Bab 46
LARIAN di treadmill itu semakin pantas. Badannya
sudah basah dengan peluh. Peluh sudah merinik laju di dahinya. Tapi, dia masih
belum ingin berhenti.
Segala perkara bermain di mindanya
ketika ini. Dia terlalu kusut. Dia terlalu serabut. Dia terlalu rindu. Dia terlalu
cinta.
“Stop
it, Qarizh! Dah dua jam kau atas treadmill,
kau tahu tak?” suara Qairul menjengah pendengarannya. Dia buat tidak
peduli.
“Dahlah, Riz! Penat aku, kalau macam
ni terus! Kau dengan cara kau! Hanna dengan cara dia! Harraz dengan permintaan
dia! Penatlah aku macam ni!” Qairul bersuara keras.
Qarizh memperlahankan rentak treadmill sebelum berhenti. Dia
memandang Qairul.
“Siapa panggil kau?” Qairul menghela
nafasnya perlahan. Lega, apabila Riz sudah berhenti berlari. Dia tak tahu, apa
akan jadi kalau lelaki itu berlari untuk sejam lagi. Mungkin, dia akan pengsan
kerana terlalu penat. The worst thing is,
dia kena sakit jantung.
“Dayyan. Dia risau tengok kau macam
ni terus,” Qairul melemparkan sebotol air mineral sejuk kepada Qarizh.
“Harraz minta apa?” Qarizh mengelap
peluhnya yang menitis laju.
“Harraz nak duduk dengan kau,”
Qarizh menganggukkan kepalanya perlahan.
“Hanna macam mana?”
“Macam mana lagi? Marahlah dia.
Entah, tak tahulah apa nak jadi dengan kau orang berdua. Aku dah tak larat nak
fikir,” Qairul berlalu ke arah kerusi dan menghempaskan tubuhnya yang masih
berbalut kemeja.
Kemeja? Ya lah! Dia baru keluar dari
office apabila dia menerima panggilan
daripada Dayyan untuk menggesanya datang melihat Qarizh. Dah gila gamaknya
lelaki ni.
“Hanna marah sebab aku tak ada
dengan dia waktu dia sakit. Memang salah aku pun. Kalaulah, aku muncul lebih
awal dan tanda tangan borang itu. Hanna tak akan menderita macam tu. Lelaki
macam apa aku ni?” Qarizh menyandarkan tubuhnya di dinding. Jantungnya masih
berdegup kencang untuk dia terus duduk.
Qairul cuba berfikir. Inikah yang
digaduhkan oleh mereka hari tu? Kalau tentang perkara itu, kiranya dia yang
bersalah dalam hal ini.
“Hanna tak tahu yang kau ada. Aku
tak bagi tahu dia. Aku bohong dia. Aku cakap kau pergi Dubai. Kau tak pedulikan
dia. Alamak! Kiranya ini aku punya salahlah!
Jap, nanti aku balik, aku bagi tahu
dia. Nanti, aku call kau,” Qairul
ingin berlalu tapi Qarizh menghalangnya.
“Jangan. Jangan bagi tahu dia
apa-apa. Biarkan perkara ni macam ni ja. Dalam hati aku ni, aku masih rasa
bersalah lagi, Qairul,” Qairul menghela nafas perlahan. Dia memandang ke arah
Qarizh.
“Habis? Kau nak biarkan dia macam tu
ja? Kau tak sayang diakah Riz? Kau tak nak baik balik dengan dia kah?”
Qarizh hanya mendiamkan diri. Memang
dia rindu. Memang dia sayang. Memang dia ingin pulang kembali ke pangkuan
Hanna. Tapi, dia tak layak.
Hanna perlukan seorang lelaki yang
lebih layak. Bukan dia.
HANNA hanya
merenung sepi telefonnya yang sering kali berbunyi. Nama Qarizh tertera di
situ. Selang beberapa ketika, satu mesej masuk ke dalam telefonnya.
Dia mencapai telefon itu. Mesej
Qarizh dibaca.
Qarizh : We need to talk. About Harraz.
Hanna hanya mengabaikan mesej itu.
Dia tak ada niat untuk membalasnya. Setelah beberapa minggu, lelaki itu
menghilangkan diri. Now, dia muncul
dan meminta Harraz daripada aku. No way!
Telefon itu berbunyi lagi. Hanna
hanya buat tidak tahu. Beberapa fail dicapai lalu diletakkan ke atas telefon
itu. Mengurangkan bunyinya. Matanya kembali fokus ke arah laptop.
Dia tersentak apabila pintu
pejabatnya dibuka. Wajah Qarizh muncul. Dia menayangkan telefon bimbitnya.
“You
are not picking up your call,” lelaki itu masuk ke dalam pejabatnya dan
mengambil tempat duduk di hadapannya.
Hanna menarik nafas sedalam yang
mungkin. Safira ni memang nak kena! Perlukah dia lepaskan lelaki ini masuk
sebegitu sahaja!
“I
don’t have intend to,” balas Hanna tenang. Dia menekan butang interkom.
Tapi, tiada balasan daripada Safira. Mana perempuan ni pergi?
“Saya nak ambil Harraz,” luah Qarizh
tenang. Hanna merebahkan tubuhnya di kerusi.
“Dan, awak fikir awak boleh?” Hanna
mencabar Qarizh dengan pandangan matanya. Nampak bersahaja. Tapi, pandangan
mata itu tajam.
“Harraz dah 7 tahun. Dia dah boleh
memilih. Dan, saya tak akan teragak-agak bawa benda ni ke mahkamah,”
Hanna menganggukkan kepalanya
perlahan. Nak bawa ke mahkamah?
“Why
don’t we settle our divorce first? Bukan, awak balik untuk itukah? Dan,
saya tak akan selamanya berdiam diri, Riz,”
Qarizh bangun dari duduknya. Dia
merenung wajah Hanna buat kali terakhir sebelum berlalu pergi dari bilik itu.
Hanna menghempaskan fail ke atas
meja. Bengang!
Tiba-tiba, pintunya dibuka. Muncul
wajah Safira.
“Puan cari saya?” Hanna merenung
Safira tajam.
“Awak pergi mana tadi?!” bingung
Safira dibuatnya.
“Saya pergi photostat kertas. Kan, puan yang suruh tadi,” ujar Safira perlahan.
Hanna meraupkan mukanya perlahan. Dia terlupa.
“Dah, keluar,” Safira berlalu keluar
tapi jelas tertera wajahnya beriaksi pelik. Kenapa dengan puan? Mood swing ka?
HANNA membuka
pintu rumah. Bunyi televisyen yang masih kedengaran membingungkannya. Sekarang
dah pukul 10 malam, bukan patutnya Harraz dah tidurkah?
Dia membawa langkah menuju ke ruang
tamu. Wajah Harraz yang sedang ralit menonton televisyen dipandang.
“Harraz, go to bed. Now!” arahan keluar dari bibirnya. Harraz menjelingnya
tajam. Eh, eh, budak ni! Aku cepuk kang, baru tau.
“Mommy, Harraz nak duduk dengan
daddy,” sekali lagi. Sekali lagi, permintaan itu keluar dari mulut Harraz. Pagi
tadi daddy dia, malam ni anak dia pula. Memang sepakat ka apa mereka berdua ni?
“No!”
Hanna berlalu pergi.
“Mommy!!!”
“Harraz, go to bed!”
Harraz mencampakkan remote itu ke
lantai. Dia bengang!
No comments:
Post a Comment