Bab 29
TANGAN
Hanna menggeletar. Panggilan yang diterimanya seakan melumpuhkan seluruh
anggota badannya. Apa yang perlu dia lakukan ketika ini? Otaknya sudah tidak
mampu berfikir.
“Mak Mah!!” Hanna menjerit. Dia hanya
mampu menampung berat badannya dengan penghadang ketika ini. Kakinya sudah
lemah untuk terus berdiri.
“Mak Mah!!!” sekali lagi Hanna
menjerit. Air mata sudah mengalir laju di mukanya. Kelam-kabut, Mak Mah menuju
ke arahnya. Terkejut wanita tua itu apabila melihat air mata yang mengalir laju
di pipi Hanna.
“Ya Allah, puan. Kenapa ni puan?”
Mak Mah terus membawa Hanna ke dalam pelukannya. Dia menggosok perlahan belakang wanita muda
itu.
“Ibu dan ayah saya accident, Mak Mah. Saya.. saya tak tahu
nak buat apa ketika ini. Riz tak ada Mak Mah..” menggeletar tubuh Hanna
dibuatnya.
“Tak apa, biar Mak Mah hubungi Riz
ya?” Mak Mah mencapai Iphone yang berada di tangan Hanna. Dia mengerutkan
kening. Aduh, macam mana dia nak pakai telefon ni? Moden sangat.
Hanna mencapai telefonnya kembali.
Nombor satu ditekan. Dia mengharapkan yang Qarizh bukan dalam meeting sekarang
ni. Jikalau tidak, panggilannya hanya akan dibiarkan begitu sahaja.
Seketika kemudian, panggilannya
diangkat.
“Kenapa Hanna?” mendengarkan suara
itu, air matanya kembali mengalir laju.
“A.. Abang..” terketar suara itu.
“Kenapa?” Hanna menyeka perlahan air
matanya. Mencuba untuk memperbetulkan suaranya.
“Ibu dan ayah accident. Abang, baliklah abang. Hanna tak tahu nak buat apa
sekarang ni,” di dalam hatinya, dia mengharapkan perkataan OK yang keluar dari
bibir lelaki itu, walaupun perkara itu amat sukar untuk berlaku.
“Suruh L2 bawa awak pergi hospital.
Saya ada banyak kerja lagi di sini,” hanya kata-kata itu diluahkan sebelum
panggilan itu dimatikan. Hanna merenung
telefon itu tidak percaya.
Hanya itu sahaja respon yang
diterimanya daripada Qarizh. Hanna menggetap bibir.
“Tuan cakap apa?” Hanna menarik
nafas.
“Riz suruh L2 hantar saya,” itu
sahaja balasannya sebelum dia melangkah menuju ke bilik peraduannya. Mak Mah
terpaku di situ. Itu sahaja yang tuan bagi tahu? Biar betul tuan ni?
Hanna mencapai tudung dan cardigan
sebelum melangkah keluar menuju ke kereta. L2 sudah setia berada di dalam
kereta. Menunggu dia untuk datang.
SUASANA di
hospital itu suram. Hanya kelihatan abangnya dan Dhia di situ. Semakin dekat
langkahnya, semakin tidak tenang hatinya. Wajah abang yang dalam gelisah
membuatkan dia menjadi semakin takut. Dia berlari anak menghampiri Qairul.
“Abang, ibu dan ayah macam ni?” dia
memegang lengan Qairul. Memaksa mata Qairul untuk bertentangan mata dengannya.
Qairul hanya menggelengkan kepala.
Hanna terduduk di lantai. Dia
menekup mukanya. Air mata semakin mengalir laju di pipinya. Tidak tahu? Kenapa
masih tiada jawapan bagi soalannya?
Tiba-tiba, pintu operating room itu terbuka. Muncul
beberapa orang doktor. Namun, hanya gelengan yang diterima.
Qairul bangkit dari duduknya. Dia
menuju ke arah doktor itu garang.
“What
do you mean?! Apa maksud gelengan itu?! Ibu dan ayah saya macam mana?! Apa
situasi mereka sekarang ni?!” suaranya memekik garang.
Salah seorang doktor itu memegang
bahu Qairul.
“Maafkan kami, kami dah berusaha
sedaya upaya kami, tapi..” Qairul menepis kasar sentuhan doktor itu.
“Dah berusaha?! Dah berusaha?! Then, kenapa semua jadi macam ni?!! Mana
parents saya?!!” Hanna bangun dari
duduknya dan terus meluru ke arah Qairul. Dia memeluk Qairul sekuat mungkin.
Air matanya jatuh di situ. Dia sudah
tidak boleh mendengar. Hakikat bahawa ibu dan ayahnya sudah pergi dari hidupnya
menyeksa jiwa raganya. Kenapa semua jadi macam ni? Dugaan apa lagi yang
diterimanya ketika ini? Kenapa?! Kenapa?!!
Qairul terjelepok di situ,
bersama-sama Hanna di pelukannya.
“Kenapa jadi macam ni? Hanna, abang
perlu mereka Hanna. I need them,”
Hanna hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu membalas. Dia tak mampu berfikir.
Jiwanya, jantungnya, hatinya. Sudah
pergi meninggalkannya. Tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa senyuman terakhir.
Dia seakan tak percaya. Baru semalam ibunya menghubunginya. Meminta dia datang
untuk tidur di rumah. Malam ini. Malam ini dia akan bertolak ke rumah ibu dan
ayahnya. Tapi, malam ini juga dia kehilangan mereka.
Dia tak tahu. Perbualan semalam seakan
terngiang-ngiang di mindanya. Jaga diri adik elok-elok. Jaga suami adik.
Sayangi dia. Ingat, syurga adik di bawah tapak kaki suami. Jika dia redha ke
atas adik, syurgalah tempat adik.
Dan, tanpa dia sangka perbualan itu
juga menjadi perbualan yang terakhir di antara dia dan ibunya.
Ibu.. Ayah.. Kenapa buat Hanna macam
ni? Kenapa ibu tinggalkan Hanna seorang diri? Hanna lemah tanpa ibu. Ibu...
Angin bawa rasaku. Rasa yang tak
mampu kutanggung. Menangis terlukaku keranamu. Tersiksa hatiku mendengar semua
berita ini. Seakan tidak mampu lagi aku berdiri, tanpa kasih kamu.
SATU
mesej diterimanya daripada Qarizh. Satu mesej yang sudah cukup menyakiti hati
dan perasaannya. Mesej yang memaklumkan kepadanya bahawa lelaki itu tidak akan
berada di sini. Tidak akan hadir ke pengebumian ini. Kerja itu lebih penting
kepadanya.
Hanya Negeri Sembilan. Dia hanya
berada di Negeri Sembilan. Dia mampu untuk patah balik dan menghadiri majlis
ini, tapi dia tak nak! Dia rela menyakiti hati ini daripada membatalkan
perjumpaannya dengan syarikat itu.
Tidak berhargakah dia dalam hidup
lelaki itu. Sampai ke saat ini, dia masih tidak berpatah balik untuk
menenangkannya. I’m in my worst
condition, tapi bayangnya pun tidak nampak.
“Adik, mana Riz? Orang dah nak bawa
mayat ke masjid,” soalan daripada Qairul hanya menerima gelengan daripada
Hanna.
“Dia tak datang?” Hanna mengangkat
mukanya untuk memandang Qairul. Dia menggelengkan wajah lagi sekali. Air
matanya jatuh.
Qairul terus berlalu. Tanpa sebarang
soalan. Hanna memeluk lutunya erat. Tidak ada rasa bersalahkah yang tersembunyi
dari dalam diri Qarizh. Sepanjang beberapa bulan perkahwinannya, lelaki itu
langsung tidak pernah menziarahi ibu bapanya. Sampai ke hari ini, sewaktu hari
pengebumian ibu dan ayahnya, lelaki itu tidak muncul lagi.
Aku bukan isterinyakah? Ibu dan
ayahku bukan keluarganyakah? Kenapa dia bertindak begini? Kenapa?!!
SUNYI
sepi. Tiada langsung butir perbualan yang dikeluarkan oleh Qairul. Perjalanan
pulang ke rumahnya seakan berada di bilik mayat. Kaku dan beku.
“Riz pergi mana? Kenapa dia tak
datang?” soalan daripada Qairul memecah keheningan di dalam kereta itu.
“Dia ada di Negeri Sembilan. Hari ni
baru dia balik. Outstation,” jawapan
Hanna tenang. Tapi, dalam hatinya berombak kasar.
“Negeri Sembilan?! Bukannya ada di
luar negara pun, tapi tak boleh balik? Lelaki macam apa tu?” suara Qairul
menjadi keras. Dihurung amarah.
Hanna hanya buat tidak tahu. Dia tak
ada tenaga untuk melawan ketika ini. Badannya lemah. Sudah beberapa hari, dia
langsung tak menjamah makanan. Macam mana dia ingin makan, jika hatinya
dirundung pilu?
Pedal minyak semakin ditekan, dia
ingin segera berjumpa dengan Qarizh ketika ini. Dia tak perlukan lelaki itu
untuk menjaga adiknya, jikalau dalam keadaan macam ni pun, lelaki itu tidak
berada di sisi adiknya.
Sampai sahaja di perkarangan rumah
itu, pintu pagar terbuka sendiri. Meluru laju kereta itu ke dalam perkarangan
rumah itu. Memarkirkan keretanya di hadapan garaj kereta. Betul kata adiknya,
lelaki itu balik hari ini.
Hanna hanya merenung wajah Qarizh
yang berdiri di sisi kereta Mercedes milik Qarizh. Lelaki itu langsung tidak
menapak mendekatinya. Hanya pandangan kosong dilemparkan ke arah Range Rover
yang dipandu oleh Qairul.
Qairul mengetuk kuat sterengnya
sebelum turun dari keretanya. Dalam sekelip mata, Hanna dapat melihat Qarizh
yang tumbang akibat ditumbuk oleh Qairul. Hanna menutup mata. Dia tahu kekuatan
Qarizh. Dia tahu kekuatan Qairul.
Hanna terus berlalu keluar dari
kereta itu hanya untuk melihat abang dan suaminya bergaduh seakan tiada hari
esok. Di kornea matanya sekarang, dia dapat melihat tubuh Qairul pula yang
terdampar di tanah manakala Qarizh mengusap bibirnya yang pecah.
Bodyguard
terus meluru menghampiri mereka bertiga, tapi Hanna mengangkat tangan,
menghalang bodyguard itu daripada
mencampuri urusan keluarga mereka.
Qairul bangkit daripada
pembaringannya. Dia merenung wajah Qarizh tajam.
“Kau memang tak guna kan? Siapa adik
aku dalam hidup kau?! Perempuan simpanan?! Yang kau tak perlu kisah tentang
hidupnya?!” Qairul bersuara keras.
“Abang, sudah!” Hanna bersuara. Dia
merenung abangnya tajam. Apa yang akan diperoleh daripada abangnya jikalau dia
terus mengasak Qarizh macam ni?
“Adik aku bukan macam mama kau!!”
hanya dengan ayat itu, Qarizh terus meluru dan menumbuk kuat pipi Qairul.
Qairul terdorong ke lantai, namun Qarizh mencekak kolar baju itu dan membawa
wajah Qairul untuk berhadapan dengannya.
“Kau tak berhak cakap tentang mama
aku!” suara Qarizh perlahan namun keras itu masih ada. Qairul tersenyum sinis.
“Bukankah itu kebenarannya?! Mama
kau tinggalkan kau!” sekali lagi pipi Qairul menerima habuan kemarahan Qarizh.
Hanna mengurut dahinya kasar. Dia
tak tahu apa yang dia mampu lakukan dalam keadaan sebegini. Dia tak tahu
apa-apa ketika ini.
“Abang, sudahlah!!” dia menjerit
kuat. Matanya memandang ke arah Qairul. Dia dapat melihat bahawa Qairul yang
sedang memomok emosi Qarizh ketika ini.
“Qarizh, Qarizh. You are pathetic!” Hanna segera menarik
lengan Qarizh. Mengenggam lengan lelaki itu erat. Memastikan lelaki itu tidak
menumbuk lagi abangnya.
“Adik aku siapa dalam hidup kau?!
Perempuan yang kau boleh lampiaskan marah sebab sikap mama kau dulu?! Adik aku
perlukan kau! Dia menangis, dia panggil nama kau! Tapi, mana kau?! Kau
pentingkan lagi kerja kau berbanding adik aku! Jadi, kenapa kau perlu genggam
adik aku dalam hidup kau?!” Qairul bersuara keras.
“Apa sahaja yang aku lakukan tak ada
kaitan dengan kau!!” Qarizh membalas. Hanna menggetap bibir.
“Betullah apa yang dia cakap. Saya
perlukan awak, tapi awak hanya pentingkan kerja awak. Awak hanya buat apa
sahaja yang awak nak, tanpa fikirkan saya. Kenapa? Awak benci saya sebab mama
awakkah? Apa yang mama awak buat sampai awak jadi pathetic sampai macam ni sekali?”
Pang!
Tersentak Hanna dibuatnya. Dia
memegang bibirnya yang pecah. Qarizh tampar dia. Qarizh?
“Kau tampar adik aku?! Kau..?!”
“Kau jangan masuk campur dalam
urusan keluarga aku! Dia isteri aku!” Qarizh bersuara keras. Dia terus menarik
lengan Hanna.
Hana mencuba untuk melepaskan
tangannya tapi genggaman tangan itu amat kuat. Qarizh terus mengheretnya masuk
ke dalam rumah. Tanpa sebarang belas kasihan.
Hanna berpaling ke belakang. Dia
dapat melihat wajah luka abangnya. Dia tahu abangnya amat marah ketika ini.
Tapi, dia juga tahu yang abangnya tak mampu berbuat apa-apa ketika ini. Hal ini
adalah urusan rumah tangganya. Tiada kaitan dengan abangnya.
No comments:
Post a Comment