Friday, 8 March 2019

QUEEN : BAB 4

BAB 4
“When a person tells you that you hurt them, you don’t get to decide that you didn’t,” - Louis C.K.
“MAKAN sikit,” Hanna menggeleng perlahan. Dia sudah tak mampu. Qarizh mengeluh lemah. Dia mencapai telefonnya lalu menghubungi seseorang.
Hanna hanya mampu memandang. Dia call siapa? Dr Ratna? For what? Morning sickness?
“Dayyan, saya akan kerja dari rumah ja until she enter second trimester. She’s quite bad. Anything, just come to my house,” tenang suara Qarizh bersuara.
Hanna menutup matanya perlahan. There he is. Please. Stop being like this. Taking care of me like I’m fragile. And, then you become to your ownself when I’m delivered. Aku dah tak larat untuk tertipu. Dengan lembut sikapnya. Dengan lembur tuturnya. Semua ini akan berlalu. Dia akan menjadi beku lagi. Seperti dulu. When I’m pregnant with Harraz.
“Stop it,” Qarizh mengerutkan kening.
“Benda apa?”
“Just stop it. Stop acting like you do care. Just go to work. Tak perlu risau pasal Hanna. Macamlah Hanna tak pernah mengandung. I can take care of myself. Just go to work,” Qarizh menarik nafas perlahan. Dia merenung Hanna lama.
You are my wife. Pernahkah saya tinggalkan awak sepanjang awak sakit sebab mengandungkan Harraz? Whatever. That is my company. I can do what I want,” Qarizh mencapai mangkuk itu.
Yeah. Itu syarikat dia. Apalah hak aku untuk menghalang? Empayar Hickman Group itu milik dia. Apa yang aku ada? Kosong. Hanya ada segulung ijazah yang menjadi perhiasan mata. Tanpanya, aku lumpuh.
“Makan. Awak perlu tenaga. At least kalau nak muntah pun, ada benda untuk dimuntahkan,” ujar Qarizh selamba. Hanna menjeling tajam.
Ding!
Hanna mencapai telefonnya. Mesej itu dibuka.
Unknown : Congratulations for your second child!
Berkerut kening Hanna dibuatnya. Nombor itu menghubunginya lagi. Menghantar mesej. Siapa dia? Adakah ini orang yang sama? Yang memujuknya tatkala Qarizh menduakan dia? Yang mengirimkan ucapan tahniah di atas perkahwinannya?
Tiba-tiba, telefonnya dirampas. Hanna mengetap bibir. Dia memang buat ikut suka hati dia ja.
“Siapa?” Qarizh menjongketkan keningnya.
“Entah. Biarlah dia,”
Wajah curiga Qarizh ditatapnya. Tahu sangat, nanti mulalah dia mengerahkan Dayyan untuk mencari empunya nombor itu. But, this is a private number. It will be very hard to detect.
Hanna mengambil telefonnya kembali. Dia menyentuh dahi Qarizh. Menghilangkan kerutan dari wajah itu.
“Dia tak nak dijumpai. Jadi, kenapa kita perlu mencari? Don’t worry. It just a message,”
Qarizh menghela nafas lemah. Nampak sangat tak puas hatinya. Dia menyuakan sudu itu kepada Hanna. Mengangguk sekali. Memaksa Hanna untuk menerima suapannya.
Hanna mengeluh lemah. Suapan itu diterimanya juga. He becomes softer. Maybe because of my pregnany. He’s like this too. When I’m pregnant with Harraz. Hanna menyentuh lembut perutnya. Ada nyawa lain di dalam perut ini.
Tak salahkan? Kalau aku ambil kesempatan dengan kelembutannya? I can only enjoy this for a few months. So, tak salahkan kalau aku cipta sebanyak mungkin kenangan indah bersamanya? Untuk sekejapan ini sahaja.
“How can you survive without me, Hanna?” kedengaran suara Qarizh bertanya perlahan. Dia mengusap lembut rambut Hanna.
That’s right. I cannot survive without you. Sebab hati ini dah sepenuhnya milik awak. Tanpa awak, saya lumpuh. That’s why I bear all those hardship. Sakit dalam dada ini saya biarkan. Because without you, I’m lost.
Yesterday, it was a pain in my ass. There was no you. Saya terlantar seorang diri. Menahan sebu dan sesak di dada. Hingga saya rasa saya tak mampu untuk kembali berdiri. There was no you to take care of me. There was no you to feed me. During that few hours, I realize. Without you, I’m nothing.

“KENAPA abang ada kat sini?” Hanna mengelap rambutnya yang basah. Berkerut keningnya melihat Qarizh masih setia di biliknya. Menyemak fail-fail. Kalau setakat nak bekerja, boleh pergi buat kerja kat bilik kerja kot. Lagi selesa.
“Can’t I?” Satu lagi fail dibukanya. Berkerut keningnya memerhati fail itu. Tiba-tiba, fail itu dicampak kasar. Ada yang dia tak puas hati lah tu.
Hanna menghampiri Qarizh. Fail yang dicampak diambilnya. Dia menyusun semua fail yang berselerak atas meja itu. Qarizh yang leka memerhati skrin laptop itu direnungnya.
Sungguh indah ciptaan Tuhan. Gaya Riz dan tingkahnya. Itu yang membuatkan hatinya jatuh cinta untuk pertama kali. Apabila dia fokus dengan kerjanya, I can’t help but to stare at him. He’s responsible. That what makes I’m attract to him. Like a magnet.
“Anything?” Hanna tersentak. Qarizh merenungnya. Pandangan itu memakukan dirinya. Biarpun sudah lima tahun berkahwin, dia masih tak boleh melawan panahan mata itu.
“Abang patutnya pergi ke Kira. Nanti dia cakap apa pula,” Hanna bersuara perlahan. Cuba berdiplomasi.
“Dia tak boleh cakap apa. I choose to be here,” balas Qarizh selamba.
“Still.. abang perlu..” kata-kata Hanna terhenti apabila Qarizh menutup laptopnya kasar. Gerun dia dibuatnya.
I wonder. Where is the woman who fought with me about my decision to marry Kira?” ujar Qarizh sinis sebelum berlalu keluar dari bilik. Pintu bilik dihempasnya kasar.
Tersentak Hanna dibuatnya. Dia hanya memandang pintu bilik yang sudah tertutup rapat. Dia menutup matanya rapat. Dia juga wanita. Dia tahu perasaan disakiti. Seakan masih terasa luka di hati ini apabila Qarizh berkahwin lain dan meluangkan masanya untuk bercuti dengan Kira di New Zealand.
Tapi, untuk mengelak orang lain tersakiti, dia rela terluka. Dia juga ingin menjaga hati dirinya sendiri. Dia tak nak terluka apabila esok menjelma. Biarlah dia yang menanggung derita hari ini. Asalkan Kira tak terluka.
Lagipun, isteri mana yang sudi untuk menghantar suaminya ke tangan perempuan lain? Kalau dia tak berfikiran waras, dia rela mengunci Qarizh bersamanya. Tapi, dia tahu, lelaki itu ada tanggungjawab lain.

No comments:

Post a Comment