Bab 28
HANNA MAC.
Dia mengetuk-ngetuk pennya di atas
meja. Hanna Mac? Seems like a good idea.
So, a product named Hanna Mac.
“What
is this? Make up?” dia mengangkat muka memandang Hanna. Hanna mengangguk
laju.
“Yup. Hanna dah kaji syarikat yang
berada di bawah Al-Haytham dan Hickman, tapi Hanna tak jumpa syarikat yang mengeluarkan
produk make up sendiri. Semua orang
lebih fokus kepada engineering,
architecture, doctor, teachers and foundation.
Jadi, Hanna bercadang untuk
keluarkan Hanna Mac sebagai produk yang Hanna keluarkan sendiri. Hanna boleh
berdiri di atas kaki sendiri, tapi hanya dengan nama Qaireen Hanna, semua orang
akan fokus terhadap Al-Haytham dan Hickman.
Jadi, apa salahnya kalau produk ini
di bawah Al-Haytham?” Qairul mengangguk perlahan. Memikirkan logik yang
dikeluarkan oleh Hanna.
“Tapi kenapa Mac?” Hanna hanya
tersenyum.
“Walau macam mana pun, nama Hanna
tetap Qaireen Hanna Hickman, anak yang Hanna kandung semuanya mempunyai nama
keluarga Hickman. Jadi, salahkah Hanna untuk kekalkan nama Hickman?”
“Kenapa bukan Man? Why Mac?” Hanna
mengeluh perlahan.
“Abang, man dalam bahasa melayu, maksud dia apa? Lelaki kan? Tak akanlah
nak letak produk nama Hanna Man, kot? Hanna lelaki, macam tu? C tu diambil dari
perkataan Hick tu, abang ni..” Qairul hanya tertawa melihatkan wajah Hanna yang
mencuka.
“Okey, fine. Nanti, abang bincang dengan Qarizh,” berkerut kening Hanna
dibuatnya.
“Why,
Qarizh? Hanna tak nak ada kaitan dengan dia pun, kenapa abang perlu jumpa dia?
Abang sendiri tak mampukah? Kata Pengerusi Al-Haytham Group, tak akanlah
perkara ni pun perlukan Qarizh kot?” Hanna menarik business proposal yang berada di genggaman Qairul.
“Abang ada lah urusan dengan Qarizh.
Tak usah menyibuk. Yang Hanna perlu tahu, impian Hanna akan jadi kenyataan. Between several months, I guess? Nanti,
abang bagi tahu progressnya,” Qairul
mengambil balik fail yang berada di tangan Hanna.
“Kalau macam tu, Hanna habis pantang
dulu lah, baru perkara itu akan tercapai,” Hanna mengusap kandungannya yang
kini sudah berusia 7 bulan.
“Baguslah macam tu, selepas Hanna
pantang, Hanna perlu exercise.
Sekarang, abang tengok Hanna berisi sangat. Kerja makan ja, 24 jam,” membuntang
mata Hanna dibuatnya.
“Abang!! Hanna tak gemuk, okey?”
Hanna menyentuh pipinya yang semakin menggebu. Aku makin gemukkah?
“Ya, ya. Hanna tak gemuk. Nanti
merajuk pula, puteri abang seorang ni,” Hanna menjeling abangnya tajam.
“Dahlah, duduk sini lama-lama buat
sakit hati ja! Abang bukannya nak memuji Hanna pun. Mengutuk lagi adalah!”
Hanna perlahan-lahan bangkit daripada kerusi itu.
Dia menapak perlahan-lahan untuk
berjalan keluar dari bilik tersebut.
“Hati-hati, mak buyung!!” Hanna
menggetap bibir. Sempat lagi, abangnya mengatanya. Tunggulah, lepas aku habis
pantang nanti, siaplah dia!
Hanna membuka pintu bilik kerja
abangnya. Terpampang di depan bilik itu. Nama lelaki itu. Qairul Haizril
Al-Haytham. Pengerusi Al-Haytham Group.
Hanna melangkah perlahan untuk
menuju ke lift. Dia menekan butang lift, seketika kemudian, pintu lif itu
terbuka. Muncul di hadapannya seorang lelaki yang tidak ingin dijumpainya
ketika ini.
Namun, apabila mata mereka
bersabung, lelaki itu hanya beriak biasa. Hanna menggetap bibir, menahan
hatinya yang semakin pedih menahan rindu. Menahan tubuhnya yang ingin menuju ke
arah lelaki itu dan memeluk lelaki tu erat.
Qarizh berlalu keluar dari lif itu.
Kesemua bodyguardnya menunduk kepala.
Menghormati lelaki yang merupakan suaminya itu. Hanya melepasinya tanpa sepatah
kata. Malah, hanya renungan biasa yang dilihatnya dari pandangan mata lelaki
itu.
Hanna menutup matanya. Lelaki itu
tidak berpaling kepadanya. Seakan lelaki itu tidak pernah mengenalinya. Dia pun
sama. Dia mampu untuk bertindak sama dengan lelaki itu. Dia tak akan lemah
hanya kerana seorang lelaki.
Dia kuat. Dia mesti kuat!
LANGKAH
Qarizh terhenti di depan pintu Qairul. Masih jelas di kornea matanya wajah
Hanna yang seakan terluka. Masih jelas di kornea matanya, wajah Hanna yang
mengetap bibir semata-mata untuk menahan perasaan.
Dia terus berpaling. Langkahnya
ingin menuju semula ke lif.
“Riz!” panggil Qairul daripada
belakang. Namun, Qarizh hanya buat tak tahu. Otaknya tidak mampu untuk fokus
dengan subjek perbincangan mereka hari ini.
Dia masuk ke dalam lif. Untuk
mengejar Hanna? Tidak. Tak mungkin dia akan berbuat begitu. Kenapa dia perlu
untuk bertindak sebegitu?
Dia menekan butang ke tingkat atas.
Dia menyandarkan tubuhnya. Merenung angka itu menaik hingga ke tingkat 50.
Usai lif itu terhenti, dia melangkah
keluar dari lif itu. Rooftop. Dia
membawa langkahnya menuju ke penghadang. Cahaya matahari seakan malu-malu
mengeluarkan sinarnya. Dari tingkat atas, dia dapat melihat pelbagai jenis
bentuk bangunan. Dari atas, kereta-kereta di bawah seakan nampak kecil. Manusia
yang sedang berjalan hanya kelihatan seperti semut yang menghurung makanan.
Dia menyeluk poketnya. Di mindanya
tersembunyi pelbagai perkara yang dirahsiakan. Di hatinya, terkandung pelbagai
emosi yang tidak terluahkan. Di memorinya, terkandung pelbagai memori yang
menyakitkan.
Melihatkan perut Hanna yang semakin
membulat, separuh hatinya ingin mendekati. Dia ingin memegang kandungan itu.
Dia ingin merasai tendangan dari dalam kandungan itu. Nikmat yang dia amat
rindui dan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya. Anak.
Dia tahu, ketika ini kaki Hanna akan
semakin membengkak. Wanita itu sukar untuk melelapkan mata kerana tidak mampu
untuk tidur dalam posisi yang selesa baginya. Dia amat merindui detik itu,
detik di mana dia mengurut kaki Hanna saban malam. Detik di mana dia adalah
satu-satunya tempat untuk Hanna bergantung harap.
Tanpa sedar air matanya menitis
jatuh. Dia terlalu merindui. Dia terlalu menyayangi. Hanna adalah satu-satunya
wanita yang membuatkan hatinya bergetar. Yang berjaya menembusi kawalan hatinya
yang utuh. Selama 25 tahun dia hidup, hanya wanita itu yang berjaya menarik
perhatiannya. Dan, ianya akan kekal begitu. Hingga ke akhir nyawanya.
I want
to tell you. Words that you have not even heard before. Words I want to tell
you when I see you. Words I cannot say by myself. I love you. Will you come to
me? I want to close my eyes and hug you. I want to be by your side. I want to
love you.
But I
can’t. Like a fool, I can’t. It hurts, that love. It will hurt both you and me.
Like now, like today. I hurt you. It hurts me too. Because, you don’t believe
me. If you don’t believe me, how can you trust my love?
HANNA
menggenggam foto itu erat. Ibu, Hanna kalah lagi. Hanna kalah bila bertembung
mata dengan dia, ibu. That guy, he
conquers all of my heart. Hanna cuba berlagak kuat. Hanna cuba berlagak
seakan Hanna tak terkesan dengan tingkah laku dia. Tetapi, Hanna lemah ibu.
Hanna menangis ibu. Hanna menangis lagi.
Ibu, kenapa ibu tak ada di sini?
Kenapa ibu tak ada lagi dalam hidup Hanna? Hanna perlukan ibu ketika ini.
Kenapa ibu pergi dalam hidup Hanna? Hanna sayangkan ibu.
Ibulah yang sentiasa ada di sisi
Hanna. Sewaktu ayah dan abang marah, ibulah yang membela Hanna. Yang memujuk
mereka untuk menerima Qarizh dalam hidup Hanna. Apabila Hanna sedih dengan
sikap Qarizh, ibulah yang sentiasa ada. Menasihati Hanna. Berbisik lembut di
telinga Hanna. Memujuk Hanna untuk bersabar.
Tapi, lelaki itu. Sewaktu ibu dan
ayah pergi dalam hidup Hanna. Sewaktu Hanna menangis, sewaktu Hanna
mengharapkan pelukan dari dia. Dia tiada di sisi Hanna. Dia lebih pentingkan
kerja dia daripada Hanna.
Hanna menutup mata. Seakan masih
terasa pedih di pipi ini. Itulah hadiah pertama yang diberikan oleh Qarizh
sewaktu dia dalam kesedihan. Dia perlukan pelukan, tapi tamparan yang dia
terima.
Masa itu seakan berputar kembali. Rewind. Detik itu hadir lagi. Rewind. Sakit itu datang lagi. Rewind.
No comments:
Post a Comment