Bab 52
HANNA menarik
laci itu. Kotak cincin itu dicapainya. Dia membuka kotak itu. Cincin itu
tersemat di situ. Cincin perkahwinannya. Terukir indah di situ.
“No
ring. Not married? Divorcee?”
I’m
married. Tapi, tak ada cincin? Tetapi, memakai cincin sama ertinya dengan
dia menerima Qarizh kembali dalam hidupnya.
Hanna merenung telefon bimbitnya.
Masih kosong tanpa mesej daripada Qarizh. Seakan dia tidak menghantar bunga itu
pagi tadi. Hanna mengeluh perlahan. Dia tak berniat untuk memulakan langkah
pertama dalam memperbaiki hubungan mereka.
Lelaki itu yang bersalah. Jadi,
lelaki itu yang perlu memulakan langkah. Memujuk hatinya kembali. Mungkin, dia
nampak seperti tidak mahu. Tetapi, dia tak boleh nafikan hatinya yang merindu.
Hanna menghela nafasnya perlahan.
Telefonnya diletak tepi. Kotak itu disimpan kembali. Dibiarkan cincin itu kekal
di situ. Apabila Qarizh kembali mendekatinya. Kembali memujuknya. Apabila, dia
ingin kembali semula ke dalam pelukan Qarizh, cincin itu akan dipakainya.
Hanna berlalu ke bilik peraduan
Haisya. Anak kecilnya itu direnung lama. Berhari-hari anaknya merengek. Kerana
Harraz sudah hilang dari kornea matanya.
Hanna mengusap pipi Haisya lembut.
Maafkan mommy sayang sebab pisahkan abang dengan sayang. Tapi, ini pilihan
abang. Abang memilih daddy daripada mommy.
Haisya merengek kecil. Dia membuka
kelopak matanya.
“Mommy,” suara kecil itu bergema.
“Ya, sayang. Mommy ada kat sini,”
Hanna duduk di sisi Haisya. Dia mengusap perlahan rambut Haisya.
“Sya rindu abang,” Hanna tersenyum
tipis.
“Mommy pun rindu abang, sayang,” dia
bersuara.
“Mommy, kita jumpa abang, esok,”
mata itu penuh pengharapan. Hanna menganggukkan kepalanya perlahan.
Dia tak mampu berkata tidak. Hatinya
sudah rindu kepada Harraz. Namun, untuk menghubungi Qarizh demi bercakap dengan
Harraz. Dia tidak mampu.
Kerana, mendengar suara Qarizh.
Mengingatkannya kepada rindu yang menggila. Cinta yang melebat.
Esok, hari kerja. Qarizh akan berada
di tempat kerja. Dan, Harraz akan tinggal di rumah sendirian. Lebih baik
begitu. Dia tidak mahu terserempak dengan Qarizh ketika berjumpa dengan Harraz.
Dia menghantar mesej kepada Safira.
Memaklumkan bahawa dia tidak masuk kerja esok. Mesejnya dibalas. Safira
mempersoalkan tindakannya.
Dia tersenyum nipis. Dia tahu.
Sepanjang 3 tahun ini, dia langsung tak mengambil cuti. Penatnya dicampak ke
tepi. Apa yang berada di mindanya ialah, dia perlu bekerja. Dia perlu sibukkan
diri.
Dia tak mahu bersendiri. Dia tak
mahu terus-terusan menangis sambil memeluk erat foto Qarizh. Dia tak mahu.
Dirasakan diri dia terlalu lemah.
TELEFON itu
dipandang lama. Dia tak dapat bunga itukah? Soalan itu bermain di mindanya.
Telefonnya sunyi tanpa sebarang mesej.
Dia ingin mendekati. Tetapi, dia tidak
tahu caranya. Dingin Hanna seakan menakutkannya. Menghentikan langkahnya
daripada mendekati.
Mungkin, memang betul apa yang
diucapnya sebelum ini. Dia sudah tak mencintai hati ini lagi. Mungkin, nama
Qarizh sudah hilang dari sudut hatinya. Dia tidak tahu. Hanna terlalu sulit
untuk dibacanya.
Dia lebih rela mempelajari kembali
subjek Add Math daripada mempelajari subjek tentang wanita. Walaupun dia sudah
5 tahun hidup sebumbung dengan Qaireen Hanna. Dia masih tidak dapat membaca
tingkahnya.
Sekejap, dia akan menjadi sangat
cemburu. Kadang-kadang, dia merelakan dirinya untuk berdiri di samping Shakira.
Dia tak tahu, apa yang bermain di minda wanita itu. Dia tidak memahaminya.
Sampai di saat ini, dia tidak tahu.
Adakah hati Hanna masih lagi untuknya? Ataupun, dia sudah lama hilang daripada
hati wanita itu?
QARIZH menyentuh
perlahan kepala Harraz. Panas. Perlahan, kelopak mata Harraz terbuka. Harraz
memberikannya senyuman kelat.
“Daddy pergilah kerja. Harraz okay,”
Qarizh memandang Harraz lama.
“Sure,
Harraz okay?” Harraz menganggukkan kepalanya perlahan.
“Betul, Harraz okay. Daddy, tak
perlu risau. Nanny ada. Tolong jagakan Harraz,” Qarizh menimbang tara. Hari
ini, dia ada meeting penting untuk diuruskan. Dia merenung Harraz lama.
“Harraz, daddy letak phone kat atas almari ni. Apa-apa,
Harraz call daddy atau mommy. Number phone semua, daddy dah letak.
Harraz pandai guna kan?”
Qarizh menunjukkan Iphone yang
ditinggalkannya. Memang dia membeli telefon itu untuk Harraz. Tapi, dia tak
akan bagi kepada Harraz lagi, kecuali kalau ada perkara mendesak. Dia tak mahu
memanjakan Harraz dengan gajet. Dibiarkan Harraz membesar dengan bermain
permainan yang tak melibatkan sebarang teknologi dahulu. Harraz terlalu kecil
untuk membezakan baik dan buruk sesuatu.
Harraz mengangguk lemah. Dia menolak
perlahan tubuh daddy. Memaksa daddynya untuk ke tempat kerja.
Dalam keterpaksaan, Qariz melangkah
pergi. Pandangan matanya masih di atas muka Harraz. Perlahan, pintu bilik
Harraz ditutupnya.
Harraz hanya memandang. Selimutnya
dibetulkan. Dia terlalu sejuk ketika ini.
HANNA menyusun
bekas-bekas makanan itu. Dia memasak makanan kegemaran Harraz. Hari ini, dia
akan luangkan masanya bersama dengan anak-anaknya. Sudah terlalu lama, dia tak
meluangkan masa dengan perkara-perkara sebegini.
Kadang-kadang, dia kasihan dengan
anak-anaknya. Disebabkan sikapnya yang hanya bekerja, mereka tertinggal
momen-momen penting dalam hidup mereka.
Dia tidak tahu, bila kali terakhir
dia memasak untuk anak-anaknya. Dia tidak tahu perkataan pertama yang
disebutkan oleh Haisya. Dia tidak tahu Harraz mampu untuk bermain violin ketika
ini. Dia tidak tahu, bila Harraz belajar untuk bermain violin.
Dia tidak tahu. Dia terlalu sibuk
dengan urusan hidupnya. Dia terlalu sibuk bekerja untuk melupakan Qarizh.
Mungkin inilah balasannya, Harraz meninggalkannya tanpa memandang belakang.
Jadi, dia perlu betulkan semua ini.
Dia terlalu gila kerja. Sekarang, Hanna Mac sudah mampu bergerak tanpanya. Dan,
mungkin ini masanya. Untuk dia mencipta kembali memori indah bersama-sama
anaknya.
Dia tersentak apabila telefon
bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefon itu. Nombor yang tidak dikenali.
Siapa?
“Hello,”
HARRAZ amat
lemah ketika ini. Sudah beberapa kali, dia ulang-alik ke toilet hanya untuk
menghamburkan muntahnya.
Dia sudah tak larat. Badannya amat
panas ketika ini.
“Nanny!! Nanny!” dia memanggil
nannynya berulang kali. Tapi, tiada balasan yang diterima. Nanny tak datangkah
hari ni?
Daddy cakap, daddy dah bagi tahu
nanny untuk menjaganya. Daddy cakap, daddy dah bagi tahu nanny yang dia sakit.
Jadi, kenapa dia tak nampak bayangan nanny ketika ini?
Dia lapar. Dia sakit. Dia penat.
Badannya panas.
Dia mencapai telefon bimbit yang
ditinggalkan oleh daddy. Dia menelefon nombor daddy. Tidak berangkat. Daddy
mana?
Tanpa membuang masa, dia menghubungi
nombor mommy.
“Hello,”
kedengaran suara mommy dari corong telefon.
“Mommy, Harraz sakit,”
HANNA terpaku
apabila mendengar suara Harraz yang lemah. Dia segera berlalu ke ruang tamu.
Haisya yang sudah siap didukungnya lalu dibawa ke kereta.
“L2!! Ikut saya!” Hanna terus masuk
ke dalam keretanya. Bodyguardnya
sudah masuk ke dalam van hitam masing-masing.
Hanya ini caranya, untuk dia
menempuh kesesakan trafik ketika ini. Satu van hitam di hadapannya. Manakala,
dua van hitam lagi di belakang keretanya.
Laju dia membawa kereta untuk menuju
ke rumah Qarizh. Berkali-kali, dia menghubungi Qarizh namun hanya voicemail menjadi jawapannya.
“Come
on, Qarizh! Where are you?”
HANNA memarkirkan
keretanya tepat di depan rumah Qarizh. Dia terus keluar dan membuka pintu rumah
Qarizh. Tak berkunci.
Terbuntang matanya apabila dia
mendengar irama televisyen yang kuat. Dan, terkaku dirinya apabila dia melihat
seorang pembantu rumah sedang berjoget di hadapan TV itu.
“Apa yang awak buat ni?!!” terhenti
perlakuan pembantu rumah itu. Dia menundukkan kepala. Amarah merasuk dalam hati
Hanna ketika ini. Tapi, sekarang yang penting adalah Harraz.
Dia berlari laju naik ke tingkat
atas. Membuka pintu bilik Harraz yang sudah terukir namanya. Seperti 3 tahun
dahulu, bilik ini memang bilik Harraz.
“Harraz! Harraz!” Hanna terpaku
apabila melihat Harraz terbaring lemah di atas katil. Dia meluru ke arah
Harraz. Dia menyentuh badan Harraz.
“Ya Allah, panasnya!” dia mencapai
baju lain untuk menggantikan baju Harraz yang penuh dengan kesan muntah.
“L2!!!” dia menjerit sekuat hati. L2
yang berada di tingkat bawah terus meluru naik ke arahnya.
“Angkat Harraz. Kita kena bawa dia
ke hospital, sekarang juga!”
No comments:
Post a Comment