written in the span of 2018 until 2019
Bab 37
DIA
merenung kertas di tangannya itu lama. Betulkah ini alamatnya? Dia di Malaysia
sepanjang tempoh beberapa tahun ini? Atau, dia baru pulang ke Malaysia?
Perlahan, kertas itu disimpan di
dalam poketnya. Dia merenung rumah itu lama. Dia menarik nafas sedalam yang
mungkin. Penantian dia selama 27 tahun ini bakal berakhir. Pencarian dia selama
lapan tahun ini bakal membuahkan hasil.
Matanya terpaku apabila dia
terpandang seorang lelaki muda dan perempuan muda keluar dari rumah itu. Dan,
di situ dia! Perempuan yang dicarinya selama ini. Hanya merenung dua manusia
tadi berlalu daripada pandangan matanya.
Kakinya menjadi gentar. Tubuhnya
menahan getar. Adakah dia sudah berkahwin lain? Adakah memang tak ada peluang
lagi untuknya?
Dia melangkah keluar daripada kereta
itu. Dia berjalan perlahan mendekati rumah itu, menghampiri seorang perempuan
yang terluka kerananya. Apabila mata mereka bertembung, jelas riak wajah terkejut
di muka wanita itu.
“Ashley..”
“Harith,”
“APA yang
awak buat di sini?” Harith menarik nafas sedalam yang mungkin. Wajah bekas
isterinya itu dipandang lama.
“For
all the mistakes that I did, I’m sorry.” Harith menundukkan wajahnya
perlahan. Tidak mampu berdepan dengan wanita yang sudah banyak dilukainya itu.
“And,
do you think, sorry can solve all the things? Saya hilang 27 tahun hidup
dengan Qarizh. Qarizh anggap saya ni perempuan murahan. Saya tak hadir majlis
perkahwinan anak saya sendiri. Saya tak dapat tengok cucu-cucu saya. And,
you come here and said sorry? As simple as that?” Ashley bersuara keras.
Wajah lelaki yang menunduk itu dipandang tajam.
“Saya tahu, maaf tak akan mengubah
segalanya. Sebab tu, saya cari awak. Saya nak selesaikan semua masalah kita.
Saya nak bawa awak balik. Jumpa Qarizh. Kita selesaikan masalah ni, kita terus
terang dengan Qarizh. Tentang siapa yang sebenarnya bersalah?”
Ashley menarik nafas sedalam yang
mungkin. Mudah betul lelaki ini menuturkan bicara? Seakan semua ni hanya satu
permainan baginya.
“Awak fikir Qarizh akan terima
perkara ni bulat-bulat? Qarizh dah berubah, Harith. Qarizh dah jadi seorang
lelaki yang beku. Awak fikir, dengan berjumpa dengan dia. Dia boleh maafkan
saya? No! He will not!
Because
of you, saya kena merempat
kasih sayang daripada anak saya sendiri!! Sebab awak!! Pergi!” satu arahan
dikeluarkannya. Grilnya ditutup dan dikunci.
“Pergi dari hidup saya! Jangan
pernah muncul lagi!” pintu itu dikatup rapat. Tepat di hadapan muka Harith.
Harith menutup matanya perlahan.
Kesalahan dia amat besar. Dia tak tahu bagaimana lagi caranya untuk selesaikan
semua masalah ini. Untuk mengajak Qarizh bertemu dengan ibu kandungnya sendiri?
Jangan harap! Qarizh tak akan pernah bersua muka lagi dengan perempuan itu.
Baginya, perempuan itu pemusnah!
Dia membawa kakinya melangkah menuju
ke keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya. Dia meraup mukanya perlahan.
Menyesali tindakannya dulu.
FOTO itu
diletakkan di hadapan wajah gadis muda itu. Gadis muda itu mengeluh lemah.
Kukunya yang berkilat diperhatikan.
“Ini gambar dia. Perhati elok-elok.
Jangan salah orang pula. She’s the owner
of Hanna Mac,” lelaki muda itu mengambil tempat di hadapan gadis itu.
“Yes,
I know! Boleh tak jangan layan Rose macam budak-budak baru nak membesar?
Rose dah 27 tahun tau!” Rose merenung kembarnya tajam.
“Kau still nampak macam budak-budak depan mata aku. Still childish. Pastikan kau jadi kawan dia, rapat dengan dia. Dan,
kemungkinan besar kau akan jumpa along juga nanti. Be careful. Jangan buat macam kau kenal dia,” Ezra bersuara tegas.
“Okay,
boss. Any last message from madam? Or, from you?” Ezra menggeleng perlahan.
Wajah Rose diperhati lama.
“What?!”
Rose membentak kasar.
“No,
nothing. Take care. I love you,” Ezra mengucup dahi Rose lembut lalu
berlalu pergi daripada kamar tidur adiknya.
EZRA melangkah
ke ruang tamu. Dia duduk di hadapan mamanya. Walaupun wanita itu tua pada
usianya. Namun, wajah wanita ini masih tidak dimakan usia. Kekal muda dan
cantik seperti satu ketika dahulu.
“Angah nampak papa,” wajah mamanya
jelas berubah. Dia tahu mamanya pasti tak sangka. Hanya sekadar kebetulan.
Kebetulan dia patah balik untuk mengambil dompetnya yang tertinggal. Dia tak
menyangka akan dapat melihat papanya.
“Rose?”
Ezra menggeleng perlahan. Wajah
mamanya jelas tampak lega. Mungkin, dia masih belum bersedia untuk menemukan
papa dengan mereka.
“Angah rasa dia tak nampak. Rose.
Dia akan ralit dengan smartphone dia.
Kalau dia nampak, mesti dia dah tanya. Tapi, masih tak ada soalan. Dia tak
nampaklah tu,” Ezra menongkat dagunya. Dia memandang mamanya lama.
“Kenapa angah pandang mama macam
tu?”
“Angah terfikir. Sampai bila mama
nak rahsiakan mengenai kami daripada papa? Dah 27 tahun, mama. Kami ada hak
untuk jumpa papa,”
Ashley meraup mukanya perlahan. Dia
tak tahu untuk berbuat apa-apa lagi. Dia tak menyangka Harith akan muncul
sekarang. Hatinya belum bersedia.
“Papa tak tahu kami ada, kan? Papa
tak tahu yang dia ada anak lain selain along kan?” tebak Ezra. Apabila dia
melihat mama hanya mendiamkan diri, dia tahu itulah kebenarannya.
“Mama..” dia mengeluh perlahan.
“27 tahun, angah! 27 tahun mama jauh
dari along. 27 tahun mama dibenci daripada along! 27 tahun! Salahkah mama untuk
sorok kamu berdua selama 27 tahun, juga?” Ashley bersuara keras.
Ezra menghela nafas perlahan. Dia
bangun dari duduknya dan menghampiri mama. Dia memeluk bahu mama perlahan.
“Angah tahu, mama. Angah faham.
Jangan risau, mama. Angah akan perbetulkan keadaan. Mama akan dapat anak mama
balik,”
Bahu Ashley diusap lembut. Ezra mengucup dahi mamanya lembut. Mama dan Rose. Dua wanita itulah yang menghiasi hari-harinya. Dia tak sanggup lihat mama terluka lagi. Cukuplah luka yang mama tanggung selama ini. Membesarkan mereka bersendirian di samping bekerja untuk menampung kehidupan mereka.
HARITH meraupkan
mukanya perlahan. Apa yang perlu dia lakukan dalam situasi begini? Mengheret
Qarizh untuk berjumpa dengan mamanya? No.
Qarizh bukan kanak-kanak yang boleh diheret sesuka hati.
Qarizh sudah 33 tahun. Dia bukan
lagi kanak-kanak yang ditipunya ketika dahulu. Dia sudah menjadi dewasa. Dia
sudah dewasa. Dia mampu berfikir.
Apa yang perlu dilakukannya untuk
membetulkan situasi ini? Dia perlu berfikir. Hanna. Masihkah Hanna mahu
menolongnya? Hanna masih isteri Qarizh. Dia masih mampu untuk lembutkan hati
Qarizh.
Tapi, masihkah Hanna ingin masuk
campur dalam urusan hidup Qarizh? Hubungan mereka sudah bagaikan retak menanti
belah. Dia tak mahu, disebabkan masalahnya, Hanna dibuang terus daripada hidup
Qarizh.
Qarizh tak dapat ditebak. Egonya
terlalu tinggi. Dirinya membesar dalam kebencian. Dalam usia 6 tahun, dia sudah
menerima tekanan hidup yang tinggi. Dia membesar dalam kesunyian. Dan, semua
itu salahnya.
No comments:
Post a Comment