QARIZH berjalan lemah menuju ke katil. Dia mengambil tempat. Botol ubat yang berada di atas almari di sebelah katil dicapai.
Dia mengambil beberapa biji ubat itu
sebelum merebahkan tubuhnya. Ruang kamar itu gelap. Segelap perasaannya ketika
ini.
Dia menutup mata perlahan.
Mengharapkan mimpi itu tidak menghantui malamnya lagi. Dia sudah tidak mampu
untuk menghadapi kesakitan mimpi itu. Dia sudah tidak sanggup.
Kesakitan ditinggalkan dan
meninggalkan. Adalah sakit yang cuba dielakkan. Tapi, dia sedar. Bukan dia.
Bukan dia yang layak berdiri di sisi wanita itu.
Bukan dia.
RUANG gelap
kamar itu kembali cerah apabila disinari cahaya lampu. Ruang itu dipandangnya
sekali lalu. Gambar itu menandakan kebebasannya daripada genggaman seorang
lelaki.
Di saat ini, tangannya memegang
surat yang akan membebaskannya daripada perkahwinan ini, tetapi, kenapa hatinya
sakit?
Kenapa tubuhnya lemah, tak mampu
lagi berdiri? Kenapa langkahnya kaku, tak mampu lagi berlari? Ini yang dinanti.
Sepanjang 3 tahun ini. Tetapi, kenapa sakitnya itu ada di sini?
Hanna merebahkan dirinya di atas
katil itu. Tudung masih kekal di kepalanya. Bajunya masih lagi tidak berganti.
Dia terlalu penat. Dia terlalu
lemah.
QAIRUL menolak
perlahan pintu itu. Dia mengeluh perlahan apabila dia melihat Hanna terbaring
lemah di atas katil. Dia meletakkan dulang makanan yang digenggamnya di atas
katil.
Surat yang digenggam erat oleh Hanna
dicapai. Dia membuka surat itu, kertas yang terkandung dalam surat itu
dicapainya. Surat permohonan cerai?
Dia mencapai telefonnya. Nombor
Qarizh didail namun tidak diangkat. Berkali-kali, dia cuba menghubungi, namun
hanya voicemail yang diterimanya.
Qarizh, where are you?
Qairul meraupkan wajahnya perlahan.
Bahu Hanna disentuhnya. Ingin mengejutkan wanita itu dari lenanya yang panjang.
Mimpinya yang ngeri.
“Hanna,” lembut suara itu memanggil.
Hanna mengesat perlahan matanya.
Berkerut keningnya apabila imej Qairul muncul di kornea matanya. Dia bangun
dari pembaringannya. Dulang makanan yang dibawa oleh Qairul dipandang.
Dia tiada selera. Daripada pagi
tadi, tiada langsung makanan yang masuk ke dalam perutnya. Perutnya kosong.
Seperti hatinya yang kosong.
“Hanna tak lapar,” hanya itu yang
keluar dari bibirnya yang kering. Perlahan, satu demi satu pin ditanggalkannya.
Tudungnya diletakkan di tepi.
“Hanna tak makan dari pagi lagi.
Safira bagi tahu abang,” Hanna kembali merebahkan tubuhnya. Dia tiada niat
untuk membalas. Dia menutup matanya perlahan.
“Hanna setuju dengan keputusan Riz?”
soalan itu menghentam hatinya yang kosong.
“Itu yang dia minta, abang,”
“Ini bukan benda yang dia minta. Ini
adalah permintaan Hanna yang dia tunaikan,” Hanna membuka matanya perlahan. Dia
merenung Qairul tajam.
“Salahkah abang?” Qairul bersuara.
Mencabar Hanna untuk berlawan kata dengannya.
“Tak. Abang tak salah,” Hanna bangun
dari pembaringannya. Kertas itu dicapai, pen yang berada di laci dicapainya.
“Hanna yang minta. Hanna dah tunggu
3 tahun untuk keputusan ini. Jadi, kenapa Hanna perlu berfikir lagi?”
Tangannya menconteng laju kertas
itu. Menurunkan tanda tangannya. Kertas itu kembali disimpan ke dalam
sampulnya.
“Abang harap Hanna tak menyesal,”
“Abang nak Hanna buat apa lagi?!
Semua tindakan Hanna salah depan mata abang! Abang nak apa lagi?!
Abang nak Hanna kembali semula kat dia?
Lelaki yang tinggalkan Hanna seorang diri sewaktu Hanna berperang dengan maut?!
Lelaki yang menoleh pergi dari hidup Hanna hanya kerana satu permintaan yang
datang dari seorang wanita yang terluka! Lelaki yang tak pernah berusaha untuk
setia di sisi Hanna?!
Lelaki yang tak pernah datang untuk
memujuk Hanna untuk tetap hidup dengan dia? Dia tak pernah berusaha, jadi
kenapa perlu Hanna?”
Qairul mengusap lembut air mata yang
jatuh di pipi Hanna tanpa sedarnya. Luka di dalam hati wanita ini masih belum
pulih lagi. Hanya itu yang dapat difahaminya.
“He’s
broken, so do you. Both of you are broken because of this thing. Only because
of this piece of paper.” Qairul menunjukkan kertas itu tepat di mata Hanna.
“Abang nak Hanna balik semula kat
dia,”
“Abang dah gila?! Kenapa Hanna perlu
balik kepada orang yang tidak pernah inginkan Hanna dalam hidup dia?!” suara
Hanna naik beberapa oktaf.
“Hanna pastikah yang dia tak pernah
inginkan Hanna dalam hidup dia? He needs
you. Damn much. He’s broken. And, he needs you to treat him,” Hanna
menghela nafas kuat. Dia seakan tidak percaya. Ini abangnya kah?
“He’s
broken? Dan, Hanna tidak? Get out,
abang. I don’t need you! Ini
keputusan yang Hanna pilih,” Hanna menolak tubuh Qairul. Mencuba untuk menolak
lelaki yang mengeraskan dirinya itu.
“Sebelum dia kenal Hanna, dia dah
hancur, Hanna. Hanna tak rasakah, yang kepergian Hanna dalam hidup Riz
menambahkan luka dalam hati dia?” Hanna menggetap bibir.
“Berapa kali Hanna perlu bagi tahu
abang?! Lelaki tu! Langsung tak cintakan Hanna! Nama Hanna ni sedikit pun, tak
tertulis di hati dia!” Hanna mengeraskan suaranya. Memberi peringatan. Kepada
dirinya dan juga Qairul.
Qairul mengangkat tubuh. Dia berlalu
ke pintu bilik. Sebelum dia berlalu pergi, sempat satu ayat meluncur keluar
dari mulutnya.
“Jangan menyesal, Hanna,”
Hanna merebahkan tubuhnya kasar. Dia
menutup mukanya dengan bantal.
“Argh!!”
No comments:
Post a Comment