TANGAN Hanna menggeletar. Dia mencuba untuk mencapai air. Meneguknya laju. Cuba menenangkan hatinya yang ketakutan.
Qarizh pernah cuba bunuh diri?
Sungguh, dia tak menyangka!
“Selepas itu, Qarizh bukan lagi dia
yang dulu. Qarizh berubah seratus peratus. Boleh dikatakan semuanya salah papa.
Papa yang bersalah sebab papa hancurkan seorang Qarizh. Tolong papa, Hanna.
Sembuhkan kembali luka dalam hati Qarizh. I
beg you,”
Hanna terkaku. Dia tak mampu
berfikir. Beg tangannya dicapai dan dia terus melangkah laju ke keretanya.
EARPHONE dipasangnya. Tangannya menekan laju nombor Qairul.
“Tell
me,” hanya itu yang keluar dari mulutnya. Dia merenung ke arah kepekatan
malam. Sudah pukul 9.30 malam. Tetapi, suasana malam itu gelap pekat. Tiada
lagi bulan yang menyinari. Awan sudah melindunginya.
“Hanna, apa..?”
“Tell
me! Everything!! Betulkah Riz tinggalkan Hanna? Betulkah Riz memang dah tak
sayangkan Hanna? Tell me!!” dia
menjerit kuat. Dia seakan tidak waras ketika ini.
Dia takut. Dia takut kejadian itu
berulang lagi.
“Okay, abang bagi tahu. Now, what are you doing?”
“I’m
driving,”
“Pull
it off,” arahan Qairul bergema.
“What?!
Why?!” dia bengang. Dia ingin sampai ke rumah Qarizh dengan kadar secepat
yang mungkin. Hatinya tidak sedap.
“Dengar cakap abang!” Hanna
mendengus keras. Dia memberikan isyarat kiri untuk berhenti di bahu jalan.
“Now,
tell me,” earphone dibuka dan handphone itu diletakkan tepat di telinganya.
“Riz tak tinggalkan Hanna. Waktu
Hanna lahirkan Haisya, dia ada.”
“Habis, kenapa abang bohong
Hanna?!!” suaranya memekik kuat.
“Sebab abang tak nak Hanna kecewa!!
Sebab abang tak nak Hanna rasa ditinggalkan! Qarizh pergi Dubai right after Hanna selamat. Abang nak
jawab apa, kalau Hanna cari Riz? Abang nak jawab apa?
Abang tak nak tengok Hanna menangis
lagi. Abang nak Hanna kuat. Abang tak nak Hanna terseksa merindui dia,”
Air mata jatuh di pipinya.
“Abang tipu Hanna! Abang tipu
Hanna!”
“Hanna Mac? Riz yang buat. Riz yang
usahakan semuanya, Riz cakap dia nak benarkan Hanna terbang bebas. Dia nak jauh
daripada Hanna kerana dia yang menghancurkan hati Hanna. Dia terluka.
Semua tindakan yang dia ambil,
semuanya untuk Hanna. Hanna tahu dia cakap apa kat abang? Jagakan Hanna.
Tunaikan semua permintaaan dia. Ajar dia untuk mampu hidup bersendirian tanpa
aku. Because, she can’t survive without
me, Qairul. She can’t.
Dia dah bagi hidup baru untuk Hanna.
Apa lagi yang Hanna nak sekarang ni? Hanna minta cerai? Itu pun dia dah
tunaikan. Apa yang Hanna nak lagi ni? Apa lagi?!”
Suara Qairul menegang. Hanna dapat
rasakan itu. Abangnya marah dengan semua tindakannya.
“Qaireen Haisya? Hanna percaya tak,
kalau Qarizh yang bagi nama tu? Hanna percaya tak, kalau abang cakap yang semua
yang Hanna lakukan dalam pantauan dia? Hanna percaya tak, kalau abang cakap
yang sebagai mana Hanna rindukan dia, macam tu jugalah dia rindukan Hanna?
Hanna percaya tak, keputusan dia
untuk meletakkan Hanna dalam rumah itu. Rumah yang Hanna tinggal sekarang ni
adalah disebabkan Hanna sendiri? Hanna percaya tak, kalau dia hanya pedulikan
kesihatan Hanna dan baby waktu tu? Hanna percaya tak, keputusan yang dia buat
tu semua untuk Hanna?
Hanna percaya tak, yang Qarizh
mengamuk macam orang gila bila dapat tahu yang Hanna terluka? Hanna percaya
tak, kalau abang cakap yang setiap apa yang berlaku, Qarizh akan sentiasa
fikirkan Hanna dahulu?
Hanna percaya tak, kalau abang cakap
yang Qarizh terseksa hidup tanpa Hanna selama ni? Hanna percaya tak, kalau
Qarizh menjauh sebab dia tak mampu hidup di Malaysia kerana kakinya sentiasa
ingin berlari kepada Hanna?
Hanna percaya tak?! Hanna tak akan
percaya! Sebab dalam fikiran Hanna, dalam otak Hanna. Hanna hanya kenal Qarizh
sebagai manusia yang beku tanpa cinta. Hanna hanya tahu yang Qarizh adalah
lelaki kejam yang mengunci isterinya sendiri daripada terbang menjauh,”
“Stop
it!!” Hanna menjerit kuat. Dia tak mampu lagi mendengar. Jiwanya lemah
ketika ini.
“Jadi, sekarang, abang nak tanya.
Hanna menyesal tak dengan keputusan Hanna?” telefon itu dimatikan. Dia
meletakkan telefon itu di kerusi penumpang.
Hanna menyesal. Hanna menyesal
dengan keputusan ni. Hanna tak tahu. Sungguh, Hanna tak tahu. Hanna hanya
pandang duka yang dia tinggalkan untuk Hanna. Hanna tak tahu apa yang dia
lakukan setiap hari. Hanna tak tahu yang dia turut sama menderita seperti
Hanna.
Hanna tak tahu..
Rintihnya lemah. Air mata bercucuran
lemah di pipinya. Dia tak tahu untuk berbuat apa lagi.
Tiba-tiba, telefonnya berdering.
Dayyan. Dia segera mengangkat panggilan itu. Menerima panggilan daripada Dayyan
sewaktu jam hampir 10 malam, bukanlah satu perkara yang biasa.
RATNA meletakkan
beberapa bekas makanan di atas meja makan itu. Peti ais dibuka. Dia menyusun
satu demi satu bekas makanan itu. Khas untuk 3 hari.
Hanya ini yang mampu dia lakukan,
apabila Qarizh bertegas untuk tidak mengambil pembantu rumah langsung. Sebelum
ini, Qarizh sendiri yang akan masak atau membeli makanan daripada luar.
Tapi, sejak daripada kejadian itu.
Qarizh hanya mengurungkan dirinya di bilik. Tidak mahu keluar langsung daripada
biliknya.
Dia menghela nafas lemah. Risau
hatinya dengan sikap Qarizh. Dengan kelakuan yang sebegitu, tak mustahil lelaki
itu akan mengalami depression. Dan, dia tidak mahu penyakit psikologi itu
menghantui lelaki itu.
“Dah siap?” suara Dayyan
menyentakkan dirinya daripada lamunan. Ratna mengangguk perlahan. Dia menutup
peti ais itu. Belum sempat dia berlalu daripada dapur.
Kedengaran, bunyi kaca pecah. Dia
terpaku.
“Abang! Tuan!!” Ratna segera berlari
anak ke tingkat atas. Dayyan turut sama mengikuti langkahnya. Mereka cuba
membuka tombol pintu. Berkunci.
“Tuan! Tuan! Jangan buat macam ni,
tuan! Buka pintu ni, tuan!” bertalu-talu ketukan di pintu lelaki itu. Namun,
tiada reaksi. Makin kuat barang yang dipecahkan oleh lelaki itu.
“Abang, call puan! Tanya kunci pendua, abang! Kita tak boleh biarkan dia
macam ni,” Ratna menggesa Dayyan yang nampak terpaku. Dia tahu yang lelaki ini
tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini.
Tapi, dia yang bekerja dan
menghabiskan masa di hospital. Situasi sebegini adalah biasa baginya. Pesakit
mengamuk sudah jadi habuan hidupnya.
Dayyan segera menghubungi Hanna. Come on, puan! Angkatlah telefon ini.
“PUAN, kunci
pendua rumah tuan Qarizh kat mana?” Hanna terpaku. Kenapa dia minta kunci
pendua Qarizh?
“Kenapa dengan Qarizh?” perlahan
suara itu keluar daripada mulutnya. Dia tak bersedia untuk mendengar lagi satu
kenyataan pahit mengenai Qarizh.
“Tuan mengamuk! Kami tak tahu
keadaan tuan sekarang ni, please puan!”
Hanna terkedu. Segera signal ke kanan diberi. Dia terus memandu laju.
Tumpuannya sekarang adalah untuk ke rumah Qarizh secepat yang mungkin.
“Puan?!!” dia tersentak. Baru dia
tersedar, jawapan kepada soalan Dayyan belum diberikan lagi.
“Ada kat dapur, dalam kabinet putih.
Yang paling kecil. Atas sekali. Cepat!!” telefon itu dimatikan. Pedal minyak
semakin ditekan laju.
PINTU rumah
itu dibuka lebar. Suasana itu masih sama seperti dahulu. Sama seperti 3 tahun
lepas. Di sofa itu, dia tumpah darah. Di sofa itu, suara Qairul bergema kuat.
Di sofa itu..
Argh! Lupakan!
Hanna segera berlari naik ke tingkat
atas. Pintu bilik Qarizh dibuka kasar. Apa yang berlaku ni? Dia terkedu.
Bilik itu hancur. Kaca pecah. Bantal
dilempar merata. Meja tempat Qarizh membuat kerja saban malam sudah terbalik.
Di atas katil itu, hanya tubuh Qarizh yang terbaring layu. Ada wayar yang
menghubungkan tangan itu dengan air.
Dia memandang Ratna dan Dayyan yang
memandangnya dengan pandangan yang hampa. Dia memegang kepalanya. Dia tak tahu
apa yang perlu diucapkannya dalam keadaan ini.
Ketika ini, hanya gambarnya dan
Qarizh sahaja yang tak berusik. Gambar perkahwinan mereka yang tergantung megah
di kepala katil.
“Dia.. Dia.. How is he?” tergagap bibirnya mengatur bicara. Ratna
menghampirinya. Lantas, menarik tangannya keluar daripada bilik itu.
Hanna hanya mampu menurut. Ketika
ini, dia bukan berada dalam posisi untuk melawan. Dia bingung.
“Ratna, macam mana dengan dia? Dia
buat apa? Dia tak bunuh diri, kan? Dia tak bahayakan diri dia, kan?”
bertalu-talu soalan keluar dari bibirnya.
Mendengar cerita daripada papa
seakan merentap keluar jantungnya, dia tidak pernah menyangka yang duka di
dalam diri Qarizh seteruk itu. Dia tak pernah menyangka yang Qarizh tergamak
membenamkan kaca di leher sendiri.
“Tak. Don’t worry, setakat ni tuan okay. Sekarang ni, saya dah bagi ubat
penenang dan dia okay. Cuma, puan..”
Hanna mengangkat muka. Memandang
muka Ratna yang seakan serba salah.
“Teruskan, Ratna,”
“Puan still nak berpisah dengan tuankah? Right now, dah 2 minggu tuan kurung diri. Sejak daripada dia
keluarkan arahan untuk hantar surat cerai tu kepada puan. Puan, tuan sayangkan
puan,” Ratna menggenggam tangannya lembut.
Hanna hanya memberikan senyuman
tawar. Dia memandang Ratna lama.
“Beri saya masa untuk berfikir?
Sekarang, Ratna dan Dayyan balik dulu. Saya akan stay di sini, tengok-tengokkan Qarizh,”
Ratna hanya mengangguk perlahan. Dia
tak mahu mendesak. Muka Hanna nampak sangat lemah dan tertekan. Dia tak tahu
apa yang menghuni fikiran wanita itu, namun dia tahu di dalam minda wanita itu
tersembunyi pelbagai kisah yang tak terjangka.
HANNA mengelap
perlahan dahinya yang berpeluh. Dia merenung persekitaran bilik itu yang sudah
seperti keadaan asalnya. Dia menghela nafas lega. Ini baru namanya bilik. Dia
pergi meletakkan mop itu ke tempat asalnya.
Jam di tangan dikerling. Sudah pukul
1 pagi. Dia menegangkan bahunya yang sakit. Too
much work in the middle of night.
Dia membuka pintu bilik itu. Dia
terpaku apabila Qarizh bercakap dalam tidurnya. Nightmare itu datang lagikah? Dia segera menghampiri Qarizh. Dia
menggenggam perlahan tangan Qarizh.
“No!
Mama!! Don’t leave!” Hanna
menggetap bibir. Mama? Sampai sekarang, perkara ini masih menghantui mindanya?
“Hanna! No! Please, sayang!” dia terkaku. Benarkah apa yang dia dengar
ketika ini? Dia mendekatkan telinganya ke bibir lelaki itu. Mengharapkan
namanya muncul lagi di bibir lelaki itu.
“Hanna! Mama! No! Please!” badannya menggeletar. Dia menjauhkan dirinya daripada
lelaki itu. Adakah dia sebahagian daripada mimpi ngeri lelaki itu ketika ini?
Adakah dia penghancur hati lelaki itu?
“Hanna pastikah yang dia tak pernah inginkan Hanna dalam
hidup dia? He needs you. Damn much. He’s broken. And, he needs you to treat
him,”
Kata-kata
Qairul seakan menjelma kembali bermain di mindanya.
“Sayang,
I need you,”
Hanna
kaku. Dia merenung Qarizh lama. Dahi lelaki itu basah dengan peluh. Hanna
merebahkan tubuhnya di sisi lelaki itu. Tangan itu kekal berada di dalam
genggamannya.
“Shh..
I’m here. Hanna tak pergi mana-mana,”
dia berbisik lembut di telinga Qarizh. Cuba menenangkan lelaki itu daripada
mimpi ngerinya. Lelaki itu kian tenang, dan kembali tidur lena.
Hanna
menghela nafas lega. Tiba-tiba, matanya terpaku terhadap satu botol yang berada
di atas almari itu. Dia terus mencapai botol itu. Sleeping pills? Dia merenung
kembali Qarizh.
“Shut it, Hanna. I need a beauty sleep,”
Kata-kata
Qarizh hari itu kembali menerpa mindanya. Insomnia dia datang balikkah? Argh,
Hanna! Kalau nightmare pun kembali menghantuinya, apatah lagi insomnia?
Hanna
menutup mata. Cuba berfikir sewajarnya. Wajah Qarizh direnungnya. Hati beku ini
wujud disebabkan luka yang menghantui. Matanya kembali dibuka.
Hatinya
bulat. Dia akan mengajar lelaki ini erti cinta. Dia akan melembutkan kembali
hati beku ini. Dia akan mengajar lelaki ini untuk berbicara sesuai dengan
kehendak hatinya. Lelaki ini perlu dididik kembali untuk menjadi Qarizh yang
dahulu. Dan, hanya dia yang mampu kembalikan semula lelaki ini.
Yes. He’s broken. His heart was shatter into pieces.
There is no medicine can cure him, but only the word love.
Dia
menghantar pesanan kepada abangnya. Memesannya untuk menjaga Harraz dan Haisya.
Semua ini salahnya, salahnya kerana tidak memahami hati lelaki ini. Jadi, ini
masanya untuk perbetulkan semua kesilapan. Menetapkannya kembali ke tempat
asal.
Dia
akan menjadi Hanna yang dahulu. Hanna yang ceria tanpa sebarang masalah. Betul
kata papa. Kami saling mencintai jadi kenapa perlu sakitkan hati dengan
perpisahan ini? Dan, sekarang memang terbukti. Dia sayangkan aku.
No comments:
Post a Comment