Bab 50
HARRAZ leka
bermain permainan video. Ke kanan dan ke kiri rentak badannya. Laju tangannya
menekan punat PS5.
“Argh! Kalah!” dia meletakkan PS5
itu ke tepi. Dia menyandarkan tubuhnya. Penat bermain tak hilang lagi.
“Harraz! Daddy mana?” Harraz
berpaling ke belakang. Dia memandang uncle Dayyan yang sedang berjalan ke
arahnya.
“Daddy kat atas,” Harraz mencapai
PS5 itu. Satu lagi game dibukanya. Dayyan mengambil tempat di atas sofa.
“Harraz seronok tinggal dengan
daddy?” tidak jadi Harraz ingin bermain game itu. Harraz meletakkan PS5 itu di
tepi.
“Seronok. Daddy balik awal. Tak
macam mommy. Mommy sibuk,” lurus kanak-kanak itu menjawab pertanyaan Dayyan.
Dayyan mengerutkan kening.
“Mommy selalu balik pukul berapa?”
Harraz mengetuk dagunya. Cuba berfikir.
“Pukul 10 malam? 9 malam? Macam tu
lah, lebih kurang,” Dayyan menganggukkan kepalanya perlahan.
Dia berpaling apabila dia mendengar
rentak kaki Qarizh turun dari tingkat atas.
“Tuan. Sorry ganggu malam-malam,” Qarizh hanya mengangguk. Dia mengambil
tempat di sofa.
“Harraz, enough. Dari daddy balik kerja lagi, Harraz main game ni,” Harraz
meletakkan PS5 itu di tepi. Dia berlalu ke arah daddy dan duduk di atas ribaannya.
“Tuan dah balik awal sekarang. Saya
cari tuan di office tak jumpa, itu yang saya datang sini,” Qarizh mengusap
kepala Harraz lembut.
“Harraz ada kat sini. Tak akanlah,
saya nak balik lewat,” Harraz mengangkat muka. Dia memandang daddy.
“Tapi, mommy balik lambat. Harraz
ada pun, mommy tetap balik lambat,” Qarizh mengerutkan kening.
“Kenapa mommy balik lambat?” Harraz
memeluk tubuh.
“Mommy cakap mommy busy. Tapi, papa cakap mommy sengaja
buat macam tu. Sebab mommy tak nak fikirkan tentang daddy. Mommy rindukan
daddy. Tapi, mommy tak mengaku,” lurus kanak-kanak itu menjawab.
Qarizh memandang ke arah Dayyan.
“Harraz. Harraz rindukan mommy tak?”
Dayyan menyuarakan soalannya. Harraz mengangguk perlahan.
“Rindu. Tapi, Harraz tak boleh call mommy. Nanti, mommy marah. Harraz
tak nak mommy marah Harraz,” Qarizh mengusap pipi Harraz perlahan.
“Kenapa pula mommy nak marah
Harraz?” soalan itu terpancul di bibirnya. Dia keliru.
“Sebab, bila Harraz pilih duduk sini,
tinggal dengan daddy. Mommy tak akan jumpa Harraz dah. Tapi, Harraz rindu
daddy,” Harraz memeluk Qarizh erat. Qarizh memeluk Harraz perlahan. Belakang
Harraz diusap lembut. Penuh kasih.
QARIZH mengusap
lembut gambar itu. Gambar perkahwinannya dengan Hanna. Dia keliru. Dia bingung.
Apa yang sebenarnya yang tersembunyi di hati Hanna?
Adakah masih ada sayang di hati
wanita itu?
“Bagi saya jawapan, kenapa saya perlu rindukan seorang
lelaki yang tak berada di sisi saya sewaktu saya melahirkan zuriatnya? Kenapa
saya perlu rindukan awak? Layakkah awak?”
Layakkah
aku?
“Daddy,” Qarizh tersentak. Gambar
yang dipegangnya kembali diletakkan di atas almari yang berada di sisi katil.
“Daddy menangis?” Qarizh mengusap
lembut air mata yang jatuh di pipinya. Dia pun tidak sedar bila air mata itu
jatuh. Dia terlalu ralit dalam dunianya sendiri.
Harraz mendekati Qarizh. Dia duduk
di atas katil. Air mata yang jatuh di pipi daddy itu diusapnya perlahan.
“Daddy rindu mommy? Harraz pun rindu
mommy,” Qarizh tersenyum nipis. Dia membawa Harraz ke dalam pelukannya.
“Kenapa Harraz masuk bilik daddy
ni?” Qarizh menukar soalan. Enggan menjawab soalan yang keluar dari mulut
Harraz.
“Harraz tak boleh tidur,”
“Harraz tak boleh tidur? Come, tidur dengan daddy,” Qarizh
merebahkan Harraz di sisinya. Dia membawa Harraz ke dalam pelukannya. Harraz
dipeluk erat.
“Daddy, jangan putus asa dengan
mommy tau. Mommy pun sayangkan daddy,” Harraz bersuara perlahan. Qarizh
mengerutkan kening.
“Mana Harraz tahu?”
“Harraz nampak mommy tidur dengan
gambar daddy,” Qarizh membetulkan selimut. Dia menyelimutkan tubuh Harraz.
Hanna tidur dengan gambarnya?
“No.
I don’t. I don’t love you,”
Masih jelas ayat itu keluar dari
mulut Hanna. Jadi, siapakah yang betul? Jika hati Hanna masih ada dengannya,
kenapa dia perlu berkata begitu?
“Do you
even love me?”
Soalan
Hanna muncul di mindanya. Adakah semua kata-kata itu disebabkan Hanna serik
untuk kembali bersamanya? Kerana dia tak pernah berubah?
“Awak masih tak berubah!”
HANNA meletakkan
beg tangannya ke atas meja. Bunga yang berada di atas mejanya dipegang. Mawar.
Dia membuka kad yang terselit di
balik bunga itu.
I know you don’t love flowers. You are not that typical
type of woman. But, I also know that you still love me. Deep in your heart, my
name still lies there.. – QRZ
Hanna merenung kad itu berulang
kali. Qarizh? Biar betul? Bunga? Seriously?
Macam kena sampuk ja? Pelik-pelik
Qarizh ni. Tanpa disedari, senyuman mekar indah di bibirnya.
Eh, Hanna! Kerja! Kerja! Hanna
segera meletakkan bunga itu di tepi. Dia duduk di atas kerusi. Tapi, kerlingan
matanya masih memandang ke arah bunga itu.
So,
Qarizh. You decided to win my heart back?
No comments:
Post a Comment