Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 48

 Bab 48

FOKUS Hanna terganggu apabila telefonnya berbunyi. Nama Rose tertera di telefonnya. Hanna terus menekan butang telefon di stereng keretanya.

            “Assalamualaikum, Rose,”

            “Waalaikumussalam, kak long! Kak long sihat?” suara ceria Rose bergema di keretanya.

            “Kak long sihat ja. Kenapa Rose telefon akak?” soalan itu keluar daripada mulutnya. Agak pelik kerana Rose menghubunginya.

            “Kak, jom temankan Rose shopping. Rose nak ajak angah, angah buat tak tahu ja dengan Rose. Mama pun tak nak keluar dengan Rose. Boleh ya, kak? Bolehlah..” Rose merengekkan suaranya.

            Hanna cuba berfikir. Dalam keadaan sebegini, dia sudah tak mampu untuk bekerja. Otaknya sekarang penuh dengan Harraz dan Qarizh.

            “Okay. Rose kat mana ni? Kak long ambil Rose,” setelah alamat Rose diperolehnya. Dia terus menekan waze.

            Laju keretanya meluncur di lebuh raya itu.

 

 “THANK YOU, kak long. Sebab temankan Rose hari ni,” Hanna hanya tersenyum nipis. Hanna merenung beg shopping yang diletakkan di sisi mereka.

            “Rose yang temankan akak hari ni. Dah lama, akak tak shopping macam ni,”

            Benar. Sudah lama dia tak menghabiskan waktunya untuk dirinya sendiri. Mungkin, kerana tekanan hidup. Dia lebih rela menghabiskan waktunya di tempat kerja. Mengusahakan Hanna Mac miliknya. Sehingga produk itu sudah menembusi negara luar yang lain walaupun produk itu masih muda umurnya.

Memikirkan perkara itu, bilakah kali terakhir dia membawa Harraz dan Haisya keluar bersamanya? Dia tersenyum sinis. Mungkin, disebabkan itu Harraz memilih untuk hidup dengan Qarizh. Kerana dia sudah tidak mengendahkan anaknya sendiri. Dia larut dengan kerjanya.

Balik lewat malam. Pergi kerja awal pagi. Waktu cutinya juga banyak dihabiskan di pejabat. Mungkin, dia terlalu tertekan. Dia tak mampu duduk bersahaja di rumah. Kenangannya bersama Qarizh meracuni fikirannya. Dia perlu meralitkan diri dengan kesibukan kerja.

Memandang Haisya seakan memandang Qarizh. Tingkah Harraz yang suka buat perkara tanpa memikirkan orang lain mengingatkannya tentang Qarizh. Jadi, bagaimana dia mampu untuk hidup tanpa bayangan Qarizh? Dan, bagaimana dia mampu untuk melupakan Qarizh?

“Kak long!” Rose menghentakkan meja kuat. Tersentak Hanna dibuatnya. Dia memandang Rose pelik.

“Kenapa Rose ketuk meja?” Rose memandang Hanna seakan tidak percaya.

“Kak long? Seriously? Rose panggil akak berkali-kali tahu tak? Kak long berangan apa ni?” Hanna hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak sedar dia terlalu larut dalam perasaannya sendiri.

Rose mengeluh lemah. Dia menggenggam erat tangan Hanna.

“Kak long okay? Rose tengok akak banyak termenung. Akak fikir tentang apa ni? Ada apa-apa yang kakak ingin kongsi?” Rose cuba memujuk Hanna.

Hanna menggelengkan kepalanya. Dia terseyum. Kekok. Untuk menutupi angannya.

            “No. Nothing. Rose dah order,” Rose hanya mampu memandang. Dia tak boleh memaksa. Hanna baru ingin rapat dengannya.

            “Dah. Rose dah order. Kesian waiter tu, panggil akak berulang kali, akak buat tak tahu ja,” Rose bersuara.

            Hanna menggaru kepalanya yang tak gatal. Sampai begitu sekalikah angannya. Dia tak tahu pula. Dia hanya memberikan senyuman palsu kepada Hanna. Untuk menutupi rasa bersalahnya.

 

HANNA meletakkan beg shoppingnya di dalam bilik. Satu persatu pin tudungnya dibuang. Seketika, pintunya diketuk dan dibuka dari luar. Muncul wajah Qairul. Qairul masuk ke dalam biliknya lalu duduk di atas katil. Matanya memandang wajah Hanna.

            “Harraz tinggal dengan Qarizhkah?” Hanna menganggukkan kepalanya perlahan. Tudungnya dibuka. Dan, dia melabuhkan duduknya di katil. Di sisi Qairul.

            “Dia yang buat keputusan tu. Hanna cuma tunaikan,” lemah kata-kata keluar dari mulut Hanna.

            “Hanna dah tak cintakan Qarizh?” Hanna mengangkat muka. Dia memandang Qairul.

            “Soalan apakah itu?”

            “Abang tanya betul-betul. Betul, Hanna tak cintakan Qarizh? Betul, Hanna tak nak balik semula kepada Qarizh?” Hanna hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tak ingin bersuara. Hatinya masih milik Qarizh.

            “Hanna tak menyesal?” Hanna mengangguk sekali lagi. Tak. Dia tak menyesal. Dia yakin dengan perkara itu.

            “Hanna tak kisah kalau Qarizh ada perempuan lain? Hanna tak kisah, kalau Harraz dapat ibu tiri?” Hanna mengangguk sekali lagi. Walaupun, separuh hatinya seakan ingin menjerit. Tidak! Hanna kisah! Hanna tak mampu untuk berkongsi lagi!

            “Kalau macam tu, abang nak bagi tahu Qarizh untuk persiapkan borong permohonan cerai,” Qairul mengangkat punggung. Dia terus melangkah pergi daripada bilik itu. Meninggalkan Hanna yang masih terkedu.

            Cerai?

 

QARIZH merebahkan tubuhnya di sisi Harraz. Anaknya itu dipeluk erat ke dalam pelukan. Anak daddy. Anaknya. Kini di dalam pelukannya.

            Dia mengucup dahi Harraz perlahan. Kata-kata yang keluar dari mulut Hanna seakan bermain di fikirannya.

            “No. I don’t. I don’t love you,”

            Qarizh menutup matanya perlahan. Betullah keputusannya. Dia perlu melepaskan Hanna. Sudah terlalu lama dia mengunci Hanna dalam ikatan perkahwinan ini. Hanna tak bahagia dengannya.

            Dia perlu bebaskan Hanna. Supaya Hanna boleh terbang bebas seperti dahulu. Hanna perlukan seorang lelaki yang lebih layak. Dan, lelaki itu bukan dia.

 

AIR mata menitis jatuh di pipinya. Bantal peluknya dipeluk erat. Seakan terbayang di mindanya, wajah terluka Qarizh. Kenapa lelaki itu perlu terluka? Lelaki itu mencintainyakah? Atau, kerana ego dia terluka?

            Cerai? Perkataan itu menyakitkannya. Dia tak mampu untuk hidup andai Qarizh bukan miliknya lagi. Dia inginkan Qarizh untuk mengejarnya seperti dahulu. Dia mahukan Qarizh berubah dan datang kepadanya.

            Dia inginkan perkataan cinta keluar dari mulut Qarizh. Tapi, tidak. Qarizh tak pernah bersuara. Dan, sekarang Qairul mengutarakan kata-katanya. Qairul ingin Qarizh melepaskannya.

            Tak! Dia tak ingin Qarizh menceraikannya. Dia ingin Qarizh datang kepadanya. Dia ingin mendengar penjelasan atas segala sikapnya. Benarkan Qarizh meninggalkannya sewaktu dia melahirkan Haisya?

            Dia masih ingat wajah Qarizh ketika itu. Dia masih ingat perkataan yang keluar dari mulut Qarizh ketika itu.

            “I don’t want to lose them,”

            Tetapi, adakah itu hanya halusinasinya semata-mata? Benarkah Qarizh sudah pergi meninggalkannya waktu itu?

            Dia tak tahu. Dia buntu. Dia berlagak seperti dia kuat. Dia berlagak seperti dia mampu hidup tanpa Qarizh. Tapi, dia hanya manusia biasa. Dia masih menyayangi.

 

HANNA tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Ada satu mesej. Private number.

Unknown : Take good care of him. Because, he is near. Don’t let your ego control you. You still love him. So, please go back to him. He needs you.

            Hanna mencampakkan telefon bimbitnya menjauh. Siapa dia? Kenapa dia mesej aku? Kenapa dia tahu segalanya tentang aku?

            Siapa dia? Kenapa dia selalu mesej aku? Sudah 8 tahun! Sejak daripada aku dan Qarizh berkahwin, mesej ini menghantui aku! Kenapa? Kenapa dia tahu? Bagaimana dia boleh tahu?

            Tangannya menggeletar. Dahulu, mungkin dia merasakan yang perkara ini biasa. Tetapi, sekarang dia jadi takut. Macam mana kalau ada orang yang sedang mengintipnya? Macam mana kalau dia dalam keadaan bahaya sekarang ini?

            Macam mana?!

No comments:

Post a Comment