Bab 17
“I’M sorry,” tangan
yang ingin membuka pintu kereta terhenti. Hanna kembali memandang ke arah
Qarizh. First time dengar dia minta
maaf. Why?
“Sebab saya jadikan awak girlfriend saya tanpa persetujuan
daripada awak. Saya main cakap ja, tuan badan pun saya belum tanya lagi. Sesuka
hati main pinang anak dara orang kan?” Hanna hanya tersenyum. Perlahan, dia
menggenggam tangan Qarizh.
“It’s
okay. I love suprises. I love it bila lelaki minta izin ibu ayah saya dulu.
Sebab saya rasa dia serius. Dia memang nak saya. Bukan hanya sekadar bercinta
di belakang parents. Dia nak hubungan ini jadi esklusif. Dan, dia nak hubungan
ni sampai ke jinjang pelamin.
Saya pelik. Tahu. Saya tak suka a wedding proposal. Malah, saya tak
kisah kalau tak terima sebarang lamaran pun. Tapi, saya nak lamaran itu dibuat
depan ibu ayah saya. I’m weird girl. I’m
not like an ordinary girl who love pink. Who love roses. Who love chocolates
and teddy bear.
I’m not
easy to be pleased. Maybe, because I have everything?” Hanna menyimpulkan senyuman. Qarizh hanya memandang.
Tautan jari itu diperkemaskan.
“You
are different,” Hanna menjongket bahu. Jangan tanya. Dia memang lain.
“By
the way, kenapa buat birthday party
kat Terengganu? Tak ada tempat lain ke? Pulau Langkawi? Pulau Tioman?”
Dari tadi sebenarnya soalan itu
berada di minda dia. Teringin nak tanya, tapi nampak macam semua orang fokus
dengan tentatif program ja. Malas nak menyibuk. Birthday party pun ada tentatif
ka? Weird.
“Sebab awak ada di sini,” Hanna
mengukir senyuman palsu.
“Berapa kali saya nak bagi tahu, pick-up line does not suit me,” Qarizh
tersenyum. Tangan Hanna diusapnya lembut.
Hanna merenung tangannya pelik. Dia
ni, lagi bagi peluang, lagi melebih ni. Perlahan, dia menarik tangannya dari
genggaman Qarizh.
“Tak dengar ucapan papa saya ke?”
Hanna menggeleng perlahan. Muka tak bersalah dipamerkan. For what? Better dia tangkap gambar, selfie ke? Dia tak berminat
dengan dunia korporat ni.
“Kami buka branch baru di Terengganu. So, ini merangkap majlis perasmianlah,”
Hanna mencebik.
Whatever.
Dia malas nak kisah. Perlahan, dia membuka pintu kereta. Namun, tangannya
digenggam dari belakang. Apa lagi dia ni?
“Nak apa?”
“Setuju ke tak?” Hanna mengerutkan
kening. Apa yang setujunya? Ada yang meminta persetujuan aku ke? Setahu aku,
macam tak ada ja.
“Benda apa?”
“Jadi isteri saya,” terbuntang mata
Hanna dibuatnya. Macam tu ja? Tak ada cincin. Oh, yes! Aku tak suka wedding
proposal. Tapi, perlu ke tanya aku dalam keadaan ni?
“Kalau family saya setuju, saya
setuju. Clear? Dah, saya nak keluar,”
Hanna terus menarik tangannya. Dia terus berlalu keluar dari kereta itu.
Qarizh hanya memerhati pintu itu
terkatup. Senyuman jelas sinar di bibirnya. Dia dapat merasakan hati Hanna
sudah berada di genggamannya. Yang tinggal hanya sebuah perkahwinan. Dan,
misinya sudah lengkap sempurna.
“DHIA!!!”
Hanna terus menerpa masuk dalam bilik Dhia. Dhia yang leka menyapu losen di
kakinya tersentak. Apa lagi budak ni?
“Kau nak apa?!” Dhia membentak
geram. Kus semangat. Memang tak reti bagi salam punya budak! Dia merenung wajah
Hanna yang sedang tersenyum bahagia dihadapannya.
“Kenapa? Dia nak date dengan kau?” Hanna menggeleng laju.
“Greater
than that,” Dhia mengerutkan kening. Jangan kata..
“Dia nak kahwin dengan kau?” Hanna
mengangguk laju. Terlopong Dhia dibuatnya. Seriously?
“Kan? Terkejut kan?” Hanna bersuara
girang. Dhia menelan liur.
“Kau baru kenal dia, tak sampai
setengah tahun Hanna. Itu pun boleh kira dengan jari berapa kali kau orang
jumpa. Dan, dia nak ajak kau kahwin? Macam pelik ja,” Dhia bersuara pelik.
“Pelik kan? Tapi, aku suka. Buat apa
nak bercinta lama-lama. Yang bercinta lama tu yang tak sampai jinjang pelamin.
Kan?” Hanna bersuara ceria.
“Jangan kata kau dah..”
“Yes!
Aku terima,”
“Hanna!!” Dhia menjerit kuat.
Senangnya perempuan ni setuju. Sah, dia ni buta dengan cinta ni.
“Tak adalah direct terima tu. Tapi, aku cakap kalau parents aku setuju, then aku setuju,” Hanna menjongket kening. Dhia
hanya merenung wajah Hanna. Apa dia fikir jawapan dia tu brilliant?
“Parents
kau?”
“Mereka macam setuju. Tapi, abang
akulah.. Susah sikit. Dia tak percaya dengan Riz tu,”
“Kan? Kan? Aku setuju dengan abang
kau tu! Riz pelik. Kau baru jumpa dia
tak sampai sepuluh kali. Tiba-tiba, dah ajak kahwin,” Hanna merenung Dhia lama.
Perempuan ni memang nak join pakatan
abang aku ke apa? Jom kita boikot Qarizh. Cubalah buka mata luas-luas. Qarizh
tu baik okay?
“Aku rasa sweet. Dia nak bercinta lepas kahwin lah tu,” Dhia menjulingkan
matanya. Ya Rabbi. Dia pusing kot belah tu pula!
“Lagipun, a wise man once said, that if a guy wants to be with a girl he will
make it happen, no matter what,” Hanna merebahkan tubuhnya ke katil. Dia
merenung ke arah siling. Siling itu seakan muka Riz ketika ini.
Dhia menjulingkan mata. Budak ni dah
gila! Bantal dibaling tepat ke muka Hanna.
“Get
out from my room!”
HANNA
mengurut dahinya perlahan. Atas katilnya penuh dengan buku. Project final year memang menduga
kesabaran. Seakan sudah tiada waktu untuk dia berehat. Satu demi satu tugasan
yang dia kena buat. Assignment sana, assignment sini.
Lecturer ingat dia tak sibuk ke? Nak
suruh berlakon pula? Ya Rabb! Penatlah kalau macam ni terus. Dengan nak apply kerja untuk praktikal pula?
Walaupun, dia boleh ja bekerja under Al-Haytham,
tapi macam tak adil pula.
Mesti dia lulus punya. So, dia perlu
apply kerja kat tempat lain. Yang penting tempat kerja itu di KL dan dekat
dengan rumah dia. Serabutnya!!
Hanna! Relax, kita jangan stress.
Tapi, melihatkan bilik yang penuh dengan kertas dan laptop ni, boleh heart attack aku. Matanya mengerling ke
arah jam. 12 tengah malam. Great. Assignment ni pun tak habis lagi. Nak kena
submit esok. Apalah dugaan hidup aku ni?
Telefonnya berbunyi. Qarizh. Malas
dia hendak melayan. Kalau dia angkat call tu, tak siaplah assignment dia ni. Laptop dicapai.
Sekali lagi telefon itu berbunyi.
Namun, hanya diabaikan oleh Hanna. Seketika, bunyi mesej masuk mengganggu
tumpuan Hanna. Dia mencapai telefon itu.
Qarizh : Tidur ke?
Apa-apa ja. Dia malas hendak melayan
sekarang ni. Sekali lagi mesej masuk. Qarizh memintanya untuk meluangkan masa
dengannya sementara dia masih di Terengganu.
Hanna mengeluh perlahan. Dia ada a long list to do yang dia kena buat.
Rasa macam menyesal pula, keluar pergi majlis semalam. Kalau tak, project yang
perlu dia submit esok ni dah siap. Aip, Hanna! Tak baik berfikir macam tu.
Hanna : Saya ada banyak benda yang saya kena submit.
Terlalu banyak kerja yang saya kena buat. Kalau sekadar nak luangkan masa
dengan awak, penting lagi assignment saya. Dengan awak, kalau nak spend time,
bila-bila pun boleh. Assignment ni? Ada due datenya. I’m sorry.
Mesej dihantar kepada Qarizh. Kemudian,
dia memeluk lutut. Memikirkan semua kerja yang perlu dia buat. Rasa macam 24
jam ini tidak cukup untuknya. Seketika, Qarizh membalas mesejnya. Menyatakan
bahawa dia memahami Hanna. Dan, dia tidak kisah.
Hanna tersenyum. See, abang. Riz faham Hanna. Another good point is rewarded to Qarizh.
p/s: written by 18 year old me.
No comments:
Post a Comment