakukannya.

            “Dia kurung diri. He wanted to be alone. His father said, that it was his normal reaction. Kalau dia ada masalah, dia akan kurungkan diri dia. That’s all,”

            “Depression is different from sadness. Some people describe depression as “living in a black hole” or having feeling of impending doom. There are some symptoms to begin with. Did you notice something? Macam perlakuan dia pelik. Terlalu berang. Dan sebagainya?”

            Hanna menggetap bibir. Dia cuba berfikir.

            “Saya rasa, saya perlu panggil dua orang kawan dia. Mungkin mereka tahu sesuatu,” hanya itu reaksinya. Doktor itu menggangguk perlahan. Memahami.

 

“SO, you say agressive reaction? Saya rasa macam ada sekali. Dia mengamuk dengan bodyguard dia. Dia jarang macam tu. Dia tak cepat naik tangan.

            Jadi, membelasah bodyguard sendiri bukan satu perlakuan yang biasa. Dia nampak sangat bengang dan marah. Dan, suara dia sangat jarang naik. Dia bukan manusia yang mengamuk dan terpekik,”

            Penjelasan Qairul membuatkan Hanna terkedu. Qarizh mengamuk? Dia jarang untuk mengamuk. Doktor itu mengangguk perlahan.

            “Insomnia? Anything related like that? Or, not sleeping at all? Just walking around the house without direction?”

            Hanna mengeluh lemah.

            “He do have insomnia. From the past 8 years or the past 27 years? I don’t really know. Tapi, yang saya tahu, dia susah untuk tidur dan kadang-kadang dia akan terjaga di tengah malam. He sort of having nightmares,”

            “About?”

            “Something about his past childhood memories. Macam ni lah doktor, Qarizh pernah buat perkara macam ni. Dia pernah mencuba untuk bunuh diri waktu dia kecil dulu. Sebab, his own mother left him. Dalam otak dia, dalam memori dia.

            Mama dia kejam. Mama dia kaki minum. Mama dia tinggalkan papa dia sebab lelaki lain. Mama dia bergaduh dengan papa dia. All sorts of things. Dan, sekali pun dia tak pernah berkongsi perkara tu dengan orang lain. Even, with me. Dia simpan semua dalam hati dia.

            Dia tak pernah berkongsi. Sampaikan, saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ni,” Qairul merenung Hanna seakan tak percaya.

            “Dan, macam mana awak boleh tahu tentang perkara ini?”

            “His own mother came to me and tell me everything. Kalau tak, sampai sekarang saya masih tak tahu tentang perkara itu,”

            Doktor itu menganggukkan kepalanya perlahan.

            “So, early childhood trauma. Marital problems? Yes or no?” Hanna menghela nafas perlahan. Psychiatrist ni memang boleh baca orangkah?

            “Yes. No worries. I’m trying to reconcile with him,”

            “But, he don’t want? Why?”

            “Speaking about that. Qarizh kerap menyalahi diri dia sendiri. Dia berfikir yang semua masalah yang berlaku adalah disebabkan dia. Dia yang salah, dia yang berdosa. Dia penyebabnya. Dia yang lalai.

            Dia terlampau salahkan diri dia, dan dia beranggapan bahawa dia menjauh semua perkara akan selesai. Dia tak nak berterus terang. He is just being stubborn,” Dayyan bersuara. Masih terbayang di mindanya.

            Qarizh yang hanya diam dan berfikir. Wajahnya nampak bersalah yang terlampau. Dia tak ingin perbetulkan keadaan. Dia hanya membiarkan semua kesalahan jatuh di atas bahunya. Sedangkan, bukan semua perkara yang berlaku itu adalah salanhnya.

            “And, he thought that me without him was the solution? He thought that divorcing me can settle all the problems?” Hanna memandang Dayyan lama. Dayyan mengangguk sekali. Qairul menggenggam lama tangan Hanna.

            “Mungkin, Hanna yang bersalah. Hanna yang jatuhkan hukuman kepada dia. Hanna yang menjerit kepada dia. Hanna yang cakap, semua ini salah dia. Dia yang leka. Dia yang lalai. Dia yang buat Hanna hampir hilang anak Hanna.

            Salah Hanna ke semua ni, abang? Salah Hannakah sebab terlalu mendesak dia? Salah Hannakah sebab menjatuhkan hukuman ke bahu dia?” Qairul menarik Hanna ke dalam pelukannya.

            “No, Hanna. Semua ini bukan salah Hanna. Bukan salah Riz. Benda dah jadi, kita biarkan. Kita lepaskan. Sekarang, kita perlu sembuhkan Riz balik. Dari luka lama dia. Dari sakit yang ditanggungnya. Hanna yang perlu ambil peranan besar.

            Setia di sisi dia. Sayangi dia. Tunjukkan kepada dia, yang dia bukan bersendirian di dalam dunia ni. Dia ada Hanna. Dia ada Harraz, dia ada Haisya. Stay with him, Hanna. He’s worth it,” Qairul mengucup lama dahi Hanna. Menenangkan wanita ini daripada menyalahkan dirinya sendiri.

            “Puan, maaf kalau saya menganggu. Tapi, before dia comitted suicide. Dia ada cakap benda pelik-pelik tak?” Hanna mengerutkan keningnya.

            Dia mencuba berfikir. Segala perbualannya dengan Qarizh pagi tadi kembali berputar di mindanya. Perkara yang pelik?

            “He said, don’t come to him. He said he will leave me, and it is better for me without him,”

            Dayyan dan Qairul menghela nafas lemah. Doktor itu menggaru kepalanya perlahan.

            “Dan, puan tak perasan semua tu?” blur Hanna dibuatnya.

            “Perasan apa?”

            “Hanna, maksud tersirat Qarizh ialah, kau akan hidup lebih bahagia kalau dia dah tak ada! Stupido!” Qairul menjetik kuat dahi Hanna.

            Hanna terpaku. Itukah maksudnya? Kenapa dia tak pernah tahu? Argh! Bodohnya kau!!

            “Buat sementara waktu ni, jangan bagi Encik Qarizh tertekan. Be a good listener to him. Make him believe you, enough to open up. Dia perlu cerita semua masalah dia. And you, being his wife. You need to support him.

            Bawa dia keluar. Exercise? Bawa dia pergi taman, bagi dia tenang. Keep on talking to him, this is not your fault. Everything is not your fault.

            Anti depressant medicine? I do prescribe him that, but I want to tell you something. What can heal him is not strong medicine, it’s just love,” kata-kata doktor itu berakhir dengan senyuman di bibirnya. Family support. Hanya itu yang mampu mengubati seseorang yang dilanda kesakitan.

            “Anything, just call me. I can help you with therapy and alternative treatments,”

            Hanna menganggukkan kepalanya perlahan. Memahami.

No comments:

Post a Comment