Bab 27
DIA
merenung KLIA yang sesak dengan ribuan manusia. Dia berpaling ke kiri dan ke
kanan, cuba mencari bayangan Kira yang pastinya akan ditemani bodyguard di sisinya.
Itu dia! Kira di situ! Bodyguard tetap setia di sisinya. Hanna
terus meluru ke arah Shakira. Apabila Harraz terpandang Shakira, dia terus
meluru ke arah Kira dan memeluk tubuh Kira erat.
“Ibu nak pergi mana? Ibu, janganlah
pergi, kesiankanlah Harraz..” Harraz merintih perlahan. Shakira hanya memeluk
Harraz. Belakang Harraz diusapnya lembut.
“Ibu nak pergi New Zealand. Ibu nak
tinggal di situ, untuk beberapa tahun sahaja. Nanti ibu datang balik kat
Harraz. Kalau Harraz rindu ibu, Harraz ajaklah mommy datang jumpa ibu,” Shakira
memujuk lembut. Air mata Harraz disekanya.
“Hai, Hanna,” sapa Kira lembut. Dia
sudah lama menyedari pandangan Hanna kepadanya. Pandangan yang penuh dengan
persoalan.
“Kenapa awak cakap macam tu kepada
Qarizh? Awak pun tahu Qarizh tu macam mana, kan?” Shakira hanya tersenyum.
“Saya memang dah lama berharap,
Hanna. Saya dah tak mampu untuk hidup sebumbung dengan Qarizh. Lagipun, saya
dah tahu semua benda ini akan terjadi. Saya dah dapat agak. Qarizh kan?
Lagipun, baik begini daripada saya digantung tak bertali, Hanna.
Dan, kepergian saya mungkin akan
lebih membahagiakan awak dengan Qarizh? Jujur saya cakap, hati saya dah sakit
untuk terus bertahan hidup dengan seorang yang tak mencintai saya. Dan, saya
minta maaf. Saya tak sangka pula, saya dengan Harraz yang bergaduh, awak pula
yang hampir gugur,”
Hanna menggelengkan kepalanya
perlahan. Dia lebih kepada terpaku sebenarnya. Sisi Shakira yang sebegini tidak
pernah dilihatnya. Mungkin benar kata orang, seseorang itu mampu berubah hanya
dengan sekelip mata.
“Hanna,” panggil Shakira. Hanna
hanya memandang mata Kira. Tanda dia mendengar setiap perkataan yang Kira akan
ucapkan.
“Qarizh tak pernah cintakan saya.
Dia hanya cintakan awak. Jujur, saya cemburu dengan awak. Saya ingin dipandang
oleh Qarizh, sebagai mana dia pandang awak. Tapi, siapalah saya? Hanya isteri
kedua dia.
Perkahwinan kami tak terjangka. Saya
pun masih tak faham kenapa saya boleh bersetuju untuk menikahi dia. Saya fikir
saya boleh bahagia, tapi hati saya lebih sengsara rupanya.
Hanna, jaga Qarizh baik-baik. Bagi
pihak saya. Kita mencintai orang yang sama, tetapi hanya awak yang berhak untuk
mendapatkan cinta dia. Jadi, biarlah saya yang undur diri. Lagipun, saya baru
28 tahun, masih ada masa lagi untuk mencari pemilik tulang rusuk saya yang
sebenar,” Shakira tersenyum.
Hanna hanya mendiamkan diri. Dia tak
mampu bersuara. Qarizh sayangkan dia? Macam tak tercapai dek akal lah pula.
“Nanti, dekat sana, siapa yang jaga
awak? Awak nak buat apa? Kerja balik?” Hanna cuba untuk menukar topik.
Perbualan mengenai Qarizh bukan pilihan yang tepat ketika ini.
“Jangan risau, Qarizh dah aturkan
semuanya. Dia akan jaga saya sampai saya berkahwin lagi. Bodyguard pun dia dah sediakan untuk saya. Saya rancang nak sambung
belajar kot. Nak dapatkan master
pula,”
Hanna memandang body guard yang berada di sisi Shakira. Qarizh memang berfikiran
panjang atau dia sudah cekap melakukan kerjanya? Sekali lagi. Topik ini akan
membuka soalan mengenai Qarizh lagi. Agaknya, dunia ini berputar mengelilingi
Qarizh.
“Okeylah, Hanna. Saya nak kena
masuk. Bye, Hanna. Take care of him for me,” Shakira
memeluk erat tubuh Hanna. Setelah 2 tahun, mereka tinggal bersama. Baru kali
ini, mereka mampu untuk berbicara tanpa ada perasaan untuk menyakitkan hati
satu sama lain.
“Bye,
sayang,” Shakira mencium lembut pipi Harraz sebelum berlalu pergi. Kelihatan
beberapa bodyguard lain mengikut
langkah Shakira.
Hanna hanya melihat belakang tubuh
Shakira menjauh. Benarkah apa yang dikatakan oleh Shakira? Whatever. Dia sudah malas untuk berfikir. Kenapa dia perlu berfikir
jika perkara ini akan menyakitkan hatinya kembali??
RUANG
tamu rumah itu dipandang tidak berkelip. Rumah ini sudah pun diubah suai,
mengikut cita rasanya. Terdapat piano di hujung ruang tamu itu menjadikan rumah
ini tampak mewah dan indah.
“Wah.. Cantiknya!” suara Harraz
memecah suasana. Harraz berlari laju menuju ke arah piano tersebut dan
menyentuhnya.
“Abang tinggal di sini dengan Hanna
ke?” Hanna berpaling ke arah Qairul. Qairul mengangguk perlahan.
“Abang tinggal sini. Sebab, ada
orang yang suruh,” Hanna mengerutkan kening. Siapa yang suruh?
“Hanna tak minta abang duduk sini
pun. Ikut suka hati abanglah nak duduk mana pun, Hanna tak kisah. Serious,”
“Tapi, abang nak duduk sini. Nak
jaga adik abang ni,” Qairul mencuit perlahan hidung Hanna lalu berlalu pergi ke
tingkat atas. Hanna merenung sekilas rumah ini.
Dia masih teringat detik pertama dia
melangkah masuk ke dalam rumah Qarizh. Semuanya lengkap sempurna. Ada studio
untuknya menari dan menyanyi, ada piano, violin dan gitar yang menjadi
kegemarannya sejak kecil lagi. Ada library
yang dipenuhi buku kegemarannya. Ada gym
untuk dia bersukan. Semuanya seakan terbina khas untuknya. Agar dia tak bosan
tinggal di rumah tersebut.
Dia terharu. Dia beranggapan bahawa
Qarizh melakukan semua itu untuknya, kerana dia amat minat semua itu. Rupa-rupanya,
semua itu dilakukan atas arahan ayahnya. Dan, Qarizh hanya mematuhi arahannya.
Dia tersenyum pahit. Hatinya masih
berharap kepada Qarizh. Biarpun, secara terang-terangan lelaki itu tidak pernah
kisah dengan dirinya. Sudahlah hati, berhenti mengharap lagi. Dia melangkah ke master bedroom.
Bilik yang dihias dengan warna emas
hitam ini menarik perhatiannya. Susunannya indah. Seperti bilik seorang
permaisuri. Dia dapat melihat violin dan gitarnya di situ. Di sudut hujung
bilik itu. Di kepala katil, terdapat gambarnya di situ.
Gambar perkahwinannya, namun tiada
muka Qarizh di situ. Hanya dia. Seakan memberitahu bahawa rumah ini miliknya,
dan Qarizh tidak akan mengambil tahu lagi tentangnya.
Dia berlalu ke walk-in closet, semua bajunya sudah diisi di ruangan itu. Bererti
di rumah Qarizh, sudah tiada barangnya. Dia tersenyum sinis. Mudahnya Qarizh
mengambil keputusan. Without being
hesitate.
Dan, dia pun mampu membuat
keputusan. Mulai hari ini, tiada lagi Qarizh di hidupnya. Biarlah apa pun yang
terjadi kepada dia, aku tak akan berpatah balik. Cinta ini perlu mati. Rindu
ini tak perlu wujud. Dia mampu berbahagia tanpa aku, jadi kenapa bukan aku?
DING!
Mesej berbunyi. Hanna mencapai
Iphonenya dalam keadaan gelap gelita. Siapa pula yang mesej aku tengah-tengah
malam buta ni? Dah pukul 1 pagi, for
Godness sake!
Hanna membuka mesejnya. Unknown lagi. Private number. Adakah dia
orang yang sama? Whatever. Mesej itu
dibaca.
Unknown : Why you
need to take this path? Why you need to leave him? He needs you very much.
Change him. Don’t do this. Stay with him. But, it’s okay. I can’t say anything.
I know the reason, but I force you to stay. Fine, take a break. Then, go back
to him. He needs you and his children.
Hanna mengerutkan kening. Mesej apa
pula ni? Dia ni salah nombor pun agak-agaklah. Ini dah sama macam kisah hidup
aku ni?
Alahai. Telefonnya ditutup kemudian
dia kembali menyambung tidur. Baik dia tidur, daripada memikirkan mesej itu dan
kandungannya.
Tiba-tiba, dia tersentak bangun. Stalker? Eh, tak mungkin-tak mungkin.
Siapa pula yang nak stalk aku. Aku
dah ada suami pun. Kalau dia nak culik aku macam mana? Eh, tak mungkin! Mesej
dia tak mengandungi motif yang macam tu pun.
Biarkan ja lah dia. Ya, biarkan! Let it be. Let it be. Ya. Tak perlu nak
fikir pun. Aku ada bodyguard untuk
menjaga aku siang dan malam. No! No!
Jangan fikir bukan-bukan Hanna. Go to
sleep.
No comments:
Post a Comment