Bab 22
SEBAIK sahaja belakang tubuh Qairul menjengah pandangan Hanna, Hanna terus menyembunyikan diri di belakang Qarizh. Takut. Nanti kalau Qairul marah macam mana?
Qairul berpaling apabila dia merasakan ada orang di belakangnya. Dia merenung ke arah Hanna yang sedang bersembunyi. Pandangannya lama. Dan menyimpan beribu perasaan. Nak marah, takut lari lagi.
“I need to talk to you. Alone,” perkataan alone itu ditekannya. Matanya memandang ke arah Qarizh. Memberi arahan supaya Hanna meninggalkan mereka.
Berkerut kening Hanna dibuatnya. Dia tak nak jumpa akukah? Punyalah beria cari aku, last-last Qarizh juga yang dia nak jumpa. Tapi, kalau Qarizh jumpa Qairul, then Qairul ugut dia untuk tinggalkan aku macam mana? Eh, tak boleh. Tak boleh. Aku kena ada dalam perjumpaan mereka. Nanti kesayangan aku kena marah.
“Eh, mana boleh! Hanna nak duduk sekali,” Hanna mencelah laju. Dia terus muncul dan berdiri di depan Qarizh. Menghalang Qarizh daripada berjalan.
“Qaireen Hanna. Balik sekarang. L2, heret dia balik,”
Oh, mana boleh macam tu! Hanna menarik tangan Qarizh untuk melindunginya. L2 dipandang. Apa? Dia fikir senang kot untuk heret aku balik? Eh, ini Qaireen Hannalah! Keturunan Al-Haytham tahu! Walaupun aku dididik untuk menjadi seorang puteri tapi skill mempertahankan diri itu ada tau!
“Hanna, balik. Abang ada benda nak cakap dengan Riz,” Qairul mengeluarkan arahan.
“Benda yang abang nak cakap itulah yang Hanna risaukan. Sebab tu, Hanna tak boleh balik. Hanna kena duduk sini juga!” Hanna bertegas.
“Qaireen Hanna. Jangan lupa kesalahan yang Hanna buat hari ni. Jangan ingat sebab abang tak cakap, Hanna dah lepas. No! Balik, minta maaf dengan ibu. Menangis ibu tahu tak?”
Hanna memandang muka Qairul lama. Ibu menangis? Alamak, abang memang suka buat aku rasa bersalah. Hanna memandang muka Qarizh, dan memandang muka Qairul. Cuba berfikir. Apa yang aku kena buat sekarang ni?
Tiba-tiba, tangannya ditarik menghampiri L2.
“Eh, eh, eh! Apa yang awak buat ni?” Hanna cuba mengetuk tangan Qarizh. Namun, Qarizh buat tak endah. Eh, dia fikir aku patung ke apa?
“Balik. Saya nak cakap dengan abang awak,” kemudian lelaki itu memandang ke arah L2.
“Bawa dia balik. Jangan bagi dia lepaskan diri,” Hanna terlopong. Dia hanya memandang ke arah Qarizh yang sedang mengambil tempat duduk.
Eh, dia fikir aku kanak-kanak riang ke apa? Ingat aku budak-budak yang nak lepaskan diri semata-mata untuk pergi ke taman permainan? Eh, ini tidak adil ni! Aku kena balas balik.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah menghampiri Qarizh, L2 menarik tangannya berlalu. Rentapan kuat L2 membuatkan dia tak mampu untuk menghalang. Sakitlah brader!
“Lepaslah! Lepas! Saya boleh jalan sendiri,” tapi jeritannya hanya dibalas dengan muka kering L2. Ya Allah, lelaki ni tak lama kot! Mahu ja aku lempar dia tengah-tengah kolam ni!! Eh, geramnya aku!!
“YOU know, I’m very impress of you. Macam mana kau boleh tarik perhatian adik aku dalam masa yang singkat? I wonder. Qaireen Hanna. Dia bukan seorang perempuan yang senang jatuh cinta. Dalam hidupnya, tiada nama seorang lelaki pun yang pernah terbit dari bibirnya. Tapi, kau! Hanya sekali pandang sahaja, dia dah berlari kepada aku untuk tahu siapa kau. Hebat, Qarizh Hauzan! Hebat! Aura Hickman jelas terpancar di setiap perlakuan kau,”
Qairul menepuk tangannya beberapa kali. Matanya mencerlung tajam ke arah Qarizh. Lelaki kacukan Britain-Scotland-Malay ni memang ada auranya yang tersendiri. Aura yang mampu membuatkan gadis naif seperti Hanna untuk tersungkut di kakinya.
“1 universe, 9 planets, 204 countries, 809 island and 7 seas. Out of this option, my question is, why you choose Hanna? Al-Haytham? Tak cukup lagikah kekayaan yang Hickman ada, sampai memilih seorang puteri daripada Al-Haytham? Kenapa kau tak pilih seorang perempuan dalam kalangan Hickman sendiri? Kenapa perlu mencemar duli untuk memilih Al-Haytham sebagai isteri?” Qairul mengangkat kening. Mencabar Qarizh yang hanya menunjukkan wajah tenangnya untuk berbicara.
“I don’t do this because of money. Why I need to do that? My family is more than stable. Kenapa Hanna? Mudah. Sebab dia adalah dia. Tentang Al-Haytham? I don’t care kalau syarikat kita tak bersatu pun? For what? You can mind your own Al-Haytham. I won’t touch it, in fact, I don’t want to collaborate with you. Hanna bukan satu urus niaga. Walaupun Al-Haytham nama keluarganya, tapi nama itu akan bertukar menjadi Hickman. So, she will be one of us and not forever yours,”
Qarizh bersuara tenang. Wajahnya dibekukan. Wajah Qairul yang tersenyum sinis dipandangnya tajam.
“Frankly speaking, I don’t like you. Very much,”
“I don’t give a damn about you. All I need is Hanna. That’s all,” balas Qarizh. Qairul merenung Qarizh lama. Mencari keikhlasan dari sebening mata itu. Namun, apa yang dilihatnya hanya sepasang mata yang beku.
“Tentang mama kau, kau dah settlekan atau belum?”
That’s it! Dia nampak perubahan dari sepasang mata itu. Ada luka di sebaliknya.
“Perlukah aku bagi tahu kau? Itu urusan Hickman bukan Al-Haytham,” Qairul mengangguk perlahan.
“So, I guess I need to welcome you into Al-Haytham. No! I need you to welcome my little sister into Hickman. She’s madly in love with you, so aku dah tak boleh buat apa. Take care of my little sister. Anything happens to her, kau yang akan tanggung kesannya nanti,” Qairul bersuara keras. Memberi amaran.
Namun, tiada gentar yang wujud di mata Qarizh. Lelaki itu masih seperti biasa. Hanya memandangnya tanpa kata.
Qairul mengangkat tubuh dan berlalu pergi. Namun, kata-kata Qarizh menghentikan langkahnya.
“I think I need to watch my back starting from this moment,” suara itu perlahan namun nada itu keras.
“The most precious posession that ever comes to a man in the world is woman’s heart. Don’t hurt her heart, once she hates you, there will be no way turning back,”
Kemudian, dia berlalu. Meninggalkan Qarizh sendiri. Memberi ruang waktu agar dia berfikir.
DIA bermain dengan kukunya berulang kali. Gelisah di tempatnya. Rambut yang serabut ingin dia ikat namun getahnya berada di tangan Qarizh. Dia tersenyum seketika sambil melurutkan rambutnya untuk kembali ke bentuk asal. Tudung?
“Kenapa senyum seorang diri ni?” dia terperanjat apabila sapaan Qairul muncul tiba-tiba. Kenapalah dia boleh tak perasan lelaki ini dah masuk ke tempat pemandu? Alahai. Buat malu tujuh keturunan ja.
“Nothing. Abang buat apa dengan Qarizh?” Hanna merenung Qairul dengan penuh curiga. Qairul tersenyum sedikit.
“Abang buat apa? Tak buat apa-apa pun,” Qairul menghidupkan enjin kereta. Dia memasang wiper. Hujan sudah turun menyimbah bumi. Semakin lama, semakin lebat. Suasana semakin gelap ketika ini. Seperti hatinya yang dilanda risau yang menggila.
“Abang! Abang marah Qarizh ke? Dia tak tahu Hanna lari rumah. Sumpah!” Hanna mengangkat tangan. Menandakan yang dia betul-betul tulus dengan kata-katanya. Qarizh tak ada kaitan dengan apa yang dia buat. Qarizh yang memujuknya untuk balik rumah.
“Ya, abang tahu. Now, Hanna nak pergi butik tak? Salon ke?” Hanna mengerutkan kening.
“For what? Setahu Hanna, kita tak ada sebarang function yang kita kena pergi pun untuk tempoh terdekat ni,” ujar Hanna telus. Dia berfikir sedalamnya. Mencari schedule yang tersembunyi di dalam otaknya. Ada ke?
“Will have. Hanna tak nak pergi design baju pengantin?” terbuntang mata Hanna dibuatnya. Dia memandang muka Qairul lama-lama. Mencari kejujuran di balik mata Qairul.
Qairul menggangguk sekali. Cuba mengiakan apa yang Hanna fikirkan.
“Yes! Yes! Yes! Sayang abang ketat-ketat!” spontan, pipi Qairul dicium oleh Hanna. Qairul hanya tersenyum.
Senyuman ini sudah cukup untuknya. Dia tak perlukan perkara lain. Senyuman bahagia. Lirik mata yang indah. Semua ini sudah cukup untuknya. Kerisauannya dicampak sejauh mungkin. She will be fine. She will be fine. Hanya itu yang mampu diucapkan di dalam hati. Memujuk hati untuk berhenti meragu. Memujuk otak untuk berhenti berfikir.
HUJAN yang menyimbahi bumi itu dipandang lama. Dihayati hujan itu. Seperti air yang membasuhi lukanya. Lukanya yang sudah bertahun lamanya tergores. Tanpa ada penawar yang mampu mengubatinya. Masa itu memang mampu untuk merawat luka. Tapi, parut itu masih ada. Parut yang utuh. Parut yang huduh. Parut yang mengingatkannya agar jangan pernah bermimpi lagi.
Wanita itu penghancur. Wanita itu pemusnah. Wanita itu menyebabkan seorang lelaki menjadi lemah. Cinta itu buta. Cinta itu pedih. Cinta itu perih. Cinta seorang lelaki untuk seorang isteri itu tidak cukup untuk memuaskan perasaannya. Harta yang dilimpahi tidak cukup untuk membeli angannya.
Jadi, apa lagi yang dia mahu? Kebebasan? Atas tiket itukah, dia mendua? Tergamak hatinya! Tergamak jiwanya! Kanak-kanak ini masih lemah! Kanak-kanak ini masih kecil! Kenapa perlu dilemparkan segala kedukaan itu di hatinya?
Dia masih tak mampu berfikir. Dia masih tak mampu melangkah sendiri. Dia masih lemah. Kenapa dia perlu dihidangkan dengan pandangan sebegitu? Kelukaan seorang ayah. Jeritan lirih seorang ibu. Tangisan seorang ayah. Langkah pergi seorang ibu.
Kenapa dia? Dia tak kuat. Dia lemah! Qarizh Hauzan Hickman hanya seorang lelaki yang lemah! Dia masih kecil untuk melawan. Dia masih kecil untuk menyuarakan pandangan. Hidupnya sendirian. Dia menangis, tapi siapa yang peduli? Mereka masing-masing lebih mementingkan hidup mereka. Lebih fikirkan tentang kehidupan mereka. Sampai mereka terlupa, ada kanak-kanak kecil yang memerlukan bimbingan mereka. Yang memerlukan kasih sayang mereka.
Dia percaya cinta itu menyakitkan. Dia mengunci hidupnya dari orang lain. Untuk apa dilafazkan kata cinta, andai di akhirnya dia yang bakal terluka? Jadi, dia kena memberi peringatan. Bahawa bukan semua lelaki bodoh seperti ayahnya. Tulus mencintai hingga bodoh untuk menilai.
No comments:
Post a Comment