Saturday, 4 February 2023

QUEEN : BAB 67

 Bab 67

“DADDY!!” suara girang itu menyambutnya di muka pintu. Senyuman lebar muncul di bibirnya. Sudah lama dia tidak mendengar jeritan girang daripada Harraz. Tanpa sedar, hatinya merindu semua kenangan indah ini.

            Qarizh membawa Harraz ke dalam pelukannya. Menjadikan mata Harraz setentang dengannya. Bagasinya sudah dibawa naik oleh bodyguard yang setia di sisi.

            Hanna mencebik. Mentang-mentang, dah jumpa daddy. Aku diabaikannya. Hanna membawa diri ke tingkat atas. Waktu-waktu sebegini, Haisya biasanya nyenyak tidur di biliknya.

            Dia merebahkan tubuhnya di sisi Haisya. Pipi itu diulas lembut. Hatinya merindu si kecil ini. Dia mengucup lembut dahi Haisya. Perlahan, kanak-kanak itu bergerak. Hanna hanya menanti kelopak mata kecil itu terbuka.

            Perlahan, Haisya membuka matanya. Menampakkan anak mata hazel miliknya. Tangannya mengesat matanya perlahan.

            “Mommy?” perlahan suara kanak-kanak itu bersuara. Hanna mengucup pipi Haisya lembut.

            “Ya, sayang. Mommy ni. Haisya rindu mommy tak?” Tangan kecil itu menyentuh lembut pipi Hanna. Hanna menggenggam tangan itu. Senyuman nipis muncul di bibirnya.

            “Rindu..”

            “Pandai anak mommy ni,” Hanna berpaling apabila pintu bilik terasa dibuka. Muncul wajah Qarizh dan Harraz. Perlahan, Qarizh menapak ke arah katil. Harraz diletakkan ke bawah.

            Harraz berlari lincah ke arah Hanna. Dia memeluk erat belakang tubuh Hanna. Cukup kasar. Hingga membuatkan tubuh Hanna tertarik ke belakang.

            “Harraz! Sakitlah!” dia bersuara tegas. Harraz hanya tersengih. Eloklah tu! Tayang ja gigi tu!

            Qarizh duduk di sisi Hanna. Haisya dibawa ke pelukannya. Bertalu-talu kucupan dilepaskan di sekitar muka Haisya. Pelukannya dieratkan. Matanya berkaca.

            “Anak daddy. Anak daddy,” berulang kali perkataan itu disebutnya. Seakan tidak percaya yang Haisya berada di dalam dakapannya ketika ini.

            Hanna menyentuh lembut bahu Qarizh. Tangannya mengusap lembut. Hatinya dirundung perasaan bersalah.

            Benarlah, dia yang kejam. Dia yang cuba memisahkan seorang anak daripada kasih bapanya. Dia cuba untuk berlalu. Ingin memberikan ruang kepada Qarizh. Namun, tangannya dikunci.

            Dia merenung Qarizh. Namun, mata lelaki itu tidak memandangnya. Dia masih mengagah perlahan anak bongsunya. Namun, tangan itu kekal memegangnya.

            Hanna kembali duduk di katil. Dia hanya mampu memandang.

 

“WHAT are you doing?” dulang berisi ubat dan air masak itu diletakkan di atas meja kerja lelaki itu. Keningnya berkerut apabila melihat Qarizh membuka e-mailnya.

            “Kerja,” balas lelaki itu tenang. Hanna mencekak pinggang. Balasan tenang lelaki itu menaikkan darahnya. Dia merenung lelaki itu tajam.

            Sedar, dirinya dipandang. Qarizh mengangkat wajah.

            “What?” soalnya. Berkerut keningnya.

            “No work for you. Hanna ambil cuti seminggu lebih. Abang pun sama,” Mac Book Air itu dicapainya. Tanpa rasa bersalah, dia terus menutup laptop itu.

            “Saya tak kerja dah 2 minggu lebih, Hanna. Ada banyak perkara yang kena saya uruskan,”

            “Then, make it a month,”

            “What?” Hanna menjongket kening. Pekakkah mamat ni?

            “Make it a month. Buat apa Hanna ambil cuti, kalau abang tak ada kat rumah. Spend time dengan anak-anak dulu, baru kerja balik. Nanti kalau dah start kerja, abang bukan reti berhenti,” bebelnya.

            Qarizh terdiam. Wah, sejak bila Hanna pandai membebel ni? Selalunya, hanya dengan jelingan tajam matanya, wanita ini terus terdiam daripada berkata-kata.

            “Habis, kerja saya yang berlambak, siapa nak buat? Awak?”

            Hanna memandang Qarizh tak puas hati. Still talking about work?

            “Dayyan akan uruskan. Sekarang, nah ubat. Jaga kesihatan diri tu dulu, baru nak bercakap pasal kerja,” botol ubat itu disuakannya.

            “Awak tak rasakah saya kena teruskan hidup saya macam biasa? Saya kena jalankan rutin harian saya balik, in order untuk sembuh?”

            Wah, dia keluarkan pendapat dia pula! Ada ja hujahnya untuk bekerja balik. Sebelum ni, yang kurung diri 2 minggu tu pasal apa? Kenapa tak guna alasan kerja dia tu dan pergi kerja?

            “Anggap ja abang sekarang tengah honeymoon. Nah, makan,” sekali lagi botol itu disuakan kepada Qarizh.

            “Honeymoon apa kat rumah macam ni?”

            Oh my God! Dia ni! Aku lesing karang! Sejak bila banyak bercakap ni? Selalunya diam tanpa kata.

            “Boleh tak jangan banyak cakap? Makan ja ubat ni,” botol itu dibuka. Dan satu pil dicapainya.

            “Nganga!” dia memaksa Qarizh membuka mulut. Perlahan, Qarizh membuka mulut tanpa rela. Ubat itu disumbat masuk lalu air disuakan.

            “Minum,”

            Arahan dikeluarkan. Dia memerhati lama Qarizh. Memastikan yang ubat itu betul-betul masuk ke dalam badannya.

 

MATANYA fokus di skrin layar. Skrin yang besar dengan audio yang bermutu tinggi membuatkan bilik ini lebih kelihatan macam bilik untuk menonton wayang daripada bilik yang digunakan untuk berehat.

            Tambah-tambah, Thor Ragnarok pula yang menjadi pilihan. Lagilah gempak cerita itu dibuatnya, dengan muzik latar belakangnya lagi.

            Walaupun mata Hanna tertumpu kepada Loki yang sedang menyamar sebagai Odinson, tetapi fikiran Hanna tertumpu kepada lelaki yang berada di sebelahnya ini. Pelbagai perancangan yang muncul di fikirannya ketika ini.

            Misinya, ingin menyelongkar perasaan yang tersembunyi di dalam diri Qarizh. Dia kena tahu setiap perkara yang ada di dalam diri Qarizh. Sama ada dia marah, dia rindu, dia sayang dan sebagainya. Sebab muka dia tiada reaksi. Sama ja.

            Sampaikan Hanna pun tak tahu, sama ada Qarizh marah atau tak dengan kata-katanya. Wajah lelaki itu kekal tiada reaksi. Kosong semata.

            Selepas itu, dia kena buatkan lelaki ini bercakap tentang mamanya. Tak akanlah pula nanti dia nak heret Puan Ashley tu di hadapan mata Qarizh, dan cakap. Sebenarnya, mama awak tak salah, perkara ini berpunca daripada sikap pentingkan diri papa awak.

            Mati-mati, lelaki itu tidak percaya. Dengan kewujudan Ezra dan Rose lagi? Hanna berani kerat jari, lelaki itu tidak akan percaya yang kembar itu adiknya. Tambah pula, papa dia tuduh mama curang. Lagilah!

            Jadi, macam mana? Adakah Ezra sudah ada perancangannya sendiri? Bukan dia tak tahu, yang si Ezra tu lah tukang perancang semua rancangan. Daripada pertemuan pertama dia dengan Rose sehinggalah berjumpa dengan mama.

            Dan, macam mana dia ingin berjumpa dengan Ezra kalau dia perlu menjaga Qarizh? Atas urusan kerja? No. Tak akan. Lelaki itu kalau dah curiga, ngeri hatinya memikirkan. Melihat keberangan lelaki itu 3 tahun lepas, sudah cukup menakutkannya.

            Mahu pipinya ditampar oleh lelaki itu, seperti Shakira dahulu. Sedangkan, lelaki itu dengan Shakira tiada apa-apa hubungan pun. Lelaki itu yang terlalu cepat membuat kesimpulan. Takut sangat hatinya dilukai.

            Okey! First step, kita kena tukar panggilan diri dahulu. Bukan aku. Dia! Suka sangat bersaya-awak. Kita pergi slow-slow. Baby steps, dear. Baby steps.

            “Abang,” dia cuba memanggil. Lelaki itu menyahut tapi matanya masih tertumpu di skrin. Suka sangat dia tengok si Hela tu pecahkan tukul besi milik Thor.

            Hanna terus mencapai remote dan menghentikan cerita itu. Terpaku cerita itu tepat di muka Loki yang mencuba melarikan diri daripada Hela. Okay, handsome. Jangan tanya kenapa aku minat Loki. I have no idea.

            “Kenapa pause?” Qarizh mengerutkan kening. Hanna duduk bersila di sebelah Qarizh. Menjadikan pandangan matanya berhadapan dengan Qarizh.

            “Saja. Nak usha muka Loki lama-lama,” Qarizh hanya merenungnya. Tiada reaksi. Lama-lama, ada juga aku pecahkan muka dia ni.

            “Abang tak rasakah kita kena tukar cara panggilan. Ops, bukan kita. Abang,”

            “Tak,” remote dicapai oleh Qarizh. Tapi, sempat dirembat oleh Hanna lalu disembunyikannya di belakangnya. Cubalah ambil, kalau nak. Matanya memberi amaran.

            “Call me sayang. Like you called me, in your dream,”

            “Saya panggil sayang lain kot,” membuntang mata Hanna dibuatnya.  Dia mencerlung tajam mata Riz.

            “You called me. Sayang dan Hanna,”

            “Sayang dan Hanna? Saya panggil 2 nama ke?” Hanna menepuk dahi. Dia tengah buat lawakkah ketika ini? Sebab, perkara ni tak lawak langsung.

            “Apa-apa ja lah. Panggil Hanna, sayang. Okay? Bahasakan diri tu abang. Tak payah nak bersaya-awak sangat. Dah macam orang asing ja,”

            Hanna mengeluarkan pendapat yang selama ini menghuni pemikirannya. Saya-awak. Macam percakapan formal dengan orang yang tak dikenali ja. Ataupun, dengan orang yang lebih tua.

            “Tak nak,” pendek jawapan Qarizh.

            “Okay, fine. Kalau macam tu, abang-Hanna?”

            “No.”

            “Bie-honey?”

            “Hell, no!”

            “Habis, abang nak apa?!” ternaik suaranya. Tak puas hati. Itu, tak nak. Ini, tak nak. Dia nak apa sebenarnya ni?

            “Tak nak apa-apa. Play,” dia mengeluarkan arahan. Hanna menjulingkan mata ke atas. Tak puas hati.

            “Bahasakan diri abang dulu,”

            “Tak nak,”

            Dengan kegeraman yang meninggi, Hanna menekan juga butang play itu. Mata Qarizh kembali fokus di skrin.

            “Please!” Hanna memegang lengan Qarizh.

            “No!”

            Okey, aku fed up. Sabar ajalah, Qaireen Hanna. Kita cuba cara lain pula nanti. Kita ada pelbagai cara lagi Hanna. Just be patient first.

 

“ABANG, please!” Qarizh yang sedang menepuk perlahan bantalnya terhenti. Dia berpaling ke arah Hanna.

            “Apa?”

            “Bahasakan diri sebagai abang,”

            “No way,”

            “Yes way,” Qarizh merenungnya pelik.

            “Apa-apa ja lah. Please, bang,” Qarizh buat tak tahu dengannya. Kepalanya direbahkan ke bantal. Hanna mencebik. Dia buat tak tahu ja dengan aku.

            “Abang!!” Hanna menggoncang kasar bahu Qarizh. Dia tak kira. Dia kena buat juga Qarizh bahasakan diri dia abang. Esok dia ada misi lain pula.

            Dia kena selesaikan satu demi satu misinya. Kalau misi hari ni tak selesai, macam mana nak sambung misi esok? Mahu dari cuti seminggu lebih, jadi cuti sebulan!

            “Abang, please,” Hanna buat tak tahu dengan tolakan tangan Qarizh. Apa nak jadi, pun jadilah. Dia nak lelaki itu tukar gaya panggilan dia.

            “Awak memang tak nak mengalah, kan?” Qarizh bangun dari perbaringannya. Dia merenung lama mata Hanna.

            “Kalau Hanna orang yang cepat putus asa, Hanna tak ada kat sini. Hanna dah lama larikan diri. Please, abang,” Hanna menyatukan kedua-dua tangannya.

            Matanya dibuat ala-ala puppy eyes. Walaupun dia tak secomel anak anjing, tapi dia comel dengan gaya dia yang tersendiri. Alah, masuk bakul angkat sendiri. Tak akan, tak boleh kot?

            “Yalah, yalah,” lelaki itu mengalah.

            Mata Hanna terbuntang.

            “Serious?” Hanna menarik lengan Qarizh yang ingin merebahkan tubuhnya kembali.

            “Ya,” tangannya ditarik daripada pegangan Hanna.

            “Yes! Yes! Yes!” Hanna menjerit kuat. Qarizh mengerutkan kening. Dah kenapa dia ni?

No comments:

Post a Comment