written in the span of 2018 until 2019
COKLAT di tangan diletakkan di atas meja. Iphonenya dicapai. Siapalah pula yang call dia ni? Papa? Bukan dia ada di New York ka?
“Hello,
assalamualaikum,” sapanya.
“Waalaikumussalam, Hanna,” suara
papa menyapa telinganya. Pelik juga dia dibuatnya. Kenapa papa call dia? Bukannya dia tak rapat dengan
papa mentuanya tapi, untuk menghubungi Hanna secara terus jarang dibuat oleh
papanya.
“Papa nak jumpa Hanna boleh tak?
Papa nak tengok Harraz,”
Hanna cuba berfikir. Tak akanlah
papa dah tahu yang aku dengan Qarizh tak duduk serumah? Tapi, tak mustahil
untuk dia tak tahu kan?
“Okay. Papa nak jumpa Hanna kat
mana?”
KEKOK dia
di ketika ini. Berhadapan dengan ayah mentua tanpa suami di sisi bukanlah satu
idea yang baik, kecuali kalau dia benar-benar rapat dengan ayah mentuanya.
Tapi, dia dengan papa pun hanya bertembung beberapa kali sahaja.
Selepas papa serahkan semua urusan
Hickman kepada Qarizh, papa terus terbang ke New York. Katanya, ingin mencari
seseorang. Tapi, sampai ketika ini dia masih tidak tahu siapakah orang
tersebut.
Pernah juga dia melihat Qarizh
bergaduh dengan papa disebabkan seseorang itu, tapi, apabila ditanya, dia
ditempelak oleh Qarizh. Kerana, menurut lelaki itu, dia tak berhak tahu tentang
seseorang itu. Hal itu menjadikan dia lagi tertanya-tanya. Semangat inkuiri di
dalam hatinya kuat, tetapi terpaksa dikorbankan kerana tidak mahu membangkitkan
kemarahan Qarizh.
Melihatkan sikapnya dahulu, dia
banyak menunduk kepada Qarizh, daripada melakukan perkara yang disukainya.
Perkataan memberontak sudah hilang dari kamus hidupnya selepas dia berkahwin
dengan Qarizh. Hidupnya hanya untuk mematuhi semua kata-kata Qarizh. Berkorban
segalanya. Tidak bekerja dan tidak memberontak untuk bekerja. Cekapnya lelaki
itu dalam menjinakkan jiwa liarnya.
“Qarizh dengan Hanna, macam mana?
Papa dengar Qarizh dengan Hanna dah tak tinggal serumah,” papa mengacau
perlahan airnya. Matanya memandang Harraz yang sedang ralit bermain dengan bodyguard di luar restoran itu.
“Kenapa papa tak tanya Qarizh
sendiri?” Hanna membalas tenang. Dia pun tiada jawapan untuk soalan itu. Dia
yang meminta, namun separuh hatinya ingin untuk kembali ke pangkuan Qarizh.
Namun, masih tiada panggilan daripada lelaki itu. Memohon agar dia kembali
kepada lelaki itu. Just give me a call,
and I will run to you without a second thought. Because, I can’t live without
you.
“Sebab dia tak akan bagi jawapan,” Hanna
tersenyum sedikit. Typical Qarizh.
Tidak akan pernah memberi penjelasan kepada semua tingkahnya.
“Apa yang membuatkan papa terfikir yang
Hanna akan bagi jawapan kepada soalan papa?” Hanna menjongket kening. Papa
tertawa kecil.
“You
got me,” Papa menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya merenung isteri
Qarizh yang sudah menjadi menantunya sudah hampir 6 tahun. Banyak yang sudah
berubah dari saat pertama dia melihat wanita itu. Semakin matang dan
sotisfikated. Penampilannya sudah jauh berubah.
“Correct
me if I am wrong, Qarizh dah ceraikan Kira, kan?” Hanna mengangguk
perlahan.
“Yes.
Without giving a second thought,”
“Papa dah agak perkara ini akan
terjadi. Maafkan papa sebab tak berjaya menghalang Qarizh dari berkahwin lain
dulu, walaupun papa tahu yang tindakan Qarizh akan menyakitkan semua hati yang
terlibat. Qarizh, Kira dan Hanna sendiri,”
“Tak ada yang perlu disesalkan, pa.
Perkara dah jadi pun. Kalau Qarizh sendiri tak menyesal, kenapa perlu papa?”
Qarizh manusia berhati kerikil. Dia bertindak mengikut pemikirannya sendiri.
Tiada sesiapa yang mampu mengubah setiap keputusannya.
“You
are different, Hanna,” kata-kata papa membuatkan Hanna memandang tepat ke
mata papa. Apa maksud papa?
“Explanation,
please,”
“Hanna tahu tak, yang Hanna
merupakan perempuan pertama dalam hidup Qarizh selain daripada mama dia?
Pertama kali, papa jumpa Hanna. Papa sangat impress
dengan Hanna. Dalam fikiran papa, oh, budak ni rupanya yang mampu menggetarkan
sekeping hati Qarizh.
Qarizh beku. Qarizh hidup tanpa
cinta. Bukan salah Qarizh, yang salahnya papa. Membesarkan Qarizh tanpa seorang
isteri bukan senang, Hanna. Qarizh membesar sendirian, Hanna. Itu yang
menjadikan dia seorang yang lebih banyak bertindak daripada berkata-kata.
Papa tahu yang Hanna maklum dengan
sikap Qarizh. Tapi, tindakan Qarizh kali ini membuatkan papa terfikir, apa yang
ada di fikirannya ketika ini? Sudahlah, papa bukan jenis mentua yang campur
tangan dalam urusan hidup anak menantu. Nanti, tak pasal-pasal disebabkan papa,
berantakan rumah tangga Qarizh,”
Hanna hanya mendiamkan diri. Dia
perempuan pertama dalam hidup Qarizh, tapi bukan dalam hati Qarizh. Hati itu
masih kosong tanpa cinta. Sedangkan hati ini, hanya tertulis nama dia sebagai
raja yang bermaharajalela di hati.
“Papa dah jumpa dengan orang yang
papa nak cari?” Hanna mengubah topik perbualan. Papa menggeleng perlahan.
Nampak riak kecewa di wajah lelaki berusia 50-an itu. Seolah-olah, orang yang
dicarinya itu amat bermakna dalam hidupnya.
“Jadi, apa tindakan papa lepas ni?”
“Papa nak pergi Scotland pula,
rasanya. Dia lahir di Scotland, jadi mungkin di Scotland dia bersembunyi?”
Hanna mengerutkan kening. Lahir di
Scotland. Manusia bermata biru rupanya. Atau, bermata hazel. Seperti Qarizh.
“Hanna sebenarnya tertanya dari
dulu, siapa seseorang itu? Kenapa Riz nampak macam marah setiap kali papa sebut
tentang dia?” Hanna mengeluarkan soalan yang selama ini terkurung di mindanya.
Dia tak mampu untuk terus-terus menyimpan soalan itu di mindanya. Penat.
Papa hanya menggeleng kepala
perlahan. Sekali lagi, dia terkurung dalam persoalannya. Kenapa papa ingin
merahsiakan? Salahkah dia untuk tahu siapa orang itu? Dia bukan ahli keluarga
inikah?
Agaknya, dia perlu tunggu sampai
seseorang itu muncul baru dia boleh tahu. Papa dengan Qarizh sama sahaja. Suka
berahsia. Mungkin disebabkan mereka ayah dan anak?
No comments:
Post a Comment