Bab 59
GELAS itu
diangkat dan direnungnya lama. Gelas itu berkocak dengan bunyi ais dan air. Air
yang berwarna koko. Air yang mendatangkan ketenangan kepada peminumnya. Dan,
menghilangkan masalah daripada mindanya.
Dia tersenyum lebar. Minuman itu
diminumnya sekali teguk. Argh! Dia lega! Walaupun pahit air itu menuruni
tekaknya, namun dia suka! Semakin keras air itu, semakin nikmat rasanya.
Dia memegang botol itu. Sekali lagi
air itu dicurahkan ke dalam gelas kaca itu. Dia merenung lama gelas itu.
“Kenapa awak buat saya macam ni?”
perlahan air matanya menitis. Dia mengesat air itu laju. Dia merenung lama ke
arah satu arah.
Seakan terbayang di mindanya,
suaminya sedang berpelukan dengan perempuan lain. Mengelus bahu perempuan itu
manja. Diselangi dengan ciuman lembut di bahunya.
Bang!
Matanya memerhati kosong, gelas yang
sudah pecah itu. Dia bengang! Dia marah! Air matanya jatuh lagi.
“Kenapa?! Kenapa?!!” dia menjerit
kuat. Rambutnya ditarik kasar. Dia kusut. Dia menarik botol itu dan meneguk air
itu sebanyak yang mungkin. Dia perlu lupakan semua ini.
Dia tak nak ingat derita ini! Dia
tak nak bayangan itu menghantui mindanya. Dia tak nak!
“Mama..” dia merenung ke satu arah.
Ada satu budak lelaki kecil yang sedang merenungnya. Mata bundar itu
merenungnya lama.
“Siapa kau?” soalan itu keluar dari
mulutnya. Budak kecil itu kelihatan takut. Dia hanya memerhati wanita itu lama.
“Kau anak akukah?” budak itu
menangis kuat. Keningnya berkerut. Kenapa budak itu menangis? Dia hanya buat
tidak tahu. Minuman itu diteguknya lagi.
“Diam boleh tak?!” dia menjerit
kuat. Kanak-kanak itu terkejut. Spontan, dia terhenti menangis. Wanita itu
merenung kanak-kanak itu lama. Dia tersengih lebar.
“Pandai pun diam. Tapi, kau siapa
eh? Aku tak kenal kaulah,” sekali lagi air minuman itu diteguknya laju. Matanya
memandang kanak-kanak itu lama.
Dia bangun dari duduknya. Langkahnya
dibawa menuju ke arah budak itu. Langkahnya terhuyung hayang. Hatinya
menyumpah-nyumpah lantai yang dirasakan tidak rata. Dia mencuba untuk
membetulkan langkahnya.
Setapak demi setapak dia melangkah
ke arah kanak-kanak itu. Sedikit lagi langkahnya ingin sampai kepada
kanak-kanak itu, dia terjatuh. Matanya memandang tepat budak itu. Pipi budak
itu basah dengan air mata.
“Nak minum?” dia menyuakan air itu
kepada budak kecil itu. Budak kecil itu menggeleng beberapa kali.
Dia mencebikkan mulut. Dia merenung
botol itu lama. Apa salah kau botol? Kenapa budak ini tak nak minum air dalam
botol ni? Apa-apa ja lah. Yang penting, dia bahagia.
Dia meneguk lagi air itu. Dia
berpaling ke arah budak itu, apabila mata budak itu hanya memerhatikannya.
“Kau nak apa? Tak habis-habis
pandang aku! Kalau nak, cakap! Aku boleh ambil lagi satu botol!”
Bengang hatinya.
“Kau nak apa lagi?!!” budak itu
terkejut. Langkahnya terus dibawa menuju ke tingkat atas. Kedengaran pintu
bilik itu dihempas dan dikunci.
Ashley tertawa galak. Budak itu
takut! Budak itu takutkannya! Hanya perkara itu yang menghuni fikirannya ketika
ini.
KEPALA yang
berpusing dipegangnya. Argh! Dia bangun dari perbaringannya. Sakit sangat
kepalanya ketika ini. Entah berapa banyaklah botol arak yang diteguknya
semalam.
Dia bangkit dari duduknya. Dia
menghela nafas lemah apabila sisi katilnya kosong. Hatinya sakit dengan hakikat
yang lelaki itu sedang bersenang-lenang di sisi perempuan lain. Sedangkan,
dirinya terkurung dalam mahligai ini.
Dia hanya didatangi apabila dirinya
terasa ingin dimiliki. Jujur, dia terseksa hidup dalam sangkar ini. Rumah ini
dirasakan bagai sebuah penjara emas yang mengurungnya daripada kehidupan luar.
Ashley merenung jam dinding. Sudah
pukul 10 pagi. Dia meraup perlahan kepalanya yang sakit sambil melangkah menuju
ke arah bilik air.
Dia bertekad hari ini. Dia ingin
bebas daripada penjara emas ini. Dan, dia akan bawa Riz bersamanya. Sekarang,
Riz ada di sekolah. Hanya ini masa yang sesuai. Dia akan menuntut penceraian.
Dia akan!
Dia sudah tak sanggup disakiti lagi.
Dia lemah andai terus diseksa sebegini.
LANGKAHNYA dibawa menuju ke arah pejabat suaminya. Tempat di hadapan bilik suaminya
itu kosong. Mana secretary suaminya
pergi? Atau, pekerjaannya sudah bertukar arah?
Dia menggetap bibir. Dia melangkah
ke arah depan pintu bilik suaminya. Jelas kedengaran bunyi hilai tawa dari
dalam bilik itu. Dia bengang!
Terus pintu itu dibuka lebar.
Matanya mencerlung tajam ke arah suaminya yang sedang tertawa galak. Setiausaha
yang diupah untuk menguruskan hal-hal kerja suaminya kini berada di atas paha
lelaki itu.
Mereka seakan hilang dalam dunia
mereka sendiri membuatkan hati yang panas semakin membara. Dia mengetuk kuat
pintu itu.
Terkejut wanita yang sedang ralit
bermain tali leher suaminya itu. Segera dia bangkit dari duduknya. Ashley
merenung wajah Harith lama. Wajah lelaki itu kekal selamba. Tiada gentar
mahupun perasaan bersalah kerana terkantoi di hadapan isteri sendiri.
“Setahu saya, awak bekerja sebagai secretary dan bukan sexcretary. Jadi, kenapa awak ada di
sini?” suaranya keras. Memberi amaran.
Wanita itu segera berlalu keluar
daripada situ meninggalkan Ashley yang sedang merenung lama mata Harith.
“Dan, setahu saya, galeri awak bukan
di sini. Tetapi, di Bangi,” Harith memeluk tubuh. Ashley berjalan penuh yakin
lalu duduk di hadapan suaminya.
“Saya ke sini, kerana ada urusan.
Saya tak berniat untuk mencampuri urusan hidup awak dengan sexcretary awak tu,” tegas Ashley bersuara. Dia tak berniat untuk
menangis lagi. Sudah cukup dia menangis semalam, hari ini dia tak nak terluka
lagi.
Fail disuakan kepada Harith. Tenang
Harith mencapai fail itu. Dia membuka fail itu. Tanpa bertangguh, dia terus
menanda tangan surat itu.
“Okey, nanti kita jumpa di
mahkamah,” hanya itu balasannya. Hanya itu.
Ashley menggetap bibir. Sekilas dia
terfikir, dalam hati lelaki itu, ada tak perasaan sayang kepada dirinya. Ashley
segera mencapai fail itu. Langkahnya dibawa pergi. Tapi, langkahnya terhenti
apabila namanya disebut.
“Oh, lupa pula saya nak bagi tahu
awak. Riz milik saya,” Ashley segera berpaling ke arah Harith.
“Kenapa dia jadi milik awak?!”
suaranya keras. Tegas.
“Awak lupakah perjanjian yang awak
tanda tangan sebelum menikahi saya dulu?” Harith hanya mengirimkan senyuman
senget.
Ashley terkedu. Perjanjian? Kertas
yang ditanda tanganinya tanpa membacanya terlebih dahulu akibat rasa cinta yang
membuak-buak kepada lelaki ini?
Segera langkahnya dilajukan untuk
pulang ke rumah. Dia perlu bawa Riz keluar daripada rumah itu. Dia tak boleh
tinggalkan Riz sendirian dalam rumah itu. Dia kena bawa anaknya untuk terus
hidup dengannya.
BAGASI ditutup.
Bajunya dan baju Riz sudah tersiap sedia dalam beg ini. Hanya menunggu masa
untuk Riz balik, dan mereka boleh melarikan diri daripada penjara emas ini.
Pintu bilik ditutup. Berhempas pulas
bagasi itu dibawa turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di ruang tamu, dia
dapat melihat lelaki itu di situ. Berdiri membelakangi dia.
Dia terkedu. Dia terpaku. Macam mana
dia boleh berada di sini? Dia tahukah dengan perancangan aku?
“Ashley
Quinshawna Gray, aku lepaskan kau dengan talak satu,”
Menggeletar tubuh Ashley dibuatnya.
Dia merenung belakang lelaki itu yang tampak tenang.
“Heret dia pergi. Aku tak nak,
perempuan ni masih ada dalam rumah ini waktu Qarizh balik nanti,” dengan ayat
itu. Beberapa orang bodyguard milik
Harith menghampirinya. Ingin menyentuhnya dan mengheretnya pergi.
Dia merentap kuat tangannya.
“Apa yang awak cuba buat sekarang
ni?! Halau saya? Hey, saya ni mama Qarizh! Awak tak boleh halang saya daripada
ambil Qarizh daripada awak!!” Ashley menjerit kasar. Dan keras.
Anehnya, lelaki itu hanya tertawa.
Seakan mentertawakan setiap kata-katanya. Kemudian, lelaki itu berpaling ke
arahnya. Mukanya menjadi serius dan menakutkan.
“Kau nak ambil Qarizh? Kau fikir aku
akan benarkan? Qarizh adalah satu-satunya pewaris Hickman Group! Sudahlah kau
duakan aku dengan lelaki lain! Kau nak ambil pula anak aku!”
Ashley menggetap bibir. Sejak bila
dia duakan lelaki itu? Sekarang, lelaki itu nak meletakkan semua kesalahan di
atas bahunya?
“Dia anak saya!! Saya ada hak ke
atas dia!!”
“Tak cukup lagikah pampasan yang aku
bagi kat kau? Kau nak apa lagi? Aku dah masukkan berjuta duit dalam akaun kau!!
Jangan ganggu anak aku lagi! Kau dengan tabiat suka minum kau, boleh pergi
mampus!!”
Jeritan demi jeritan yang keluar
dari mulut Harith membingungkannya. Pampasan? Sejak bila dia menerima sebarang
pampasan daripada lelaki itu?
“Kau curang dengan aku! Kau tidur
dengan lelaki lain!! Dan, kau fikir aku akan benarkan anak aku untuk hidup
dengan kau?! Tak! Tak akan!!
Kau
boleh perbodoh semua manusia dalam rumah ni, tapi bukan aku!! Aku lagi tahu apa
yang kau buat! Aku tahu semua benda yang kau buat!! Kau jumpa dengan lelaki
itu!! Kau bermalam dengan dia! Kau fikir aku tak tahu?!
Aku
hanya mendiamkan diri selama ini sebabkan Qarizh! Aku tak nak dia hidup tanpa
ibu,tapi kau dah cukup melampau!! Sekarang apa?! Kau nak mengaku yang anak yang
kau kandungkan tu anak aku?! Setelah berpuluh lelaki jadi permainan dalam hidup
kau?!
Tak,
Ashley. Tak!! Aku tak sehina itu! Perempuan macam kau! Aku tak akan terima
kembali dalam hidup aku! Berambus kau daripada rumah ini! Aku tak perlukan
perempuan jijik macam kau untuk terus jadi isteri aku!!”
Kaku.
Beku. Bisu. Dia tak tahu permainan apa yang telah dimainkan oleh lelaki ini.
Wayang apakah ini? Kenapa dia yang bersalah sedangkan salah itu milik lelaki
itu? Kenapa lelaki itu sedang menghempapkan kesalahan itu di bahunya?
“Mama?” suara itu menyentakkannya.
Dia berpaling ke arah kanak-kanak kecil itu.
Mata budak itu merenungnya dalam
kebencian. Kebencian yang tidak ada hujung pangkalnya. Dia terpaku. Dia kembali
memandang Harith! Jadi, ini mainan lelaki itu?
Untuk memastikan Qarizh kekal
bersamanya, dia rela mencipta satu pentas lakonan hebat? Wah!
“Baik! Aku akan pergi daripada hidup
kau! Sebagai pampasan, aku nak 15 juta masuk dalam akaun aku!” dia bersuara
keras.
Apa lagi yang mampu dia lakukan?
Tatkala anaknya merenungnya dalam kebencian? Dia hanya mampu sama-sama berlakon
di dalam drama hebat milik lelaki itu.
“Fine!
15 million? Deal,”
Ashley menolak perlahan lengan bodyguard yang memegangnya. Perlahan,
dia melangkah keluar daripada rumah itu.
“Mama!! Don’t leave! Mama!!”
Jeritan itu memilukan hatinya, namun
dia tetap mengorak langkah pergi daripada rumah itu.
“Mama!!!” jeritan itu semakin lama
semakin kuat. Sebelum tubuh Qarizh ditarik ke dalam pelukan Harith.
Maafkan mama, Qarizh. Maafkan mama
sebab terpaksa meninggalkan Qarizh di sini. Mama tak mampu bawa Qarizh dengan
mama. Qarizh sudah bencikan mama.
Papa sangat hebat, sayang! Hanya
untuk mengekalkan Qarizh di sisinya, dia melakonkan lakonan hebat sayang! Dan,
mama tahu. Anak tunggal mama sudah bencikan mama.
QARIZH memakukan
dirinya dalam bilik itu. Dia masih tak percaya. Dia masih tak sangka. Dia
memeluk tubuhnya erat.
Dia masih ingat mama yang cuba
menyentuhnya dalam keadaan mabuk. Dia takut! Dia takut dengan sentuhan itu. Dia
takut mama menyakitinya!
Tapi, sekarang! Mama bukan sekadar
menyakitinya malah mama menyakiti papa! Papa menangis sebab mama! Papa terluka
sebab mama!
Mama yang bersalah! Mama!!!
Gelas kaca yang berada di atas
kabinet dilemparnya kuat ke dinding. Berderai kaca itu. Seperti hatinya yang
berderai.
Dia merenung kaca itu lama. Serpihan
itu seakan menggamitnya. Dia menghampiri serpihan-serpihan kaca itu. Satu kaca
yang paling besar dicapainya.
Serpihan itu dikelar di lehernya.
Membuak darah keluar daripada lehernya.
“Qarizh!!!”
No comments:
Post a Comment