Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 53

 Bab 53

QARIZH meraba poket kotnya. Mana phone aku ni? Tertinggalkah? Fail ditutup, dia berlalu keluar dari bilik mesyuarat. Langkahnya dibawa menuju ke pejabatnya.

            Pintu dibuka lalu dia menuju ke arah mejanya. Dia meraba-raba atas meja. There, it is. Dia menyentuh perlahan skrin phone itu. 10 missed call. 8 dari Hanna, 2 dari Harraz.

            Kerisauan menjengah di fikirannya. Nombor Harraz terus dihubunginya. Tak berangkat. Mana Harraz?

            Nombor Hanna didail.

            “What?!” dia terpaku apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada Hanna. Tanpa menunggu lama, dia berlalu keluar dari pejabat.

 

HANNA mengusap perlahan kepala Harraz. Perlahan, dia mengucup dahi Harraz. Walaupun keadaan Harraz sudah stabil, tetapi hati kecilnya masih risau. Selagi Harraz tak buka mata, selagi itu hatinya tak tentera.

            Harraz. Open your eyes, dear. Please. Hanna menggenggam erat tangan Harraz. Haisya yang sudah terlena di sofa diperhatikan. Nasiblah, Haisya tak meragam hari ini. Jikalau tidak, dia tak tahu apa yang dia akan lakukan.

 

DERAPAN langkahnya semakin laju. Matanya memerhati pintu yang dijaga oleh beberapa orang bodyguard. Ruang menunggu hospital ini penuh dengan bodyguard Hanna.

            Dia melangkah menuju ke pintu, tapi sebelum sempat dia membuka pintu. Ada tangan yang menghadang langkahnya. Dia merenung tajam wajah L2.

            “Maaf tuan. Tuan tak boleh jumpa puan dan Harraz,” Qarizh menggetap bibir geram. Wajahnya sudah mencuka.

            “Anak aku sakit, L2!” dalam kegeraman, dia bersuara keras.

            “Maaf tuan! Tapi..”

            “Jangan sampai aku belasah kau, L2! Kau tahu kemampuan aku!” semakin keras suara Qarizh. L2 hanya menunjukkan wajah bekunya.

            “Tapi, puan cakap..”

            Dush! Satu penumbuk hinggap di muka L2.

            L2 terdorong ke tepi. Dia mengelap darah yang mengalir di bibirnya. Tapi, dia tak melawan. Dia hanya berdiri di hadapan Qarizh.

            “Maaf, tapi..”

            “Hanna!!” Qarizh memanggil nama Hanna kuat. Matanya tajam menikam wajah L2. Makin bengang hatinya, apabila wajah lelaki itu tidak berubah.

            Qarizh menghembuskan nafas kasar apabila semua bodyguard Hanna mendekatinya. Seakan ingin mengheretnya pergi dari ruangan hospital itu.

            “Jangan cabar aku, L2! Bagi aku masuk!!” sekali lagi, suara Qarizh melengking kuat. Semakin dekat bodyguard itu menghampirinya. Salah seorang daripada bodyguard itu memegang Qarizh.

            Qarizh memejamkan mata. Mereka memang mencabar kesabarannya. Tangan yang memegang bahunya, dikilas dan dilempar ke sekumpulan bodyguard yang lain.

            “Jangan sentuh aku!”

            L2 mengangkat tangan. Menghalang semua orang daripada mendekati Qarizh. Tapi, itu tidak bererti yang dia akan membenarkan Qarizh menjejakkan kaki untuk masuk ke dalam wad VIP milik Hickman Hospital itu.

            “Riz!” suara Qairul muncul daripada belakang. Dia merenung bodyguardnya yang terjatuh kesakitan. Dia hanya menelan liur. Dia mengangkat kepala, memandang Qarizh.

            “Kau belasah mereka?” soalan itu keluar dari mulutnya.

            “Kau rasa? Adik kesayangan kau tak benarkan aku masuk. Kalau kau jadi aku, apa yang kau buat?!”

            “Adik kesayangan aku, isteri kesayangan kau,” Qairul bersuara selamba. Pintu wad itu dibuka.

            “Jom masuk,” dia menarik tangan Qarizh.

            “Tapi, tuan Qairul,” L2 cuba membantah.

            “It’s okay, L2. Hanna will not throw a fit,” Qairul bersuara tenang. L2 mendiamkan diri. Tidak ingin lagi berlawan kata.

            Qairul menghentikan langkahnya. Dia hanya memandang Hanna yang sedang menggenggam tangan Harraz lembut. Seakan dia tak mendengar kekecohan yang berlaku di luar. Dia seakan hilang dalam dunianya. Hilang dalam khayalannya.

            Qarizh terus meluru ke arah Harraz. Dahi Harraz diraba. Sudah berkurang panasnya. Dia mengucup dahi Harraz lama.

            Hanna tersentak dari angannya. Dia meraupkan mukanya perlahan. Matanya memerhati Qarizh yang berada di hadapan matanya ketika ini.

            “Thank God, you are okay, sayang,” Qarizh bersuara. Hanna seakan terpaku. Air mata yang tanpa sedar jatuh di pipi Qarizh, memakukan seluruh tubuhnya.

            Dia sayang? Tapi, dia tergamak tinggalkan Harraz sakit seorang diri? Dengan, pembantu rumah yang entah apa-apa!

            Hanna menarik tangan Qarizh untuk mengikuti langkahnya. Dia berlalu ke arah satu sudut di hujung wad VIP itu. Jauh daripada Qairul, Haisya dan Harraz.

            “Apa masalah awak?! Awak tinggalkan Harraz sakit seorang diri kat rumah dengan pembantu rumah yang entah apa-apa?! Awak tahu tak, kalau Harraz tak call saya tadi, saya tak tahu apa yang akan jadi kepada dia! Dia demam panas!”

            Hanna menekankan suaranya. Untuk menunjukkan betapa bengangnya dia ketika ini.

            “Kenapa awak tak benarkan saya jumpa Harraz?! Kenapa awak halang saya daripada masuk wad ni, tadi?! Harraz anak saya! Awak tak ada hak untuk halang saya dari jumpa dia,” Qarizh membalas. Soalan daripada Hanna dibiarkan. Dia perlukan jawapan bagi semua persoalannya. Semua sakit hatinya. Semua amarahnya.

            “Apa awak ni?! Saya sedang bercakap tentang awak! Tak perlu nak alihkan kesalahan ke atas bahu saya!” Qarizh mengangguk laju. Alihkan kesalahan?

            “Okay, fine! Saya mengaku saya tinggalkan Harraz, tapi saya tinggalkan dia dengan pembantu rumah. Saya tinggalkan dia telefon untuk dia hubungi saya. Saya tak tahu yang nanny itu akan buat macam tu kat Harraz!

            Saya tak ada di rumah untuk pantau semua keadaan. Saya ada tanggungjawab lain! Dan, Harraz sendiri yang paksa saya untuk ke pejabat! Bukan saya yang teringin!”

            Hanna tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh.

            “Sebelum ni, awak boleh pun! Awak pasang CCTV kat rumah! Setiap kali apa-apa terjadi, awak akan sampai dahulu! Hari ni?! Saya call awak pun, awak tak angkat!! Kenapa?! Harraz tak bererti langsungkah dalam hidup awak?!” suara Hanna semakin menguat.

            “Jangan cabar saya Qaireen Hanna! Harraz dan Haisya nyawa saya! Mereka lebih penting dalam hidup saya daripada segalanya!!”

            “And then, why?!! Awak perfectionist!! So, why?! Kenapa awak tinggalkan Harraz dengan perempuan tu?! Awak tahu tak, macam mana keadaan waktu saya jumpa Harraz? Baju dia penuh dengan muntah! Lantai dia penuh dengan muntah!!

            Saya tak tahu sama ada dia makan atau tak! Gelas pecah! Air bersepah kat lantai! Ubat still atas meja. Tak berusik! Dia terkulai layu!! Helpless!! Manakala perempuan tu, tengah berjoget sakat di tingkat bawah!! Bagi tahu saya, ibu mana yang tak marah! Tell me!!!”

            Hanna menjerit kuat. Qairul segera berlalu ke arah Hanna. Dia memeluk tubuh Hanna erat. Dia membawa Hanna ke dalam pelukannya. Wajah wanita itu memerah. Air mata turun bercucuran di matanya.

            “Mana awak, Riz?! Mana awak?!! Awak cakap, Harraz dan Haisya nyawa awak? Tapi, kenapa awak tinggalkan dia Riz?! Why?!! Dia anak saya. Dia anak saya. Saya yang tanggung sakit melahirkan dia.

            Saya yang kandungkan dia 9 bulan 10 hari. Dia anak saya sebelum dia jadi anak awak. Jadi, kenapa?! Kenapa awak buat macam ni?!”

            Hanna menumbuk kuat dada Qarizh. Bertalu-talu. Dia lemah. Dia takut. Dia terlalu sayangkan Harraz. Dia tak mampu bayangkan hidup dia tanpa Harraz. Jadi, kenapa?! Kenapa?!

            Qarizh meraupkan mukanya perlahan. Dia tak tahan. Dia terluka dengan semua ini. Melihatkan Hanna yang menangis, hatinya makin tergores.

            Dia menggenggam tangannya erat. Amarah semakin merajai hatinya. Dua insan yang disayanginya terluka kerananya. Kerana kelalaiannya. Lagi.

No comments:

Post a Comment