TANGAN yang leka menaip terhenti apabila telefonnya berbunyi. Dia mencapai telefon itu. Sekolah Harraz? Kerjanya terhenti serta-merta. Panggilan itu diangkat.
“Assalamualaikum, puan,”
“Waalaikumussalam. Kenapa ya?”
hatinya getar. Janganlah terjadi apa-apa kepada anak sulungnya itu.
“Puan boleh datang sekolah tak? Anak
puan bergaduh,”
“Pardon?”
HANNA melangkah
laju ke arah pejabat. Harraz bergaduh? Cukup tak tercapai dek akalnya. Harraz
lebih kepada Qarizh. Tak senang naik tangan. Kecuali jika pantangnya dicabar.
Walaupun bergaduh dengan Haisya, Harraz lebih selesa mengalah. So, why?
Hanna membuka pintu pejabat. Dia
meluru ke arah Harraz yang sedang duduk di kerusi. Mukanya beku. Seperti
Qarizh.
“Harraz, kenapa ni?” dia duduk di
sisi Harraz. Dia memaksa pandangan mata Harraz memandang ke arahnya.
“Hey, Harraz! Mana daddy yang kau
cakap ada? Aku nampak mommy kau ja!” suara kecil yang mencabar itu membuatkan
Harraz bengang. Dia kembali memandang ke arah lelaki kecil itu.
“Aku cakap, aku ada daddy! Aku ada
daddy lah!!” kuat suara Harraz membalas. Hanna terus memeluk Harraz ke dalam
pelukannya. Inikah puncanya?
“Harraz?” suara seorang lelaki
muncul. Qarizh. Harraz mengangkat muka.
“Daddy!” Qarizh menghampiri Harraz.
Kedua-dua kakinya melutut, membawa mata Harraz setentang dengannya.
“Ni daddy aku! Tak percaya lagi! Aku
ada daddy, aku ada daddylah!” Harraz membalas kuat kepada kanak-kanak itu. Muka
kanak-kanak itu terkejut. Ayah dia lagilah. Pucat terus. Kenapa?
“Harraz, kenapa cakap macam tu?”
Qarizh memegang pipi Harraz. Memaksa Harraz memandangnya. Hanna lebih selesa
mendiamkan diri.
“Dia cakap Harraz bohong. Dia cakap
Harraz anak luar nikah. Dia kata mommy jahat. Sebab tu, Harraz pukul dia,”
Qarizh menutup matanya perlahan. Kemudian, dia membuka matanya kembali. Dia
mengusap lembut pipi Harraz.
“Dah, sayang. Daddy ada ni. Jangan
pukul orang lagi ya?” Harraz menundukkan muka.
“Tapi, dia yang mula dulu! Harraz
tak salah,” Harraz cuba membela diri sendiri.
“Tapi, Harraz yang tumbuk dia dulu.
Tangan ni, tak salah kalau nak tumbuk orang. Tapi, bila dalam keadaan bahaya.
Bukan keadaan macam ni. Dalam kes ni, you
must think smartly. Use your brain. Ada pelbagai cara lain untuk lawan dia.
Bukan cara ni. Boleh, sayang?” Harraz hanya menganggukkan kepala.
Qarizh hanya menghela nafasnya
perlahan. Dia mengangkat muka memandang Hanna. Hanna hanya buat tidak tahu.
Matanya memandang ke tempat lain selain mata Qarizh.
“Dato’,” Qarizh bangun apabila ayah
kanak-kanak itu menegurnya. Dia menyambut huluran salam daripada ayah
kanak-kanak itu.
“Maafkan anak saya, Dato’, Datin,”
Hanna mengangkat muka. Dia kenal kamikah?
“Dato’ tak akan buang kerja saya,
kan?”
Kerja? Ayah dia ni, pekerja
Qarizhkah? Tapi, apabila melihat wajah bingung Qarizh, dia tahu yang lelaki itu
pun tidak tahu tentang hakikat ni.
“Awak kerja dengan sayakah? Dalam
bahagian mana?” wajah ayah kanak-kanak itu tampak biasa. Nampak seolah-olah,
dia memang tahu bahawa Qarizh tidak mengenalinya.
“Saya dalam bahagian accounting. Saya akauntan Hickman
Holding. Kita akan jumpa dalam mesyuarat bajet esok. Lagipun, saya tahu yang
Dato’ baru balik dari Dubai dan Dato’ masih tak mengenali semua pekerja Dato’,”
Qarizh menganggukkan kepalanya
perlahan. Memahami.
“Nampaknya, saya kena buat company dinner secepatnya lah. Ramai
lagi pekerja yang saya tak kenal,”
Great!
Nak buat company dinner! Habis,
aku ni?! Tak akanlah aku kena pergi juga? Tak nak! Dah 3 tahun, aku lari
daripada majlis-majlis macam ni, tak akanlah tahun ni aku kena pergi kot?!
“Tadi, saya macam kenal Datin. Tapi,
saya tak berani tegur. Takut salah orang,” Hanna seakan tersentak. Namanya
disebutkah?
Hanna hanya memberikan senyuman
tipis. Dia tak berniat untuk membalas. Dia memandang kanak-kanak itu yang
nampak takut. Harraz hanya buat tidak tahu kepada budak itu tatkala mereka
bertembung pandangan.
“Puan,” Hanna berpaling apabila
namanya terasa dipanggil. Perbualan di antara Qarizh dan ayah kanak-kanak itu
terhenti.
“Jom, kita,” Hanna mengikut rentak
langkah cikgu itu. Harraz digenggamnya erat.
LANGKAH dibawa
menuju ke kereta. Kereta Qarizh terparkir di sisi keretanya. Adakah ini
kebetulan atau pun dia sengaja? Memikirkan Qarizh, terlalu banyak kebetulan
yang berlaku di antara mereka. Sejak detik pengenalan mereka.
Ataupun, itu hanya pertemuan yang
dirancang teliti oleh Qarizh? Dan, diaturkan menjadi sebuah kebetulan?
“Harraz, masuk dalam kereta. Mommy
nak cakap dengan daddy,” Harraz mengangguk laju. Dia terus melangkah masuk
dalam kereta Qarizh.
“Harraz, masuk kereta mommy,” Harraz
hanya buat endah tak endah kepada arahannya. Dia ingin berlalu ke arah Harraz,
tetapi tangannya dikunci oleh Qarizh.
Hanna merenung Qarizh. Matanya
menunjuk ke arah tangannya yang dikunci oleh Qarizh. Memberi amaran yang tidak
diendahkan.
“Boleh lepaskan tangan saya, tak?”
Qarizh hanya buat tidak tahu dengan arahan yang dikeluarkan dari mulutnya.
“Kenapa tak hantar Harraz ke Hickman
School? Kenapa hantar dia ke sekolah biasa?” soalan itu keluar dari mulut
Qarizh. Seriously?
“Sebab saya nak dia bergaul dengan
orang biasa, puas? Let me go,” namun,
tangannya semakin kuat dicengkam oleh Qarizh.
“Do
you really want me to let you go?” maksud lelaki itu mendalam. Lebih
daripada sekadar tangan ini. Soalan itu menyeluruh. Merangkumi hubungan mereka.
“Fine.
Saya bagi Harraz kepada awak. Jaga dia elok-elok. Jangan manjakan dia.
Jangan jadikan dia spoilt rich kid. Suruh
dia berusaha, untuk dapatkan semua yang dia nak,” Hanna mengubah topik. Dia
terpaksa melepaskan Harraz ketika ini. Bukan pilihan hatinya, tetapi dia kena
fikirkan Harraz.
Harraz inginkan daddy dia. Dia
bergaduh kerana Qarizh. Jadi, buat seketika ini, biarlah dia mengalah. Harraz
perlukan kasih sayang Qarizh. Dan, buat sementara waktu ini, Harraz adalah
keutamaannya.
“You
are not answering my question. You still in love with me, right?” soalan
Qarizh seakan menjerat hatinya.
“No.
I don’t. I don’t love you,” yakin, kata-kata itu keluar dari mulutnya.
Tapi, dia tak mampu memandang mata Qarizh. Dia takut, dia tak mampu.
Yes.
Yes. I do love you. I’m still in love with you. And, that fact drive me crazy.
You hurt me. Damn much! But, I still love you. Why? I don’t know. But, my heart
keep repeating those word. I love you.
“Jangan tukar sekolah dia. Biarkan
dia tetap bersekolah di sini,” Hanna mengangkat muka memandang Qarizh. Mata
lelaki itu ada biasan luka. Kenapa? Tangan lelaki itu sudah melepaskan pegangan
eratnya.
“Harraz akan bersekolah di Hickman.
Dia perlukan kawan. Dia perlukan pengaruh. Dia perlukan kroni. Kawan-kawan yang
bersekolah di Hickman akan jadi kawan dia dalam bisnes pada masa depan,”
Hanna menghela nafas perlahan. Itu
yang dia tak mahu. Dia tak nak anaknya menjadi seorang yang berpengaruh di
situ. Di Hickman. Semuanya merupakan anak daripada golongan kelas atasan. Dan,
hakikat itu akan membuatkan Harraz lupa tentang manusia biasa yang tiada
apa-apa.
Seseorang yang bergantung kepada
golongan kelas atasan ini untuk meneruskan hidup. Dia tak nak melihat anak-anak
biasa ini ditindas. Disebabkan itu, dia menghantar Harraz ke sekolah biasa.
Agar dia tahu, betapa susahnya hidup orang lain. Untuk mengajar dia supaya
bersyukur dengan apa yang dia ada.
“Biarkan dia membesar di sekolah
ini. Kita akan bincangkan hal ini lagi apabila Harraz dah nak masuk sekolah
menengah,”
Satu arahan keluar dari mulutnya
sebelum dia menapak pergi menuju ke arah keretanya.
“Dan,
Harraz akan ikut keputusan saya. Saya daddy dia. Saya akan hantar dia ke
Hickman. Keputusan saya muktamad,” Qarizh bersuara. Hanna hanya buat tidak
tahu. Dia membuka pintu keretanya dan masuk ke dalam kereta. Dia memandu pergi
dari sekolah itu tanpa sekilas memandang ke arah Harraz.
Jujur, hatinya terluka dengan
pilihan Harraz. Harraz lebih menyayangi Qarizh daripadanya.
No comments:
Post a Comment