Bab 63
LANGKAHNYA dibawa ke arah papanya. Dia menyentuh perlahan bahu papa sebelum duduk di
sisinya. Ayat diatur dalam kepala supaya menjadi sopan dan tidak menyakiti
mana-mana pihak.
“Papa,” lembut suara Hanna
memanggil.
“Hanna bukan nak menghalau. Tapi,
sebaiknya puan dengan anak-anak dia balik dulu. Hanna tak nak bersoal jawab
dengan Qarizh tentang siapa mereka. Dan, yang paling penting Hanna tak nak
Qarizh tertekan apabila dia jumpa balik mama dia. Boleh tak, papa?”
Papa mengangkat muka. Pandangannya
dihalakan ke arah Ashley dan Ezra yang duduk di satu sudut sebelum kembali
memandang ke arah Hanna.
“Papa boleh bawa mereka balik, tapi
kenapa Hanna tak panggil Ashley, mama? Dia ibu mentua Hanna, tahu?” Hanna hanya
tersenyum nipis.
“Selagi Qarizh tak panggil dia mama,
selagi itulah Hanna tak akan. Bukan bererti Hanna biadap tetapi Hanna hormat
semua keputusan Qarizh. Hanna tak nak berurusan dengan mereka di belakang
Qarizh. Hanna tak nak menyakiti dia,” tenang Hanna menjawab.
“Doktor cakap apa tentang Qarizh?”
papa mengerutkan kening. Di wajahnya tertulis pelbagai persoalan.
“He’s
depress and needs a lot of care,” hanya konklusi yang diberikan kepada
papa.
“Mama boleh tolong Hanna. Riz
sayangkan mama dia,” satu cadangan yang tak masuk akal. Tolong? Aku rasa makin
teruk keadaan Qarizh dibuatnya.
“I
don’t think so. Knowing a fact that his father lied to him, is not a good
choice for him. Maybe, later. Kita tunggu sampai emosi dia stabil dulu. For now, it is only us. Hanya Hanna dan
papa,” Hanna membuat keputusan.
Papa perlu faham keadaan ini. Ini
bukan masa yang terbaik untuk menambahkan tekanan dalam hidup lelaki itu. Yes, truth need to be reveal. But, not
right now.
Dia tak mampu kalau lelaki itu
mengambil keputusan drastik sekali lagi. Kehilangan lelaki itu adalah perkara
yang paling ditakuti dalam hidupnya.
“DIA abang
you?” Qairul menarik nafas sedalam yang mungkin. Matanya memandang permandangan
yang indah di luar. Tetapi, keberadaan wanita itu di sisinya lebih dirasai
ketika ini daripada ketenangan yang dinikmati.
“Ya, dia abang. Ezra is my angah and
Qarizh is my along. I’m sorry for lying
to you. But, I don’t know how to end our relationship,” Rose bermain-main
dengan jemarinya. Dia tak mampu memandang lelaki di hadapannya ini.
“I tak faham. Kenapa you tergamak
buat I macam ni? Yes, kita bercinta. I was very happy at that time. You were the
one who fix my heart, yang temankan I di Dubai. Jadi, kenapa Rose? I buat
salah apa kat you?” Qairul memandang Rose lama. Menagih jawapan daripada wanita
itu. Sampai ke saat ini, dia masih tak memahami.
Rose yang datang kepada dia. Rose
yang ucap kata cinta kepada dia. Rose yang tarik dia untuk terjerumus dalam
lembah cinta. Rose yang ajar dia untuk bercinta. Tapi, kenapa? They were so in love.
“Why Rose? Why?! Apa salah I pada you?!” bertalu-talu Qairul mengasak.
Tidak dipedulikan air mata Rose yang menitis.
Jujur hatinya sakit apabila melihat
air mata ini. Tangannya dikepal geram. Tetapi, ketika ini dia perlukan sebuah
penjelasan.
“I’m
sorry. Yes, I pun sayangkan you. But,
starting from the first moment we met, you were a game,”
“Game?
I ni mainan you?!” bahu Rose terangkat. Dia takut dengan suara Qairul yang
sedikit meninggi. Dia tak pernah lihat Qairul baran sebegini.
“I
know, I salah. Maafkan I?”
Qairul menarik nafas sedalam yang
mungkin. Tangannya menggenggam kuat besi balkoni itu. Melepaskan geramnya
dengan menggenggam erat besi itu.
“Satu soalan daripada I.. Dalam masa
beberapa bulan kita bercinta, pernah tak sekali I ada dalam hati you? Pernah
tak you cintakan I? Hm, Rose?” air matanya ditahan daripada jatuh menyembah
bumi. Wajah wanita kesayangannya ini direnung lama.
Wanita ini adalah satu-satunya
wanita yang dia cintai. Tetapi, wanita ini jugalah yang membuatkan hatinya
berderai ibarat kaca.
“Rose!!” sekali lagi lelaki itu
menyeru namanya. Rose menarik nafas sedalam yang mungkin.
“Yes,
I fell in love with you. Sampai sekarang,” lancar, ayat itu meluncur laju
daripada mulutnya. Dia tak nak menanti lagi. 3 tahun, hatinya sakit merindui
lelaki itu.
“So,
why? You boleh ja berterus terang dengan I, I takkan marah you. I akan
maafkan you. I sayangkan you sepenuh hati I. Daripada you, sakitkan hati I dan
pergi macam tu ja daripada hidup I,” Qairul merenung mata wanita itu lama. Mata
yang menggetarkan tulang rusuk kirinya.
Rose menutup matanya lama. Ayat itu
yang dia takut. Dia takut lelaki itu memaafkan semua kesalahannya dan tidak
menghukumnya. Dia berhak dihukum, sebab itu dia buat keputusan yang drastik
sebegitu. Dia ingin menghukum hatinya kerana mempermainkan seseorang yang tulus
mencintainya.
“Sebab I tak nak you maafkan I. I
sakitkan you. I lukakan you. I lari
sebab I nak hukum diri I. Sebab I permainkan you!” Qairul meraup wajahnya
perlahan.
“You nak hukum diri you? Then, marry me. Biar I yang hukum
kesilapan you,” suara lelaki itu tegas.
Rose mengangkat muka. Dia memandang
lelaki yang sedang serius dengan kata-katanya itu.
“Kahwin dengan you?”
“You cakap you still sayangkan I. So, why
not kita kahwin?” Qairul mengulang kembali bicaranya.
Rose terkedu. Dia terkaku. Wajah
lelaki itu masih serius. Tiada tanda-tanda yang dia akan ketawa. Tiada
tanda-tanda yang dia akan mengatakan bahawa semua ini adalah satu jenaka.
“Then,
I will marry you,”
No comments:
Post a Comment